Archive for the ‘Akhbar’ Category

PERANGKAP PLURALISME AGAMA

Sambungan dari artikel Tolak Pemimpin Tak Hormati Rakan

MUQADDIMAH

SAMBUNGAN wawancara wartawan Utusan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dengan Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), ISMAIL MINA yang menjelaskan lebih lanjut tentang agenda Ketua Pembangkang dan pakatan rakyat dan masa depan Islam dan Melayu jika mereka tersilap memilih calon pada pilihan raya kali ini.

UTUSAN: Sebagai Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia, apa pandangan saudara mengenai senario umat Melayu dan politik? Dan apakah maslahah dan kebijaksanaan dari sudut Fikah dan Maqasid Syariah, pendirian yang patut diambil supaya umat Melayu tidak terpinggir?

ISMAIL: Keadaan umat Melayu sekarang ini, bahkan dari dulu lagi memang ada perbezaan dari segi pendekatan politik oleh dua parti besar orang Melayu. Mereka berbeza hanya dari segi pendekatan tetapi tidak berbeza dari segi inti dan matlamat politik.

Tetapi sekarang ini, terdapat parti-parti politik orang Melayu yang telah menghancurkan inti dan matlamat perjuangan politik bermaruah mereka.

Dan ada pula parti politik Melayu yang baru wujud yang tidak mempunyai cita-cita untuk memartabatkan Islam dan Melayu kerana terperangkap dalam gelung Zionis dan agenda memurtadkan orang Islam dengan fahaman liberalisme-pluralisme agama.

Atas nama reformasi dan perubahan, mereka sebenarnya mahu merubah agama Islam menjadi seperti Reformed Jews.

Hakikatnya mereka menjadi ejen pemusnah agama dan bangsa sebab itu ada kalangan golongan ini membenarkan orang Melayu Islam boleh murtad. Dalam kes Lina Joy, mereka berkata itu adalah hak dia.

Ada parti politik yang berjenama Islam pula, sanggup bersekongkol dengan parti politik yang terang-terang menentang Islam, menentang kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Malaysia sebagai agama negara. Tidakkah ia pelik?

Parti politik Melayu-Islam wajar kembali segera kepada Maqasid Syara iaitu memelihara negara dan Dinul Islam. Dalam teori dan doktrin politik Islam Sunni, kuasa politik digunakan untuk memelihara agama, perpaduan ummah dan negara. Maka untuk mencapai maksud dan cita-cita ini, pendirian yang patut diambil oleh parti politik orang Melayu ialah menghayati doktrin politik Islam Sunni.

Ahli teori politik Islam menerangkan, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin, melalui kuasa politik, memelihara ajaran Islam itu, melalui pengurusan yang baik dan berkesan, supaya ajaran Islam tidak rosak dan ummah selamat daripada berpecah.

Sebab itu Khalifah pertama Abu Bakar RA, menggempur golongan anarkis yang mahu merosakkan kestabilan negara. Baginda Abu Bakar RA menggunakan kuasa politik mempertahankan kesatuan dan keutuhan negara. Perpecahan kalangan ummah Islam dan dalam konteks kita di Malaysia ini, berpunca daripada pelbagai faktor.

Seperti saya katakan, dahulu orang Melayu ada berpecah dalam politik tetapi bukan perpecahan dari segi inti tetapi sekarang perpecahan ini berpunca daripada fahaman yang kontra Sunah seperti dalam tubuh Pas, ada akidah Syiah, liberalisme agama, tajsim dan sebagainya. Ini yang membuat masyarakat berpecah. Maka apa yang wajib dibuat sekarang ialah kembali kepada wacana Sunni dalam semua perkara: akidah, syariat, akhlak, ilmu, epistemologi termasuklah dalam politik.

Mengapa saudara agak kritikal dengan kepimpinan Pas terutama dalam soal perpaduan ummah? Apakah secara ideologi gagasan negara Islam, faham sosialis, sekular dan faham liberalisme dan pluralisme agama boleh menjadi gandingan untuk membina negara Malaysia?

ISMAIL: Ya, beberapa rakan karib saya dan saya, memang rapat dengan pimpinan Pas terutama dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Ramai yang tidak tahu, Ustaz Fadhil mempunyai pandangan politik yang tajam dan berpandangan jauh. Ia amat prihatin mengenai perpaduan ummah, sebab itu beliau sudi hadir dalam majlis di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang juga turut hadir Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir.

Beberapa hari sebelum program tersebut dibuat, beliau bertanya pendapat kami dan kami menyatakan persetujuan. Demikian juga dalam isu kerajaan perpaduan. Semasa hayat beliau, kami sering bertukar pandangan dan kami bersetuju dengan gagasan tersebut dan menariknya beliau turut bersetuju.

Gagasan ini, saya difahamkan turut dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama Pas sekarang ini. Tetapi ia tidak menjadi kenyataan kerana dikatakan kena ‘veto’ oleh seseorang daripada majlis tersebut. Ini yang saya tidak faham kerana kalaulah ini syura Islam, maka wajar dipegang dan dipatuhi dan dari perspektif demokrasi pun, satu tidak boleh membatalkan majoriti.

Secara ideologi, memang tidak ada keserasian bahkan ada pertembungan antara Islam dengan ideologi sosialis, sekular dan liberalisme dan ‘pluralisme agama’ yang ada dalam pakatan pembangkang.

Dalam PKR misalnya, semua unsur tersebut ada. Ada penganut pluralisme agama, ada sosialisme dan ada sekular totok. Malah dalam Pas sendiri ada ideologi dan akidah pluralisme agama. Ada fahaman syiah, liberal dan sunah.

Jika pakatan pembangkang dapat kuasa membentuk negara, saya pasti mereka tidak akan dapat bertahan lama kerana masing-masing fahaman akan berkeras mahu melaksanakan fahaman masing-masing.

Dan dengan mengenali PKR dan DAP yang cukup licik dan dominan pada masa ini, suara Pas akan tenggelam. Jika Pas masih mahu bersama pakatan rakyat, mereka perlu menyesuaikan diri dengan ideologi PKR dan DAP.

Ini tidak mustahil, kerana sekarang pun mereka sanggup bekerjasama dalam konsep tahaluf sekular dan suara ulama sunni sudah tenggelam pun dalam Pas. Dan suara liberal dan kontra sunni semakin lantang.

Apakah saudara melihat masyarakat harus membuat pilihan yang bijak supaya Malaysia terus membangun dan Islam menjadi faktor penting dalam pembangunan Malaysia?

ISMAIL: Demi kelangsungan umat dan untuk menjayakan agenda Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, seperti yang terdapat dalam teori politik Islam Sunni – bukan Khawarij atau Syiah atau lainnya – Imam al-Ghazzali pernah berkata, kuasa politik itu amat penting.

Kuasa politik bertujuan memelihara agama yakni Islam, tanpa menganiaya dan berlaku zalim kepada penganut agama bukan Islam. Ini dilarang. Perlembagaan pun menjamin perkara itu.

Masyarakat Islam tidak boleh memilih pemimpin yang berfahaman songsang agama seperti fahaman liberalisme dan pluralisme agama dan syiah. Ini akan merosakkan ajaran Islam kerana mereka mengubah ajaran akidah dan syariat serta akhlak Islam.

Betapa tidak, mereka mewajarkan orang Islam boleh murtad dan membenarkan orang Islam berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa orang bukan Islam itu menukarkan agama mereka kepada Islam seperti kata Khalid Jaafar, tokoh penting PKR.

Syiah pula menolak hadis yang diriwayat oleh ahli sunah dan menolak segala fatwa ahli sunah. Jika parti politik yang berfahaman liberalisme-pluralisme agama dan syiah ini berkuasa, maka akan terhapuslah ajaran Islam yang sebenar.

Oleh yang demikian, adalah wajib syarie bagi masyarakat Islam, tidak memilih orang yang berfahaman liberalisme dan pluralisme agama serta berfahaman syiah menjadi pemimpin mereka atas maslahah agama.

Jika golongan liberalis-pluralis agama berkuasa, maka agenda Islam akan terbantut, malah akan terhapus, kerana fahaman agama mereka ialah semua agama sama sahaja dan Islam tidak boleh diberi keistimewaan.

Jika masih mahu memakai jenama Islam mereka akan pakai nama Islam liberal-plural seperti di Indonesia. Buku-buku Islam liberal Indonesia dah banyak diulang cetak oleh IKD sebuah organisasi yang memberi promosi kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama di Malaysia dan ada kaitan dengan tokoh politik pakatan pembangkang.

Mereka menerbitkan buku-buku seperti pluralisme agama, kahwin campur antara Muslim dan bukan Muslim yang isinya menyatakan, orang Islam boleh berkahwin dengan orang bukan Islam dan banyak lagi ajaran yang bercanggah dengan Islam Sunni. Maka pilihan yang ada pada masyarakat Islam ialah memilih pemimpin dan kumpulan politik yang membela Sunnah Waljamaah dan menolak golongan liberalis-pluralisme agama.

Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai contoh, pernah buat kenyataan terbuka, menolak fahaman pluralisme agama tapi saya tak dengar ada kenyataan macam itu oleh Anwar dan kawan-kawannya. Jakim pula buat banyak aktiviti yang bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman masyarakat kepada Islam Sunni dan tidak dihalang oleh kerajaan bahkan menjadi agenda kerajaan.

Contoh paling klasik ialah polisi kerajaan sekarang, membantu pusat pendidikan Islam pondok yang selama ini terpinggir bahkan akan diwujudkan Universiti al-Quran.

Polisi kerajaan yang seperti inilah yang diharapkan oleh masyarakat Islam, bukan polisi yang mahu memesong dan merosakkan ajaran Islam seperti fahaman liberalisme dan pluralisme agama dan syiah itu. Maka pilihan masyarakat Islam ialah menyokong kepimpinan yang membela Sunah Waljamaah. Tidak selainnya. Ini menepati Maqasid Syara iaitu hifzuddin atau memelihara agama Islam.

Artikel Penuh:

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130423/re_02/Perangkap-pluralisme-agama#ixzz2RMVXa4zs
© Utusan Melayu (M) Bhd

TOLAK PEMIMPIN TAK HORMATI RAKAN

 

Wawancara wartawan Utusan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dengan Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), ISMAIL MINA (gambar di atas) yang menjelaskan lebih lanjut tentang agenda Ketua Pembangkang dan pakatan rakyat dan masa depan Islam dan Melayu jika mereka tersilap memilih calon pada pilihan raya kali ini.

UTUSAN: Sebagai orang yang terlibat bersama ABIM di peringkat awal dan akrab dengan Anwar sekian lama, apa pandangan saudara dengan sikap partisan ABIM terhadap politik Anwar Ibrahim.

ISMAIL: Saya memang salah seorang pengasas ABIM bersama kawan-kawan yang lain seperti Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Zakaria Hashim, Datuk Kamarudin Mohd Noor dan beberapa lagi. ABIM sebagai sebuah organisasi, sejak tertubuhnya lagi berpegang kepada prinsip non partisan. Tetapi, ketika Anwar menyertai UMNO dan berada dalam kerajaan, ABIM mengambil keputusan menyokong beliau.

Kemudian, apabila dia disingkirkan daripada UMNO dan menubuh parti sendiri, ABIM mengambil pendirian bersama dengan beliau dan mendokong falsafah dan konsep politik Anwar sehingga ada semacam deklarasi bahawa warga besar ABIM wajib bersama Anwar.

Dalam sistem demokrasi seperti Malaysia ini, memang kita perlu ada kesedaran politik, tetapi apa yang dikesalkan ialah ABIM sebagai sebuah organisasi masyarakat dan dakwah, tidak wajar menyebelahi mana-mana parti politik kerana anggota ABIM mungkin mempunyai pelbagai fahaman politik atau dari sisi lain, tidak semuanya mendokong Anwar.

Kalau secara individu tidak mengapa nak sokong siapa pun, parti apa pun, tetapi dengan memaksa dan mengheret ABIM sebagai sebuah organisasi, mesti menyokong Anwar, itu yang tidak betul dan dibangkang keras oleh ramai pengasas ABIM, beberapa pemimpin negeri dan juga ahli biasa.

Kalau ada yang nak masuk parti politik dan sokong Anwar tak mengapa dengan syarat mereka mesti tinggalkan jawatan dalam ABIM dan jangan ganggu perjalanan ABIM melalui kuku besi yang tak nampak. Biarkan ABIM diurus oleh orang yang benar-benar mendokong dasar non partisan dan berdakwah secara bebas tanpa terikat kepada seseorang individu.

Anwar sedar bahawa dia sangat-sangat memerlukan kumpulan Islam, maka dengan naif politik dalam kalangan pimpinan dan Majlis Syura ABIM yang dikuasai 100 peratus oleh orang Anwar, maka mereka mudah membuat manipulasi.

Sebab itu Majlis Syura ABIM tidak memanggil Datuk Dr. Sidek Baba hadir bermesyuarat. Dr. Yusri juga tidak dimasukkan sebagai ahli Syura, walhal bekas Presiden ABIM secara automatik menjadi ahli majlis syura. Juga pengasas ABIM yang sudah tidak aktif dalam politik dan senior-senior ABIM yang banyak memberi sumbangan fikiran, tenaga dan kewangan, tidak dijemput menjadi ahli syura seperti Datuk Zakaria Hashim, Amin Hashim dan ramai lagi. Kenapa?

Kerana mereka itu semua sudah mufaraqah dengan Anwar. Atau syura takut kalah hujah dalam mesyuarat dan agenda menyokong Anwar terhalang.

Sebagai rakan karib Anwar sejak di Universiti Malaya, Yayasan Anda dan dalam ABIM, apa yang tidak kena pada Anwar hingga saudara mengambil sikap meninggalkannya?

Asas penubuhan ABIM ialah memperjuangkan Islam Sunnah Waljamaah. Dalam usrah-usrah, tamrin atau program membina jati diri atau sahsiah, program kepimpinan dan wacana-wacana pemikiran dan keilmuan, semuanya adalah dalam skima pemikiran dan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah.

Rupa-rupanya semua wacana Sunni dalam semua program ABIM itu, semacam mencurah air di daun keladi semata-mata, tidak ada kesan dalam akal, kefahaman dan hati. Ini dibuktikan apabila Revolusi Syiah Khomeini berjaya, ABIM di bawah pimpinan Anwar, menjadi ejen penyebaran doktrin dan akidah Syiah di Malaysia. Buku Khomeini diterjemahkan pada hal buku tersebut amat bercanggah dengan akidah Sunnah Waljamaah.

Pada masa itu saya sudah bangkang mereka. Alhamdulillah, ABIM sekarang tidak menerima Syiah lagi. Walaupun ABIM menolak fahaman Syiah, tetapi mereka tetap tidak dapat memisahkan diri daripada Anwar.

Saya mengikuti pemikiran Anwar. Saya menelaah Asian Renaisance tulisannya dan di situ saya mula terhidu faham liberalisme agamanya. Dalam perjumpaan di rumah Profesor Osman Bakar, dia mengaku bahawa di situ sudah ada bunga-bunga fahaman liberalisme dan pluralisme agamanya. Alhamdulillah dia mengaku. Masa membaca buku itu, saya masih belum tolak dia lagi.

Saya benar-benar menolak beliau apabila kami meneliti tulisan yang beliau ucapkan di London School of Economics, Universiti London. Beliau nyatakan bahawa seseorang Islam tidak boleh mengatakan yang agama lain itu salah dan katanya semua orang yang beragama akan selamat ertinya selamat daripada masuk neraka. Pegangan ini bercanggah dengan akidah Islam. Boleh membawa kepada murtad. Maka kami mengambil keputusan, mengadakan wacana ilmiah dan majlis penerangan di seluruh negara bagi menerangkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang dibawa oleh Anwar adalah bercanggah dengan Islam dan wajib umat Islam menolaknya.

Apabila saudara meragui Anwar tentang isu liberalisme dan pluralisme agama, berlaku pertemuan di rumah Profesor Osman Bakar yang Anwar turut hadir dan menyatakan sesuatu mengenai isu itu. Apa yang dikatakan oleh Anwar dan apa yang berlaku selepas itu?

Apabila kami meneliti ucapan beliau, kami mengadakan wacana mengenai fahaman liberalisme dan pluralisme agama. Ekoran daripada wacana kami itu, beliau meminta untuk bertemu dengan kami. Saya amat bersetuju dengan harapan semoga beliau menarik balik fahaman tersebut. Dalam pertemuan pada malam itu, dia mengaku yang dia menulis perkara tersebut. Dia kata, ‘longgar’ sikit. Saya menjawab, ‘tak sedikit’. Dia bersetuju nak edit tulisan tersebut bersama Profesor Osman dan saya. Tetapi dia tidak menepati janjinya untuk mengedit. Malah selepas perjumpaan tersebut, beliau mengungkit perkara tersebut dengan memperleceh kami dalam ceramah politik beliau.

Di depan orang ramai yang tak faham isu itu bolehlah dia temberang tetapi dalam perjumpaan pada malam tersebut seperti kata pepatah Melayu – dia seperti, tikus di depan kucing! Hingga kini dia tak edit tulisan tersebut. Dan yang menggelikan hati ialah selepas perjumpaan itu Anwar telah mengeluarkan tulisannya itu dari blog beliau, tetapi tak lama kemudian dimasukkan balik dan selepas itu dibuang semula. Dia tetap yakin dengan akidah pluralisme agamanya itu hingga sekarang. Malah untuk mendapat simpati masyarakat Islam dan untuk mempertahankan akidah palsunya itu, dia mengaitkan pula beberapa ulama Islam ke dalam kelompok batilnya itu.

Kalimah Allah berkait rapat dengan isu akidah – tauhid. Bila Anwar mengambil pendirian kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu dan Majlis Syura Pas mengambil pendirian sebaliknya, apa pendapat saudara mengenainya?

Memang benar, kalimah Allah adalah berkait rapat dengan akidah dan tauhid. Salah konsep mengenai kalimah ini, akan menyebabkan seseorang itu menjadi kontra tauhid ertinya menjadi syirik. Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW datang mengajar tauhid yang benar dan membetulkan fahaman dan konsepsi salah mengenai Allah kepada golongan Yahudi, Nasrani-Kristian dan Musyrikin.

Yahudi percaya Allah memiliki anak bernama Uzair, Nasrani percaya Isa anak Tuhan di samping yang percaya Allah ada anak perempuan dan sebagainya. Sesuatu yang Anwar keliru ialah dalam hujah-hujahnya di depan orang bukan Islam, katanya perkataan Allah sudah ada sejak sebelum kedatangan Nabi SAW lagi, sebab itu ayahanda Baginda bernama Abd Allah atau Abdullah. Anwar keliru kerana dua fakta. Pertama kalimah Allah dalam tradisi Ibrahimiyah, Musa dan Isa dan Khalid bin Sinan adalah menepati konsepsi tauhid yang benar. Tetapi konsepsi ini telah mengalami proses dekonstruksi epistemologi sehingga Baginda Muhammad SAW datang membetulkannya.

Ya, memang benar orang Musyrikin pun percaya kepada wujudnya Allah tetapi seperti yang dinyatakan oleh Allah sendiri di dalam al-Quran, bahawa mereka menggunakan berhala dan patung-patung sebagai alat atau objek atau perantara untuk mendekatkan diri kepada Allah sebab itu di dalam al-Quran, Allah menyatakan kepada kita bahawa jika golongan Musyrikin itu ditanya siapa yang menjadikan semesta Alam ini, pasti mereka akan menjawab Allah. Akan tetapi, konsepsi Allah yang mereka faham itu bertentangan dengan konsepsi Allah seperti di dalam Surah al-Ikhlas dan seperti yang diajar oleh Nabi SAW.

Kedua, Anwar terlalu naif dalam isu kalimah Allah ini apabila ia menjadi juara memperjuangkannya supaya kalimah tersebut boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Dia terlalu amat naif kerana golongan gereja mahu menggunakan perkataan yang biasa dengan budaya dan masyarakat tempatan untuk tujuan memurtadkan orang Islam.

Di Bangladesh, gerakan Evangelican ini tidak menggunakan perkataan Allah di dalam Bible menggantikan God tetapi menggunakan perkataan Iswar, kerana perkataan ini biasa dipakai dalam masyarakat Hindu di Bangladesh bagi merujuk kepada Tuhan Kristian.

Kami mendapat kritikan apabila kami terus menerus menerangkan bahawa kalimah Allah hanya semata-mata boleh digunakan oleh orang Islam sahaja. Di Selangor, program menjelajah untuk menerangkan isu ini, telah diperintah oleh pihak berkuasa negeri supaya dihentikan. Sementara Pas pula, walaupun telah difatwakan oleh Majlis Syura Ulama mereka tetapi aktivis mereka tetap berkeras berkata, kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Yang penting juga ialah Anwar langsung tidak menghormati fatwa rakan tahalufnya itu yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dan Pas pula tidak berani mengambil apa-apa langkah mencegah Anwar daripada terus memperjuangkan isu tersebut. Sepatutnya Pas bertegas meminta Anwar berhenti daripada bercakap isu ini kerana bercanggah dengan fatwa mereka.

BERSAMBUNG…Perangkap Pluralisme Agama

Artikel Penuh:

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130422/re_01/Tolak-pemimpin-tak-hormati-rakan#ixzz2RFqggPCn
© Utusan Melayu (M) Bhd

Islamic NGOs To Submit Proposals Concerning Human Rights To Government

KUALA LUMPUR, Jan 5 (Bernama) — Over 20 Islamic non-governmental organisations (NGOs) will submit several proposals to the government concerning human rights issues that can threaten the sovereignty of Islam in Malaysia for the universal periodic review (UPR) purposes.

Photo0480xMalaysian Muslim Lawyers Association vice-president Azril Mohd Amin said the UPR would give the opportunity to the ruling government in 192 countries, including Malaysia, to declare the actions that could improve human rights in their respective countries.

He said the proposals would be submitted next month before Malaysia sent its UPR report to the United Nations (UN) Human Rights Council in March.

Among the proposals are to have a separate feedback note be sent to the Organisation of Islamic Cooperation’s (OIC) Independent Permanent Commission on Human Rights (IPHRC) to ensure that the syariah-specific and intra-faith issues were debated among countries and NGOs, as well as among legal syariah experts and Muslim scholars, he said.

logo-seminar SEMAIAN+JAKIMAzril said this when tabling his working paper titled “Islam as National Religion: Between Universal Declaration of Human Rights and The Position of Islam in Malaysia’s Federal Constitution at the Seminar to Uplift Status of Islam as National Religion (SEMAIAN) organised by Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) with cooperation from the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) here Saturday.

— BERNAMA

Call For Islamic Religious Sovereignty Commission To Be Set Up

KUALA LUMPUR, Jan 5 (Bernama) — A member of the legal bureau of Federal Territories Islamic Religious Council (Maiwp) today proposed that an Islamic Religious Sovereignty Commission be set up to face new challenges and threats against Islam in the country.

Photo0472Mahamad Naser Disa said the commission should be patroned by Yang di-Pertuan Agong and the members should comprise Islamic scholars to ensure that all Islamic-related issues be solved through discussions.

He said although the Federal Constitution recognized and preserved the sovereignty of Islam, many quarters were still trying to create confusion among the Muslims.

logo-seminar SEMAIAN+JAKIM“Islam should not be made a political issue. As such, the involvement of the Council of Rulers will ensure sovereignty of Islam,” he said when tabling his working paper titled ‘Threats Against Sovereignty of Islam as National Religion’ at the SEMAIAN seminar aimed at ensuring sovereignty of Islam here Saturday.

He said the commission should ensure that all quarters, including the non-Muslims, would respect the sovereignty of Islam as the national religion.

— BERNAMA

Malay Rulers Have Obligation, Responsibility To Uplift Status Of Islam

KUALA LUMPUR, Jan 5 (Bernama) — The Malay Rulers have an obligation and a responsibility to uplift the status of Islam using their powers as the heads of the Islamic religion in their respective states.

ShamrahayuInternational Islamic University of Malaysia (IIUM) law lecturer, Assoc Prof Dr Shamrahayu Abdul Aziz said the concept of Constitutional Monarchy should not prevent the Malay Rulers from discharging their responsibilities as heads of the Islamic religion.

“The royal institution is the main driving force in the implementation of Islamic law and to uplift the status of Islam as national religion.

logo-seminar SEMAIAN+JAKIM“With the long-existing recognition, it is high time for the Rulers to play their parts more significantly as heads of Islamic religion,” she said when tabling her working paper titled ‘Sovereignty of Islam as National Religion : Roles of Malay Rulers as Stipulated in Federal Constitution’ at the Seminar to Uplift Status of Islam as National religion (SEMAIAN) here Saturday.

She also said the Malay Rulers could also play their parts in formulating government policies so that the policies would be in line with the status of Islam as the official religion in the country.

— BERNAMA

Raja-Raja Melayu Berperanan Mendaulat Dan Memartabat Islam

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) — Sultan dan Raja Melayu, yang merupakan Ketua Agama Islam, mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk mendaulat dan memartabatkan agama Islam mengikut kuasa yang ada pada mereka.

ShamrahayuPensyarah Kulliyyah Undang-Undang Profesor Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata konsep Raja Berperlembagaan tidak seharusnya menghalang Institusi Raja-Raja untuk melaksanakan peranan mereka sebagai Ketua Agama Islam.

“Dengan pengiktirafan setelah sekian lama, sudah sampai masanya bagi Raja-raja merealisasikan kedudukan baginda sebagai Ketua Agama,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara-Peranan Raja-Raja Melayu Berpaksi Perlembagaan Persekutuan’ pada Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) di sini Sabtu.

seminar SEMAIAN-logo1Shamrahayu berkata sebagaimana difahami daripada sejarah dan penerimaan prinsip raja sebagai Ketua Agama, kuasa, peranan dan tanggungjawab berhubung hal ehwal agama Islam serta adat istiadat Melayu sepenuhnya berada di bawah ruang lingkup budi bicara Raja-Raja.

Katanya sebarang tindakan atau apa jua perkara berhubung agama Islam dan Melayu hendaklah diurus dan diselenggara menurut kehendak Raja-Raja (dengan nasihat mufti atau institusi lain) yang bertanggungjawab memberi nasihat dalam hal berkenaan.

— BERNAMA

Bersatu Bentuk Perlembagaan Berasaskan Islam

sidang media semaianKUALA LUMPUR: Jika orang Islam ingin Perlembagaan Persekutuan dijadikan lebih dekat dengan Islam, mereka harus mencari jalan agar mendapat kuasa untuk meminda undang-undang di Malaysia yang bertentangan dengan undang-Undang Islam.

Biro Undang- Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mahamad Naser Disa berkata usaha itu boleh diambil untuk meminda undang-undang yang diluluskan dari zaman penjajah.

Katanya ia adalah penting supaya undang-undang tersebut tidak bertentangan dengan undang-undang Islam sekaligus dapat memartabatkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia.

“Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi, ia adalah sumber kepada undang-undang yang digubal, maknanya kalau hendak gubal undang-undang, Parlimen, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.“Sumbernya ialah undang-undang yang hendak digubal itu tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan itu sendiri, jadi kalau ada undang-undang Common Law yang bercanggah dengan Islam sepatutnya kita tidak boleh pakai dah kerana dia bercanggah dengan Perkara 3 iaitu Islam itu,” katanya dalam satu sidang media khas Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

logo-seminar SEMAIAN+JAKIMJusteru katanya pendekatan seperti ini dapat dirujuk melalui perdebatan peguam-peguam bukan Islam antaranya Ramdas Tikamdas dan Mura Raju harus diambil kira dalam usaha untuk mendaulatkan perundangan Islam.

Cubaan untuk mendaulatkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi telah dilakukan oleh kedua-dua peguam tersebut yang pada hakikatnya hanya satu suatu pembelaan bagi mengelakkan anak guam mereka dari dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan pengedaran dadah dan memiliki senjata api.Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada kes ‘Che’ Omar bin Che Soh vs Public Prosecutor’ di mana peguam berkenaan berhujah bahawa hukuman mati bagi kedua-dua kesalahan itu bercanggah dengan hukum syarak kerana kedua-dua kesalahan itu bukan kesalahan hudud.Oleh itu ia bercanggah dengan perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.“Sebab itu Tun Ahmad Fairuz menghargai apa yang dibuat oleh Ramdas dan T Muraraju tetapi yang masalahnya saranan ini agar diteruskan oleh orang politik dan akademik sebagainya, itu tidak dibuat.“Ia menyebabkan kita sampai sekarang berada dalam kekaburan, ini menjadi masalah kepada kita. Apabila kita ada kekuatan dalam Perlembagaan tetapi kita tidak bergerak dengan selaras apa yang dibuat oleh Perlembagaan.“Memanglah kita sudah pergi sebaliknya, ada sebahagiannya ada yang berpandangan kita sekular, jadi kita membawa masuk unsur-unsur sekular kerana dia kata negara kita sekular, sedangkan dalam Perlembagaan, tiada sepatah perkataan pun yang mengatakan negara kita sekular, itu yang menjadi masalahnya,” katanya lagi.

Justeru katanya bagi mendaulatkan Islam diangkat martabatnya dalam Perlembagaan Malaysia sudah sampai masanya hujah kedua-dua peguam itu diteruskan di forum-forum lain seperti di Parlimen dan kepada ahli politik.

Namun saranan itu tidak diikuti oleh peguam-peguam Islam yang lain, dan tiada usaha bersungguh-sungguh untuk mengkaji keberkesanan Perkara 3(1) untuk memartabatkan kedudukan Islam.

Sebaliknya majoriti peguam Islam mengambil sikap menerima sahaja keputusan Mahkamah Agung itu.

Sementara itu, Speakder Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang hadir sama turut menekankan perlu ada majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya pindaan itu dapat diterima.

“Perlembagaan itu adalah ibu segala undang-undang dan sudah termaktub dalam Perkara 3 Kedudukan Islam, jelas di situ. Soal pemahaman Islam di situ sudah jelas, tiada kabur-kabur sudah.

“Kalau apa-apa pindaan hendak dibuat, kita perlu balik ke Parlimen. Kalau ada apa-apa pindaan yang hendak dibuat, perlu mendapat keputusan 2/3 dalam Parlimen.

“Contohnya sekarang, kalau kita tidak memiliki 2/3 majoriti, masalahnya sekarang kita tidak mempunyai majoriti 2/3, kita tidak boleh buat apa-apa pindaan dalam Perlembagaan,” katanya.

Malah perkara itu turut mendapat sokongan daripada Naser dan Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang menegaskan penting untuk mendapatkan majoriti 2/3 bagi membolehkan pindaan terhadap undang-undang di Malaysia yang bercanggah dengan undang-undang Islam.

Turut hadir pada sidang media adalah Mantan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.

Sumber: Antarapos

Suruhanjaya Kedaulatan Agama Islam Dicadang Ditubuhkan

Photo0472KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) — Seorang anggota biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mencadangkan sebuah Suruhanjaya Kedaulatan Agama Islam ditubuhkan bagi mengatasi ancaman-ancaman baru terhadap agama Islam di negara ini.

Mahamad Naser Disa berkata suruhanjaya itu perlu dinaungi oleh Yang di-Pertuan Agong dan dianggotai ilmuan agama supaya setiap masalah dan aduan berkaitan agama Islam dapat diselesaikan secara muzakarah.

Beliau berkata meskipun Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf dan memartabatkan kedaulatan Islam, namun kini terdapat pihak tertentu sering melakukan pelbagai usaha bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

“Islam tidak sepatutnya dijadikan bahan pertimbangan politik. Penglibatan Majlis Raja-Raja akan dapat pastikan Islam sentiasa didaulatkan,” katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk “Ancaman-ancaman terhadap Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara” pada Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) di Pusat Islam di sini.

Katanya suruhanjaya itu perlu memastikan semua pihak termasuk rakyat bukan Islam untuk menghormati kedaulatan Islam sebagai agama Persekutuan.

— BERNAMA

Islam agama rasmi, termaktub dalam Perkara 3 (1)

Tun Ahmad Fairuz-SemaianstageKUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim hari ini menegaskan hanya Islam akan kekal sebagai agama rasmi negara ini.

Malah, katanya tiada siapa yang boleh mengganggu-gugat Kedudukan Islam apatah lagi mempersoalkan keseramataan agama.
Tegas Ahmad Fairuz lagi, Islam telah termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan sebagai agama persekutuan  sekaligus telah membatalkan ciri-ciri sekularnya.
Justeru, Ahmad Fairuz berkata Perkara 3 (1) adalah kekuatan bagi umat Islam Malaysia kerana Islam termaktub sebagai agama persekutuan dan dalam masa sama agama lain boleh diamalkan selagi selari dengan prinsip keamanan dan kedamaian.
“Saya ingin menjelaskan di sini atas prinsip-prinsip keamanan dan kedamaian bahawa hanya satu agama sahaja adalah agama Persekutuan iaitu agama Islam walaupun ada pihak lain yang cuba menuntut hak keseramataan.
“Kerana kita sedia maklum bahawa dengan jelasnya Perkara 3 menyatakan yang ‘Ugama Islam’ adalah ‘Ugama bagi Persekutuan’ walau pun ‘ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
“Tidak dapat dinafikan bahawa prinsip ‘aman dan damai’ adalah ajaran dan amalan Islam,” katanya dalam ucaptamanya di Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dihadiri kira-kira 1,200 peserta di sini, hari ini.
Sehubung itu katanya, sejajar dengan martabatnya sebagai Agama Persekutuan terdapat beberapa perkara perlu dipatuhi antaranya melalui Perkara 3 (2)-(5) PP yang mengisytiharkan Yang DiPertuan Agung, Ketua Utama Malaysia, sebagai Ketua Agama Islam bagi wilayah Persekutuan.
Manakala Raja-Raja Melayu adalah Ketua Utama Negeri-Negeri sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Begitulah Islam dimartabatkan sebagai Agama Persekutuan oleh PP sendiri.
logo-seminar SEMAIAN+JAKIMBeliau selain itu menekankan Perkara 11 (4) pula membolehkan ‘Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan, mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Katanya lagi, Perkara 12 (2) PP pula menyatakan adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.
Malah katanya bagi memartabatkan Islam sebagai Agama Persekutuan di mana perlu merujuk kepada Perkara 37 PP.
Untuk rekod Perkara 37 PP mewajibkan “Yang di-Pertuan Agong, sebelum menjalankan fungsinya mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual Keempat di hadapan Majlis Raja-Raja dan dengan kehadiran Ketua Hakim Negara Persekutuan dan sumpah itu hendaklah disaksikan oleh dua orang yang dilantik bagi maksud oleh Majlis Raja-Raja”.
sumber: Antarapos

Bekas ketua hakim: Yakini undang-undang Islam

Tun FairuzUmat Islam perlu meyakinkan diri sendiri serta masyarakat bukan Islam di negara ini bahawa undang-undang Islam adalah adil dan saksama, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Beliau berkata sayangnya hari ini umat Islam Malaysia begitu cuai dan alpa sehingga mengabaikan khazanah berharga yang diwarisi daripada para ulama Islam dan cendekiawan ilmu perundangan Islam.

“Kita harus mempelajari undang-undang Islam ini dan berikhtiar serta berjihad, jika perlu, untuk menjadikan undang-undang Islam itu undang-undang kebangsaan di Malaysia,” kata Ahmad Fairuz, yang merupakan Ketua Hakim Negara pada 2003 hingga 2007.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dihadiri kira-kira 1,200 peserta di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata beberapa langkah telah pun diambil Jabatan Syariah, Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya (UM) untuk memartabatkan Islam di negara ini.

Serentak dengan itu juga, beliau berkata Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa turut ditubuhkan dengan tujuan menyiapkan para penuntutnya untuk menerima dan mengemukakan undang-undang Islam sebagai undang-undang asas bagi umat Islam di negara ini.

logo-seminar SEMAIAN+JAKIM“Tetapi ini adalah langkah permulaan sahaja dan banyak lagi langkah harus diambil untuk menghilangkan buruk sangka terhadap undang-undang Islam dan mengiktiraf serta menghormati undang-undang Islam di Malaysia.

“Undang-undang di negeri barat dengan secara langsung ataupun tidak, dan dengan diketahui atau tidak, telah banyak mengambil dan meniru undang-undang Islam. Di England sendiri, banyak pembaharuan telah dibuat yang membawa undang-undang itu (Common Law) lebih dekat dengan undang-undang Islam,” katanya.

Ahmad Fairuz, yang juga Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata malangnya, di Malaysia sehingga hari ini kerap kali mencontohi pembaharuan undang-undang yang berlaku di England sungguhpun peruntukan yang setanding dengan undang-undang berkenaan atau yang lebih baik boleh dirujuk daripada undang-undang Islam.

“Kita sebagai orang Islam di Malaysia haruslah menyesuaikan diri dan menguatkan iman kita supaya layak menerima undang-undang Islam dan selepas itu bolehlah kita cuba memujuk jiran-jiran kita (masyarakat bukan Islam) di negara ini untuk bersama-sama menerimanya,” katanya.

Ahmad Fairuz, dalam ucapannya turut memetik Panel Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaldin dalam rencananya yang merujuk kepada kenyataan bekas pensyarah undang-undang Dr Aziz Bari yang dilapor sebagai berkata bahawa Malaysia bukanlah negara sekular.

Kenyataan Aziz itu berbunyi: “Pada hakikatnya kita boleh mengatakan bahawa negara ini telah disyahadahkan dengan kalimah Islam sebagaimana tertulis dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam adalah agama persekutuan sekaligus telah membatalkan ciri-ciri sekularnya. Dan kemudian terpulang kepada kita untuk mengisi kerangka itu dengan apa yang dituntut oleh Islam.”

Merujuk hal sama, Ahmad Fairuz berkata Perkara 3 (1) adalah kekuatan bagi umat Islam Malaysia kerana Islam termaktub sebagai agama persekutuan dan dalam masa sama agama lain boleh diamalkan selagi selari dengan prinsip keamanan dan kedamaian.

“Walau bagaimanapun, penganut agama lain mesti sedar bahawa agama mereka bukanlah agama persekutuan. Jadi berhati-hatilah membuat tuntutan kesamarataan.

“Perkara 3 (1) telah menjelaskan bahawa Islam itu agama persekutuan, mana boleh nak samarata?” katanya.

Memetik ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden Umno bertemakan ‘Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional’ pada Perhimpunan Agung Umno 2012, Ahmad Fairuz berkata umat Islam di negara ini sepatutnya beruntung kerana mempunyai kerajaan yang komited mempertahan dan memperkembang syiar Islam.

“Ini adalah jaminan daripada parti pemerintah untuk terus memperjuangkan Islam. Saya tak tahulah kalau parti lain yang memerintah (apa yang akan dilaksanakan),” kata Ahmad Fairuz.

Najib pada 29 Nov lepas berkata Umno komited untuk terus meninggikan martabat Islam berteraskan maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.

Najib berkata Umno, tanpa berbasa-basi, menegaskan bahawa parti itu, yang menjadi tunjang kerajaan Barisan Nasional, menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme.

– Bernama