Archive for the ‘ACCIN’ Tag
Konsep Toleransi: Umat Islam Perlu Waspada
dipetik dari Utusan Malaysia 15hb Disember 2010:
Konsep toleransi: Umat Islam perlu waspada
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Umat Islam di negara ini dinasihat berhati-hati dengan penularan fahaman Pluralisme yang semakin berkembang di rantau ini dengan membawa konsep bertolenrasi dalam semua agama.
Ini kerana fahaman itu menetapkan semua agama sama ada Islam, Kristian, Hindu adalah sama tarafnya serta tidak ada yang paling baik atau yang paling buruk.
”Malah dalam fahaman Pluralisme mengajar kebebasan agama di mana seseorang itu boleh keluar masuk mana-mana agama pada bila-bila masa,” kata Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Anis Malik Thoha (gambar) ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ”Mencermati Doktrin dan Ciri-Ciri Fahaman Pluralisme Agama.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah 2 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Dr. Anis Malik berkata, yang jelas fahaman Pluralisme tidak membenarkan mana-mana penganutnya membuat tuntutan bahawa agama sendiri sebagai satu yang mutlak.
”Sebab pada prinsipnya masing-masing akan berkongsi sebahagian kebenaran sahaja dan bukannya kebenaran yang utuh dan sempurna,” katanya.
Malah katanya, dalam doktrin Pluralisme juga memperlihatkan ia sebagai fahaman yang cantik pada luarannya di mana menjanjikan kedamaian berbanding dengan penganut agama disifatkan sebagai membawa kepada kejahatan.
”Malah umat Islam juga telah digolongkan sebagai ekstrim, tidak tolenrasi malah meletakkan sebagai terrorist atau pengganas,” katanya.
Malah katanya, konsep kesamarataan yang diamalkan dalam fahaman Pluralisme ini juga membawa kepada menidakkan konsep iman-kufur dan tauhid-syirik yang menjadi tunjang dalam ajaran agama Islam.
Jelasnya, sekalipun setiap penganut agama ingin mencapai perdamaian dan tolenrasi antara agama dalam masyarakat majmuk tetapi itu bukannya dengan cara berkompromi dengan anutan masing-masing.
Sehubungan itu, katanya, umat Islam perlu berwaspada dengan fahaman asing ini kerana jika tidak ia akan boleh merosakkan imam.
Tambahnya, Islam sendiri sejak kelahirannya sudah memiliki konsep yang jelas bagaimana memandang agama lain dan cara untuk berhubungan dengan agama lain.
Fahaman Pluralisme Agama Wajar Ditentang
dipetik dari Utusan Malaysia 15 Disember 2010:
Fahaman pluralisme wajar ditentang
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick.
Justeru, tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady mahu golongan tersebut ditentang kerana fahaman yang mereka anuti itu jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Malah, beliau berkata, mereka yang memperjuangkan fahaman itu tidak ubah seperti membawa satu agama baru yang akhirnya boleh menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad.
“Oleh itu fahaman pluralisme atau kesamarataan di dalam agama perlu ditolak dan ditentang kerana ia hanya akan membawa kehancuran serta kecelakaan kepada kehidupan manusia.
“Fahaman ini amat berbahaya dan merupakan ancaman yang perlu ditangani segera. Hakikatnya, Islam tidak boleh disamakan dengan apa jua kepercayaan dan agama kerana martabatnya terlalu tinggi. Islam agama yang terpelihara sehingga Hari Kiamat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan peserta selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama – Satu Pengamatan Ringkas’ pada wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Mengulas lanjut Muhammad ‘Uthman berkata, fahaman pluralisme tidak akan membawa kebahagiaan walau apa hujah sekali pun sebaliknya hanya akan membuatkan manusia menuju ke neraka.
Dalam pada itu beliau berkata kewujudan teori fahaman yang boleh merosakkan umat Islam itu berlaku pada era pascamodenisme.
“Teori ini amat berbahaya terutama kesannya terhadap akidah umat Islam. Ia perlu ditangani dan ditentang oleh semua pihak,” katanya lagi.
Sementara itu beliau berkata, pemikiran pelopor fahaman pluralisme iaitu John Hick hendaklah ditolak kerana jelas kenyataan-kenyataannya bersifat mengelirukan manusia.
Di dalam kertas kerjanya Muhammad ‘Uthman turut menjelaskan jenis atau kategori golongan yang terpengaruh dengan fahaman tersebut.
“Mereka yang terpengaruh dengan pluralisme agama menyatakan baik agama Islam, Kristian, Yahudi, Sikh dan Hindu mempercayai adanya `kebenaran yang lebih tinggi’ serta mengatasi amalan lahiriah dan ibadat.
“Kalaulah pendirian yang demikian dianggap jalan kebenaran di sisi Tuhan, maka perjuangan Rasulullah SAW mendepani agama penyembah berhala, agama Yahudi dan Kristian pada zaman Baginda adalah tidak bererti,” katanya.
Jelas beliau berkata, pernyataan sedemikian tidak benar dan tidak berasas serta tidak pernah wujud di dalam ajaran Islam.
“Seperti mana saya tekankan sebentar tadi fahaman pluralisme akan membawa kerosakan, kecelakaan dan kecelaruan kepada kehidupan manusia. Fahaman ini akhirnya akan membawa manusia ke neraka ,” ujarnya.
Fahaman Pluralisme Agama Perosak Aqidah
dipetik dari Harian Metro 15 Disember 2010:
Perosak akidah
KUALA LUMPUR: Fahaman liberalisme yang memberi kebebasan kepada individu tanpa sekatan dan fahaman pluralisme agama yang menekankan semua agama adalah sama perlu ditangani segera sebelum ia merosakkan akidah masyarakat Islam di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Abdul Halid Sintol (gambar) berkata, fahaman yang menekankan kebebasan dan kesamaan dalam kepelbagaian agama mampu merosakkan sistem sosial dan pentadbiran negara sekiranya tidak dibendung.
Menurutnya, kebimbangan mengenai fahaman itu tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia boleh menghakis pegangan akidah dan syariat di kalangan umat Islam.
Menyedari betapa seriusnya ancaman fahaman itu, beliau berkata penganjuran wacana dilihat tepat pada masanya bagi memberi penjelasan mengenai ancaman pluralisme dan liberalisme terhadap akidah umat Islam.
“Ia bertujuan memberi input penting kepada masyarakat tentang bahaya pemikiran yang dikatakan sebagai pemikiran Islam, tetapi sebenarnya jauh menyimpang daripada landasan Islam sebenar.
“Apa yang diharapkan, wacana ini mampu membuka minda dan memperbetulkan salah faham masyarakat mengenai isu pluralisme dan liberalisme agama seterusnya membantu membanteras gerakan ini dalam usaha merealisasikan pembentukan ummah yang gemilang berteraskan ajaran Islam sebenar,” katanya ketika merasmikan Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah 2 Peringkat Kebangsaan di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.
Dianggarkan hampir 500 orang hadir terdiri agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik dari seluruh Malaysia anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) bersama Jakim dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Resolusi Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah
Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah yang berlangsung pada hari Selasa 14hb Disember 2010M, bersamaan dengan 8hb Muharram 1432H, bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, anjuran bersama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan (di bawah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan), Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA);
Menyedari, bahawa Gerakan Pluralisme Agama yang berteraskan kepada faham semua agama adalah sama dan boleh membawa kepada keselamatan di Akhirat; adalah bertentangan dengan ajaran dan ‘Aqidah Islamiyyah yang sebenar dan boleh menjerumuskan kepada pemurtadan dan ketidakstabilan masyarakat; maka sidang hari ini memutuskan supaya:
1. Pihak berkuasa Agama di semua peringkat di Malaysia, wajar memantau Gerakan Pluralisme Agama ini dan mengambil langkah mencegah dengan apa cara sekali pun.
2. Pihak berkuasa Agama wajar memanggil individu atau Jawatankuasa Organisasi yang menganut faham Pluralisme Agama ini, untuk diberi kaunseling, nasihat dan ajaran mengenai ‘Aqidah Islam yang sebenar.
3. Pihak berkuasa Agama yang boleh memboleh memberi fatwa, iaitu majlis fatwa (peringkat Kebangsaan dan negeri-negeri) supaya segera memberi fatwa yang lebih jelas mengenai faham atau ideologi pluralisme agama.
14hb Disember 2010
Aturcara Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama
TARIKH: 14 Dis. 2010 (8 Muharam 1432) – Selasa
MASA: 7.30 Pagi – 5.00 Petang
TEMPAT: Dewan Serbaguna
Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Klik di sini untuk: Kenapa Perlunya Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama
Klik di sini untuk: Cara Untuk Daftar Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama
ATURCARA MAJLIS
07.30 pagi Pendaftaran (sarapan disediakan bagi yang tiba awal)
08.20 pagi Bacaan al-Qur`an
08.35 pagi Ucapan Pengarah Program
08.55 pagi Perasmian oleh Timbalan Ketua Pengarah JAKIM
09.10 pagi Ucaputama
Membanteras Gerakan Pluralisme Agama Dan Pemurtadan Ummah – Prof Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Presiden, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
09.35 pagi Pembentangan I
Mencermati Doktrin Dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama – Dr. Anis Malik Thoha, Pensyarah, Jabatan Usuluddin Dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
10.35 pagi Kudapan
11.10 pagi Pembentangan II dan Pembentangan III
Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama: Satu Pengamatan Ringkas – Ustaz (Dr) Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Pluralisme di Indonesia: Faham dan Amalan – Dr. Syamsuddin Arif, Pensyarah, Jabatan Usuluddin Dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
01.10 tengah hari Solat Dan Makan Tengah hari
02.30 petang Pembentangan IV dan Pembentangan V
Faham Pluralisme Agama Dan Percanggahannya Dengan ‘Aqidah Dan Syari‘ah Islamiyyah – Prof. Dr. Idris Zakaria, Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Ancaman Gerakan Pluralisme Agama Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal – Dr. Yusri Mohamad, Pensyarah, Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
04.40 petang Resolusi
04.55 petang Bacaan Doa Penutup oleh Imam Masjid Wilayah
Minum petang dan selesai
Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama & Pemurtadan Ummah
14hb Disember 2010 – 8 Muharam 1432 (Selasa)
Masjid Wilayah – Kuala Lumpur
***
Untuk Maklumat Lanjut:
.
Kenapa Perlunya Program Sedemikian:
.
Untuk Daftar Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama
Berikut adalah cara mudah untuk menempah pendaftaran anda:
1. Emel ke
muafakat_malaysia@yahoo.com
Nyatakan Nama Penuh, No. KP dan No. Telefon anda.
Senaraikan semua maklumat tersebut jika ramai.
2. SMS
hantar ke 019-3199-788 atau 016-395-6497
dengan menaip:
DAFTAR PLURALISME – [NAMA PENUH] [NO. KP] [NO. TEL]
Jika lebih dari seorang, sila selangi dengan tanda ( / ) untuk setiap nama dan maklumat.
**********
Kepada mereka yang sudah membuat pra-daftar (tidak perlu lagi mengisi borang pada hari itu) – sila terus ke kaunter pendaftaran di Anjung A -Aras 1 (Masjid Wilayah) mulai jam 7.30 pagi (pada 14hb Disember) – periksa nama anda dan dapatkan beg beserta bahan wacana.
MAJLIS BERMULA JAM 8.20 PAGI
Sarapan ringan disediakan bagi yang datang awal
Wacana Pemikiran & Pembinaan Ummah 2: Membanteras Gerakan Pluralisme Agama
****
CARA UNTUK MENYERTAI
Berminat untuk hadir? Sila tempah kehadiran/pra-daftar dengan cara:
1. hantar SMS ke 019-3199-788 atau 016-395-6497
dengan menaip:
DAFTAR PLURALISME – [NAMA PENUH] [NO. KP] [NO. TEL]
Jika lebih dari seorang sila selangi dengan tanda ( / ) untuk setiap nama dan maklumat, atau
2. emel ke muafakat_malaysia@yahoo.com
Kenapa Perlunya Wacana Membenteras Gerakan Pluralisme Agama
MUQADDIMAH
Hari ini, timbul gejala gerakan Pluralisme Agama secara sistematik di Malaysia yang bertujuan untuk menghakis pegangan ‘Aqidah dan Syari ‘ah Ummah Islamiyyah.
Gerakan ini adalah lanjutan dari gerakan salibiyyah yang anti-Islam dan pemurtadan yang berpanjangan dalam sejarah. Gerakan salibiyyah anti-Islam ini menggunakan strategi baru dengan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang terpelajar dan ahli politik profil tinggi untuk memikul dan mengusung idea mereka.
Pendekatan lunak atas nama kerjasama antara agama untuk kesejahteraan sejagat menarik minat mereka yang sudah ada benih-benih faham liberal agama untuk mencapai cita-cita mereka dengan lebih luas. Gerakan ini menyerang doktrin Islam-Ahli Sunnah wa Al-Jama‘ah yang paling asas dan membina epistemologi baru yang bertentangan dengan pemikiran dan peradaban Islam baku.
Gejala dan gerakan destruktif ini amat bahaya. Ia perlu diberi faham secukupnya kepada seluruh masyarakat Islam Malaysia supaya mereka tidak terjebak keperangkap kemusnahan ‘Aqidah dan Syari‘at. Ia wajib disekat serta-merta supaya ia tidak menular menjadi kanser dalam masyarakat kita.
TUJUAN PROGRAM
Maka dengan itu, Muafakat bersama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) akan menganjurkan Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah yang bertemakan Membenteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah untuk tujuan berikut:
1. Untuk mendedahkan kepada masyarakat Islam Malaysia mengenai doktrin Pluralisme Agama berdasarkan karya pendokongnya.
2. Menerangkan kepada masyarakat betapa Pluralisme Agama bercanggah dengan ajaran Islam.
3. Menerangkan mengenai bahaya faham Pluralisme Agama kepada Ummah Islamiyyah.
4. Menghuraikan modus operandi gerakan faham Pluralisme Agama di kalangan masyarakat Islam.
5. Menerangkan kesan faham Pluralisme Agama kepada masyarakat Islam.
6. Mencari jalan penyelesaian kepada faham Pluralisme Agama ini.
TEMPAT DAN TARIKH
Tarikh: 14 Disember 2010/8 Muharam 1432 (Selasa)
Tempat: Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur
MAKLUMAT LANJUT KLIK DI SINI
Wacana Membenteras Gerakan Pluralisme Agama & Pemurtadan Ummah
PESERTA
Kumpulan sasaran peserta ialah terdiri daripada:
1. Pihak berkuasa Agama seperti Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri, Pejabat-pejabat Mufti dan Jabatan-jabatan Agama Negeri.
2. Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan.
3. Ahli Akademik dan Persatuan Pelajar Islam IPTA dan IPTS.
4. Mubaligh-mubaligh dan Guru-guru yang mengajar di Masjid dan Surau.
5. NGO-NGO Islam.
6. Pegawai-pegawai tinggi Swasta.
BAYARAN PENYERTAAN
Peserta tidak akan dikenakan apa-apa bayaran untuk menyertai Wacana ini.
CARA UNTUK MENYERTAI
Kepada sesiapa yang berminat untuk hadir, cara menempah untuk pra-daftar diri adalah:
1. hantar SMS ke 019-3199-788 atau 016-395-6497
dengan menaip:
DAFTAR PLURALISME – [NAMA PENUH] [NO. KP] [NO. TEL]
Jika lebih dari seorang sila selangi dengan tanda ( / ) untuk setiap nama dan maklumat.
2. emel ke muafakat_malaysia@yahoo.com
Memandang tempat adalah terhad adalah digalakkan agar peserta yang ingin hadir supaya membuat tempahan pra-daftar terlebih dahulu.
PENUTUP
Memandangkan bahawa faham Pluralisme Agama ini agak baru dan tidak begitu meluas di kalangan masyarakat Islam Malaysia, namun ia jangan diambil mudah. Pengalaman kita mengenai ajaran yang bercanggah dengan Islam, dan oleh kerana kita tidak mengambil tindakan pencegahan segera, akhirnya menjadi masalah serius yang terpaksa kita gunakan sebahagian masa dan tenaga untuk menyelesaikannya.
Moga-moga program ini akan membuka minda masyarakat kita mengenai wajah sebenar faham Pluralisme Agama dan bahayanya dan berusaha mengembeling tenaga untuk mencegahnya dari tersebar luas.
Wacana Membenteras Gerakan Pluralisme Agama & Pemurtadan Ummah
WACANA PEMIKIRAN DAN PEMBINAAN UMMAH 2
PERINGKAT KEBANGSAAN
MEMBENTERAS GERAKAN PLURALISME AGAMA
DAN PEMURTADAN UMMAH
Tarikh
14 Disember 2010 / 8 Muharam 1432 – Selasa
7.30 Pagi – 5.00 Petang
Tempat:
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta
Pengisian:
- Meneliti Doktrin Dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama
Dr. Anis Malik Thoha, Jabatan Usuluddin Dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
- Pluralisme Agama: Suatu Pengamatan Mengenai Isu-isu Penting Yang Berkaitan Dengannya
Ustaz (Dr) Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, ISTAC, KL.
- Pluralisme Agama: Program Yahudi Antarabangsa Untuk Pemurtadan
Dr. Syamsuddin Arif, Jabatan Usuluddin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Pluralisme Agama: Faham Pluralisme Agama Dan Percanggahannya Dengan ‘Aqidah Dan Syari‘ah Islamiyyah
Prof. Dr. Idris Zakaria, Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi.
- Ancaman Gerakan Pluralisme Agama Di Malaysia: Satu Analisis Awal
Dr. Yusri Mohamad, di Kulliyah Undang-Undang UIA dan bekas Presiden ABIM
Anjuran bersama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN)
Majlis Permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan
Penyertaan adalah percuma
Untuk maklumat lanjut sila lungsuri blog :
https://muafakatmalaysia.wordpress.com/
Atau telefon 019-3199-788 (Karim) atau 016-395-6497 (Wan Burhan)
Untuk pendaftaran dan pengesahan kehadiran sila hantar SMS ke
019-3199-788 atau 016-395-6497
dengan menaip:
DAFTAR PLURALISME – [NAMA PENUH] [NO. KP] [NO. TEL]
Jika lebih dari seorang sila selangi dengan tanda ( / ) untuk setiap nama dan maklumat.
Atau emel ke muafakat_malaysia@yahoo.com