Archive for August, 2010|Monthly archive page

Muafakat Sokong Keputusan Mahkamah Rayuan Bahawa Adalah Di Bawah Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Tentukan Status Islam Seseorang

Kenyataan Media

Berhubung Mahkamah Rayuan Malaysia pada 20hb Ogos 2010 membuat keputusan dengan sebulat suara bahawa isu tentang status seseorang yang memeluk Agama Islam, sama ada seseorang itu kekal dalam beragama Islam sewaktu hidupnya atau semasa kematiannya  adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah

23 Ogos 2010

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan Malaysia pada 20hb Ogos 2010 yang lalu yang membuat keputusan dengan sebulat suara bahawa isu tentang status seseorang yang memeluk Agama Islam, sama ada seseorang itu kekal dalam beragama Islam sewaktu hidupnya atau semasa kematiannya  adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, dan hendaklah di rujuk kepadanya. Keputusan itu menegaskan bahawa mahkamah sivil tidak ada hak untuk membicarakan dan memutuskan tentang status Agama Islam seseorang itu.

MUAFAKAT memang  berpendirian sedemikian dan sentisa menggesa rakyat di negara ini supaya merujuk kepada Mahkamah Syariah jika sekiranya mereka merasa ragu tentang status Agama Islam seseorang itu. MUAFAKAT berharap tidak ada lagi pihak yang akan mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan itu demi menjaga keharmonian di kalangan penganut pelbagai agama di negara ini.

Berhubung dengan kes Allahyarham Moorthy @ Muhammad bin Abdullah, MUAFAKAT memang yakin daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kehidupanya dan semasa kematiannya bahawa memang beliau mati sebagai seorang Muslim, dan oleh sebab itu MUAFAKAT menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak mahu campur tangan dalam pengisytiharan keislamannya yang telah di buat oleh Mahkamah Syariah.’

Dato Ahmad bin Ismail,

Timbalan Presiden

Wacana Gerakan Pluralisme Agama & Pemurtadan Ummah

Pengumuman Awal

Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah 2

Peringkat Kebangsaan

Tema:

GERAKAN PLURALISME AGAMA

DAN

PEMURTADAN UMMAH

Tarikh

5 Oktober 2010, Selasa

7.30 Pagi – 5.30 Petang

Tempat:

Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Anjuran bersama:

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

*****

SILA IKUTI PERKEMBANGAN SETERUSNYA ATAU UNTUK MAKLUMAT LANJUT (klik di sini)

Ramadan Mubarak