Archive for the ‘LGBT’ Tag

Haji Rahim Sinwan: Tuntutan LGBT Di Manakah Pencanggahannya Di Bawah Perlembagaan Persekutuan?

Rakaman pembentangan kertas kerja bertajuk Tuntutan LGBT Di Manakah Pencanggahannya Di Bawah Perlembagaan Persekutuan? oleh Haji Abdul Rahim Sinwan, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, pada Wacana Kemungkaran LGBT pada 22 April 2012, di Dewan Besar, Kampus Antarabangsa, Jalan Semarak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Haji Naser Disa: LGBT Dari Perspektif Tuntutan Hak Asasi

Rakaman pembentangan kertas kerja bertajuk LGBT Dari Perspektif Tuntutan Hak Asasi oleh Haji Haji Mahamad Naser Disa, Biro Undang-undang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pada Wacana Kemungkaran LGBT pada 22 April 2012, di Dewan Besar, Kampus Antarabangsa, Jalan Semarak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ustaz Nasharudin Mat Isa: Seks Songsang – Perspektif Syari’ah

Rakaman pembentangan kertas kerja bertajuk Seks Songsang: Perspektif Syari’ah oleh Y.B. Nasharudin Mat Isa, Pusat Kajian Fiqh Kontemporari, pada Wacana Kemungkaran LGBT pada 22 April 2012, di Dewan Besar, Kampus Antarabangsa, Jalan Semarak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ustaz Uthman El-Muhammady: Hubungan Gender Dalam Islam

Rakaman pembentangan kertas kerja bertajuk Hubungan Gender Dalam Islam oleh Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady, ISTAC, pada Wacana Kemungkaran LGBT pada 22 April 2012, di Dewan Besar, Kampus Antarabangsa, Jalan Semarak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Semua pihak perlu berganding bahu tangani isu LGBT


Sumber: Bernama

KUALA LUMPUR – Demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa.

“Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat,” kata Nasharudin, yang juga bekas Timbalan Presiden PAS, kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada “Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT” di sini hari ini.

Beliau berkata golongan itu bagaikan satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah di dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.

Katanya semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.

Nasharudin berkata wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.

“Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik,” katanya.

Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.

Para peserta yang hadir melebihi 450 orang berdasarkan senarai pendaftaran - ianya bertepatan dengan semua kerusi yang disediakan dipenuhi

Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan, katanya.

Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia bertujuan menyedarkan peserta tentang perlunya menolak golongan ini yang bagaikan virus berbahaya di dalam masyarakat.- Bernama

Nota:

Anggaran bilangan peserta yang dilapor oleh Bernama kurang tepat memandangkan bilangan kerusi banquet yang disediakan asalnya 300 buah terpaksa ditambah dengan 200 buah lagi kerusi plastik. Ini adalah bertepatan dengan bilangan pendaftaran yang diisi oleh para peserta melebihi 450 orang.

Wacana Kemungkaran LGBT

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) akan mengadakan Wacana Kemungkaran LGBT bertemakan “LGBT MENGUNDANG BALA ALLAH

Tarikh: 22 April 2012 bersamaan 30 Jamadil awal 1433 (AHAD)

Masa: 8:15 pagi – 2:00 petang

Tempat: Dewan Besar UTM, Kampus Antarabangsa Jalan Semarak, KL

Percuma – Tempat adalah TERHAD – mohon daftar dahulu

Hubungi: 012-650-6404 – Sdr. Nasrul

atau emel: muafakat_malaysia@yahoo.com

Sila ikuti perkembangan seterusnya di: http://muafakatmalaysia.com

Seminar “LGBT Mengundang Bala Allah”

Seminar “LGBT Mengundang Bala Allah”

Tarikh: 22 April 2012

Masa: 8:30 pagi – 2:00 petang

Tempat: Akan diumumkan nanti

TERBUKA – PERCUMA – TEMPAT TERHAD

Ikuti perkembangan maklumat lanjut di blog ini (klik)