Keahlian
-
Tertakluk kepada Fasal 5(5), keahlian Pertubuhan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
-
Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah menggunakan borang permohonan yang ditetapkan oleh JPP dari semasa ke semasa.
-
Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini melainkan ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
-
Yuran keahlian yang kena dibayar adalah RM50.00 sekali sepanjang tempoh keahlian.
Borang keahlian:
https://muafakatmalaysia.files.wordpress.com/2009/01/borangahli_muafakat11.pdf
Assalamualaikum, maaf sekadar bertanya, adakah muafakat membuat usrah tiap minggu?
2) adakah muafakat juga membuat kerja kebajikan seperti melawat rumah orang tua atau APA sahaja aktiviti kwbajikan?
Wa`alaikumsalam…
1. Usrah bulanan (setiap hari Selasa minggu pertama).
2. Fokus program MUAFAKAT tertumpu ke arah pengukuhan `Aqidah umat Islam berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
-Admin-