Archive for June, 2014|Monthly archive page

Apa Catatan Pada Akhir Hayat Kita?

risalah-qusyairi

Iman seseorang memang turun naik. Ada kala kita sedar ada kala kita diperingatkan. Kadang-kadang kita risau dan bimbang merosotnya keimanan kita dan kita minta jauh dari alpa dan bangga dengan kelemahan iman dalam fana keduniaan yang menyelinapi kehidupan harian kita.

Mungkin dulu kita kuat dan bersemangat. Berusrah tidak putus di zaman menuntut di universiti. Ada yang terbawa semangat membara itu ke alam pasca mahasiswa. Namun, ada yang tenggelam dek hambatan kerjaya dan kesibukan hidup berkeluarga. Tetapi ada juga yang terpesona dengan sedikit kemewahan yang diperolehi mulai leka dengan minum-minum kopi mahal di bistro mewah, memenuhi desakan kawan untuk sama asyik berfutsal dan ada juga yang leka dengan pergi memancing yang akhirnya menjadi kemestian yang tidak sudah-sudah.

Sememangnya kepentingan berjamaah sudah pasti baik untuk menjaga diri supaya berterusan dengan semangat berdakwah dan berbakti kepada masyarakat. Tidak kira ruang apa yang kita ceburi kita tetap ingin terus berkhidmat. Mencari keredhaan Allah.

Sebab itu dipesan oleh Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Ismail Al-Khawwash (men. 291H/904M) [yang telah diajar oleh Al Marhum guru kami, Ustaz Muhammad Uthman el-Muhammady dalam membimbing kami untuk faham kitab Risalah Qushairiyah], bahawa “berkumpul dengan orang-orang soleh” itu adalah salah satu cara untuk kita ubati hati kita demi menjaga keimanan yang tulus kepada Allah SWT.

Jika yang didampingi itu orang-orang yang clubbingdi lewat malam, maka iman kita menurutilah mereka itu. Nauzubillah. Jika musuh-musuh Allah pula menjadi rakan taulan dan bersama memperjuangkan agenda musuh-musuh Islam ini, maka semakin jauhlah kepekaan kita ke atas sensitiviti perjuangan Islam itu. Nauzubillah min zhalik.

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

Sebab itu amat penting agar catatan-catatan di akhir hayat kita MESTI semakin mendekatkan kita untuk mengingatkan kita kepada Alam Kekal. Sebab itu itu di hujung kehidupan kita ini kita semakin menekuni ibadat sambil berjuang sesungguh mungkin untuk meninggalkan alam sementara ini agar aqidah anak cucu kita diperlihara.

Kita bersungguh menentang gerakan tersusun pelampau evangelis Kristian yang siang malam berusaha memurtadkan orang-orang di sekeliling kita. Allah suruh kita ingat ayat 120 surah Al Baqarah. (baca: Apakah Kini Berpesan Sesama Sendiri Ingatkan Firman Allah Sudah Tidak Boleh Lagi?)

Allah pesan cara perilaku kita sesama Muslim dan sikap kita terhadap musuh Islam – “ashidda’u ‘alal kuffar ruhama’u bainahum”

“Muhammad (s.a.w.) itu adalah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam), tetapi berkasih sayang serta belas kasihan sesama mereka sendiri (umat Islam).” Surah Al Fath : 29

Semangat berdegar-degar kita di zaman mahasiswa gugur perhitungannya jika di akhir hayat kita tercatat kekufuran kita, Nauzubillah min zhalik.

Tidak kira persatuan ala revolusioner “suara al Islam”kah atau apa-apa jenama pergerakan Islam lain yang kita pernah aktif dulu itu tidak memberi makna jika di hujung hayat kita menjadi pembantu musuh-musuh Allah.

اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

 ************

Kredit tu : http://akarimomar.wordpress.com/2014/06/18/apa-catatan-pada-akhir-hayat-kita/

Sidang media PEMBELA berhubung bantahan 3 rang undang undang yang digubal NUCC

 

 

Sidang media PEMBELA dan NGO-NGO Islam berhubung bantahan 3 rang undang-undang yang digubal NUCC bagi menghidupkan tuntutan jahat IFC.

Kredit to:  www.muafakatmalaysia.net

ASWJ selari jiwa Melayu – Utusan Melayu

ba_02.1

 

MENYEBUT Ahli Sunnah wal-Jamaah (ASWJ) sememangnya sudah tidak asing lagi bagi masyarakat Islam di negara ini. Malah rata-rata mengakui berpegang dengan fahaman yang disahkan menjadi pegangan rasmi bagi umat Islam itu.

Namun malangnya, apabila membicarakan mengenai perkara itu, masih ramai yang tidak mengetahui apakah definisi sebenar kalimah yang selama ini dijadikan panduan tersebut.

Hakikatnya, menurut Pensyarah Jabatan Siyasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr. Muhammad Zaidi Abdul Rahman, fahaman ASWJ adalah sangat hampir dengan identiti umat Islam di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk, Malaysia Sebagai Benteng ASWJ Alam Melayu pada wacana Pencerahan Tasawwur Ahli Sunah wal-Jamaah anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, ini dibuktikan dengan sikap masyarakat Melayu yang lemah lembut, bertoleransi dan sukakan keamanan bertepatan dengan ajaran yang dibawa oleh agama Islam fahaman ASWJ.

“Jika penyebaran Islam di Tanah Arab dan beberapa negara dunia lain pada lebih 1,500 tahun dahulu sering diiringi dengan peperangan, namun berbeza dengan apa yang berlaku di Nusantara terutamanya di Tanah Melayu ketika awal kemasukannya.

“Dikatakan, mimpi bertemu Rasulullah SAW yang dialami oleh Raja Kecil Besar merupakan antara isyarat kemasukan Islam sebelum disusuli dengan kedatangan ulama bernama Syed Abdul Aziz dari Jeddah ke Melaka untuk menyebarkan agama Islam,” katanya.

Malah, Zaidi berkata, sejarah turut membuktikan, proses pengislaman Raja-Raja Melayu sebelum diikuti dengan masyarakat Melayu pada ketika itu, sekali gus membuktikan bahawa kedudukan dan kuasa tidak membuatkan mereka angkuh untuk menerima ajaran Islam.

Perkara itu ujarnya, membuktikan bahawa ajaran Islam melalui fahaman ASWJ yang disebarkan adalah bersesuaian dengan jiwa masyarakat Melayu.

“Catatan sejarah menunjukkan penerimaan awal raja-raja telah membuka ruang yang meluas terhadap perkembangan Islam kepada masyarakat di Nusantara. Ini selaras dengan masyarakat yang berteraskan patriarki dan feudal pada masa itu memudahkan lagi tersebarnya Islam secara terbuka tanpa sebarang unsur kekerasan.

“Sehinggakan berlaku transformasi dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa itu yang mengamalkan kepercayaan banyak tuhan kepada prinsip tauhid iaitu beriman kepada Allah SWT. Perubahan ini dicorakkan melalui fahaman ASWJ yang menjadi dominan utama yang menggerakkan fahaman ajaran Islam pada awal kedatangannya di rantau ini.

“Malah, pengaruh agama Islam berjaya mencorakkan identiti Melayu, sehingga pelbagai aspek termasuk kepercayaan dan perundangan diterapkan dengan elemen-elemen Islam, manakala pengaruh agama kuno pula mula mengecil,” katanya.

Keselarian itu tambah Zaidi, menjadikan Nusantara terutamanya di Malaysia menjadi sebagai tunggak utama benteng ASWJ pada masa ini untuk terus diperluas dan diamalkan bebas berbanding negara Islam lain.

“Dianggarkan hampir 90 peratus umat Islam di negara ini adalah mengamalkan fahaman ASWJ. Sejak abad ke-15 lagi telah menyaksikan Islam mempunyai benteng yang kuat melalui keutuhan kerajaan Melaka di Nusantara.

“Pengukuhan ini hasil daripada hubungan baik yang dijalin antara ulama dan yang mencorakkan dan menyebarkan ilmu-ilmu Islam berteraskan fahaman ASWJ di kawasan sekitar.

“Sokongan turut diberikan oleh pihak istana dengan menyediakan kemudahan dan prasarana untuk kegiatan pengajaran, kepustakaan dan penyebaran agama Islam seperti era pemerintahan Bani Umayyah dan Bani Abassiyyah pada zaman kegemilangannya,” katanya.

Wacana selama dua hari itu membentangkan sebanyak sembilan kertas kerja daripada pakar pelbagai bidang seperti Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Profesor Datuk Paduka Zakaria Stapa yang membentangkan kertas kerja bertajuk, ASWJ, Satu Kerangka Umum; Pensyarah Sekolah Perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim dan banyak lagi.

Program dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Yang turut hadir, Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad.

Memperkasa ASJW di Malaysia

Justeru, Zaidi berkata, umat Islam perlu bersama-sama memelihara serta memperkasa fahaman berlandaskan al-Quran dan sunah itu daripada tercemar dan pupus daripada menjadi amalan generasi pada masa akan datang.

Ia katanya, penting bagi mengekang fahaman-fahaman asing seperti Syiah, Liberalisme, Wahabi-Salafi dan ajaran-ajaran sesat daripada tersebar meluas dan pada masa sama mengelirukan umat Islam terhadap ajaran ASWJ.

“Kerjasama semua pihak perlu dalam memelihara fahaman ASWJ di negara ini. Menggabungkan kepakaran ulama dengan kecanggihan teknologi membolehkan strategi memperkasakan fahaman ASWJ lebih berkesan.

“Golongan agama perlu bersatu padu dalam memberi penerangan kepada orang ramai dan jangan menangguk di air yang keruh kerana sebab-sebab peribadi atau kelompok. Sasaran strategik paling utama pastinya dipikul oleh guru-guru agama yang mempunyai ribuan murid.

“Begitu juga para penulis dan penyelidik juga harus memberikan sokongan dengan memerhati dan meneliti isu-isu semasa yang berlaku sebelum didedahkan kepada khalayak dengan penerangan yang mudah difahami,” jelasnya.

Kaedah menerbitkan bahan-bahan yang sealiran dengan ASWJ juga tambahnya, perlu sebarkan meluas dengan memfokuskan mengikut kefahaman golongan sasar.

“Pada asasnya, untuk menyediakan benteng yang kukuh memerlukan kerjasama terancang melalui gembelengan ilmu, ekonomi kuasa dan media bagi memastikan fahaman ASWJ yang diyakini itu agar benar-benar murni,” ujarnya.

PENGESAHAN fahaman ASWJ untuk diamalkan di Malaysia telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikuti ajaran Islam yang berasaskan pegangan ASWJ daripada segi akidah, syariat dan akhlak.

Perkara itu disokong oleh panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara rasmi memperakukan bahawa ASWJ adalah golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan sunah Nabi Muhammad SAW menerusi para sahabat, Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in yang setia bersama mereka dalam prinsip akidah, syariah dan akhlak.

Manakala pakar tasawuf, Allahyarham Uthman el-Muhammady mengatakan, umat Islam yang berpegang dengan fahaman ASWJ adalah mengamalkan akidah mengikut mazhab Imam Asy’ari, dalam fiqh ia mengikut mazhab Syafie, manakala kerohanian mengikut Imam al-Ghazali.

Bagaimanapun Zaidi berkata, walaupun fahaman ASWJ telah dilabelkan sebagai fahaman rasmi di negara ini, namun apa yang lebih membimbangkan terdapat pergolakan dalaman yang wujud dalam fahaman tersebut.

“Jika fahaman asing seperti Syiah, aliran liberal dan sekular mudah dilakukan kerana ia jelas bertentangan dengan fahaman ASWJ. Tetapi apa yang lebih membimbangkan adalah polemik antara fahaman ‘Salafi’ dengan ‘Asyairah dan Maturidiyyah’.

“Ini agak konflik kerana sistem rujukan sumber hukum mereka yang sama. Malah kedua-dua fahaman ini juga tegas mendakwa mereka adalah daripada kelompok ASWJ yang sebenar.

“Cabaran dalaman ini jika tidak diuruskan dengan berhemah bakal melemahkan benteng yang ingin dibina dan akan menyebabkan perpecahan walaupun kepada perkara yang bersifat sampingan,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140612/ba_02/ASWJ-selari-jiwa-Melayu#ixzz34PXb4apl
© Utusan Melayu (M) Bhd

Buku-Buku Keluaran MUAFAKAT di Gedung Buku Mehraj Book Distribution

IMG-20140606-WA0006

Buku buku keluaran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia boleh didapati di kedai buku Mehraj Book Distribution.

IMG-20140606-WA0005

 

Antara buku keluaran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia yang terdapat di Gedung Buku Mehraj Book Distributor ialah:-

  1. Falsafah Agama John Hicks Pengamatan Dari Perspektif Ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah
  2. Pluralisme Agama Di Alam Melayu Satu Ancaman Kepada Kesejahteraan Umat
  3. Pluralisme Agama Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah

 

Ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah asas keamanan – Astro Awani

Ulama dan ilmuan Islam diminta memainkan peranan bagi mengembalikan semula kedudukan Malaysia sebagai Pusat Pengembangan Ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia merangkumi ilmu kalam dan akidah, fiqah, tasawwuf serta pemikiran dan falsafah. Tan Sri Muhyiddin berucap merasmikan seminar pencerahan tasawwur ahli sunnah wal jamaah di ibu negara petang tadi.

Beliau berharap institusi dakwah dan pertubuhan Islam dapat memainkan peranan penting sebagai rakan negara dalam usaha memelihara dan memperteguh akidah umat Islam. Katanya, aliran ahli sunnah wal jamaah yang sebati dengan masyarakat Islam di Malaysia adalah faktor utama yang mendidik ummah mengamalkan nilai kesederhaan serta mengelak tindakan melampau dalam hubungan antara kaum dan agama.

Justeru, umat Islam perlu dilengkapi dengan kekuatan ilmu bagi memahami prinsip serta nilai ajaran Islam sebenar sekaligus memperkukuh serta memperkasakan aliran ahli sunnah yang menjadi asas penting keamanan, kestabilan dan keharmonian negara.

Bendung liberalisme, pluralisme – Utusan Malaysia

dn_02.1

KUALA LUMPUR 20 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang jelas terpesong daripada landasan akidah umat Islam yang sebenar perlu dibendung segera.

Timbalan Perdana Menteri berkata, masyarakat perlu diberi pemahaman tentang ancaman yang dibawa oleh fahaman serta falsafah pasca modenisme terutamanya aliran liberalisme dan pluralisme agama terhadap akidah umat Islam.

Menurut beliau, fahaman dan falsafah tersebut sudah mula menular di negara ini malah terdapat segelintir pihak yang mempersoalkan bidang kuasa institusi agama terutamanya majlis fatwa serta mahkamah.

“Hukum-hukum yang telah diputuskan secara qat’ie di dalam Islam seperti pengharaman meminum arak, berzina, murtad dan perkahwinan sejenis dipersoalkan atas alasan ia bertentangan dengan kebebasan serta hak asasi manusia.

“Malah, ada pihak secara terang-terangan mendesak supaya sistem perundangan Islam yang telah sekian lama dilaksanakan di Malaysia dihapuskan kerana dikatakan mencabuli prinsip hak asasi manusia sejagat,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pencerahan Tasawwur Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Yang turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad dan Pengarah Seminar, Mohd. Amin Hashim.

Dalam majlis sama, Timbalan Perdana Menteri turut melancarkan buku bertajuk Muhammad ‘Uthman El-Muhammady-Intelegentsia Muslim Kontemporari yang diterbitkan oleh Muafakat.

Seminar itu merupakan siri ke-6 dalam Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah anjuran Muafakat yang berlangsung hari ini dan esok.

Muhyiddin menambah, usaha membendung fahaman liberalisme dan pluralisme agama boleh dilakukan dengan memberi pencerahan kepada umat Islam tentang prinsip-prinsip asas akidah Islam serta nilai yang dibawa syariat agama tersebut.

“Yang penting, setiap hukum yang ditetapkan oleh agama Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri dan hikmah ini perlu difahami serta dihayati oleh umat Islam,” jelasnya.

Beliau memberitahu, umat Islam tidak akan lagi mempersoalkan syariat Islam dengan menggunakan neraca pemikiran yang asing daripada tasawwur Islam yang sebenar apabila mereka memahami hikmah di sebalik hukum-hukum agama.

“Untuk itu, umat Islam perlu dilengkapi dengan kekuatan ilmu bagi memahami prinsip serta ajaran Islam yang sebenar.

“Dengan kekuatan ini, kita akan dapat mematahkan serangan pemikiran dan budaya yang sedang melanda umat Islam masa kini,” ujarnya.

Dalam masa sama, jelas Muhyiddin, umat Islam di negara ini perlu diberi pendedahan secara berterusan tentang fakta-fakta pemesongan yang dibawa oleh fahaman liberalisme dan pluralisme agama serta bahayanya kepada akidah mereka.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri menyeru para ulama dan ilmuwan Islam di negara ini agar berusaha mengembalikan semula kedudukan Malaysia sebagai pusat pengembangan ilmu ASWJ di rantau ini.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan usaha dakwah dan tarbiyyah di Malaysia dapat diperluas dan diperkukuhkan lagi dalam memberi kesedaran serta pencerahan kepada umat Islam tentang ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan menyalurkan bantuan kepada para ulama, institusi dakwah serta tarbiyyah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memperluaskan usaha dakwah dan tarbiyyah di negara ini.

Utusan Melayu (M) Bhd

21hb Mei 2014

Jadikan semula Malaysia pusat ilmu ahli Sunnah – Sinar Harian

image (1)

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak ulama dan ilmuan Islam di negara ini supaya berusaha mengembalikan semula kedudukan Malaysia sebagai pusat pengembangan ilmu Ahli Sunnah Wal Jama’ah di rantau ini.

Beliau berkata, negara ini pernah menjadi wilayah ilmu Islam dalam pelbagai bidang seperti ilmu Kalam dan Aqidah; Fiqah; Tasawuf serta pemikiran dan falsafah mengikut aliran beberapa Imam termasuk Imam Abu Hasan Asy’ari, Imam al-Syafi’i dan Imam al-Ghazali.

“Oleh yang demikian, sudah pastilah ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah perlu terus diperkukuh dan diperkasakan di Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan seminar Pencerahan Tasawur Ahli Sunnah Wal Jama’ah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Muhyiddin menarik perhatian bahawa apabila berkata ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia, merupakan asas penting kepada keamanan, kestabilan dan keharmonian di negara ini.

Katanya, aliran itu merupakan faktor yang mendidik umat Islam di negara ini supaya mengamalkan nilai-nilai kesederhanaan serta mengelakkan tindakan melampau dalam hubungan antara kaum dan agama.

Muhyiddin berkata kerajaan komited untuk memastikan usaha dakwah dan tarbiah di Malaysia dapat diperluas dan diperkukuh dalam memberi kesedaran serta pencerahan kepada umat Islam mengenai ajaran Islam sebenar berpandukan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Katanya, bagi merealisasikan matlamat itu, kerajaan sentiasa bersedia bekerjasama dan menyalurkan bantuan kepada ulama, institusi dakwah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.

“Adalah diharapkan institusi dakwah dan NGO Islam dapat memainkan peranan penting sebagai rakan negara dalam usaha memelihara serta memperteguh akidah umat Islam di Malaysia.

“Saya percaya usaha dakwah dan tarbiah yang berterusan dapat membina sebuah masyarakat yang beriman, berakhlak dan bertakwa, ciri penting sebuah masyarakat serta negara yang diredai Allah,” katanya.

Muhyiddin menegaskan di samping memberi pencerahan dan memperkasa ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah, masyarakat Islam juga perlu diberi kefahaman tentang ancaman fahaman serta falsafah pasca modenisme terutama liberalisme dan pluralisme.

Menurut Muhyiddin, fahaman dan falsafah liberalisme dan pluralisme di Malaysia semakin menular apabila terdapat pihak yang secara berani dan lantang mempersoal pihak berkuasa agama terutama institusi fatwa serta mahkamah.

“Hukum-hukum yang telah diputuskan secara qati’ dalam Islam seperti pengharaman meminum arak, berzina, murtad dan perkahwinan sejenis dipersoalkan atas alasan ia bertentangan dengan kebebasan dan hak asasi manusia.

“Malah, ada pihak secara terang-terangan mendesak supaya sistem perundangan Islam yang telah sekian lama dilaksanakan di Malaysia dihapuskan kerana dikatakan mencabuli prinsip hak asasi manusia sejagat,” katanya.

Beliau berkata fahaman seperti itu yang secara jelas bertentangan dan terpesong daripada landasan akidah umat Islam perlu segera dibendung antaranya dengan memberi pencerahan serta pemahaman jelas kepada umat Islam tentang ajaran sebenar.

Sekiranya umat Islam memahami hikmah di sebalik hukum-hukum Islam, mereka tidak akan mempersoalkan lagi syariat Islam dengan menggunakan neraca pemikiran yang asing daripada tasawur Islam sebenar, tegasnya.

Mengenai seminar itu, Muhyiddin berkata ia diadakan tepat pada masanya iaitu ketika umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah berdepan dengan pelbagai cabaran dari segi pemikiran, nilai dan budaya yang dibawa arus globalisasi.

Seminar dua hari anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) itu antara lain menyaksikan pembentangan sembilan kertas kerja berkaitan ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah. – Bernama

Sinar harian
20hb Mei 2014

Usrah Bulanan – Jun 2014

image

TAJUK: Gerakan Saraf Kristianisasi
 
PEMBENTANG: Hj. Karim Omar
 
TARIKH: 3 Jun 2014 (Selasa) – Mula dengan Solat Maghrib bersama
 
TEMPAT: Kediaman Dato’ Haji Rameli Musa
 
ALAMAT KEDIAMAN:
No. 20 Jalan Kenyalang 11/15H, d’Villa Equestrian Kota Damansara.
Berhadapan Masjid Kota Damansara dan bersebelahan Royal Selangor Polo Club.
Masuk melalui pondok pengawal.