Archive for December, 2012|Monthly archive page

Ismail Mina: Dakwaan Gudwara Malaysia tidak benar

dari Antarapos

Dakwaan Gudwara Malaysia tidak benar – Ismail Mina

SHAH ALAM: Dakwaan pengharaman penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, disifatkan Ismail Mina Ahmad sebagai satu kenyataan palsu dan bermotifkan politik murahan.

Sebaliknya menurut Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) itu, kenyataan tersebut yang dikeluarkan Persatuan Gurdwara Malaysia (MGC) sebenarnya yang telah melanggar peruntukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini.

Berpendapat Presiden MGC, Jagir Singh sebagai tidak memahami asas Perlembagaan, Ismail menegaskan bahawa di dalamnya dengan jelas menyatakan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di mana segala urusan yang berkaitan dengan agama tersebut adalah hak mutlak penganut-penganutnya sahaja.

“Kenyataan Persatuan Gurdwara agama Sikh itu adalah satu kenyataan palsu. Mereka tiada memahami asas Perlembagaan kerana jelas Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia ini.

“Perlembagaan Malaysia jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan yang mempunyai implikasi yang cukup jelas bahawa semua urusan yang berkaitan dengan ajaran Islam adalah hak mutlak penganut Islam semata-mata,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Kenyataan Jagir kepada portal berita The Malaysian Insider itu jelas Ismail bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan, tetapi juga bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang turut mengiktiraf kedudukan Islam serta peranan Raja-raja Melayu dalam segala urusan yang berkaitan dengannya.

“Dan demikian juga ia mempunyai implikasi kepada kerajaan negeri-negeri yang mana semua undang-undang tubuh kerajaan negeri meletakkan Islam sebagai agama negeri yang berkenaan dan Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak dalam segala urusan yang berkaitan dengan ajaran dan agama dan umat Islam.

“Oleh yang demikian, pandangan Raja-raja Melayu sudah tentu melalui penasihat agama baginda masing-masing, adalah sesuatu yang berkaitan menurut Perlembagaan Negeri dan juga menurut Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Justeru, beliau menyeru rakyat negara ini yang bukan beragama Islam supaya tidak terpengaruh dengan cubaan pihak luar yang mahu merosakkan keharmonian masyarakat pelbagai agama yang telah lama wujud di negara ini.

“Saya ingin mengingatkan kepada orang-orang bukan Islam yang menjadi warganegara Malaysia, memahami benar-benar Perlembagaan Malaysia supaya mereka jangan terikut-ikut dengan rentak ‘tangan-tangan’ di luar daripada Malaysia yang mahu mewujudkan huru-hara dan ketidakstabilan masyarakat Malaysia yang selama ini cukup harmoni,” gesa beliau.

Mengulas lanjut, Ismail mempertikaikan tujuan Jagir mengeluarkan kenyataan tersebut sedangkan pemimpin utama agama Sikh yang berpusat di Amritsar di Wilayah Punjab, India tidak pernah mengutarakan perkara sedemikian.

Untuk itu, beliau tidak menolak kemungkinan isu tersebut sengaja dibangkitkan bagi menimbulkan kekeliruan dikalangan penganut agama Islam di negara ini.

“Kenyataan Persatuan Gurdwara itu mempunyai tujuan politik murahan kerana selama ini tidak pernah terjadi di Amritsar, iaitu pusat agama Sikh, yang meminta supaya kerajaan India mewajarkan penggunaan atau kalimah Allah di dalam kitab-kitab mereka seperti Kitab ‘Guru Granth Sahib’.

“Kenapa mereka mahu meminta penggunaan perkataan Allah sedangkan majlis agama mereka di Amritsar tidak berbuat demikian?

“Ini adalah satu konspirasi jahat mereka untuk mengelirukan orang Islam dalam isu kalimah yang cukup mulia bagi umat Islam,” tegasnya.

Tajuk-tajuk Pembentangan Dalam SEMAIAN – 5hb Jan 2013

Pendaftaran masih dibuka. Hubungi 03 4107-1025 atau 013-281-1169

logo-seminar SEMAIAN+JAKIM

Seminar Mendaulatkan Islam – Agama Negara (SEMAIAN)

Tarikh: 5hb Januari 2013 (Sabtu)

Masa: 8:00 pagi – 5:30 petang

Tempat: Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur

Tajuk-tajuk pembentangan kertas-kerja semasa SEMAIAN:

  1. Ucap Utama: Memartabatkan Islam Sebagai Agama Negara olehTun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (Mantan Ketua Hakim Negara)
  2. Islam, Raja dan Melayu Sebagai Paksi Keutuhan Negara Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan oleh Dato’ Mohd Noor Abdullah (Mantan Hakim Mahkamah Rayuan)
  3. Ancaman Terhadap Kedudukan Islam Agama Negara oleh Haji Mahamad Naser Disa (Biro Undang-undang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP))
  4. Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara – Peranan Raja-Raja Melayu Berpaksi Perlembagaan Persekutuan oleh Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz (Pensyarah, Kulliyyah Undang-undang Profesor Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
  5. Islam Agama Negara: Antara Tuntutan HAM Sejagat dan Kedaulatan Islam Dalam Perlembagaan oleh Azril Mohd Amin (Naib Presiden, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM))

*************

Penyertaan dibuka kepada semua.

Pendaftaran adalah PERCUMA

Sila ikuti perkembangan lanjut di http://muafakatmalaysia.com/

atau hubungi kami melalui:

emel: muafakat_malaysia@yahoo.com

Tel: +603 4107-1025

Cara Mudah Mendaftar Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN)

logo-seminar SEMAIAN+JAKIM

Cara mudah dan cepat untuk pra-daftar Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) – Peringkat Nasional:

[untuk maklumat tajuk-tajuk pembentangan dan para pembentang – sila klik di sini]

***

daftar percuma

***

1. Daftar melalui SMS:

Taipkan [Nama] [No. KP] [No. Telefon] – hantar ke 013-281-1169

Jika ada lebih dari satu nama – senaraikan semua maklumat tersebut dan selangi dengan tanda palang “/”

2. Daftar melalui panggilan telefon:

Hubungi:

  • Urus Setia SEMAIAN 2012: 03 4107-1025, atau
  • Sdr. Nik: 013-281-1169

Berikan maklumat:

  • Nama
  • No. KP
  • No. telefon
3. Daftar melalui emel:
Taipkan “Pra-Daftar SEMAIAN” pada “perkara/subject” emel
Berikan maklumat:
  • Nama
  • No. KP
  • No. telefon
Hantar emel ke: muafakat_malaysia@yahoo.com
Senaraikan maklumat-maklumat di atas jika ramai yang ingin mendaftar sekali gus.
4. Faks Borang Pengesahan Kehadiran
Borang boleh dimuatturun dari:

Borang Maklumbalas Penyertaan SEMAIAN (dalam format MS-Word)

Borang Maklumbala Penyertaan SEMAIAN (dalam format pdf)

Hantar melalui Faks: 03 4106-1026

****

PADA HARI WACANA:
1. Lapor di kaunter PENDAFTARAN (kaunter mula dibuka pada jam 8:00 pagi)
2. Periksa nama anda – tandakan kehadiran
3. Dapatkan beg dan kertas kerja seminar.
  • Majlis bermula jam 8:00 pagi – dengan pendaftaran dan Sarapan.
  • Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak urus setia:
    • Urus Setia SEMAIAN: 03 4107-1025, atau
      • Sdr. Nik: 013-281-1169

Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) Peringkat Nasional

banner SEMAIAN2

Jemputan TERBUKA untuk semua. PERCUMA

Pendaftaran awal digalakkan (Tempat Terhad)

flyer SEMAIAN-1

flyer SEMAIAN-2

Klik pada imej untuk paparan flyer SEMAIAN lebih besar

Tarikh Baru Seminar Mendepani Virus Syiah – 9 & 10 Mac 2013

Seminar Mendepani Virus Syiah telah dipinda ke tarikh baru:

9 dan 10  Mac 2013

(Sabtu & Ahad – dua hari)

Masa: 8.00 pagi – 5:30 petang

Tempat: Dewan Muktamar, Pusat Islam (kekal)

Penyertaan dibuka kepada semua umat Islam Ahli Sunnah wal Jamaah

Pendaftaran adalah PERCUMA

Untuk tajuk-tajuk pembentang:

Seminar Mendepani Virus Syiah: Pembentangan 12 Kertas-kerja

Sila ikuti perkembangan lanjut di http://muafakatmalaysia.com/

atau hubungi kami melalui:

emel: muafakat_malaysia@yahoo.com

Tel: +603 4107-1025

Seminar Mendepani Virus Syiah: Pembentangan 12 Kertas-kerja

Insha Allah, sebanyak 12 kertas-kerja akan dibentangkan semasa seminar dua hari yang akan membongkar kesesatan Syiah, termasuk beberapa pembentang yang dijemput dari luar negara.

Antara tajuk:

  • Konsep Imam Dan Imamah Syi‘ah Dan Percanggahannya Dari Islam
  • Konsep Walayah al-Faqih Dan Implikasinya Kepada Ajaran Islam
  • Ahl al-Bayt Tiada Hubungan Dengan Syi‘ah
  • ‘Aqidah Khumayni Berdasarkan Karyanya: Kasyf al-Asrar, al-Hukumah al-Islamiyyah dan Wasiyat
  • Gerakan Syi‘ah di Malaysia: Modus Operandi dan Ancaman Kepada Kestabilan Negara
  • Membendung Gerakan Syi‘ah Di Malaysia
  • Pengalaman mendepani penyebaran Syi‘ah di Indonesia
  • Pengalaman mendepani penyebaran Syi‘ah di Thailand
  • Doktrin Syi‘ah: Satu Analisis Dari Perspektif Islam
  • Memorandum Majlis Syi‘ah Malaysia Kepada Yang Di Pertuan Agong: Satu Ulasan Kritis
  • Membongkar Penyebaran Berleluasa Bahan-bahan Bacaan Syiah Di Malaysia

Tarikh:

12 – 13 Janurari 2013 (Sabtu & Ahad)

Masa:

8:00 pagi – 5:30 petang (dua hari berturut)

Tempat: Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur

Penyertaan dibuka kepada semua umat Islam Ahli Sunnah wal Jamaah

Pendaftaran adalah PERCUMA

Sila ikuti perkembangan lanjut di http://muafakatmalaysia.com/

atau hubungi kami melalui:

emel: muafakat_malaysia@yahoo.com

Tel: +603 4107-1025