Waspada Ancaman Komunis Bentuk Baru

petikan akhbar Utusan Malaysia 18hb Julai 2011, muka 8 – laporan Seminar Mendaulatkan Islam – Agama Negara (SEMAIAN)

Baca resolusi di sini.

Waspada ancaman komunisme bentuk baru

BUTTERWORTH 17 Julai – Umat Islam di negara ini diingatkan supaya berwaspada terhadap golongan tertentu yang cuba menyebarkan fahaman komunisme bentuk baru bertujuan menggugat serta menghakis nilai-nilai dan pegangan umat Islam.

Berselindung di sebalik prinsip hak asasi dan kesaksamaan, fahaman baru tersebut menekankan doktrin yang mengasingkan agama bukan sahaja dari aspek kehidupan malah, menolak sistem beraja sebagai tonggak pemerintahan negara.

Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (Damai), Mahamad Naser Disa ketika mendedahkan perkara itu berkata, fahaman baru itu menular, seiring dengan perkembangan fahaman pluralisme yang juga menjadi ancaman kepada umat Islam di seluruh dunia.

”Inilah bentuk ajaran yang ditentang hebat terutamanya ketika kita di zaman komunis dulu tetapi kini ia datang dalam bentuk baru dengan dijenamakan semula melalui idea-idea atau prinsip-prinsip hak asasi.

”Cabaran utama umat Islam adalah fahaman ini menular di sebalik golongan intelektual yang berjuang atas nama kebebasan bertujuan mengaburi mata umat Islam,” katanya.

Click untuk paparan yang lebih jelas

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Cabaran dan Kekangan Dalam Memartabatkan Islam Menurut Perlembagaan Persekutuan sempena Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara di sini, hari ini.

Mahamad Naser yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, penularan fahaman-fahaman baru itu merupakan agenda tersembunyi pihak tertentu yang kini dilihat mempengaruhi senario politik tanah air.

Katanya, penularan fahaman itu cukup jelas apabila sudah ada kecenderungan pihak tertentu yang cuba mencabar dan mempertikaikan kedaulatan Islam sebagai agama negara dengan memutarbelitkan peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan.

”Hakikat ini jelas apabila fahaman ini secara ekstrem semakin menular dalam politik negara malah, ada yang semakin berani mempersoalkan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam memelihara kesucian agama.

”Ini menggambarkan sifat fahaman komunis itu sendiri yang menolak sistem beraja dan kita perlu bertanya dengan ikhlas adakah pemikiran begini mampu mendaulatkan agama Islam?,” tegasnya.

Beliau juga menarik perhatian mengenai tuntutan supaya golongan homoseksual, lesbian dan penukaran jantina diberikan hak kebebasan untuk mengamalkan kegiatan seks mengikut cara masing-masing sedangkan ia bertentangan dengan agama Islam.

”Kita dikaburi dengan istilah kebebasan untuk memberi hak kepada golongan ini, sedangkan ia adalah perbuatan yang berdosa malah di negara kita ia adalah jenayah,” katanya.

2 comments so far

  1. […] Waspada Ancaman Komunis Bentuk Baru […]

  2. […] Waspada Ancaman Komunis Bentuk Baru […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: