Archive for the ‘Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah’ Tag

Seminar Mendepani Virus Syiah

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) akan meneruskan penganjuran siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah:

Seminar Mendepani Kesesatan Syiah

 Peringkat Alam Melayu:

Tarikh:

12 – 13 Janurari 2013 (Sabtu & Ahad)

Masa:

8:00 pagi – 5:30 petang (dua hari berturut)

Tempat: Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur

Penyertaan dibuka kepada semua umat Islam Ahli Sunnah wal Jamaah

Pendaftaran adalah PERCUMA

Sila ikuti perkembangan lanjut di http://muafakatmalaysia.com/

atau hubungi kami melalui:

emel: muafakat_malaysia@yahoo.com

Tel: +603 4107-1025

Ismail Mina Ahmad – Ucapan Aluan Seminar Dakwah Nasional 2012

Ucapan Aluan Presiden MUAFAKAT

Ustaz Ismail Mina Ahmad

Sempena

Seminar Dakwah Nasional 2012

Pada 8-9 Oktober 2012

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين ,والصلاة والسلام على رسول الله وعلي أله وصحبه أجمعين

Saudara Pengacara,

Dzif-dzif kehormat yang dimuliakan

Para penulis kertas kerja dan moderator

Para hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

1. Syukur ke Hadrat Allah SwT kerana dengan pertolongan-Nya, kita dapat bersama di sini, dalam suatu majlis penting untuk berbincang mengenai isu-isu yang berkaitan dengan usaha dan strategi yang harus dilakukan untuk meningkatkan lagi usaha dakwah yang telah kita laksanakan sejak dahulu itu. Tema kita ialah DAKWAH ISLAMIYYAH SEBAGAI TUNGGAK KEKUATAN UMMAH.

2. Program yang kita adakan selama dua hari ini, adalah dalam siri Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah. Sebelum ini, MUAFAKAT telah mengadakan tiga wacana besar iaitu Seminar Pemikiran Najdiyyun yang mengupas mengenai ajaran dan pemikiran Muhammad ‘Abdul Wahhab dan yang berkaitan dengan ajaran yang biasa disebut di negeri kita sebagai ajaran Kaum Muda; kemudian Seminar Pluralisme Agama iaitu mengenai ajaran dan falsafah kesetaraan semua agama dalam suluhan wacana keilmuan dan epistemologi Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah; dan yang ketiga ialah Seminar Siyasah Syar‘iyyah iaitu membincangkan mengenai keadaan dan kedudukan Agama Islam dan kedudukan kuasa politik Ummat Islam dalam suasana semasa kita. Seminar mengenai Pluralisme Agama, telah kami adakan sebanyak dua kali di Kuala Lumpur, sekali di Kuala Terengganu, sekali di Johor Baru dan sekurang-kurangnya lapan kali lagi kepada mahasiswa dan warga pendidik dalam bentuk penerangan. Di celah-celah seminar-seminar tersebut, MUAFAKAT juga telah mengadakan dua kali Persidangan Meja Bulat, bagi mencari kesepakatan, bagaimana untuk menangani isu Perpaduan Ummah, yang menjadi topik penting, yang dipercakapkan oleh semua lapisan masyarakat dari golongan intelektual membawa kepada orang awam, dari aktivis politik kepada aktivis dakwah, dari pegawai tinggi kepada pekerja biasa. MUAFAKAT juga telah mengadakan Seminar menerangkan bahaya dan musibah mengenai LGBT dan mencari kesepakatan cara bagaimana untuk menyedar dan menyekatnya dari merebak. Kini, MUAFAKAT sedang merangka untuk mengadakan Seminar Dakwah Peringkat ‘Alam Melayu. Kami juga merancang untuk membuat suatu program besar-besaran bagi mengingati 1,000 tahun Hujjatul Islam al-Imamu’l-Ghazzaliy rh kira dua tahun dari sekarang. Dalam masa terdekat, insya Allah, kami akan mengadakan wacana mengenai Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan bersama-sama dengan rakan-rakan NGO. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan seperti yang disedari semua, sedang diserang kiri-kanan oleh golongan Sekularis-cauvinis, oleh orang Islam, yang menggelar diri mereka sebagai Islam Demokrat, Islam Liberalis dan Islam Pluralis serta golongan pembenci Islam yang lain yang berada di luar lingkungan Islam.

Hadirin dan hadirat terhormat

3. Seperti termaklum, perkataan Dakwah atau Tabligh sudah amat biasa bagi kita. Dakwah atau Tabligh adalah bahasa ‘Arab yang terdapat di dalam al-Qur’an dan al-Hadith. Jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu, ia bermakna seruan atau panggilan atau undangan atau jemputan – yakni menyeru manusia kepada sesuatu. Dalam konteks Islam, ia menyeru sama ada kepada dāru ’s-salām iaitu Syurga Allah seperti di dalam Surah Yunus, 25: dan al-jannah seperti didalam Surah al-Baqarah, 221: atau pun, ia menyeru kepada an-nār atau kepada kebatilan dan kesesatan Agama sepertidalam Surah al-Baqarah, 221:. Justeru, dalam pengertian ini, semua manusia terlibat di dalam salah satu dari jenis dakwah tersebut.

4. Untuk tujuan mengajak manusia kepada al-jannah dan maghfirah serta terhindar dari ‘azab Allah, maka Allah dengan kasih sayang-Nya, telah menghantar Utusan-Nya seramai 124,000 orang, mengajar manusia ‘Aqidah yang benar yang berpaksikan Tawhid yang khalis bersekali dengan Syari‘at atau jalan untuk mencapai kepada-Nya dan mengajak manusia menghayati sepenuh hati.

5. Melalui perjalanan masa, Ummah Islamiyyah telah menghadapi pelbagai serangan pemikiran. Di zaman klasik Islam, mereka diserang oleh pemikiran falasafah Greek, hingga ada dikalangan Ummat Islam terpengaruh dengannya. Pengaruh-pengaruh fasad dan kejahatan yang meresap masuk ke dalam pemikiran sebahagian Ummah Islamiyyah ini, telah menyebabkan sebahagian dari mereka, telah mengalami kegelinciran ‘Aqidah bahkan sesetengahnya telah menjadi murtad.

6. Ummah Islamiyyah Malaysia dewasa ini pun, tidak terkecuali – sedang diserang oleh pemikiran-pemikiran fasad Agama, yang bukan sahaja menerebusi perkara-perkara yang bersifat ranting atau furu‘, tetapi juga telah membolosi hingga ke dalam wilayah yang bersifat ‘Aqidah dan yang bersifat thawābit dalam Syari‘ah dan hukum hakam.

Hadirin dan hadirat terhormat

7. Tiga dekad dahulu, Khumayni telah melancarkan Revolusi Syi‘ah di Iran, iaitu pada akhir tahun 70an. Ekoran dari peristiwa itu, selang dua atau tiga tahun kemudian, iaitu sekitar awal tahun-tahun 80an, ‘Aqidah dan Syari‘at agama Syi‘ah Khumayni ini, telah di bawa masuk ke Malaysia oleh dua organisasi berjenama Islam – satu bertaraf politik dan yang satu lagi bersifat NGO dakwah. Akibat dari sikap dua organisasi tersebut yang menerima agama Syi‘ah Khumayni sebagai benar, maka berduyun-duyunlah rombongan demi rombongan aktivis Islam Malaysia pergi ke Iran. Mereka ini ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Syi‘ah itu. Sebahagian yang pergi itu, ada yang berpatah arang dengan doktrin Syi‘ah Khumayni, kerana melihat tindakan Khumayni berkhianat kepada Mufti Ahmad Zadeh, pemimpin dan ‘alim Sunni, yang bersama Khumayni memimpin rakyat menjatuhkan Shah Pahlevi dan kemurtadan Khumayni yang lain, yang akan kita sebut nanti. Mufti Ahmad Zadeh telah dipenjara, kemudian dibebaskan, tetapi tetap dipenjara dalam rumah sehingga beliau kembali ke rahmatullah. Namun, ada juga diantara mereka yang pergi ke Iran itu, tertarik – kerana terlalu naïf – sehingga menghantar anak-anak mereka atau anggota keluarga mereka atau anggota kumpulan mereka, belajar agama Syi‘ah di Iran. Selepas tamat belajar, mereka membawa balik ‘Aqidah dan Syari‘at agama Syi‘ah. Sekarang ujud komuniti Syi‘ah Melayu di tengah-tengah masyarakat Islam Malaysia. Mereka menjadi ancaman paling bahaya kepada ‘Aqidah dan Syari‘at Islam di Malaysia. Sekarang ini, mereka sedang menuntut bahkan mendesak pihak berkuasa, supaya diberi hak kepada mereka untuk mengamal dan menyebarkan agama syirik mereka kepada khalayak, atas asas kebebasan beragama dan Hak Asasi Manusia.

8. Sebagai maklumat rengkas, di antara ajaran Khumayni ialah mereka sedang menunggu keluarnya Imam ke dua belas mereka, yang juga disebut mereka sebagai al-Qaim atau al-Mahdi, yang nama sebenarnya ialah Hasan al-‘Askari. Imam ke dua belas mereka ini, yang diyakini mereka, sedang bersembunyi di dalam lubang di Sammara man ra’a, Iraq, sejak seribu tahun lebih dahulu dan mereka senantiasa menyeru supaya dia segera keluar. Dia akan keluar membawa al-Qur’an Mushhaf Fatimah, yang berbeda sama sekali dari al-Qur’an Mushhaf ‘Uthman yang Umat Islam berpegang. Perkara ini, Tuan-Tuan dan Puan-Puan boleh rujuk kepada Wasiat beliau, yang diterjemah ke dalam Bahasa ‘Arab dan Inggeris dan tersebar luas. Syi‘ah dan Khumayni juga, telah mengkafirkan para Sahabat Nabiy s‘aw, bahkan di dalam buku karangan Khumayni iaitu Kasyfu ’l Asrār, dia telah mengkafirkan Sayyidina ‘Umar al-Khattab r‘a. Dalam bukunya al-Hukumah al-Islamiyyah, dalam membincangkan teori politik dan pengganti selepas Nabiyy s ‘aw, Khumayni langsung tidak menyebut tiga Khalifah terawal dan terus kepada Khalifah ‘Aliy bin Abu Tolih r‘a. Beliau tidak mengiktiraf mereka bertiga itu sebagai pengganti Nabiy s‘aw. Syi‘ah juga memfatwakan harus berkahwin secara kontrak dalam suatu jangka masa yang dipersetujui atau dinamakan sebagai nikah mut‘ah. Akibat dari fatwa ini, kita dapati terdapat dikalangan Ummat Islam Malaysia yang berkahwin secara mut‘ah itu.

9. Dengan kepandaian dan kelicikan slogan la gharbiyyah wala syarqiyyah wehdah wehdah Islamiyyah yang dilaungkan oleh Khumayni dan Syi‘ahnya, telah memukau ramai pimpinan parti politik dan NGO Islam Malaysia. Mereka sanggup menjadi propagandis Syi‘ah menyerang doktrin Islam yang sudah thabit dan menjadikan organisasi pimpinan mereka sebagai platform, menyebarkan ‘Aqidah dan Syari‘at Syi‘ah.  Dengan kepandaian strategi mereka, ditambah pula oleh kebengongan pemimpin-pemimpin dalam organisasi-organisasi tersebut, pengamal Syi‘ah, berjaya menduduki jawatan-jawatan penting di dalam organisasi politik dan badan dakwah. Ironinya, organisasi-organisasi ini, masih mendakwa yang mereka adalah Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah

10. Masyarakat Islam terus diserang. Ketika mereka sedang berhadapan dengan serangan ajaran Syi‘ah, mereka juga diserang oleh pemikiran dan ajaran anti ‘Aqidah dan Syari‘at Islamiyyah yang lebih komplek dari ajaran Syi‘ah tadi. Pemikiran atau ajaran ini ialah ajaran yang menyamakan semua agama di dunia ini sama benar belaka. Orang Islam tidak boleh berkata yang Agama mereka sahaja yang benar, kerana agama selain Islam juga benar. Pemikiran ini juga mengajar bahawa orang bukan Islam juga akan selamat dari ‘azab Allah dan akan masuk ke dalam Syurga bersama-sama dengan orang Islam, asalkan mereka percaya kepada Tuhan Yang Satu. Akibat dari ajaran dan fahaman ini, mereka memperjuangkan supaya sesiapa sahaja boleh berkongsi nama Tuhan orang Islam iaitu Allah dengan mereka yang bukan Islam. Di Indonesia, sudah ada bangunan ‘ibadat orang Kristian yang bernama Gereja Sidang Jemaat Allah, di Jakarta. Pemikiran dan ajaran ini dinamakan fahaman Liberalisme dan Pluralisme Agama. Ia merupakan anak dari falsafah Pasca Modernisme.

11. Fahaman Liberalisme dan Pluralisme Agama ini adalah tajaan Zionis Kristian. Jika kita meneliti buku-buku seperti The Protocols of The Meetings of The Learned Elders of Zion, Civil Democratic Islam dan Building Moderate Muslim Networks dengan jelas dinyatakan, agenda yang mesti dilaksanakan di dalam Masyarakat Islam, ialah membina pribadi dan kumpulan Liberalis dan Pluralis pro Zionis. Zionis ini akan menyokong kumpulan-kumpulan tersebut dengan memberi dana yang mencukupi supaya menjamin Liberalis dan Pluralis itu, dapat berfungsi dengan berkesan dalam mencapai agenda tuan besar mereka di Barat. Dengan dana besar tersebut, mereka telah pun mengadakan wacana-wacana, program-program perkadiran dan penerbitan buku. Antara buku yang pernah diterbitkan oleh golongan ini di Malaysia, antaranya ialah: Pluralisme Agama; Kawin Campur antara Muslim dan Non Muslim; Pergolakan Pemikiran Islam; Hukum Barat Pun Islam dan banyak lagi. Semua buku-buku ini diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) yang dibiayai sepenuhnya oleh Konrad Adenuer Stiftung, sebuah yayasan Kristian untuk pemurtadan, yang berpengkalan di German.

12. Pemikiran songsang Agama ini iaitu fahaman Liberalisme dan Pluralisme Agama, telah mula meresap masuk ke dalam jantung sekumpulan Ummah Islam Malaysia. Di samping pengusung-pengusung di luar kerajaan, ada agensi kerajaan, yang ditubuhkan untuk memberi ‘ilmu dan pengajian yang lebih mendalam kepada masyarakat Islam dan bahkan kepada yang bukan Islam juga, telah menyimpang jauh dari dasar dan tujuannya yang sebenar. Mereka bertindak memberi promosi bahkan menjadi platfom penyebaran fahaman Liberalisme dan Pluralisame Agama ini. Pernah suatu masa yang tidak beberapa lama dulu, ada usaha untuk membawa tokoh Pluralisme Agama, Hossein Nasr, dari Amerika Syarikat ke sini, tetapi tergendala kerana dikatakan tokoh tersebut kurang sihat. Ada juga pensyarah-pensyarah di Pusat Pengajian Tinggi yang berfahaman demikian.

13. Pemikir-pemikir Liberalisme dan Pluralisme Agama ini, telah mengubah semua epistemologi Islam. Bagi mereka, Islam bermakna sekadar  hanya percaya kepada wujudnya Allah dan kemudian menyerah diri kepada-Nya, tanpa memperdulikan soal-soal cara-cara ber‘amal dan ber‘ibadah, tidak peduli kepada hukum-hakam dan  halal-haram dan peraturan-peraturan hidup yang lain seperti yang di ajar di dalam Syari‘at Islam. Pegangan dan fahaman ini menyebabkan mereka sudah tidak dapat dikategorikan sebagai Muslim lagi.

14. Fahaman Liberalisme ini, telah mengakibatkan tersebarnya fahaman mewajar dan menghalalkan aktiviti LGBT di kalangan masyarakat beragama, tidak terkecuali dikalangan masyarakat Islam Malaysia. Di Malaysia, sudah ada orang Melayu yang beragama Islam secara terang-terangan, mengaku melakukan jenayah Syari‘at yang berat itu. Oleh kerana ada orang Melayu-Islam berprofil tinggi dalam politik Malaysia, maka Irshad Manji, pengusung fahaman ini, berani melancarkan buku yang mewajarkan LGBT di Negara Ummat Islam Sunni ini. Di Indonesia pula, sudah terbit buku Indahnya Kawin Sejenis yang dengan terang-terang mengharuskan perbuatan terkutuk tersebut. Mereka juga, sedang menyiapkan ‘tafsir’ baru dari kisah Kaum Nabiy Luth ‘a.s, yang menurut mereka, Allah hanya mengutuk perbuatan laknat tersebut kerana ada unsur-unsur paksaan, jadi, adalah dibenar oleh Allah, jika dilakukan secara sukarela. Na‘uzubillāhi min hā.

15. Serangan kepada Ummat Islam tidak akan terhenti hanya setakat mereka melakukan jenayah berat Syari‘at, seperti aktif dalam aktiviti homoseksual, seks songsang, minum arak dsb. Seperti yang sangat jelas di dalam al-Qur’an, golongan Zionis Kristian tidak tidur malam, sehingga orang Islam dapat dipesongkan dan dimurtadkan ‘Aqidah mereka. Contoh mudah terpesongnya ‘Aqidah ialah apabila perkara-perkara yang sudah bersifat thawābit dan hukum-hakam yang telah diIjma‘kan dirungkai dan diberi tafsiran dan hukum baru, seperti menghalalkan aktiviti LGBT, menfikan yang Agama Islam sebagai satu-satunya Agama yang diterima di sisi Allah dan benar dan menyamakan semua agama sebagai benar dsb. seperti firman Allah:

Terjemahan:

 tidak sekali-kali orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani (Kristian) akan redho (dan senang hati) sehingga (orang-orang Islam) mengikut agama mereka.

Ayat al-Qur’an mulia ini sudah dengan terang menyatakan ada usaha permurtadan di kalangan Ummat Islam tetapi ada aktivis-aktivis politik dan parti politik orang Islam Malaysia yang memandang remeh bahkan memperlekehkan sikap kecurigaan Ummat Islam mengenai gejala pemurtadan. Kes DUMC menjadi contoh klasik dalam isu ini. Kumpulan parti politik ini, tidak boleh dipercayai langsung untuk menjaga Agama Islam, jika mereka diberi peluang berkuasa. Jangan mempertaruhkan maruah kita dengan slogan diabolik mereka untuk memartabatkan Islam. Dalam sebuah parti politik perbagai kaum, golongan Kristian sudah menjadi dominan dan mereka telah melakarkan grand design untuk proses Kristianisasi di Malaysia. Di Pulau Pinang, dalam kawasan Parlimen Lim Guan Eng, sudah berlaku ‘gerakan Kristian masuk kampung’. Mereka memberi Bible berbahasa ‘Arab dan Inggeris secara percuma kepada penduduk yang ditemui.

16. Rengkasnya, Ummat Islam Malaysia benar-benar dicabar ‘Agama mereka disegi ‘Aqidah, Syari‘ah dan Akhlaq. Serangan pemikiran Pasca Modernisme terutamanya pemikiran Liberalisme dan Plurlame Agama amat ketara. Fahaman ini diusung oleh dua golongan penting dalam Negara kita. Pertama golongan intelektual dan ahli akademik dan kedua pemimpin politik. Sejarah telah membuktikan kepada kita, Maharaja Akbar, seorang Pluralis Agama dan dalam masa yang sama menjadi penguasa paling tinggi, maka masyarakat Islam mengalami penderitaan yang teramat parah. Semasa memerintah, beliau melarang orang Islam menyembeleh lembu, binatang sacral agama Hindu, walau pun untuk tujuan ibadah qurban! Bayangkan jika Pluralis Agama menjadi Perdana Menteri Malaysia.

17. Justeru pengalaman di Benua Kecil India pada abad ke 18 dahulu itu, wajar menjadi pengajaran penting kepada kita di Malaysia hari ini. Ummat Islam Malaysia perlu meneliti dengan halus, setiap pergerakan, ucapan, tulisan dan sikap pemimpin politik Malaysia, supaya kita tidak mengalami penderitaan agama, jika Liberalis dan Pluralis Agama menjadi penguasa kita.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati

18. Golongan Liberalis dan Pluralis Malaysia dari kalangan yang masih mengaku beragama Islam dan disokong pula lagi oleh golongan politik sekular-chauvinis anti Islam, sudah terang-terangan menyatakan hasrat mereka secara secara jelas, – walau pun belum berkuasa – mahu mengubah Perlembagaan Malaysia yang meletak dan menjamin hak Istemewa Orang Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan. Mereka mahu menghapuskan kedua-dua perkara ini atas slogan SeBangsa – SeNegara – SeJiwa. Ini adalah selaras dengan konsep Malaysian Malaysia gagasan mereka dan fahaman semua agama sama benar dan sama tara itu.

19. Masyarakat Malaysia amat bertuah, kerana Islam dimaktubkan sebagai Agama Persekutuan. Ini bermakna Malaysia adalah Negara Islam bukan negara sekular seperti dakwaan sesetengah golongan. Bukti paling jelas ialah negara ini amat prihatin kepada ajaran yang menyalahi ‘Aqidah dan hukum-hakam Islam berbanding dengan negara sekular seperti Indonesia yang mana orang Islam bebas menukar agama tanpa ada larangan hukum. Lagi pun, dana kerajaan di beri kepada kegiatan keIslaman berbanding dengan negara sekular seperti Barat yang melarang dana kerajaan di beri kepada kegiatan keagamaan. Maka NGO Dakwah Islam perlu berperanan memperbaiki persepsi salah di kalangan masyarakat dalam isu Perlembagaan dan status Malaysia sebagai negara Islam ini.

20. Sungguh pun sudah banyak perkara yang berkaitan dengan kecucian Agama Islam telah dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa Agama, namun masih ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki dan diisi supaya kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan itu, benar-benar terserlah dan menepati kedudukannya yang sebenar. Justeru, undang-undang mengenai jenayah ‘Aqidah dan jenayah Syari‘ah perlu diperkemas dan diperkasakan lagi sesuai dengan ajaran Islam. Pihak berkuasa Agama tidak boleh berkompromi dengan mana-mana ajaran yang bercanggah dari ajaran Islam Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah seperti ajaran ‘aqidah Syi‘ah, Liberalisme dan Pluralisme Agama, sikap menghina Nabi dsb, walau pun mereka terdiri dari individu berpengaruh dalam masyarakat.

23. Ringkasnya, Malaysia mesti menjadi Negara Sunni dan menjadi benteng Sunni terkuat malah menjadi Pusat Sunni serantau. Kalau Syi‘ah ada Negara – Negara Iran, maka Malaysia mesti menjadi Negara pemelihara Islam yang sebenar seperti yang telah diIjma‘kan seribu lima ratus tahun dahulu.

24. Dari segi ‘Aqidah, Malaysia mesti mempertahan dan menjadi Negara ‘Aqidah Asya‘irah; dan dari segi Syari‘ah yang merangkumi hal-hal ‘Ibadah dan hukum-hakam, mestilah berdasarkan kepada Mazhab Imam al-Syafi‘i atau Syafi‘iyyah, kecuali diputuskan sebaliknya oleh otoriti dan ajaran Akhlaq pula, mestilah berdasarkan kepada system serta nilai Akhlaq al-Imam al-Ghazzali rh dan yang sepertinya. Hal ini semua, bukanlah suatu perkara asing bagi kita di Malaysia, kerana di dalam eknakmen-enakmen Agama Islam, perkara ini sudah termaktub, cuma ia perlu diperkasakan lagi dengan tindakan konstruktif.

25. Kita perlu menyusun strategi yang betul, mengadakan program yang konsisten dan mempunyai kurikulum yang tersusun dan jelas dalam menghadapi serangan pemikiran dan ‘Aqidah serta Syari‘ah itu, dalam satu skim Transformasi Bersepadu. Transformasi yang dimaksudkan ialah Transformasi World View dalam spektrum wacana Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah dari perspektif ‘ilmu, epistemologi, sosiologi, religio-politik dan falasafah dsb, sesuai dengan kedudukannya dalam Perlembagaan Negara. Para pemikir politik, pembuat dasar, pelaksana dasar, penggubal undang-undang, penguatkuasa, warga pendidik dan pelajar dan aktivis, perlu memahaminya dengan benar dan mendalam perkara-perkara ini.

26.Selain dari kita memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan ‘ilmu-‘ilmu Islam itu, kita juga wajar memahami pengetahuan-pengetahuan semasa, terutamanya pemikiran dan falsafah modernisme dan pasca modernisme.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah

27. Suatu perkara penting yang tidak boleh diabaikan sama sekali oleh golongan dakwah ialah para aktivis dan NGO Dakwah Islam mesti mempunyai sensitiviti dan kesedaran politik kenegaraan yang tinggi. Mereka perlu pandai membaca situasi politik negara mereka dari kaca mata teori siyasah atau politik Sunni dan menggunakan kaedah Siyasah Syar‘iyyah dalam mengurus perjalanan politik negara mereka.

28. Kini masyarakat Malaysia, terutamanya Ummat Islam, penuh prihatin mengikuti perkembangan politik semasa tanah air. Saya fikir, orang yang dulunya tidak begitu prihatin, tetapi sekarang mereka lebih prihatin. Dalam konteks politik semasa Malaysia, hanya orang-orang Malaysia sahaja yang mengetahui situasi mereka seperti kata-kata hikmah: ‘orang Makkah sahaja yang mengetahui lorong-lorong Makkah’. Ada sebahagian aktivis dan perkumpulan politik Malaysia, yang terlalu ghayrah untuk mendapat kuasa politik, mereka sanggup berbuat apa sahaja, malah menggunakan kaedah yang tidak demokratik malah tidak Syar‘i dengan pendirian: tujuan menghalalkan cara.

29. Sesuatu yang amat pelik, golongan yang mendakwa mahu memperjuangkan demokrasi, telah hilang akal. Mereka mahu mengimport cara sesetengah orang Asia Barat terutamanya Mesir mengurus politik semasa mereka. Mereka yang kehilangan panduan dan prinsip ini, cuba mengaplikasikan pandangan seorang ‘Ulama Asia Barat iaitu Dr. Yusuf al-Qarodhowi. Al-Qarodhowi dikatakan menyokong Kebangkitan ‘Arab atau Arab Springs, khususnya kebangkitan rakyat Mesir. Mereka di Malaysia yang kematian akal ini, telah mengambil pandangan Dr. Qarodhowi, tanpa menggunakan kaedah Usul Fiqh. Di antara Kaedah Usul Fiqh dan di dalam sesuatu kes tertentu, keprihalan sesuatu tempat dan sebab, amat diambil kira ketika mahu membuat pertimbangan hukum seperti dalam kes politik semasa Malaysia ini. Satu hal lagi yang penting, yang tidak diteliti dan difahami secara benar oleh golongan anarkis Malaysia ini ialah, Dr. Qarodhowi tidak pula memberi fatwa menghalalkan menjatuhkan kerajaan Qatar yang Sunni itu, walau pun semasa kebangkitan rakyat Mesir, terdapat protes jalanan di Qatar, yang mahu menjatuhkan kerajaan Qatar. Kita sebagai rakyat Malaysia yang tidak kematian akal, patut menilai mereka yang anarkis itu, dari kaca mata wacana politik Sunni bukan selainnya – Syi‘ah atau pun Khawarij.

30. Menyentuh mengenai kedudukan dan kuasa politik Ummat Islam di Malaysia hari ini, sukacita saya mengambil sedikit kesempatan di sini melihatnya seperti yang diwacanakan oleh seorang pemikir politik dan ahli ilmu dari Andalusia iaitu Imam Ibrahim bin Musa al-Syatibi (w 790/ 1388). Menyentuh mengenai perpecahan Ummat, al-Syatibi rh menerangkan bahawa faktor yang membawa perpecahan itu adalah kerana seseorang itu menganggap dirinya telah mencapai tahap mujtahid sehingga memberi ‘fatwa’ sesat dan menyesatkan. Di Malaysia, kita mempunyai pengalaman, yang mana ada orang yang dianggap ‘alim oleh kumpulan mereka, telah memberi fatwa: sesiapa yang mengundi parti beliau akan masuk Syurga. Faktor perpecahan yang kedua, ialah menurut hawa nafsu diabolik untuk mendapat sesuatu perkara seperti kuasa dan tidak memperdulikan kaedah Syara‘ lagi, dan tidak memperdulikan kesan dari tindakan tersebut sama ada memberi kebaikan atau mafsadah atau kerosakan yang besar, bahkan sehingga sanggup menjual agama sendiri dan faktor ketiga ialah mengambil sunnah atau perjalanan hidup manusia pujaan atau idola dengan meninggalkan petunjuk Rasul s‘aw. Faktor-faktor ini ditambah lagi oleh seorang ‘alim besar dunia dari Syria iaitu Dr. Sa’id Ramadhan al-Buthi. Kata beliau: … tidakkah malang, apabila Agama Islam dijadikan alat dan ikutan [dibawah] telunjuk politik Zionis Amerika yang rakus, dan bukankah elok, sekiranya politik itu berkhidmat menjaga Agama Allah yang sebenar dengan sifatnya yang membangun, bukan meruntuh, menyatu bukan memecah-belah [khutbah beliau pada 07 September 2012]. Selain daripada itu, faktor pemecah belah masyarakat Islam kita di Malaysia ini ialah faktor wala’ dan bai‘ah yang songsang. Sesetengah ahli masyarakat kita oleh kerana terlalu taksub dan mengkuduskan pemimpin mereka, mereka sanggup menolak Nass agama, jika Nass itu bercanggah dengan pendapat pemimpin mereka. Perkara ini biasa terjadi di dalam semua ajaran sesat agama. Kita sebagai da‘i, tidak berputus asa untuk memperbaiki saudara-saudara kita yang tersesat itu. Kita perlu lipat gandakan lagi usaha Dakwah kita untuk memahamkan mereka. Mereka adalah saudara-saudara kita.

32. Para aktivis politik perlu memahami teori politik Islam dari perspektif wacana politik Sunni bukan politik diabolik atau teori politik Khawarij atau Syi‘ah atau politik Machiavelli: tujuan menghalalkan cara! Aktivis politik perlu menyedari bahawa dalam teori politik Islam, tiada sesiapa pun dibenarkan menjadi agen untuk menjatuhkan kerajaan yang berpegang kepada ‘Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah seperti Malaysia ini. Dalam buku Building Moderate Muslim Networks seperti yang disebut terdahulu, Zionis Kristian membina rangkaian dikalangan orang Islam supaya mereka menjadi agen menjatuhkan kerajaan mereka sendiri yang sah dan mendirikan negara yang diterajui oleh golongan pro Zionis yang Liberalis lagi Pluralis Agama.

33. Masyarakat Islam Malaysia wajib mempertahankan kekuasaan politik supaya tetap berada di tangan orang Islam Sunni. NGO Dakwah Islam perlu menyedarkan masyarakat betapa ‘azab sengsara akan menimpa mereka, jika kekuasaan politik jatuh ke tangan kumpulan politik anti Sunnah. Jika anda baca buku The Singapore Dilemma, akan jelas, betapa ‘azabnya kehidupan sebagai seorang Muslim, jika kuasa politik tidak berada di tangan orang Islam dan dalam konteks Malaysia adalah Islam Sunni. Bahkan, keperitan ini sudah dirasai oleh saudara-saudara Islam kita di Pulau Pinang.

Hadirin-hadirat terhormat

34. Suatu perkara penting yang wajar disedari dan diberi perhatian khusus oleh aktivis dakwah kita, ialah membina kepimpinan politik yang benar-benar faham ajaran Islam. Sayyidina ‘Umar al-Khattab r‘a pernah mengingatkan, perlu seseorang itu memahami ajaran Islam terlebih dahulu sebelum menjadi pemimpin. Pemimpin-pemimpin ini perlu dibina supaya memiliki sifat al-syajā‘ah wa’n- najdah dengan ‘izzah Muslimin iaitu berani dan mampu melaksanakan sesuatu, terutama yang berkaitan dengan Agenda untuk memelihara dan memartabatkan Islam dan berani pula bertindak menyekat anasir-anasir pemusnah Ummah. Dalam istilah al-Qur’an, golongan perosak ini, disebut sebagai golongan mufsidūn, yang menjadi perosak dan penghalang kepada Agenda untuk merealisasikan Islam sebagai saluran rahmat Ilahi kepada semesta ‘alam dalam rangkan ajaran:, bukan dengan mengujudkan agama baru yang bernama world religion seperti dalam gagasan Pluralis John Hick dan Pluralis yang lain. Dalam keadaan seperti sekarang, yang mana Agama Islam sedang dicabar dan diserang, pemimpin berkualiti seperti inilah yang amat sangat diperlukan dan didahulukan.

35. Dari huraian rengkas sebentar tadi, kita telah dapat melihat scenario religio-politik tanah air kita, yang amat menggerunkan. Kita perlu mendepani segala isu-isu dan kemelut tersebut, melalui suatu Agenda Besar Ummah yang bersepadu. Perlu dijelaskan bahawa Agenda Besar Bersepadu ini, adalah merentasi kepentingan kelompok dan individu. Ia disebut sebagai Fiqh al-Ummah. Tujuan besarnya ialah mahu mengajak setiap individu Muslim dan Muslimah semata-mata berlumba-lumba menuju Allah:  [al-Dzāriyāt:50] dan membesarkan Allah, bukan menuju kepada pemimpin dan membesarkan malah mendewakan  pemimpin kelompok masing-masing hingga mentaqdiskan mereka, dengan pelbagai nama jolokan seperti tokoh yang akan membebaskan Palestin, seumpama al-Mahdi, mempunyai segala sifat kesempurnaan, tokoh pemersatu Ummat  ‘Alam Melayu dan entah apa lagi. Fiqh Ummah ini bermakna akan dapat menghilangkan ketaasuban kepada kelompok dan manusia dan akan dapat menghilangkan sifat Jahiliyyah. Sifat Jahiliyyah ialah benar atau salah, adalah kumpulan saya, bukan berdasarkan neraca ‘ilmu Syara‘. Selain dari itu, dengan memahami Fiqh Ummah dengan cara yang benar, ia akan dapat menyatu padukan Ummah Muslimah seperti hati kita terpaut dengan saudara Muslim kita yang berada di Afrika Utara atau Afrika Tengah atau di pedalaman Papua, yang mazhab Fiqh mereka mungkin berlainan dari kita, tetapi ‘Aqidah mereka tetap sama dengan kita iaitu Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. Maka Fiqh al-Ummah adalah dalam rangka merealisasikan Agenda untuk memelihara Dīnu’l-Islām selaras dengan kehendak Darūrah atau Kulliyāt al-Khomsah.

Hadirin dan Hadirat

36. Agenda Besar kita ini, adalah bertolak dari memahami wacana keilmuan Islam yang kaffah dari spektrum epistemologi Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. ‘Ilmu yang benar, akan menjadikan Agama seseorang itu turut menjadi benar, seperti sabda Nabiy s‘aw: inna haza’l- ‘ilmā dīnun, terjemahan: sesungguhnya ‘ilmu itu adalah agama. Maka agenda kita ialah diawali dengan membina rijālu ’l-‘ilmi,yang di dalam al-Qur’an disebut sebagai golongan  [Āli ‘Imrān: 7; al-Nisā’: 162], iaitu golongan yang memahami secara tepat, benar, luas dan mendalam, perkara-perkara yang berkaitan dengan umūru ’d-dunya wa ’d-dīn atau perkara yang berkaitan dengan urusan dunya dan Agama. ‘Ilmu adalah kekuatan – ipsa scientia potestas est. Kita mempunyai sekolah-sekolah menengah – agama dan akademik, malah ada yang berasrama penuh, maka premis-premis ini adalah sumber yang paling berkesan untuk membina rijālu ’ l- ilmi. Kecelaruan kefahaman ‘ilmulah yang menyebabkan sesetengah anggota masyarakat Islam menggunakan darūrah al-khamsah secara lintang-pukang dan membuta tuli, sehingga dīnu’l-Islām tergadai. Maka inti wacana keilmuan ini ialah berpaksikan kepada wacana Tawhid dan ‘Aqidah Sunni dalam spektrum epistemologinya yang baku.

37. Bersekali dengan pembinaan rijālu’l-‘ ilmi ini, adalah dibina ‘aqal integrasi. ‘Aqal integrasi mengandungi ‘aqal ‘Ubudiyyah, ‘aqal tamyizi, ‘aqal ibtisōr dll. Ada orang yang mempunyai ‘ilmu yang bertimbun-timbun, tetapi malangnya, mereka tidak memiliki ‘aqal ‘ubudiyyah dan ‘aqal tamyizi, yang justeru, menyebabkan mereka durhaka kepada Allah. Mereka tidak memiliki ‘aqal tamyizi yakni ‘aqal yang mampu membezakan Kebenaran Ilahiyah dari kebatilan Syaitoniyyah. Mereka menjadikan kebebasan berfikir dan mantik diabolik, sebagai alat berfikir dan neraca dalam membuat segala keputusan.

Hadirin terhormat.

38. Untuk melaksanakan semuanya ini, seperti yang saya sebut di awal, NGO-NGO Dakwah dan ‘Ulama perlu menjadi rakan Pemerintah dalam melaksanakan Agenda Besar itu. Agenda ini tidak akan dapat dilaksanakan oleh Pemerintah jika terdapat halangan dari masyarakat terutamanya NGO dan NGO juga tidak dapat merealisasikan agenda membina Ummah jika pemerintah tidak mesra Islam. Dalam keadaan terbuka seperti sekarang, malah pemerintah cukup pro dakwah, maka peluang ini wajar digarap semaksimanya. Bukankah sekitar tahun 80an, gerakan dakwah pernah bekerjasama dengan pemerintah dan pemerintah memberi peluang kepada kumpulan dakwah berperanan sepenuhnya. Dan kenapa hari ini, keadaan seperti dulu itu tidak boleh diwujudkan semula, lebih-lebih lagi dalam keadaan fi sā‘ati ‘usra keadaan gawat seperti sekarang? Apa halangannya?

39. Kita perlu sedar bahawa Gugusan Kepulauan Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu khususnya, pernah menjadi pusat kegiatan intelektual tahap tinggi dan pusat dakwah tersusun. Ini adalah berkat hasil persefahaman pemerintah dan rakyat, terutamanya kalangan ‘Ulama’. Dengan sikap pemerintah yang terbuka dan pro Islam dewasa itu, kegiatan Dakwah yang pesat dan terancang, telah dapat dilakukan. Para graduan dari Asia Barat telah membuka pusat-pusat pengajian serata ceruk. Selain dari mengajar, di pusat-pusat pengjian inilah mereka mengarang dan menterjemah pelbagai kitab dalam pelbagai subjek dari perkara yang amat basik hinggalah kepada perkara yang rumit dan sukar seperti konsep Wahdatu ’l Wujud, Wahdatu ’s-Syuhud, konsep Isyraqi, kitab siyasah, mantiq, perbahathan mengenai Kalam yang rumit-rumit, Tawassuf yang seni-seni dsb. Adalah amat menarik, pada suatu ketika, terjadi perbahasan serious antara Kaum Muda dengan Kaum Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah mengenai isu-isu Agama.

40. Justeru kita perlu berusaha mengembalikan Malaysia sebagai Pusat Dakwah dan kegiatan intelektual Islam unggul, yang berwibawa dan menjadi tempat rujukan dan contoh.

41. Untuk tujuan tersebut, kita perlu mempunyai kerajaan yang kuat, yang mendokong ajaran Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. Inilah yang akan membawa kita kepada Sa‘ādah atau Kebahagiaan iaitu hasanah fi ’d-dunya dan hasanah fi ’l-ākhirah.

Para hadirin terhormat,

42. Kita amat bertuah, kerana kita memiliki infrastruktur yang banyak dan canggih untuk mengurus dan menjana Dakwah kita. Ini adalah kerana kerajaan kita amat prihatin kepada pembangunan Islam dan Dakwahnya. Justeru, kita  mempunyai potensi besar untuk membangun sebuah tamaddun besar yang berpaksikan Islam. Kita mempunyai Institut Latihan Dakwah, Yayasan Dakwah, Pusat Penyelidikan Islam, Fakulti Pengajian Islam dan Pusat Islam di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi, ada Bahagian atau Kor Agama dalam Angkatan tentera, dalam Polis, kita ada NGO Dakwah, kita ada penulis-penulis yang berjiwa Islam, kita ada Biro Agama dalam parti pemerintah, kita ada PLKN, organisasi Belia yang diterajui oleh orang Islam, kita ada persatuan-persatuan Guru yang dianggotai oleh orang Islam, kita ada pemikir-pemikir serious yang mendalami Islam, kita ada Mufti yang jujur dan jujur pula dengan ilmunya dan kita juga ada kemudahan tempat yang lebih dari mencukupi untuk melaksanakan program-program dakwah, seperti kampus INTAN untuk pegawai kerajaan, ada kem-kem belia, kampus-kampus universiti dsb. Semua yang kita miliki ini, wajar ditransformasikan ke dalam bentuk yang jelas kelihatan, melalui suatu mekanisme dakwah yang lebih tersusun dan strategis dengan korikulum yang tersusun. Dalam pemerhatian kami, usaha dakwah yang telah dan sedang kita lakukan sekarang ini, lebih bersifat ad hoc atau mengikut kehendak pendakwah semata-mata, yang kadang-kadang, isi ceramah yang disampaikannya itu, bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah yang menjadi pegangan negara kita, dan kadang-kadang pula bercanggah dengan akta dan peraturan atau enakmen Islam negeri-negeri. Dan sering juga isi kandungan ceramah atau dakwah tersebut, menggugat kestabilan negara dan mencetuskan kegelisahan dalam masyarakat. Perkara ini wajar ditangani secara tegas dan segera.

43. Untuk itu, marilah kita gunakan segala kemudahan dan potensi yang kita ada itu, kita memadu tekad, berpakat dan bermuafakat di kalangan kita: Umara -‘Ulama – Du‘at – Intelektual – Penulis – Teknokrat – Pemikir – Strategis dan semua ahli masyarakat, bekerja keras menyusun strategi menuju ke arah marōtillāh dengan melaksanakan amar makruf dan nahi munkar, kerana usaha inilah yang menyebabkan Allah SwT mengangkat martabat manusia menjadi khyara ummah, Ummat yang terbaik dikalangan sekalian manusia.

44. Akhir kalam,

Saya bagi pihak semua Jawatankuasa Pimpinan Pusat (JPP) MUAFAKAT, merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri, kerana dalam kesibukan tugas beliau yang banyak dan berat lagi mencabar seperti sekarang ini, masih sudi meluangkan masa bersama kita, bagi merasmikan program ini. Kepada beliau kami semua ucapkan jazakumullāhu khayran jazā’. Dan juga kepada staff beliau yang bertungkus lumus membantu menjayakan program ini.

Kepada rakan-rakan media – akhbar Utusan Malaysia, TV al-Hijrah dan Radio IKIM, kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih, kerana sudi menjadi media resmi kepada program ini.

Juga terima kasih kami kepada pengurusan PWTC kerana membenarkan kami menyewa Dewan Merdeka ini sebagai tempat Seminar.

Dan kepada semua hadirin dan hadirat, saya bagi pihak MUAFAKAT amat berbesar hati dan terharu di atas keprihatinan Tuan-Tuan dan Puan-Puan, kerana sudi hadir dan meluangkan masa, untuk bersama-sama di sini.  Untuk itu, kami ucapkan jazakumullāhu khayran.Jika tidak kerana Tuan-Tuan dan Puan-Puan, tiadalah ada apa-apa makna program ini.

Dan tentu sekali kepada penyumbang-penyumbang dana yang murah hati – yang pasti, bukan dana asing – yang telah menyumbang kepada program ini, dan justeru MUAFAKAT ucapkan setinggi-tingg terima kasih dan dengan lafaz jazakumullāhu khyaran kathīran.

Dan pasti tidak dilupakan kepada semua yang telah bertungkus lumus, memberi buah fikiran, tenaga dan masa, sehingga Seminar ini dapat dilaksanakan. Kepada mereka semua diucapkan terima kasih dan jazakumullāh.

Saya sudahi dengan berbanyak syukur ke Hadrat Ilahiy.

الله أكبر ولله الحمد

وبالله الهداية والتوفيق والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

 

Wacana Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia

Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah III

Tema:

Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia

.

Tarikh:
12 November 2011 (Sabtu)

Masa:
8:00 pagi – 5:00 ptg

Tempat:
Moot Court
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia

PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA

Untuk pendaftaran awal sila hubungi :

Sdr. Nasrul – 012-650-6404
Sdr. Wan Burhan – 016-395-6497

Tajuk-tajuk pembentangan dan para pembentang (klik)

Cara untuk daftar (klik)

Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah Ke 4

Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah Ke 4

[HEBAHAN AWAL]

SEMINAR MENDAULATKAN ISLAM AGAMA NEGARA

PERINGKAT KEBANGSAAN

TARIKH:

25 Februari 2012

Tempat:

Akan diumumkan

(Kuala Lumpur)

SILA IKUTI PERKEMBANGAN SELANJUTNYA DI LAMAN BLOG INI

Seminar di peringkat negeri yang telah dilaksanakan:

Di Pulau Pinang: Seminar Mendaulatkan Islam – Agama Negara (SEMAIAN)

Resolusi dan laporannya:

Resolusi Seminar Mendaulatkan Islam – Agama Negara (SEMAIAN)
Desak kerajaan lucut kerakyatan
Waspada Ancaman Komunis Bentuk Baru
Tegas Tegak Hukum Islam

Insha Allah untuk negeri-negeri lain akan disusuli dan diumumkan kemudian