Archive for the ‘Kertas Kerja’ Category

Dr. Shamrahayu: Peranan Raja-Raja Melayu Berpaksi Perlembagaan Persekutuan

Teks pembentangan Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz, Pensyarah Kulliyyah Undang-undang Profesor Ahmad Ibrahim, UIAM, bertajuk Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara – Peranan Raja-Raja Melayu Berpaksi Perlembagaan Persekutuan, di Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) Peringkat Nasional yang telah berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 5hb Januari 2013 anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

*************

Rakaman video boleh dicapai di sini:

*************

Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara: Peranan Raja-Raja Melayu Berpaksikan Perlembagaan*

Shamrahayu A Aziz**

Pengenalan

Hubungan antara Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu (DYMM Raja-Raja Melayu) dan Agama Islam boleh dilihat menerusi Perlembagaan Persekutuan dan juga Perlembagaan negeri. Hubungan tersebut merangkumi, antara lain, peranan yang perlu dimainkan oleh raja-raja berkenaan Islam. Sama ada dengan kapasiti sebagai Ketua Agama di negeri masing-masing atau bersama dengan Majlis Raja-Raja, raja-raja boleh memainkan peranan besar untuk mendaulatkan Islam sebagai agama negara atau agama negeri sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan. Selain daripada itu sebagai simbol perpaduan, raja-raja juga boleh melaksanakan peranan untuk memartabatkan Islam. Kertas ini cuba mendalami peranan yang perlu dipenuhi oleh raja-raja bagi mendaulatkan agama Islam sebagai agama negara. Di samping mengetengahkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai peranan tersebut, kertas ini juga cuba memberi tafsiran berkenaan tujuan dan semangat Perlembagaan. Bagi memenuhi objektifnya kertas kerja ini saya cuba membawa kepada peserta seminar ringkasan sejarah berkenaan hubungan dan peranan raja-raja dan Islam, dari Alam Melayu sehingga peranan tersebut diisytiharkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

Sejarah Ringkas Pertalian dan Peranan Raja-Raja Melayu dan Islam

Hubungan antara Raja-Raja Melayu dan Islam dapat dilihat dengan jelas dalam lipatan sejarah Alam Melayu. Kita saksikan sejarah yang membuktikan pertalian antara Islam dan raja-raja bukan hanya satu tautan fizikal. Pertalian antara keduanya adalah tautan jiwa dan nurani yang menjadi begitu sinonim sehingga menjadikan Islam sebagai mandat yang hendaklah sentiasa dipenuhi tanggungjawabnya oleh raja-raja sepanjang tempoh takhtanya.

Kita maklum Alam Melayu begitu sinonim dengan agama Islam sehinggakan orang-orang Melayu dan Islam itu dianggap sebagai ganti antara satu sama lain; iaitu, yang dikatakan Islam itu adalah Melayu dan yang dikatakan Melayu itu Islam. Walaupun ini tidak semestinya benar, kerana Islam itu bukanlah terbatas kepada Melayu, tetapi oleh kerana hubungan antara keduanya adalah hubungan simbiotik, maka itulah pemahaman dan penerimaan masyarakat Melayu berkenaan Islam sehinggalah Melayu hendaklah sentiasa beragama Islam sebagaimana diisytiharkan dalam Perlembagaan (160(2)). Malah keputusan mahkamah juga berkata begitu (Azlina Jailani – Mahkamah Tinggi)

Atas peranan yang telah dimainkan oleh institusi raja berkenaan Islam, maka Islam berkembang di Alam Melayu bukan sahaja sebagai satu kepercayaan atau agama semata-mata. Raja-Raja telah menjadikan Islam berkembang dengan gemilang di Alam Melayu sebagai satu cara hidup yang mewarnai dan mencorak kehidupan serta budaya masyarakat. Penerimaan Islam sebagai cara hidup dan pemakaian sistem politiknya menerusi pemerintahan Raja-Raja Melayu menjadikan Alam Melayu ini sebuah tamadun yang makmur dan gemilang. Institusi raja telah memainkan peranan penting serta menjadi tunggak kepada pengembangan dan kegemilangan Islam di Alam Melayu.

Peranan raja sentiasa menjadi tumpuan dalam proses keIslaman di Alam Melayu. Kelihatan dengan jelas kesan dan pengaruh keislaman raja yang memeluk Islam ke atas rakyatnya. Setelah seorang raja memeluk Islam maka rakyatnya juga mentaati Islam. Pengislaman raja menjadi titik tolak kepada pengembangan Islam di Alam Melayu.

Mengenai Islam dan raja di Tanah Melayu, kewibawaan Raja-Raja Melayu berkaitan Islam telah membawa kegemilangan kepada Tanah Melayu dan menjadikan Tanah Melayu sebagai pusat perdagangan yang masyhur. Raja adalah sumber kestabilan dan kemakmuran negara dan merupakan contoh tauladan – menjadikan kedudukan raja sungguh tinggi sehinggakan setiap kata-katanya adalah undang-undang. Kalau bukan dengan kesungguhan raja, tidaklah Islam begitu tersebar di Alam Melayu dan seterusnya menjadi masyhur dan sebati di Tanah Melayu, termasuklah Empayar Melaka serta kesultanan sebelum dan selepasnya, seperti Kesultanan Terengganu, Kedah dan Perak. Malah dalam konteks undang-undang kesultanan-kesultanan ini mempunyai senarai undang-undang Islam yang bukan sedikit.

Dalam keadaan itu, bukan tiada cabaran atau rintangan yang dihadapi raja-raja dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup dan asas pemerintahan serta perundangan. Cabaran itu bukan pula sedikit. Raja-raja melalui cabaran dari sudut penyesuaian budaya. Perubahan daripada satu corak kehidupan kepada sesuatu yang berlainan menjadikan ia satu kejutan budaya dan ia bukan satu yang mudah.

Raja-raja juga menghadapi cabaran dalam mengubah kefahaman Hindu yang agak mendalam di kalangan masyarakat Alam Melayu termasuk juga Tanah Melayu. Begitu juga dengan cabaran yang datang daripada kuasa adat. Apabila disebut adat maka dengan sendirinya difahami bahawa ia merupakan sesuatu yang begitu tertanam dan membumi dalam masyarakat. Adat ialah amalan yang telah sekian lama mendapat tempat yang sangat selesa dalam budaya Alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Maka secara resamnya, mengubah sesuatu yang telah menjadi amalan yang membumi itu bukan sesuatu yang mudah. Di sinilah juga peranan raja-raja menjadi terserlah.

Setelah Islam berjaya dijadikan sumber kepada cara hidup dan pemerintahan, cabaran seterusnya yang telah dihadapi Raja-Raja Melayu ialah pengaruh kuasa atau penjajah Barat di Alam Melayu. Kuasa Barat tidak datang ke ruang Alam Melayu dan Tanah Melayu ini dengan tangan kosong. Mereka membawa pengaruh bukan sahaja imperialisme fizikal tetapi juga sarat dengan misi keagamaan. Dengan misi dan pendekatan yang berkesan pengaruh penjajah Barat dalam hal keagamaan itu juga bukan calang-calang hebatnya di kalangan masyarakat Melayu. Ini menjadi cabaran yang besar kepada raja-raja. Kedatangan kuasa Barat yang membawa bersamanya ajaran Kristian dan undang-undang sekular dilihat sebagai mencabar kedudukan Islam dan undang-undangnya yang telah lebih seabad bertapak di Tanah Melayu. Fakta sejarah perundangan menyaksikan, terutamanya ketika pemerintahan British, undang-undang dari England telah diperkenalkan secara tidak langsung menerusi hakim-hakim Inggeris yang membuat keputusan berdasarkan undang-undang dan kefahaman mereka. Seterusnya British memperkenalkan undang-undang mereka secara formal dengan pengenalan Piagam-Piagam Keadilan. Kita mengambil perhatian juga bahawa Hakim Inggeris mengiktiraf kedudukan undang-undang Islam sebagai undang-undang yang tidak asing walaupun niat pengiktirafan ini boleh dipersoal. Walaupun ada yang menafikan kesan Piagam Keadilan terhadap perundangan negara, hakikatnya ialah Piagam tersebut telah memberi ruang yang lebih luas kepada hakim-hakim untuk merujuk kepada undang-undang Inggeris. Kewibawaan raja-raja mengekalkan kedudukan Islam di bawah naungan baginda sehingga kedudukan Islam itu kekal dan diiktiraf walaupun kedatangan Barat itu membawa ajaran Kristian dan juga undang-undang sekular yang begitu dominan.

Dengan kedatangan kuasa Barat, peranan dan sumbangan institusi raja bukan sedikit demi kelangsungan Islam walaupun dalam keterbatasan ketenteraan jika dibandingkan dengan kuasa Barat.[1] Raja-raja telah membuktikan kebolehan diplomasi sehingga institusi raja itu sendiri dapat dikekal dan agama Islam berjaya dipertahan walaupun beberapa negara beraja lain telah hilang sistem beraja bahkan agama yang berada di bawah naungan raja telah hilang daripada ruang perundangan. Di India contohnya, bukan sahaja sistem beraja yang hilang tetapi juga agama yang begitu berpengaruh juga telah dikeluarkan daripada perundangan sehingga Perlembagaan India yang merdeka mengisytiharkan negara tersebut sebagai sebuah negara sekular – sedangkan kita tahu agama Hindu begitu sebati dengan negara India sebelum penjajahan Barat – bahkan sehingga kini.

Ketika dalam proses kemerdekaan, cabaran besar datang kepada kedudukan agama Islam dengan berkembangnya pengaruh komunisme. Fahaman komunisme ini juga menjadi kebimbangan dan juga boleh dianggap sebagai cabaran yang telah dihadapi oleh raja-raja berkenaan peranan mempertahan dan memartabatkan agama Islam.

Cabaran atau rintangan yang telah disebut di atas telah mencabar kebijaksanaan raja-raja bagi menjaga dan mempertahankan agama Islam. Walaupun dalam liku dan rimbunan onak duri yang tebal telah ditempuhi itu, Islam tetap selamat di bawah naungan dan payung baginda.

Semangat juang yang tinggi serta sifat peribadi terpuji raja-raja telah berjaya mengharungi semua cabaran itu. Sifat warak dan keilmuan serta keperibadian raja telah menjadikan Kesultanan Melayu (Melaka, sebagai contoh, atau lama sebelum itu, Pasai) sebagai pusat keilmuan, pusat perdagangan dan kegemilangan Islam. Begitu juga contoh yang didapati pada Kesultanan Acheh, Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu, Riau, Palembang dan beberapa kesultanan di Alam Melayu yang lain.[2] Ketokohan, kewibawaan dan keperibadian seorang raja yang memerintah diserasikan dengan unsur kudus, luhur dan suci. Jika sebelum Islam sifat-sifat ini dikaitkan dengan dewa dan kepercayaan lain tetapi setelah kedatangan Islam, sifat-sifat ini dikaitkan dengan Allah dan RasulNya serta para anbia dan wali-wali Allah. Percaya atau tidak sehingga kini kita mempunyai penulisan yang mengaitkan Raja-Raja dengan keturunan Rasulullah terus dari Mekah.

“dan jangan kamu sekalian lupa pada berbuat kebaktian kepada raja kamu. Oleh itu kata hukama, adalah raja yang adil itu dengan Nabi Sallahahu-‘alaihi wasallam umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagipun raja itu umpama ganti Allah dalam dunia, kerana ia zulilahi-fi’l-‘alam; apabila berbuat kebaktian kepada raja seperti berbuat kebaktian kepada Allah Subhanahu-wa-Taala. Yakni berbuat kebaikan kamu akan Allah dan Rasul-Nya dan akan raja… hendaklah janganlah kamu lupai, supaya kebesaran dunia akhiratkamu perolehi”[3]

Di sinilah juga lahir konsep ‘kedaulatan’ raja. Ini bagi memberikan keyakinan kepada rakyat akan karisma pimpinan raja tersebut. Konsep ‘daulat’ raja dalam hubungannya dengan Islam boleh dikiaskan dengan keupayaan raja mendapat kepercayaan rakyat dalam mentadbir dan melaksana urusan Islam – sebagai lambang dan unsur sisiopolitik tradisi Islam yang istimewa sebagai tokoh yang berdaulat terhadap rakyat. Dengan prinsip Islam, konsep kedaulatan dikaitkan dengan keimanan, ketakwaan, keunggulan peribadi, keluhuran budi, dan pencapaian rohaniyah. Di sinilah letaknya juga peranan ulamak dalam memberi panduan menasihati dan memperingati raja-raja. Karisma mengenai Islam dan daya kepimpinan untuk Islam akan menjadikan seorang raja itu mampu mengekalkan daulat dan memikat rakyat kepada Islam.

Dalam keadaan kedaulatan raja ketika ini merujuk kepada Perlembagaan, ia amat jauh berbeza dengan kedaulatan raja terdahulu yang dikaitkan dengan karisma, kebolehan peribadi dan kewibawaan batang tubuh raja tadi. Bagaimana pun, dalam sistem berperlembagaan, walaupun kedudukan dan peranan raja berkaitan Islam jelas terpahat, ia bukan sesuatu yang tersendiri dan terpisah daripada keperibadian raja bagi memikat rakyat kepada Islam dan memartabatkan Islam. Ini kerana Islam itu harus diperlihat dan diperaku melalui keperibadian dan apa yang dimasyhurkan dalam Perlembagaan itu adalah bagi memudahkan institusi raja memainkan peranan mendaulatkan Islam.

Dalam proses kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan, raja-raja agak keberatan untuk meletakkan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Walaupun Suruhanjaya Reid menganggap raja-raja mempunyai reaksi negatif terhadap cadangan itu, Suruhanjaya tidak meletakkan alasan yang telah diutarakan oleh raja-raja. Dalam nota ‘perbicaraan’ ketika pertemuan antara wakil raja Melayu dan ahli Suruhanjaya, raja-raja menyatakan ketidaksediaan mereka itu berpunca daripada perbincangan mengenai sama ada perlembagaan yang dirancang itu patut memberi hak kepada Melayu untuk menukar agamanya dalam konteks kebebasan. Ketika berbicara tentang pertukaran agama, raja-raja memikirkan lebih baik untuk Islam dikekalkan sebagai urusan negeri-negeri.[4] Oleh itu pernyataan Suruhanjaya Reid berkenaan pandangan raja-raja berkenaan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan tidak disertakan dengan keterangan menyeluruh.

 

Islam dalam Perlembagaan secara ringkas

Hakikat yang dapat kita lihat secara harfiah dalam Perlembagaan ialah Islam berada pada tempat yang sangat selesa dalam sistem perundangan negara. Kedaulatan Islam beriringan dengan kedaulatan Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan, sebagai sebuah perlembagaan bertulis mengisytiharkannya sebagai undang-undang tertinggi negara melalui per. 4(1). Perlembagaan juga mengisytiharkan Islam sebagai agama bagi negara dengan memaktubkan per. 3. Selain daripada per. 3 ini, terdapat beberapa peruntukan lain yang meletakkan Islam pada tempat yang tinggi dan berbeza daripada agama lain. Perkara-perkara lain itu termasuklah per. 12(2), 11(4) dan 150(6A) sert sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong berkaitan Islam. Kita juga telah melihat kedudukan Islam yang berbeza jika dibandingkan dengan agama lain sebagaimana dihujahkan oleh mahkamah dalam beberapa kes seperti Meor Atiqulrahman, Kamariah Ali, Azlina Jailani dan terbaru, kes Fathul Bari walaupun agak berbeza dengan pendekatan tafsiran yang dibuat dalam kes Che Omar Che Soh.  

Bagi kepentingan munasabah kaum lain, Perlembagaan membenarkan bukan penganut Islam untuk mempunyai kebebasan beragama. Namun, raja-raja telah memainkan peranan penting ketika penggubalan Perlembagaan dengan memberikan peringatan kepada Suruhanjaya Reid supaya kebebasan beragama itu tidak merangkum kebebasan untuk menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam atau menyebabkan orang yang beragama Islam menukar agama. Dalam kata-kata peguam yang mewakili raja-raja:

“The position is this in practice. Supposing a teaching order, in a broad sense, wants to establish an educational establishment in the stats – well, no difficulty in the past has been put for practical reasons in the way of their doing so, and they are encouraged by grants of land to come and do it but the understanding is that you must not try and convert Muslims. With all the others you can do what you like.”[5]

 

Peranan Raja-Raja Mengenai Islam Berpaksikan Perlembagaan

Kalau dahulu, sebelum Perlembagaan digubal, keselamatan, kemakmuran dan keamanan negara dikaitkan dengan pemerintahan raja yang adil dan tuah raja, perkara ini tidak jauh berbeza walaupun dengan adanya Perlembagaan bertulis. Walaupun negara menerima sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, kita tidak meninggalkan insitusi raja. Kita masih mengekalkan sistem beraja walaupun telah ditukar kepada ‘raja berperlembagaan’. Selain daripada mengekalkan institusi raja, kita bahkan dari satu sudut, kita telah mengukuhkan institusi raja tersebut. Hal ini dapat dilihat bilamana kita menambah bilangan takhta dan memperaku pembentukan dan peranan Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagi membincangkan peranan mendaulatkan Islam sebagai Agama bagi Negara, beberapa konsep dan peruntukan berkaitan kedudukan, kuasa dan tanggungjawab yang boleh dimainkan oleh DYMM Raja-Raja Melayu cuba diketengahkan dalam perbincangan di bawah.

 

Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan

Frasa ‘Raja Berperlembagaan’ tidak asing dalam kebanyakan sistem monarki yang diamalkan dalam dunia demokrasi hari ini. Frasa ini boleh diertikan sebagai menolak sistem feudal dan juga pemerintahan berdasarkan kehendak raja secara mutlak. Dengan kata lain, frasa ‘Raja Berperlembagaan’ juga melambangkan institusi raja bukanlah sistem feudal yang membolehkan raja bertindak sesuka hati tanpa sebarang kawalan atau tanpa sekatan. Dalam sistem raja berperlembagaan ini raja harus bertindak mengikut peruntukan Perlembagaan yang telah menutup ruang kepada kuasa mutlak.

Menerusi sistem raja berperlembagaan sebagaimana dimaktubkan Perlembagaan Persekutuan, DYMM Raja-Raja bagi negeri-negeri hendaklah bertindak atas nasihat Majlis Eksekutif yang diketuai oleh Menteri Besar, manakala di peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri dalam semua perkara kecuali dalam beberapa perkara yang disebut sebagai kuasa budi bicara.

Sebagaimana difahami daripada sejarah dan penerimaan prinsip raja sebagai Ketua Agama, kuasa, peranan dan tanggungjawab berkaitan hal-ehwal agama Islam serta adat istiadat Melayu sepenuhnya berada di bawah ruang lingkup budibicara DYMM Raja-Raja. Walaupun tidak dikelaskan begitu dalam per. 40 (peruntukan berkaitan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk bertindak atas nasihat) sebagai sebahagian daripada kuasa budi bicara, semangat Perlembagaan hendaklah diambil perhatian. Semangat Perlembagaan dalam konteks ini ialah, DYMM Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Agama bagi negeri-negeri dan agama Islam adalah urusan negeri-negeri serta menurut tradisi dan warisan sejarah, Raja-Raja Melayu berkuasa penuh ke atas agama Islam. Kesannya di sini, dalam hal urusan berkaitan agama Islam dan adat resam atau adat istiadat Melayu, DYMM Raja-Raja tidak tertakluk kepada nasihat Jemaah Menteri. Seperti juga semasa pemerintahan Inggeris, raja-rajalah juga yang menggenggam kuasa berkaitan Islam. Islam (dan adat istiadat Melayu) kekal dalam kekuasaan dan budibicara baginda.

Kesan daripada itu, sebarang tindakan atau apa juga perkara berkenaan agama Islam dan Melayu hendaklah diurus dan diselenggara menurut kehendak Raja-Raja (berdasarkan nasihat-nasihat Mufti atau institusi lain yang diberikan tanggungjawab memberi nasihat dalam hal berkenaan agama Islam. Menerusi konsep raja berperlembagaan inilah juga raja-raja Melayu boleh melaksanakan peranan untuk mendaulatkan Islam sebagai agama bagi negara kerana kuasa Raja berkaitan agama Islam adalah konklusif. Sekiranya tidak, baginda tidak akan dapat memelihara Islam sebagaimana dimaksudkan di dalam sumpah jawatan (yang akan dibincangkan dibawah). Keadaan ini memberikan Raja satu posisi selesa sebagai Ketua Agama dan melaksanakan peranan mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara.

Oleh itu, konsep raja berperlembagaan ini tidak boleh dijadikan sekatan kepada DYMM Raja-Raja Melayu untuk memartabatkan Islam sebagai Agama Negara.

 

Raja-Raja Melayu Sebagai Ketua Agama

Perlembagaan Persekutuan mengekalkan raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama di negeri-negeri Melayu yang sembilan itu. Bahkan bagi negeri-negeri lain yang tidak mempunyai raja Perlembagaan Persekutuan menyatakan supaya dimasukkan ke dalam Perlembagaan negeri itu peruntukan bagi meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing (per. 3(3)). Melalui Perlembagaan Persekutuan juga Yang di-Pertuan Agong dijadikan Ketua Agama bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan (per. 3(5)).

Walaupun istilah ‘Ketua Agama’ ini agak baharu iaitu dalam tradisi kepimpinan berkaitan agama Islam, tetapi ia menggambarkan tentang kekuasaan dan tanggungjawab raja-raja terhadap Islam. Kedudukan sebagai ‘Ketua Agama’ tidak bersifat ‘ceremonial’. Terkandung di dalam kedudukan itu tanggungjawab yang besar. Istilah ‘ketua’ sebagaimana maksud literalnya ialah pemimpin yang mengepalai dan bertanggungan. Lahir daripada pengertian dan maksud literal perkataan ‘ketua’ itu, maka kedudukan ‘Ketua Agama Islam’ itu bermaksud seorang pemimpin yang bertanggungjawab untuk mempastikan agama Islam sentiasa terpelihara dan dihormati.

Perlembagaan bagaimana pun tidak memperincikan cara atau mekanisme yang perlu diikuti atau dipatuhi oleh Ketua Agama untuk menjadikan agama Islam itu agama yang terpelihara dan dihormati.

Kedudukan DYMM Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama tidaklah disebut perinciannya dalam Perlembagaan, kecuali apa yang dinyatakan peranannya dalam per. 38(6)(d) iaitu peruntukan berkaitan kuasa budi bicara Majlis Raja-Raja dalam “mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh.” Walaupun begitu kedudukan sebagai Ketua Agama itu difahami sebagai merangkum kuasa berkaitan perundangan dan pelaksanaan, termasuk pentadbiran, serta mungkin tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, berkaitan kehakiman juga.

Peranan DYMM Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama telah diambil perhatian oleh undang-undang berkaitan Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri.

Kedudukan sebagai Ketua Agama Islam tidak boleh dipandang sebelah mata. Bukan sahaja kerana ia satu tradisi yang telah menjadi amalan, tetapi juga kerana ia merangkumi hak, kuasa dan tanggungjawab yang diberikan oleh Perlembagaan, undang-undang tertinggi negara. Oleh itu pengiktirafan Perlembagaan tersebut seharusnya mempunyai kesan tertentu. Ia tidak harus dianggap sebagai sesuatu yang sia-sia. Hak, kuasa dan tanggungjawab tersebut mempunyai nafas dan hidup. Ia harus menjadi rujukan dan diterima dalam mendepani isu-isu berkaitan agama Islam.

Dari perpektif lain, keadaan sekitar atau orang sekeliling juga hendaklah sentiasa menghormati Ketua Agama. Sebagai Ketua Agama yang diiktiraf kuasa dan peranan Perlembagaan perlu diberikan ruang untuk didengar dan dipatuhi dalam apa jua keadaaan yang melibatkan agama Islam. Agak mustahil bagi seorang ketua, termasuk Ketua Agama, untuk melaksanakan tanggungjawab atau peranan sekiranya keadaan sekitar tidak kondusif untuk pelaksanaan tersebut.

Oleh itu, dalam konteks ini dalam apa juga keadaan, menerusi apa juga cara, Ketua Agama berperanan untuk meletakkan kedudukan agama Islam dalam keadaan selamat dan terpelihara serta dogma-dogma dan amalan-amalan agama, termasuk perundangannya dihormati dan ambil kira dalam apa jua keadaan.

 

Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong

Sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong yang diperturun di dalam Jadual 4 Perlembagaan meletakkan tanggungjawab perlembagaan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga dan mempertahankan kedudukan Islam, walaupun baginda secara harfiah bukanlah Ketua Agama Islam bagi keseluruhan Persekutuan. (“…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” – petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong). Oleh itu titah baginda Yang di-Pertuan Agong perlu didokong dalam isu berkaitan agama Islam. Sekiranya tidak, jawatan Ketua Agama Islam dan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong tersebut hanyalah peruntukan Perlembagaan yang sia-sia. Ini tidak harus terjadi kerana Perlembagaan bukan dokumen yang sia-sia dan kaku. Seluruh peruntukan perlembagaan mempunyai firasat dan nafas tertentu, dan ia tidak diwujudkan dalam kekosongan.

Memberi perlindungan kepada pendakwah dan sarjana Islam, bergaul rapat dengan pemikir Islam mewujudkan lunas-lunas positif dalam penerapan keilmuan Islam dan seterusnya penumbuhan peradaban Islam.

Dalam sumpah jawatan itu juga Yang di-Pertuan Agong hendaklah membina pentadbiran yang adil. Sifat adil adalah kunci kepada segala perkara dan sifat inilah juga yang boleh dijadikan ruang untuk memjalankan peranan mendaulatkan Islam.

 

Peranan Raja disokong Undang-Undang Jenayah Syariah

Dalam konteks undang-undang jenayah Syariah di Malaysia, mengingkari titah raja dalam urusan agama Islam adalah satu perbuatan jenayah. Titah Raja mengenai Islam bukan merupakan omongan kosong yang boleh diabaikan. Ia adalah titah yang mempunyai sanksi Perlembagaan. Dalam konteks ini, titah Raja merupakan nasihat yang perlu diperakui dan dituruti. Dengan mempunyai kekuatan ini, raja-raja boleh menjalankan peranan mendaulatkan Islam dengan lebih semurna.

Pengembangan Agama Bukan Islam

Kita telah dekati pernyataan peguam mewakili raja-raja dalam proses penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Setelah berjaya meletakkan sekatan kepada kebebasan beragama sebagaimana peruntukan per. 11(4) dan juga senarai negeri, maka adalah menjadi peranan raja-raja yang memerintah pada ketika ini supaya pengembangan agama bukan Islam bukan sahaja dapat dibendung, tetapi juga disekat sepenuhnya. Maka dalam merealisasikan kedudukan Islam sebagai agama negara, maka cubaan memurtadkan orang Islam dalam gerakan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam perlu diambil perhatian sebaik mungkin oleh raja.

Kita maklum juga banyak negeri telah meluluskan undang-undang bagi mengawal dan menyekat pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam dan ini boleh membantu raja dalam melaksanakan peranan ini.

 

 

Rakyat dan Raja

Karisma raja tidak akan berkesan tanpa sokongan rakyat, terutamanya barisan pemerintahan dan pentadbiran. Dengan kata lain, peranan mempertahan dan mendaulat Islam sebagai agama negara tidak tersekat kepada raja-raja sahaja. Rakyat juga hendaklah menjaga dan membina kemantapan Islam sebagai agama negara. Atas tradisi, peranan dalam pemerintahan dikongsi antara pembesar rakyat dan raja. Kadi dan fakih berada bersama dalam pentadbiran dan setara dengan pembesar utama. Sebagai contoh, ini jelas dalam sejarah Melaka, Kelantan dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Keadilan mungkin tidak akan dicapai jika merujuk kepada raja yang memerintah sahaja. Pimpinan rakyat hendaklah membantu raja dalam mengendalikan pemerintahan yang adil. Dalam konteks ini para Mufti dan Majlis Penasihat raja-raja bagi negeri hendaklah menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka supaya raja juga dapat melaksanakan peranan dengan sebaik mungkin. Konsep musyawarah merupakan kunci kepada pemerintahan yang adil. Peranan alim ulamak yang berada disekitar raja-raja juga tidak boleh diketepikan. Mereka inilah juga yang dapat menjadikan raja itu sebagai raja yang berwibawa.

 

Penutup

Peranan institusi raja adalah penggerak utama dalam pelaksanaan hukum Islam dan kedaulatan Islam sebagai agama negara. Dengan pengiktirafan telah sekian lama, sudah tiba masanya bagi DYMM Raja-Raja merealisasikan kedudukan baginda sebagai Ketua Agama. Bagi merealisasikan peranan ini keseluruhan kerangka Perlembagaan dan pentadbiran Islam hendaklah diberikan nyawa.  Untuk keharmonian negara, Ketua Agama harus dilihat dalam konteks Malaysia, dan sudah tiba masanya untuk Malaysia membentuk konvensyen perlembagaan yang tersendiri, terutamanya mengenai kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan kedudukan Raja sebagai Ketua Agama. Malaysia harus melihat kepada salasilah dan nilai tempatan, dan seterusnya membina tamadun perlembagaan yang tersendiri. Raja harus meletakkan satu penanda aras dalam menentukan hala tuju dan kedudukan Islam di negara ini. Kesungguhan raja-raja pada awal kedatangan Islam ke Alam Melayu dan Tanah Melayu hendaklah menjadi taudalan kepada raja-raja semasa dalam mendaulatkan Islam sebagai agama negara. Sebagai contoh, usaha yang begitu gigih selepas pemelukan agama Islam hendaklah dijadikan inspirasi raja-raja Melayu.

Raja-raja bukan sahaja Ketua Agama yang menaungi Islam agama negara, tetapi harus menjadi perancang, penyusun, penggerak dan seterusnya pelaksana kepada Islam serta hukum hakamnya dan seterusnya berjaya membawa Islam ke arah kesejahteraan dan kesejagatan.


*Kertas yang dibentangkan sempena Seminar Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara, anjuran MUAFAKAT, pada 5 Jan 2013 di Pusat Islam Kuala Lumpur

**Profesor Madya (Dr) di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui emel shamrahayu@gmail.com

[1] walaupun kita tidak dapat menafikan ada di kalangan raja yang leka dan terpedaya.

[2] Auni Abdullah (1991), Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 36 – 48

[3] W.G. Shellabear, sebagaimana dipetik Muhammad Yusoff Hashim (1989), Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 156 – 157

[4] CO 889/8 XC22193 – Public Record Office(London) Hearing of Counsel on behalf of Their Highnesses the Rulers held in Executive Counsel Chamber, Maxwell Road, Kuala Lumpur pada Jumaat dan Sabtu, 14 dan 15 September 1956, h. 104 (92)

[5] Ibid

Naser Disa: Ancaman-Ancaman Terhadap Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara

NaserTeks pembentangan Tuan Haji Mahamad Naser bin Disa, Biro Undang-undang MAIWP, di Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) Peringkat Nasional yang telah berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 5hb Januari 2013 anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

*************

Rakaman video boleh dicapai di sini:

*************

Ancaman-Ancaman terhadap Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara

Mahamad Naser bin Disa

Mukadimah

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, sesuatu yang gah namanya dan teguh kedudukannya akan sentiasa dilanda pelbagai ancaman serta percubaan menggugat keagungannya.  Demikianlah juga apa yang dihadapi oleh agama dan umat Islam hari ini, termasuk di Malaysia.  Meskipun Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf dan memartabatkan kedudukan agama Islam, namun pihak-pihak tertentu melakukan pelbagai usaha bagi menimbulkan kekeliruan berhubung dengan kedudukannya yang tinggi lagi berdaulat.  Usaha-usaha yang dijalankan kelihatan tersusun dan licik, kerana bermula dengan persepsi dan pentafsiran yang salah tentang kedudukan tinggi agama Islam, ia akhirnya mendorong tindakan tidak wajar atau tidak bijaksana, iaitu yang merugikan agama Islam dan umat Islam.  Kedaulatan agama Islam diabaikan begitu sahaja dan ruang yang luas dibuka bagi memberikan peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk terus mengasak dan mempertikaikan ketuanan Islam di Negara ini.  Kertas ini akan menghuraikan isu, permasalahan, dan bentuk-bentuk ancaman yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini.  Seterusnya, kertas ini mengemukakan saranan-saranan tertentu yang perlu diambil dengan penuh perhatian dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Kekeliruan dalam Memahami Perkara 3(1)

Perbincangan pakar-pakar undang-undang berhubung dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan sering kali dimulakan dengan kekaburan terhadap maksud Perkara 3 (1).  Justeru, timbullah pelbagai kesimpulan yang ternyata bertentangan dengan maksud nyata Perkara 3 itu sendiri yang menjadi pegangan banyak pihak.  Antara kesimpulan yang dibuat termasuklah Islam hanya sekadar agama rasmi sahaja.  Sebagai agama rasmi, maka ajaran dan adab-adab yang digariskan dalam Islam hanyalah terpakai dalam situasi tertentu, misalnya amalan membaca doa pada pembukaan majlis rasmi. Lebih membimbangkan daripada itu ialah majoriti peguam bukan Islam dan sebahagian peguam Islam menganggap bahawa negara ini merupakan sebuah negara sekular. Kefahaman dan tanggapan kumpulan ini mempunyai pengaruh yang meluas serta mendalam dalam kalangan masyarakat bukan Islam dan sebahagian umat Islam.

Sebahagian besar aktivis pertubuhan Islam berpegang pada gabungan kedua-duanya, iaitu Malaysia ialah negara sekular yang meletakkan Islam sekadar agama rasmi. Mereka berpegang pada Perlembagaan negara ini yang memartabatkan sekularisme sebagai ideologi negara dan dengan demikian, manifesto perjuangan mereka ialah menukar wajah perlembagaan dan ideologi negara daripada sekular kepada Islam. Alasannya ialah Perkara 4 memartabatkan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan menggantikan al-Qur’an dan al-Sunnah. Justeru, sebahagian besar aktivis gerakan Islam meletakkan perspektif perjuangan mereka di luar ruang lingkup Perlembagaan yang ada.

Malaysia Negara Sekular?

Pegangan yang menyimpulkan bahawa Malaysia sebuah negara sekular berasaskan laporan Kertas Putih tentang syor perlembagaan yang mencadangkan agar Islam dimartabatkan sebagai agama Persekutuan dalam perkara 3(1) dan pada masa yang sama, menjamin kebebasan beragama serta melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama bagi negeri masing-masing daripada terjejas. Kertas Putih ini juga menyebut bahawa kedudukan Islam itu tidak akan menjejaskan sifat sekular Persekutuan.  Atas jaminan ini, MCA dan MIC dikatakan telah bersetuju untuk menerima perkara 3(1) itu dengan senang hati.

Persoalannya adakah rujukan kepada Kertas Putih syor perlembagaan itu membantu kita untuk mentafsirkan perkara 3(1) secara konklusif? Atau adakah kita terus dikelirukan pula dengan persoalan berkaitan dengan maksud sifat sekular itu? Apa yang berlaku sekarang ini ialah kumpulan ini terus merujuk kepada Kertas Putih itu. Mereka menerima jaminan yang diberikan dalam Kertas Putih berkenaan seolah-olah itulah yang termaktub dalam perlembagaan yang seolah-olah berbunyi, “Islam ialah agama Persekutuan, namun ini tidaklah menghilangkan sifat sekular Persekutuan.”

Kekeliruan yang cuba ditimbulkan kumpulan ini bukan sahaja bertujuan menyerlahkan negara ini sebagai negara sekular, malah mereka terus-menerus berusaha menghakis dan menghilangkan bahagian awal perkara 3(1) sehingga ia seolah-olah berbunyi, “Persekutuan ialah sebuah Negara sekular, namun adat-istiadat Islam dan Melayu boleh diamalkan dalam acara rasmi.”  Inilah pegangan yang mendominasi Majlis Peguam Malaysia dan diperjuangkan dengan hebat oleh Kumpulan Artikel 11. Hal ini dapat dilihat dalam kes Lina Joy pada peringkat Mahkamah Persekutuan, apabila peguamnya berkata,

“Sudah tiba masanya orang Melayu difahamkan bahawa kedudukan Islam adalah lebih rendah daripada Perlembagaan kita dan mesej ini hendaklah dijelaskan kepada mereka oleh mahkamah yang mulia ini.”

Usaha Mendaulatkan Perkara 3 (1)

Usaha untuk mendaulatkan kedudukan Islam sebagai agama Negara telah dilakukan oleh peguam-peguam bukan Islam yang pada hakikatnya hanya merupakan pembelaan bagi mengelakkan anak guam mereka daripada dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan pengedaran dadah dan memiliki senjata api.  Dalam kes Che’ Omar bin Che Soh lwn Public Prosecutor, peguam-peguam T Mura Raju dan Ramdas Tikamdas berhujah bahawa hukuman mati bagi kedua-dua kesalahan itu bercanggah dengan hukum syarak kerana kedua-dua kesalahan itu bukan merupakan kesalahan hudud. Oleh itu, ia bercanggah dengan perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Meskipun Mahkamah Agung yang diketuai oleh Tun Mohd Salleh Abbas telah memberikan tafsiran yang betul bagi Islam berdasarkan tulisan S.A.A al Maudu di dalam bukunya, The Islamic Law and Constitution, namun malangnya, keberkesanan perkara 3(1) telah disempitkan berdasarkan niat dan hasrat penggubal Perlembagaan. Hakim yang bijaksana itu telah menghuraikan suasana pemerintahan dan politik di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dan seterusnya semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang memisahkan antara pentadbiran Negara yang terletak di tangan penjajah dengan hal-ehwal agama di bawah bidang kuasa Raja-raja.  Beliau menyimpulkan-

In our view, it is in this sense of dichotomy that the framers of the Constitution understood the meaning of the word Islam in the context of Article 3. If it had been otherwise, there would been another provision in the Constitution which would have the effect that any law contrary to the injuction of Islam will be void. Far from making such provision, Article 62, on the other hand, purposesly preserves the continuity of secular law prior to the Constitution, unless such law is contrary to the latter.

Jelas pendekatan mahkamah tertinggi Negara ketika itu, iaitu pada tahun 1988, masih mentafsirkan perkara 3(1) dengan merujuk kepada niat penggubal dan bukan kepada maksud Islam itu sendiri. Walaupun bahasa yang digunakan bagi menghuraikan peruntukan Perkara 3(1) itu amat jelas, namun kelihatan mahkamah masih juga mahu merujuk kepada niat penggubal.

Walau bagaimanapun, dari satu aspek, Mahkamah Agung sama sekali tidak memutuskan bahawa Negara ini ialah Negara sekular sebagaimana yang sering dihujahkan oleh peguam bukan Islam dan sebahagian kecil peguam hak asasi manusia kebelakangan ini. Sebaliknya apa yang diutarakan oleh Mahkamah Agung ialah undang-undang yang terpakai merupakan undang-undang sekular, sebagaimana yang dibenarkan oleh Perkara 162 Perlembagaan. Dalam hubungan ini, hakim berkenaan mengaitkan Perkara 3(1) dengan Perkara 162 yang dikatakan membenarkan undang-undang sekular untuk terus berkuat kuasa. Namun jika diteliti secara cermat, Perkara 162 itu merupakan peruntukan transitional yang membenarkan pemakaian undang-undang sebelum merdeka untuk tertakluk pada pengubahsuaian dan pindaan yang boleh dilakukan kemudian oleh pihak berkuasa.

Jelas di sini bahawa Perkara 162 dimasukkan bagi membolehkan proses pengubahsuaian atau pindaan dilakukan terhadap undang-undang yang sedia berkuatkuasa sebelum merdeka. Hal ini bermaksud, sekiranya undang-undang itu bercanggah dengan Perkara 3(1), maka ia boleh dipinda supaya selaras dengan Islam. Perkara 162 tidak boleh dijadikan hujah untuk menyifatkan negara ini sebagai sebuah negara sekular atau membenarkan undang-undang yang bercanggah dengan Islam terus berkuat kuasa.

Oleh sebab itulah didapati di bahagian akhir penghakimannya, hakim yang bijaksana itu menyarankan supaya hujah kedua-dua peguam itu diteruskan dalam forum-forum lain seperti di Parlimen dan juga disampaikan kepada ahli politik. Namun malangnya, saranan hakim itu tidak diikuti oleh peguam-peguam Islam yang lain dan tidak kelihatan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengkaji keberkesanan Perkara 3(1) bagi memartabatkan kedudukan Islam. Sebaliknya, majoriti peguam Islam mengambil sikap menerima sahaja keputusan Mahkamah Agung itu.

Meskipun demikian keadaannya, kita wajar bersyukur atas usaha yang diambil oleh Hakim Mohd Noor Abdullah dalam kes Meor Atiqurrahman lwn Fatimah bte Sihi [2000] 5 MLJ 375 untuk mentafsir Perkara 3(1) dengan lebih tepat.  Pada hakikatnya, usaha penting yang diambil hakim yang bijaksana itu telah merintis jalan ke arah pemurnian kefahaman tentang kedudukan Islam dan pemartabatannya dalam negara yang bertuah ini. Beliau menegaskan bahawa seharusnya, dengan memenuhi semangat Perlembagaan, pakaian murid lelaki ialah seluar panjang dengan memberi pilihan memakai seluar pendek dan pakaian murid perempuan ialah baju kurung, kain sarung dan tudung/telekung dengan memberi pilihan memakai pinafore tunic dan blouse atau skirt. Peraturan sebaliknya jelas membelakangkan agama Islam, iaitu yang dahulu dikemudiankan dan yang kemudian didahulukan dan ia jelas tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.[1]

Beliau selanjutnya menyatakan bahawa Islam sebagai ad-deen merangkumi keseluruhan aktiviti kehidupan manusia dan dalam hubungan ini, beliau memetik pandangan S Abdul A’la Maududi dalam bukunya,  The Islamic Law and Constitution, bahawa Islam bukan sekadar kumpulan dogma dan ritual tetapi sebaliknya cara hidup yang meliputi semua bidang dan aktiviti kehiudpan manusia, sama ada undang-undang, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, akhlak, dan sebagainya.[2]

YA Hakim Mohd Noor seterusnya menegaskan bahawa frasa “Islam ialah ugama bagi Persekutuan tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai” bermaksud Islam merupakan agama yang utama berbanding dengan agama-agama lain di negara ini seperti Kristian, Buddha, Hindu dan selainnya. Islam bukan setaraf dengan agama lain, tidak juga duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak. Malah sebaliknya, Islam duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran.  Islam ibarat pokok jati—tinggi, teguh dan terampil.  Jika bukan sedemikian Islam bukanlah agama bagi Persekutuan tetapi merupakan salah satu antara beberapa agama yang dianuti di negara ini dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana agama yang dianutinya, tiada satu pun antara agama tersebut yang memiliki kelebihan berbanding dengan yang lain.

Walaupun keputusan YA Hakim Mohd. Noor Abdullah diketepikan pada peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, namun pendekatan yang diambil dalam mentafsirkan Perkara 3(1) tidak sama sekali disentuh oleh mahkamah tertinggi negara. Bahkan ketika memberikan penghakiman Mahkamah Persekutuan, Hakim Abdul Hamid Mohamad mengambil pendekatan hukum syarak dalam memutuskan kedudukan peraturan sekolah yang mengharamkan pemakaian serban oleh pelajar-pelajar sekolah rendah. Hakim berkenaan berkata –

[37] SP3 gave his opinion that the wearing of turban is ‘sunat’. Clearly, he based his opinion on the views of the traditional jurists — the turban wearing scholars from turban-wearing communities who lived at a time when the wearing of turban was customary or fashionable. Certainly their surroundings could have, to a certain extent, influenced their views on a matter such as the wearing of turban where Al-Quran is silent. That is natural. Imam Shafie revised some of his rulings after living in Egypt for a few years and observing the custom of the people there. That is the mark of a great jurist!

[38] Even if we were to accept the view of SP3 that men wearing of turban (by adult Muslim male) is ‘sunat’ or (commendable), it certainly does not rank on the same level as ‘sunat prayers’, as learned counsel for the appellants tried to convince the court when the question was put to him by me.

[39] So, the ‘practice’ is of little significance from the point of view of the religion of Islam, what more, in relation to underaged boys. Certainly, it is not a part of ‘Islamic prophetic teaching’ as submitted by the learned counsel for the appellants.

[40] Moving to the second factor which, in my view, should be considered i.e. the extent of the ‘prohibition’.

[41] We are not dealing with a total prohibition of wearing of the turban. The students, primary school students of the school, are not allowed to wear the turban as part of the school uniform, i.e. during the school hours. They are not prevented from wearing the turban at other times. Even in school, certainly, they would not be prevented from wearing the turban when they perform, say, their ‘Zohor’ prayer in the school ‘surau’ (prayer room). But, if they join the ‘Boy Scout’, it is only natural if they are required to wear the Scouts uniform during its activities. Or, when they play football, naturally they would be required to wear shorts and T-shirts. Should they be allowed to wear ‘jubah’ when playing football because it was the practice of the Prophet (PBUH) to wear jubah? Following the arguments or learned counsel for the appellants, they should. Certainly, there is a place for everything.

[42] Furthermore, there is nothing to prevent them from changing school, eg to a ‘pondok’ school that would allow them to wear the turban.

[43] To accept the learned counsel’s argument would mean that anybody has a right to do anything, any time, anywhere which he considers to be a practice of his religion, no matter how trivial. The only limit is clause (5). To me, that cannot be the law.”

Pendekatan yang diambil oleh YA Hakim Abdul Hamid Mohamad menunjukkan bahawa pentafsiran tentang hak individu pada pandangan Islam boleh dilakukan di Mahkamah Persekutuan. Pendekatan sebegini sepatutnya mampu dilakukan oleh hakim-hakim tanpa merujuk kepada keterangan saksi pakar kerana undang-undang Islam merupakan the law of the land, sebagaimana yang diputuskan dalam kes Ramah lwn Laton. Oleh itu negara perlu mempunyai hakim-hakim yang berkemampuan untuk memutuskan kes berdasarkan hukum syarak.

Perkara 3 (1) Memartabatkan Kedudukan Istimewa Agama Islam

Terdapat juga pandangan bahawa  peruntukan dalam Perkara 3(1) itu hanya mengatakan bahawa sebagai agama rasmi Persekutuan, Islam merupakan satu-satunya agama yang diberi kedudukan yang sebegitu tinggi berbanding dengan agama-agama lain. Peringatan sedemikian pernah diutarakan oleh Y. A. Dato’ Abdul Hamid Mohamad dalam kes Kamariah bte Ali Iwn Kerajaan Negeri Kelantan. Hakim bekenaan menjelaskan bahawa Perlembagaan juga memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk mengkanunkan Hukum Syarak dalam perkara-perkara yang disebut dalam Senarai II, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan. Selain itu, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 juga digubal, selaras dengan kehendak Senarai II tersebut.

Kedudukan istimewa Islam sebagai agama yang paling dominan juga diiktiraf melalui Artikel 11 walaupun Artikel tersebut menyebut tentang kebebasan beragama. Hal ini dapat dilihat dalam Klausa (1) dan (4):

(1) “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Perkara (4), mengembangkannya,

(4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam”

Fasal (4) dengan jelas bertujuan memberi kuasa kepada Negeri untuk membuat undang-undang yang dapat melindungi serta mempertahankan agama Islam daripada dipengaruhi oleh ajaran atau amalan agama-agama lain.  Dengan kata-kata lain, walaupun agama lain bebas diamalkan oleh penganutnya dalam negara ini, mereka  dilarang daripada menyebarkan ajaran agama mereka kepada umat Islam atas alasan Islam merupakan agama bagi negara ini.  Lantaran itu, sebagai agama negara, Islam tidak layak sama sekali untuk diperlakukan sesuka hati dan dengan sewenang-wenangnya, apatah lagi untuk dihina serta direndahkan martabatnya.

 Pendekatan Holistik dalam Mentafsirkan Perlembagaan

Dalam kes Danaharta Urus Sdn. Bhd. lwn Kekatong Sdn Bhd & Anor, Mahkamah Persekutuan menyebut betapa perlunya Perlembagaan dilihat secara menyeluruh untuk mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan terhadap maksud sebenar sesuatu peruntukan dalam Perlembagaan. Dalam penghakiman kes ini, mahkamah menegaskan:

“.. .Tafsiran terhadap peruntukan dalam Perlembagaan dibuat dengan cara merujuk kepada dua peruntukan atau lebih secara bersama untuk mendapatkan maksud yang tepat. la adalah satu kaedah yang sememangnya diiktiraf dalam mana-mana perlembagaan. Adalah perlu untuk merujuk kepada ‘Bindra’s Interpretation of Statute 7th Ed’ di mana ia menyebut, Perlembagaan mesti dilihat secara menyeluruh untuk memastikan bahawa kesemua peruntukannya adalah berikat dan berkuasa. la adalah satu kaedah yang diiktiraf dalam mana-mana Perlembagaan bahawa sesuatu peruntukan dalam Perlembagaan tidak boleh dipisahkan daripada peruntukan yang lain dan dibiarkan berasingan. Pengasingan yang sedemikian akan menyebabkan kedaulatan sesebuah Perlembagaan itu tergugat dan lari daripada tujuan sebenar penggubalan sesebuah Perlembagaan.”

Atas sebab yang sama, mengasingkan sesuatu peruntukan daripada peruntukan yang lain dan memberikan tafsiran yang juga dibuat secara berasingan adalah janggal dan tidak tepat…”

Untuk tujuan memahami dan menghargai kedudukan Islam dalam Perlembagaan, maka Perlembagaan itu sendiri perlu dilihat secara keseluruhannya.  Aspek utama perlembagaan yang sering diperkatakan oleh peguam hak asasi manusia sebagai dominan dan perlu dihormati ialah Bahagian ll yang merangkumi Kebebasan Asasi, Kesamarataan, Hak Kebebasan Berucap, Berkumpul dan Berpersatuan, Hak Kebebasan beragama ,Hak Mengenai Pendidikan dan sebagainya.

Pada dasarnya, hak-hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan ini adalah selaras dengan ajaran Islam.  Malah, Islam ternyata mendahului ideologi –ideologi lain, termasuk daripada barat dalam mengiktiraf dan membela hak-hak ini meskipun ajaran Islam tidak menamainya secara khusus seperti hak asasi manusia, hak wanita, hak kebebasan, dan sebagainya.  Namun demikian, perlulah disedari dan diingatkan bahawa hak dan kebebasan yang diberikan oleh Perlembagaan itu tidaklah bersifat mutlak.  Perkara 5 memperuntukkan, “No person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law,” Perkara 8 (2) menegaskan,“Except as expressly authorised by his constitution, there shall be no discrimination against citizens…”, dan Perkara 10 menyatakan “(1) Subject to Clauses (2), (3) and (4) – (a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;”

Oleh itu apabila mentafsirkan hak-hak yang dikurniakan oleh Perlembagaan, pentafsiran terhadap Perlembagaan terutamanya perkara-perkara yang terkandung dalam Bahagian II ini tidak sewajarnya dilakukan dengan hanya bersandarkan doktrin-doktrin asing tanpa melihat keseluruhan Perlembagaan itu sendiri. Dengan kata-kata lain, Bahagian II ini perlu ditafsir secara harmoni dengan Bahagian I, iaitu dengan menilainya dari aspek pandangan falsafah dan ideologi negara.

Sehubungan itu, dapat dilihat bagaimana dalam kes Danaharta Urus Sdn. Bhd., Mahkamah Persekutuan menyatakan:

“…Mahkamah sepatutnya berpegang pada andaian bahawa tiada peruntukan yang saling bercanggah dalam Perlembagaan dan mengandaikan bahawa itulah yang dimaksudkan oleh para penggubalnya… Raja Azlan Shah FJ dalam kes Loh Kooi Choon Iwn Kerajaan Malaysia menyatakan, “Perlembagaan sebagai undang-undang yang tertinggi dalam sesebuah Negara, tidak boleh diubah sewenang-wenangnya, dan berbeza dengan undang-undang biasa. Oleh sebab itu peruntukan dalam Perlembagaan tidak boleh bercanggah sesama sendiri…”

Seterusnya Suffian LP, dalam kes Phang Chin Hock Iwn Public Prosecutor pula menyatakan:

“Dalam mentafsir Artikel 4(1) dan Artikel 159, prinsip harmonious construction menghendaki kita supaya mengambil perhatian terhadap kedua-dua peruntukan tersebut.”

Usaha Mencabar Kedaulatan Negara melalui Isu-Isu Hak Asasi Manusia

Pelbagai gesaan dan kritikan berasaskan hak asasi manusia di negara ini sering kali dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu, khususnya badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia tanpa had dan batasan perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa.  Antaranya termasuklah:

1.             Hak kebebasan beragama – termasuk hak untuk murtad.

Isu murtad telah dihubungkaitkan oleh sesetengah pihak dengan hak kebebasan beragama, iaitu selaras dengan Perkara 18 UDHR yang memperuntukkan hak kebebasan untuk menukar agama. Murtad telah dilaung-laungkan sebagai suatu hak tanpa melihatnya sebagai kesalahan jenayah yang serius dari sudut pandangan agama Islam. Ironinya, perjuangan mempertahankan apa yang dikatakan sebagai hak kebebasan beragama dan hak asasi ini berlaku di sebuah negara yang memartabatkan agama Islam sebagai agama negara. Kes-kes seperti Nor Aisyah Bokhari, Kamariah Ali, Nyonya Tahir, Lina Joy, Siti Fatimah Tan dan Jeffrey Or telah memberi impak kepada hubungan antara agama di negara ini dan turut mendapat perhatian meluas masyarakat antarabangsa. Perjuangan kononnya atas nama hak untuk murtad dengan sesuka hati tanpa melalui proses penentuan oleh  Mahkamah Syariah dan tindakan mempertikaikan bidang kuasa mahkamah Syariah di mahkamah sivil ternyata mencabar kedaulatan Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Antara hujah yang dikemukakan dalam kes Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Yang Lain[3] ialah seharusnya wujud keselarasan antara undang-undang Malaysia dengan Perkara 18 UDHR.  Hal ini khususnya bagi memberikan hak kepada Lina Joy untuk murtad dan memeluk agama pilihannya.  Walau bagaimanapun, penghujahan ini tidak dimasukkan dalam penghakiman kes tersebut. Mahkamah Persekutuan dalam kes ini memutuskan bahawa Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidak wajar dihujahkan sebagai peruntukan yang memberikan hak kebebasan yang tidak terbatas dan hak untuk menganut serta mengamalkan sesuatu agama hendaklah selalunya tertakluk pada prinsip-prinsip dan amalan yang ditentukan oleh agama itu.

2.            Hak bagi umat Islam untuk bebas daripada kawalan undang-undang moral berasaskan undang-undang Syariah yang sedang berkuat kuasa di negeri-negeri

Hak kebebasan daripada kawalan undang-undang moral berasaskan undang-undang Syariah membolehkan umat Islam bebas mengamalkan agamanya mengikut tafsirannya sendiri.  Hal ini bermaksud, tiada sebarang undang-undang yang boleh mengawal mereka dan tiada sesiapa yang boleh memutuskan sama ada cara mereka itu benar atau sebaliknya. Kebebasan seumpama ini merupakan hak asasi manusia, iaitu sebagaimana  diperuntukkan dalam Perkara 12 UDHR yang antara lain menekankan bahawa tiada gangguan boleh dikenakan terhadap hak peribadi.

Peristiwa operasi di kelab malam The Zouk dengan penangkapan lebih kurang 100 orang Islam telah membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang syariah di Malaysia.  Antaranya termasuklah kesesuaian perlaksanaan undang-undang moral di negara ini. Kenyataan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5 April 2005 melaporkan bahawa Jawatankuasa Caucus Parlimen berkenaan dengan Hak Asasi Manusia sepakat untuk bersama-sama 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Menurut Pengerusi Caucus Parlimen berkenaan Hak Asasi Manusia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (ketika itu), persoalan yang berkaitan dengan moral merupakan hak peribadi setiap individu dan kewujudan undang-undang bagi mengawalnya dilihat sebagai melanggar prinsip hak asasi manusia. Sehubungan itu, garis panduan (standard operating procedure) berkaitan dengan operasi dan kefahaman tatacara serta prosedur bagi menghalusi langkah-langkah penguatkuasaandan pendakwaan jenayah Syariah telah diwujudkan.

Dari sudut yang lain, isu ini boleh dilihat dalam konteks pengecilan kuasa perundangan syariah dan mencabar kedaulatan Islam di negara ini. Usaha-usaha pelbagai pihak yang cuba memperkasa dan mengukuhkan elemen sekularisme dalam sistem kehidupan rakyat negara ini telah berlaku sejak sekian lama dan sejajar dengan ideologi kapitalisme yang mendaulatkan prinsip-prinsip kebebasan individu.

3.            Hak kebebasan berfikir dan bersuara khususnya berkaitan dengan hal ehwal agama Islam

Kebelakangan ini, isu-isu berkaitan dengan hal ehwal agama Islam dan pelaksanaan undang-undang Syariah sering kali dipertikaikan.  Tindakan tersebut dianggap sebagai hak kebebasan berfikir dan bersuara yang merupakan salah satu hak asasi manusia, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 19 UDHR.  Pelbagai isu yang menyentuh kedaulatan Islam dan undang-undang Syariah diperdebat secara terbuka tanpa memberikan penghormatan yang selayaknya kepada Agama Negara, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.  Demikian juga dengan tindakan yang jelas menghina Agama Negara seperti menolak fatwa kebangsaan, mentafsirkan sesuatu hukum berdasarkan pandangan yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, dan sebagainya.

Dalam kes Sulaiman Takrib lwn Kerajaan Negeri Terengganu[4], Peguam Malek Imtiaz dan Harith Ibrahim dengan dibantu oleh Edmund Bon, bertindak bagi pihak seorang pengikut Ayah Pin untuk mencabar instistusi fatwa dan berhujah tentang hak kebebasan berfikir dalam kalangan umat Islam serta hak untuk bebas daripada keterikatan pada sebarang pendapat pihak berkuasa seperti mufti.  Implikasinya ialah setiap orang Islam berhak menggunakan akal fikirannya sendiri untuk menentukan bentuk pegangan dan ajaran agama yang dipegang atau diamalkan oleh umat Islam.

Selain itu, tindakan mencabar kedaulatan agama Islam juga dapat dilihat pada penghantaran memorandum oleh, Sisters in Islam (SIS), Woman’s Aid Organisation (WAO), dan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) kepada Perdana Menteri , pada 25 Ogos 2009, yang bertajuk Justice for Kartika (Keadilan untuk Kartika).  Memorandum tersebut bertujuan mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk memansuhkan undang-undang jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di negara ini.  Desakan itu pula dibuat sebagai rentetan daripada hukuman sebat yang dijatuhkan atas pesalah jenayah Syariah wanita. Cadangan pemansuhan undang-undang jenayah syariah ini pada hakikatnya, menafikan pelaksanaan undang-undang Syariah dan hak orang Islam untuk mengamalkan agama mereka, sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hal ini, Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kebebasan bersuara, berhimpun, dan berpersatuan kepada warga negara Malaysia, tetapi ia masih dalam batas-batas tertentu dan tertakluk pada undang-undang tertentu, lebih-lebih lagi berkaitan dengan hal ehwal agama yang menyentuh kedaulatan Islam dan Negara.

4.            Hak kesamarataan gender

Ketidakadilan dan diskriminasi sering dibangkitkan sebagai salah satu permasalahan utama yang dialami oleh kaum wanita dari semasa ke semasa.  Perkara ini seterusnya menimbukan tuntutan bagi memperjuangkan hak-hak wanita, yang dinamai sebagai hak kesamarataan gender, iaitu memberikan hak yang sama kepada lelaki dan wanita dalam semua perkara dan ia dikatakan selari dengan peruntukan umum dalam Perkara 2 dan Perkara 16 UDHR.

Di Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan seperti Sister in Islam (SIS), Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG), dan sebagainya merupakan organisasi yang aktif memperjuangkan hak tersebut dengan mencadangkan kajian semula terhadap sistem dan undang-undang Syariah di negara ini.  Kajian semula ini dikatakan bertujuan memastikan bahawa ia selaras dengan iltizam kerajaan terhadap prinsip keadilan dan kesamarataan gender. Sungguh malang bagi mereka kerana meletakkan hak asasi manusia lebih tinggi dan lebih awla walaupun ia jelas bercanggah dengan undang-undang Syariah dan Perlembagaan itu sendiri.

Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan jelas mengiktiraf dan melindungi hak sama rata di sisi undang-undang bagi setiap orang di negara ini.  Perkara 8(2) seterusnya menekankan bahawa Perlembagaan tidak membenarkan diskriminasi terhadap warga negara atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam perkara-perkara seperti pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan. Sebaliknya, the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) 1979 memperuntukkan kesamarataan gender dalam semua perkara sebagai suatu hak yang perlu dilaksanakan.  Malaysia telah menandatangani konvensyen antarabangsa tersebut dan seterusnya tertakluk pada apa-apa peruntukan berkaitan dengan hak kesamarataan gender kecuali dalam perkara-perkara yang diberikan reservasi.

5.            Hak kesamarataan agama (transcendental eqality of religion)

Kedaulatan Islam sebagai agama Negara seterusnya dicabar dengan aliran perjuangan untuk mendapatkan hak kesamarataan agama.  Sehubungan itu, timbullah cadangan penubuhan suruhanjaya yang dinamai Suruhanjaya antara Agama (Inter-faith Commission) (IFC), iaitu badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang untuk mengubah ajaran sesetengah agama.  IFC bertindak dan berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-kes berkaitan dengan hak individu dalam mengamalkan kebebasan beragama.  Mereka turut mendesak agar, berasaskan Perlembagaan Negara, kedudukan agama Islam disamaratakan dengan agama-agama lain.

Walaupun pada tahun 2005, pihak kerajaan telah menangguhkan kelulusan penubuhan IFC, namun perjuangan IFC ini telah mula meresap dan merebak dalam masyarakat melalui suara-suara yang dibawa oleh kumpulan tertentu seperti Majlis Peguam, HINDRAF dan sebagainya. Mereka menuntut pelbagai perkara berkaitan dengan hal ehwal Islam seperti seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara automatik menjadi orang Islam, kebebasan untuk murtad tanpa tindakan undang-undang, kes pertukaran agama dikendalikan di mahkamah sivil, kebenaran bagi pengedaran secara terbuka untuk terjemahan Bible dalam bahasa Melayu, dana yang mencukupi untuk membina serta menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam dan sebagainya.  Perjuangan bagi menuntut hak kesamarataan agama ini secara langsung membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam untuk mencampuri hal ehwal agama Islam dan sekali gus memberikan ancaman yang memudaratkan terhadap kedaulatan Islam khususnya dan Negara amnya.

Pemerhatian terhadap Implikasi Konflik

Konflik dalam persoalan hak asasi manusia ini pada dasarnya disebabkan fahaman liberalisme tanpa batasan undang-undang.  Pihak yang mewujudkan konflik ini sewenang-wenangnya memetik peruntukan dalam UDHR, sedangkan Perkara 29 (2) memperuntukkan bahawa dalam pelaksanaan hak-hak dan kebebasan, setiap individu tertakluk pada batasan sebagaimana yang ditentukan oleh undang-undang.  Hal ini bertujuan menjamin pengiktirafan serta penghormatan terhadap hak-hak dan kebebasan-kebebasan lain di samping memenuhi syarat-syarat moral, kepentingan awam, dan kebajikan umum dalam sebuah masyarakat demokratik.  Mereka juga mengabaikan peruntukan dalam Akta SUHAKAM 1999 yang menyatakan bahawa hanya peruntukan yang tidak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan sahaja yang boleh diterima.

Ketiadaan rasa hormat terhadap Perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa, khususnya yang menyentuh hal ehwal agama Islam menyebabkan kedaulatan negara terus-menerus dicabar.  Isu hak asasi manusia yang dibangkitkan tidak seharusnya timbul kerana semasa rundingan kemerdekaan diadakan, semua kaum daripada semua agama di Malaysia telah bersetuju menerima Islam sebagai agama negara.  Bagi kaum Melayu pula, mereka menyatakan kesediaan untuk menerima kaum lain sebagai warga negara melalui prinsip jus soli.  Implikasi sejarah ini seakan-akan telah dilupakan dan tidak dihayati oleh generasi baharu dengan penuh ketulusan.  Sebaliknya, atas nama hak asasi manusia, mereka mengasaskan perjuangan bagi mempertikaikan kedudukan agama Islam dan sekali gus menentang semangat Perlembagaan itu sendiri.

Melalui mekanisme pemeriksaan dan pemantauan HRC di negara anggotanya termasuk Malaysia, badan bukan kerajaan diberi ruang yang luas untuk membangkitkan dan mengemukakan laporan situasi hak asasi manusia.  Laporan berkenaan turut meliputi isu-isu yang telah dinyatakan untuk mendapatkan perhatian antarabangsa, meskipun cukup disedari bahawa isu-isu tersebut bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan. Tindakan yang diambil oleh badan-badan bukan kerajaan itu seterusnya menggalakkan campur tangan luar dalam pelaksanaan undang-undang di Malaysia. Selain itu, masyarakat antarabangsa juga semakin peka dan memberikan pelbagai reaksi terhadap isu-isu yang melibatkan hak asasi melalui pelbagai wadah seperti jaringan internet dan sebagainya.  Situasi ini pada hakikatnya menjejaskan kedaulatan Negara apabila setiap undang-undang yang memberi batasan terhadap hak asasi manusia dipertikaikan dan digesa untuk dikaji semula.

Cabaran-Cabaran Terhadap Agenda Melahirkan Khayra Ummah

1.             Penghakisan Kedaulatan Agama Islam daripada Perlembagaan Persekutuan

Pegangan dan fahaman bahawa Malaysia merupakan sebuah ”Negara Demokrasi Sekular dengan Islam Sebagai Agama Rasmi” masih menular dengan meluas, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat biasa malah juga dalam kalangan sebahagian besar ahli politik, pengamal undang-undang, serta penggubal dasar, sama ada pada peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri dan juga dalam kalangan majoriti pendidik.

Jika selama ini kedaulatan Islam dalam Perlembagaan hanya berhadapan dengan pemikiran sekular yang menyempitkan tafsiran Islam kepada hanya sekadar agama rasmi sahaja atau ritual semata-mata, kini Islam berhadapan dengan cabaran yang lebih besar yang diterajui oleh golongan pemikiran Liberal yang sifat utamanya ialah menghakis agama dari aspek pemerintahan.  Mereka berpegang pada fahaman bahawa agama hanya difokuskan pada pegangan (faith) seseorang dan prinsip Islam tidak wajar dikenakan atas penganut agama lain.  Dalam hal ini pandangan dan Prof. Ulung Negara Tan Sri Prof. Dr Muhammad Kamal Hassan amat wajar diberikan perhatian –

“Manusia dan umat Islam sedang berada dalam satu era pancaroba yang disebut oleh Alan Greenspan sebagai “The Age of turbulence” (Greenspan, 2008), suatu zaman yang kecemerlangan sains moden dan sekular telah mencapai kemuncak kegemilangannya, iaitu dari segi ciptaan-ciptaan dan penemuan-penemuan saintifik yang menakjubkan dan yang amat bermanfaat.  Namun demikian,  kekufuran, keegoan dan keangkuhan akal (reason) bebasnya telah mencipta pelbagai jenis mala petaka ekonomi, politik, budaya, intelektual, dan moral kerana membelakangi petunjuk Allah S.W.T., bimbingan para Rasul, hukum-hukum Allah S.W.T. dan ajaran-ajaran agama Allah S.W.T. Tamadun tempang dan cacat ini didirikan atas sistem pendidikan moden sekular Barat, yang kemudian diterapkan di negara-negara orang Islam termasuk dunia Melayu Islam.”

Sebagai salah satu langkah memelihara dan mempertahankan kedaulatan Islam, prinsip dan ajaran Islam wajib dipelihara dalam semua aktiviti penggubalan dasar atau undang-undang.  Sehubungan itu, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan wajib memelihara kedaulatan Islam – selaras dengan Sumpah YDPA sebagai Ketua Utama Negara sebagaimana yang dilakarkan dalam Jadual Keempat dan dibaca bersama-sama dengan Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan – untuk memelihara agama Islam pada semua masa.  Dengan yang demikian juga, pemerintah dan pentadbir, iaitu Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri, sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam, berkewajipan untuk memastikan bahawa prinsip-prinsip Islam dihormati dalam sebarang penggubalan dasar atau undang-undang yang diperkenalkan termasuklah dalam hal pendidikan.  Islam sebagai ideologi dan identiti Negara perlu dihormati dan diberikan kedudukan yang sewajarnya.

Harus diakui bahawa cabaran dan ancaman yang dihadapi oleh umat Islam negara ini pada masa kini, telah memberikan kesan yang buruk terhadap akhlak umat Islam terutama remaja.  Pendidikan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi kelihatan tidak begitu berkesan, bukan sahaja untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Islam yang digariskan dengan sedemikian sempurna tetapi juga untuk melahirkan sebaik-baik (khaira) ummah.  Sebaliknya apa yang dapat disaksikan oleh kita ialah pendedahan demi pendedahan yang amat mengerikan tentang kebejatan akhlak yang melanda golongan remaja dan pada masa yang sama, prestasi pencapaian dalam peperiksaan dilaporkan terus meningkat tahun demi tahun.  Apakah maksud semuanya ini? Adakah fenomena ini menandakan bahawa sistem pendidikan kita hanya berupaya melahirkan pelajar yang hanya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang, namun sebaliknya gagal menghayati isi pengajaran yang disampaikan.  Apatah pula untuk mendorong mereka memanfaatkannya dalam pembentukan jiwa yang teguh dan akhlak yang mulia.  Apa pun juga hakikatnya, ia seharusnya mencetuskan dorongan kepada kita untuk memberikan perhatian yang serius terhadap permasalahan keruntuhan akhlak remaja dan punca-puncanya.  Demikian juga terhadap peranan sekolah dan IPT yang perlu kembali dikendalikan sebagai institusi pendidikan yang berteraskan agama.

2.            Ancaman Sekularisme dan Liberalisme

Kita umumnya menyedari tentang kaitan antara krisis gejala sosial yang melanda remaja Islam pada masa kini dengan dengan kejutan budaya dan perubahan nilai serta pemikiran yang melanda masyarakat.  Gejala sosial yang berlaku pada hari ini bolehlah disifatkan sebagai amalan jahiliyyah pada era globalisasi yang serba maju dan moden. Dalam era pembebasan daripada kawalan agama ini, remaja pelajar semakin terdedah pada budaya hedonisme, iaitu suka berfoya-foya dan berhibur dengan keterlaluan, terjebak dalam amalan seks bebas atau zina, hamil tanpa nikah, buang bayi, ketagihan arak, dadah rokok, judi, bahan-bahan lucah, rogol dan pelbagai bentuk masalah sosial lain yang cukup membimbangkan.  Antara faktor yang dapat dikenal pasti sebagai penyebab utama gejala sosial pada era pasca-modenisme ini adalah seperti yang berikut:

3.            Serangan Pemikiran Barat

Kesan serangan pemikiran dan ideologi Barat telah mengakibatkan sistem nilai, pemikiran serta cara hidup masyarakat Malaysia terutama remaja tersasar daripada norma-norma yang sepatutnya menjadi asas bagi penggemblengan peranan remaja secara agresif dalam masyarakat.  Berikut adalah antara pegangan dan sistem barat yang kuat mempengaruhi pemikiran masyarakat Malaysia serta menjadi punca utama yang mendorong pembabitan golongan remaja dalam gejala sosial:

4.            Kapitalisme

Prof. Ulung Negara, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal bin Hassan menukilkan bahawa―

“Di bawah dasar liberalisasi dan deregulasi perdagangan antarabangsa pimpinan World Trade Organisation, globalisasi yang didukung oleh kuasa korporat global memberikan peluang besar kepada mereka untuk mengeksploitasi ekonomi negara-negara membangun, termasuk Malaysia. Situasi ini akan mempercepatkan proses homogenisasi budaya secara global, iaitu negara yang kuat akan mempengaruhi negara yang lemah. Pada waktu itu, ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia dan sistem nilai agama dan tradisi yang mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh gagasan-gagasan atau aliran-aliran kebudayaan asing yang berjiwa materialistik, sekularistik, relativistik, neo-modernistik, hedonistik atau permissive (serba boleh).  Aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral.  Pelbagai saluran akan digunakan untuk mencapai matlamat ekonomi dan budaya bebas mereka, termasuk industri-industri pengiklanan, perfileman, fesyen, muzik, hiburan, pelancongan, media cetak, media elektronik dan Internet.”

Pernyataan ini jelas merujuk kepada pemikiran ekonomi kapitalisme yang hanya menitikberatkan keuntungan material pihak pemodal tanpa mementingkan kemaslahatan masyarakat.  Sebagai pemilik modal, mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga sanggup merobek sistem keadilan atau perundangan dan juga agama bagi memenuhi kehendak serta memperoleh keuntungan.  Golongan ini sentiasa memperjuangkan kebebasan dari semua aspek termasuklah kebebasan dalam beragama, kebebasan dalam tingkah laku, kebebasan dalam menyuarakan pendapat, dan kebebasan dalam pemilikan harta berpandukan sistem kapitalis.

Seterusnya ialah amalan manipulasi secara berleluasa melalui kegiatan perniagaan berasaskan seks khususnya yang membabitkan wanita-wanita yang terdesak, penipuan, dan pemerdagangan orang. Akibatnya, industri yang berasaskan seks bebas dan zina semakin berleluasa.  Pusat-pusat hiburan dan maksiat yang menjadikan remaja wanita sebagai alat tarikan pelanggan seperti GRO, pelayan, teman sosial malah sebagai pelacur semakin bertambah.

5.            Liberalisme

Pada dasarnya, gerakan Liberalisme merupakan pengaruh daripada falsafah liberalisme yang berkembang di negara barat dan telah meresap dalam semua bidang kehidupan seperti liberalisme ekonomi, budaya, politik, dan agama (Mohammad Ariffin 2009). Gerakan liberalisme ini memperjuangkan demokrasi, fahaman persamaan semua agama, fahaman persamaan hak antara lelaki dengan wanita serta mempromosikan kebebasan. Sebagai contoh, golongan ini memperjuangkan hak kebebasan seks seperti lesbian dan homoseksual, hak untuk berpakaian dan bersosial, hak pengguguran anak selain penentangan terhadap hukum dan undang-undang kekeluargaan Islam yang diperuntukkan di bawah undang-undang Syariah seperti poligami, pembahagian harta pusaka, kuasa talak dan sebagainya. Bagi merealisasikan keinginan mereka, golongan ini mentafsirkan hukum agama mengikut rasional akal dan realiti semasa. Mereka yang berpegang teguh pada agama dikatakan golongan fundamentalis yang kolot dan jumud kerana tidak mengikut peredaran masa.

Liberalisme merupakan lanjutan dan edisi baharu bagi fahaman sekularisme barat moden. Sejarah telah mencatat bahawa melalui kolonialisme, fahaman sekularisme tajaan barat moden telah berjaya mensekularkan seluruh dunia, termasuklah negara-negara Islam.  Selanjutnya, fahaman Liberalisme disebarluaskan oleh proses globalisasi melalui kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat yang melahirkan pula kolonialisme edisi baharu.

Fahaman Liberalisme ini menegaskan kepentingan bahawa manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang ikatan dengan sebarang bentuk tradisi, termasuk Tuhan dan agama.  Hal ini menjadikan manusia hidup tanpa garis panduan terhadap apa yang dilakukannya dan seterusnya mewujudkan pemikiran kontemporari yang meraikan kepelbagaian budaya, amalan dan prinsip.  Interaksi global juga telah menyebabkan manusia menjadi objek pengguna yang diperdagangkan menerusi hedonisme anjuran barat.  Secara dasarnya, globalisasi yang merupakan produk Liberalisme ini telah mencabul kedaulatan sesebuah negara dan bangsa sama ada dari segi agama, budaya, bahasa dan juga undang-undang.

Jika era modenisme telah melahirkan pelbagai kefahaman dan ideologi yang menjadi pegangan masyarakat barat seperti sekularisme, pluralisme, sosialisme, feminisme, positivism, dan sebagainya, selanjutnya pada era Liberalisme, ideologi-ideologi tersebut telah berkembang pesat dan menjadi lebih hebat sehingga ia mendorong manusia menolak agama atau berpaling daripada konsep theologi (ketuhanan) secara total.

Fahaman dan ideologi barat pada era Liberalisme ini telah tersebar luas secara pantas, sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan proses globalisasi.  Ia telah meresap masuk dalam pemikiran masyarakat Islam dan penularannya berlaku secara halus sama ada secara disedari atau tidak oleh umat Islam kerana ia diolah secara rasional.  Sekiranya ia tidak dibanteras dengan berkesan, pastinya akidah umat Islam akan terjejas dan terancam.  Penerimaan prinsip hak asasi manusia sebagai sebahagian cara hidup pada peringkat global tanpa mengira latar belakang ras, etnik, agama, warna kulit, dan jantina memburukkan lagi keadaan ini.  Dalam konteks ini, golongan remaja tidak terlepas daripada menerima corak pemikiran sebegini sehingga banyak yang telah menjadi mangsa eksploitasi agenda barat atau Yahudi dan seterusnya menyebabkan mereka terjebak dalam kancah gejala sosial.

Dalam era Liberalisme ini, struktur kehidupan sosial masyarakat telah banyak berubah.  Budaya moden telah mempengaruhi tingkah laku dan cara berfikir, termasuklah penghayatan terhadap ajaran agama.  Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakat bersikap individualistik, mengabaikan semangat kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat serta tidak mengambil peduli terhadap gejala sosial yang berlaku di kawasan kejiranan dan tempat-tempat awam seperti jiran yang tinggal bersekedudukan, berkelakuan tidak sopan di tempat awam, berpakaian menjolok mata dan sebagainya.  Selain itu, tindakan oleh beberapa pertubuhan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dengan sokongan ahli politik tertentu yang mendesak kerajaan supaya tidak menggunakan undang-undang bagi mengawal masalah keruntuhan akhlak di Negara ini telah membuka ruang yang lebih luas kepada berleluasanya gejala sosial.

Peranan institusi agama sentiasa disekat dan dikritik hebat serta diletakkan di bawah pengaruh politik, sedangkan institusi agama bertanggungjawab terus kepada Sultan sebagai Ketua Agama. Keadaan ini mewujudkan sindrom takut dan bimbang dalam kalangan pihak berkuasa agama untuk menyusun langkah bagi memastikan prinsip dan nilai agama terus terpelihara.  Bagi mahasiswa pula, mereka yang cenderung kepada agama sentiasa dilabelkan sebagai terpengaruh dengan fahaman ekstremis dan fundamentalis atau sekurang-kurangnya dianggap sebagai terpengaruh dengan fahaman politik pembangkang.  Sekumpulan yang lain pula memiliki pendirian dan fahaman yang berbeza, maka tercetuslah pertelagahan antara sesama kumpulan mahasiswa berkenaan.  Kecenderungan untuk berpolemik, perbalahan dan pertelagahan yang berterusan itu telah menyebabkan mereka kehilangan tumpuan terhadap perjuangan sebenar yang perlu diterajui oleh mereka.  Mereka juga kelihatan tidak mampu bukan sahaja untuk membimbing rakan-rakan siswa mereka untuk memahami kepentingan akhlak dalam kehidupan apatah pula untuk membantu masyarakat menyelesaikan permasalahan sosial yang sedang hebat melanda.  Inikah generasi yang harus diletakkan sandaran besar bagi  memimpin Negara pada masa hadapan?

Pemikiran dan pendekatan sebegini berpunca daripada salah tanggapan yang meluas terhadap kedudukan Islam di Negara ini.  Apa yang dikesalkan ialah golongan yang berpemikiran Liberal ini cukup berpengaruh dan sedang memperluas pengaruh mereka dalam kalangan generasi muda yang berminat terhadap agama.  Dominasi golongan yang berpemikiran Liberal ini mempunyai agenda besar (grand design) untuk menghakis pengaruh agama dalam aspek kenegaraan dan kehidupan bermasyarakat.

Kedudukan Islam sebagai agama Negara bukan sahaja diketepikan dengan merendahkan martabatnya kepada sekadar agama rasmi, malah gerakan untuk terus menghapuskan unsur-unsur pegangan terhadap agama Islam juga sedang berlangsung dengan hebatnya.  Kelompok Liberal ini bukan sahaja cuba memperluas pengaruh mereka dalam bidang politik malah mereka sering mencabar kedudukan agama Islam sehingga peringkat mahkamah tertinggi Negara, iaitu menerusi kes-kes yang diwakili mereka.

Ternyata pemikiran Liberal ini bukan sahaja didukung oleh kelompok-kelompok kecil yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) malah ia telah berjaya mendirikan asas yang teguh sebagai aliran politik, sama ada dalam parti pemerintah mahu pun juga pembangkang.

Fakta yang dikeluarkan oleh pelbagai agensi Kerajaan membuktikan betapa meruncingnya gejala sosial yang melanda masyarakat, khususnya yang melibatkan golongan wanita.  Hal tersebut dipercayai merupakan akibat daripada menularnya budaya hidup bebas yang berpaksikan pemikiran Liberal.  Fakta-fakta tersebut termasuklah: perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2011, mencatat jumlah kelahiran anak tidak sah taraf yang didaftarkan antara tahun 2006-2010 adalah sebanyak 234,647.  Daripada jumlah tersebut, seramai 80,979 atau 34.5% merupakan bayi yang ibu kandungnya beragama Islam.  Jumlah anak luar nikah pasangan Islam menunjukkan pola peningkatan dalam tempoh lima tahun sejak tahun 2006 (Berita Harian, 21 Mac 2011);

Sebanyak 280 kes buang bayi dilaporkan bagi tahun 2005 hingga April 2010 di seluruh negara (PDRM 2010).  Setiap kali berakhirnya sambutan yang membabitkan upacara besar-besaran pada sebelah malamnya di negara ini, kes-kes hamil anak luar nikah dan buang bayi akan mencatat peningkatan tiga bulan selepas itu. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tempoh tersebut diibaratkan sebagai “musim mengawan;

Data yang dikeluarkan oleh Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada tahun 2005 menunjukkan kes pelacuran kanak-kanak dengan purata 150 – 160 gadis tempatan yang ditahan setiap tahun. Dianggarkan 150 ribu wanita terbabit dalam kegiatan pelacuran dengan sejumlah besarnya ialah wanita dewasa:

I.            PDRM 2010 juga telah mencatat kes rogol bagi tahun 2008 hingga April 2010 yang berjumlah 8227 kes.  Kes mencabul kehormatan juga menunjukkan statistik yang tinggi, iaitu sebanyak 4894 kes dilaporkan bagi tahun 2008 hingga April 2010 di seluruh negara;

II.            Peningkatan penglibatan remaja Melayu Islam dalam gejala sosial amat membimbangkan dan ia dianggap antara lain, berpunca daripada budaya hedonisme yang dilancarkan secara besar-besaran oleh kelompok kapitalis atas nama pembangunan dan kemajuan material.  Antaranya termasuklah lakonan, nyanyian, dan tarian yang berunsurkan seks dan memaparkan kerendahan akhlak, peragaan, ratu cantik, manipulasi wanita untuk tujuan pengiklanan, tarikan bagi sesuatu acara seperti penganjuran pertandingan serta perlumbaan kereta dan motor, dan sebagainya, yang jelas mencemar nama baik agama Islam.

Kesimpulan

Umat Islam negara ini perlu bijak mengenal pasti musuh yang sedang dihadapi oleh mereka, sama ada yang kelihatan secara zahir mahupun juga yang terselindung di sebalik pelbagai bentuk, wadah, dan wajah.  Berbekalkan keimanan, ilmu, dan keteguhan semangat, mereka haruslah bijak mengatur langkah yang rapi bagi menghadapi musuh-musuh berkenaan.  Antara langkah paling utama ialah menyatukan hati dan memperkasa keupayaan agar mereka sekalian berupaya bergerak dengan sederap langkah.  Saf yang kukuh inilah yang akan membolehkan mereka menghadapi musuh yang satu dengan tabah dan gagahnya.  Jika hal ini tidak dapat dilakukan, pastinya mereka juga ditimpa penghinaan yang diberi terhadap musuh-musuh Islam, iaitu sebagaimana dinyatakan dalam ayat, “Kamu menyangka mereka bersatu-padu, sedang hati mereka berpecah- belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka).” (Surah al-Hasyr 59 :14).  Ingatlah bahawa perpecahan merupakan ciri utama musuh-musuh Islam dan tidak sama sekali berkaitan dengan umat Islam.

Umat Islam merupakan umat yang bersatu kerana menyahut seruan al-Qur’an, “Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara….” (Surah Ali `Imran 3 : 103).  Elakkan sama sekali perpecahan kerana ia membuka jalan dan ruang yang luas bagi tindakan mencabar serta menghakis kedaulatan agama Islam, agama yang diredai oleh Allah S.W.T.  Usaha mempertahankan kedaulatan agama Islam merupakan amanah dan tanggungjawab kita bersama.


[1] YA Hakim selanjutnya menegaskan, “Saya percaya seandainya pembuat dasar di Kementerian Pendidikan sedar atau disedarkan tentang kaedah pakaian bagi orang Muslim dan mengutamakan Islam sebagai ugama Persekutuan, Kementerian Pendidikan tidak akan mewajibkan pakaian seluar pendek bagi murid lelaki dengan pilihan seluar panjang atau mewajibkan pakaian pinafore tunic dan blouse bagi murid perempuan dengan pilihan memakai baju kurung dan kain sarung serta tudung/telekung. Peraturan pakaian seragam sekolah Bil 3/1983 tersebut adalah songsang dan tidak selari dengan Perlembagaan dan menurut Perkara 4, “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang tidak selari dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang tak selari itu. Peraturan tersebut adalah terbatal. Adanya pilihan untuk memakai seluar panjang atau baju kurung dan kain sarung tidak dapat menyelamatkan atau menjadikan sah Peraturan tersebut.”

[2] YA Hakim turut merujuk kepada tafsiran atau maksud perkataan Islam dalam al-Qur’an sebagaimana dihuraikan oleh Abdullah Yusuf Ali (New Revised Ed) n 434 p 155 oleh: Islam is not sectarian, non-racial, non-doctrinal and is a universal religion. Islam is just submission to the will of Allah. This implies: (1) Faith; (2) doing right, being an example to others to do right, and having the power to see that the right prevails; (3) eschewing wrong,being an example to others to eschew wrong and having the powers to see that wrong and injustice are defeated. Islam therefore lives not for itself, but for mankind.

[3] [2007] 3 CLJ 557.

[4] [2009] 2 CLJ 54.

Dato’ Mohd Noor: Islam, Raja dan Melayu Sebagai Paksi Keutuhan Negara Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan

DSC03300Nota ucapan YBhg Dato Mohd Noor Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan di Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) Peringkat Nasional yang telah berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 5hb Januari 2013 anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

*************

Rakaman video boleh dicapai di sini:

*************

Islam, Raja dan Melayu Sebagai Paksi Keutuhan Negara Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan

SYNOPSIS/RINGKASAN

AGAMA ISLAM

Muqaddimah Perlembagaan bermula dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim dan salam dan selawat kepada Nabi Mohammad s.a.w dan mengakhirinya dengan Alhamdulillah….Subhan Allah Rabbul alamin Ameen.

  1. Islam wajar difahami dalam konteks kedudukan Islam di Negeri Melayu dahulu,dan kemudian Islam dalam Persekutuan.
  2. Islam di Negeri Melayu.

1)            Islam agama Negeri dan mengiktiraf kebebasan beragama.

2)            Ketua agama Islam ialah Raja.

-Majlis agama Islam Negeri berperanan menasihat baginda.

3)  Islam syarat wajib:-

a)     Raja/Sultan dan Permaisuri Raja.

b)     Menteri Besar (kelonggaran).

c)      Setiausaha Kerajaan.

d)     Jemaah Pangkuan Negeri.

  1. Islam dalam Persekutuan.

1)            Islam agama Persekutuan dan mengiktiraf kebebasan beragama.

2)            Yang diPertuan Agong ialah Ketua Agama Islam di Negeri P.Pinang,Melaka,Sabah dan Sarawak termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya.

3)            Agong mewakili Raja-Raja dalam upacara agama yang diseragamkan diseluruh Persekutuan seperti menetap tarikh Hari Raya atau Sambutan Maal Hijrah.

4)            MAIN ditubuhkan untuk menasihati Agong termasuk penubuhan Mahkamah Syariah.

5)            Kebebasan beragama:-

a)     menganut, beramal dan berdakwah.

b)     mengurus hal ehwal agamanya.

c)      menubuh institusi agamanya.

d)     memilik dan mengurus harta dan hartanah.

6)            Kerajaan boleh membelanjakan Dana Negara dan Dana Negeri untuk menubuhkan institusi Islam.

  1. Kuasa dan bidangkuasa Persekutuan/Negeri.

Persekutuan.

  • Undang-undang jenayah dan sibil serta prosedurnya.
  • Pentadbiran keadilan.
  • Semua Mahkamah kecuali Mahkamah Syariah.
  • Kuasa dan bidangkuasa semua mahkamah itu.
  • Family Law tidak termasuk undang-undang diri dan keluarga Muslim  (personal law of Muslim).
  • Perwujudan kesalahan mengenai perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan.
  • Penentuan hukum Syarak ,dan personal Muslim law bagi maksud undang-undang Persekutuan.
  • Perbuatan salah boleh dakwa (actionable wrong)

Negeri.

  • hukum syarak dan undang2 diri dan keluarga Muslim
  • Pentadbiran Mahkamah Syariah
  • zakat, fitrah, baitulmal, wakaf dan khairat
  • masjid, surau dan madarasah
  • pewujudan kesalahan syarak dan hukumannya
  • mencegah bukan Islam berdakwah dikalangan Muslim
  • Dewan Undangan Negeri berkuasa meluluskan Rang Undang-undang (Enakmen) mengenai perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan Parlimen tidak berkuasa meluluskan Rang Undang-undang (Akta) mengenainya  bagi seluruh Persekutuan kecuali bagi Wilayah Persekutuan melainkan –

–          keseragamaan.

–          atas permintaan.

–          melaksanakan perjanjian.

  1. Sekatan kebebasan beragama

a)     aman dan damai.

b)     dilarang berdakwah dikalangan muslim.

c)      tertakluk kepada undang-undang mengenai ketenteraan awam,keselamatan negara,kesihatan awam dan tatasusila sejagat.

d)     dilarang memaksa seseorang  mendengar atau menyertai ajaran atau upacara agama,terutama sekali kanak2 dibawah umur 18 tahun.

e)     dilarang kena bayar cukai untuk faedah agama lain,selain agamannya.

  1. Sekatan kuasa.

–          Hudud tidak dapat dilaksanakan.

–          Akta(Kuasa Jenayah) Mahkamah Syariah 1965 membataskan hukuman kesalahan syariah kepada maxima 3 tahun penjara, 5,000 denda atau 6 kali sebatan atau bersekali.

–          Bidang lain Syariah seperti muamalat,munakahat dan.. tidak termasuk dalam Senarai Negeri.

–          Semua bentuk jenayah Syariah boleh diwujudkan tertakluk kepada hukuman maxima diatas.

  1. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam tidak boleh terjejas dan kuasa Raja sedemikian tidak boleh dipersoal.

Baginda bertindak menurut budibicara dan pertimbangannya sendiri dan bukan mengikut nasehat Menteri Besar dan EXCO.

 

ATAU

AGAMA ISLAM

  1. Muqaddimah Perlembagaan bermula dengan lafaz Bismillah serta salam dan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan mengakhirinya dengan memuji Allah dan Ameen.
  1. Islam wajib dilihat dari perspektif,Islam di Negeri Melayu kemudian Islam dalam Persekutuan.

      

      Islam di Negeri                                                                                                                    

-Islam ialah agama Negeri tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

-Lihat  betapa tidak sekatanya ayat –ayat ini.

-Raja ialah Ketua agama Islam,

MAIN bantu nasihat Raja,                                                                                                     Mahkamah Syariah dan Kakitangan.

Syarat wajib Islam

                               

-Raja dan Permaisuri

-Menteri Besar(kelonggaran)

-Setiausaha Kerajaan

-Jemaah Pangkuan Negeri

-Wakil Raja ke Persidangan Majlis Raja-Raja

-Motto Kerajaan Negeri

“Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan”

-Raja boleh mewakili kuasanya kepada yang diPertuan Agong

-Wang zakat ,fitrah, Baitul-mal dan wakaf tidak termasuk  dalam Peryata Pendapatan  dan Perberlanjaan Kerajaan Negeri

-Raja bertindak menurut  budibicaranya dan bukan atas

nasihat Exco jika Raja berurusan atas sifat Ketua agama Islam

-Hukum syarak ertinya “the laws of the religion of Islam atau Islamic law

-“Ahlu-s Sunnah wal jamaah”  means the school established by Abu Al-Hassan Al-Ashari and Abu Mansoor Al-Maturidi  and their supporters and followers.

-The sovereign professing the Islamic Religion Ahlu-s Sunnah Wal Jamaah, of good blood and acknowleged to be  legitimately and lawfully begotten….no infirmity such as possessing  some base qualities on account of which he would not  be permitted by the Hukum syarak to become a Sovereign Ruler.

3.Islam terletak dibawah kuasa dan bidangkuasa Kerajaan Negeri iaitu.

-Hukum Syarak /Islamic law

-Undang –undang diri dan keluarga Islam

-Wakaf,yayasan,khairat

-Zakat fitrah Baitul-mal

-Masjid dan Madrasah

-Wujudkan kesalahan dan hukumannya

-Mahkamah Syariah(bidang kuasa terhad)

4.Islam tidak termasuk dalam kuasa dan bidangkuasa Kerajaan Persekutuan yang mengatasi kuasa dan bidangkuasa Kerajaan Negeri.  

5.Bidangkuasa Kerajaan Persekutuan

-Undang-undang sibil dan jenayah serta prosedur

-Semua Mahkamah selain Mahkamah Syariah serta kuasa dan bidangkuasanya

-Undang –undang evidence

-Wujudkan kesalahan perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan

6.Residual power

Perkara-perkara yang tidak tersenarai dalam Senarai  Persekutuan menjadi baki kuasa dan bidangkuasa Kerajaan Negeri

7.Bertindih tapi berasingan

-Mahkamah Sibil dan Mahkamah Syariah tidak bercampur kuasa

-Wujudkan kesalahan menurut kuasa masing-masing TETAPI hukuman kesalahan Syariah terbatas

-Akta Mahkamah Syariah (Kuasa Jenayah) 1996

Akta/Enakmen undang-undang sibil dan jenayah serta prosedur berasingan

8.Islam dalam Persekutuan

-Islam ialah agama Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan

-Yang di Pertua Agong ialah Ketua agama Islam di Negeri Pulau Pinang ,Melaka,Sabah,dan Sarawak termasuk di Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur ,Labuan dan Putrajaya

-Agong boleh  mewakili  semua Raja-Raja dalam Majlis upacara dan sambutan agama Islam yang diperluas keseluruh Persekutuan dengan perkenan Raja-Raja

-Kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam serta hak dan keistimewaanya tidak boleh terjejas

-MAIN ditubuhkan untuk menasihati Raja dalam urusan agama Islam

-Kebebasan berugama tertakluk kepada undang-undang negara tentang ketenteraman awam,keselamatan negara,kesihatan umum dan tatasusila sejagat(Morality)

-Amalan agama  yang integral tidak boleh disekat tetapi amalan agama yang bercampur –baur atau amalan sunnat /sunnah boleh disekat seperti memakai purdah dan serban

-Setiap orang berhak menganuti, mengamalkan dan mendakwah agamanya kecuali dikalangan Muslim,mengurus hal ehwal agamanya serta mendidik,menubuh yayasan dan khairah serta memiliki harta dah hartanah

-Kerajaan Persekutuan dan Negeri boleh menubuhkan institusi Islam dan menggunakan dana negara dan negeri

-Dilarang memaksa seseorng memeluk apajua agama termasuk mendengar upucara dan ceramah agama khususnya bagi kanak-kanak berusia dibawah 18 tahun

-Dilarang membayar cukai yang dibelanjakan bukan untuk agamanya

-Parlimen tiada kuasa dan bidangkuasa untuk meluluskan Rang Undang-undang mengenai hal ehwal agama  Islam kecuali:-

*Untuk melaksanakan Perjanjian antarabangsa atau antara

Negeri

*Untuk keseragaman undang-undang Islam antara 2 Negeri       atau lebih.

*Atas permintaan Dewan Undangan Negeri dan diterima pakai sebagai undang-undang Negeri

ULASAN PENULIS TENTANG ISLAM

  1. “Islam ialah agama Persekutuan dan ……seterusnya”adalah satu perisytiharan bahawa Negara ini ialah Negara Islam selaras dengan perisytiharan bahawa setiap Negeri di Negara ini ialah Negeri Islam kecuali Negeri Sarawak.Maka setiap Muslim boleh malahan wajib mengamalkan cara hidup seorang Muslim dengan bebas tanpa kekangan Undang-undang kerana Parlimen tidak berkuasa meluluskan Undang-undang tentang agama Islam untuk menyekat atau menghalang .
  2. “Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai”tidak mengikat dan mensyaratkan amalan agama Islam pun begitu.
  3. “Akta Parlimen mengatasi Enakmen  Negeri”tidak termasuk Enakmen yang berkaitan dengan Undang-undang dan hal ehwal Islam kerana civil law tak sama dengan Islamic law ,misalnya perceraian dan pembahagian harta sepencarian serta harta pusaka si mati.Maka Dewan Undangan Negeri boleh meluluskan Rang Undang mengenai muamalat ,munakahat dan cara hidup syumul seorang Muslim.
  4. Amalan Islam boleh diteruskan dan diberi nafas baru mengenai apajua upucara ,perbuatan ,sambutan ,perayaan termasuk berzanji , bergotong royong ,berkhatan,……dan selainnya yang diamalkan sejak turun temurun.
  5. Pada menjalankan fungsi sebagai Ketua Agama Islam,Raja bertindak menurut budibicaranya dan tidak wajib menurut nasihat Menteri Besar atau EXCO .Raja ada Majlis Agama Islam Negeri,ada Mufli, ada Majlis Raja-Raja dan ada Majlis Penasihat Raja untuk memberi nasihat dan bantuan .

 

 

RAJA BERPELEMBAGAAN

Majlis Raja-Raja Badan Berkuasa Tertinggi.

  • Memilih/memecat Yang diPertuan Agong.
  • Membincang dan menimbang teliti dasar negara mengenai imigresen,sosio-ekonomi,politik dan apajua perkara.
  • Enggan atau memberi perkenan perlantikan orang kenamaan tertentu.
  • Perubahan dasar Per.153. dirundingi (kedudukan istimewa pribumi).
  • Menyeragam dan memperluaskan urusan agama Islam diseluruh negara.
  • Memberi perkenan mengubah sempadan Negeri.
  • Dirundingi perlantikan para Hakim.
  1. Yang diPertuan Agong.
  • Ketua Utama Negara.
  • Ketua Agama Islam.
  • Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
  • Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
  • Melantik sebahagian besar ahli Dewan Negara.
  • Melantik para Hakim.
  1. Kuasa Eksekutif.

-Fungsi eksekutif.

  • Bertindak mengikut budibicara.
  • Bertindak menurut nasihat.
  • Dijalankan oleh PM/Jemaah Menteri.
  • Dijalankan oleh orang/badan lain menurut ketetapan Parlimen
  1. Kuasa Legislatif.

-Parlimen terdiri daripada 3 kuasa.

  • Yang di Pertuan Agong,Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
  • Semua Rang Undang-undang mesti diluluskan oleh Dewan Rakyat,Dewan Negara dan mendapat Perkenan Yang diPertuan Agong.
  • Dewan Rakyat terdiri daripada 222 ahli yang dipilih rakyat.
  • Dewan Negara terdiri daripada 26…….. ahli yang dipilih dan 40…….. ahli yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong.
  • Yang diPertuan Agong berkuasa memanggil,prorogue dan membubar Parlimen atau enggan membubarnya apabila diminta oleh Perdana Menteri.
  • Yang diPertuan Agong berhak bertitah di Dewan Negara,Dewan Rakyat atau kedua-duanya bersekali.
  • Hilang kekebalan mana-mana ahli yang menganjurkan penghapusan Yang diPertuan Agong atau Raja Negeri.
  1. Kuasa Kehakiman.

-Badan Kehakiman terdiri daripada:-

  • Mahkamah Persekutuan,Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Rendah yang terdiri daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majisteret.
  • Yang diPertuan Agong bukan sebahagian daripada Badan Kehakiman TETAPI baginda melantik para Hakim.
  • Para Hakim (selain Ketua Hakim Negara) dilantik oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-raja dan Ketua Hakim Negara.
  • Jawatan Hakim kekal sehingga umur bersara wajib dan tidak boleh dipecat melainkan dengan keputusan Tribunal disebabkan melanggar Kod Etika Hakim.
  • Kuasa para Hakim termasuk menghukum kerana menghina Hakim.
  • Yang diPertuan Agong berkuasa memberi ampun apajua kesalahan dalam bidangkuasanya setelah dan kendatipun para Hakim telah mendapati seseorang itu bersalah melalaui proses perbicaraan dan rayuan.
  1. Raja Melayu.

1)      Kedaulatan.

-Royal prerogative:-

  1. The fountain of honour.
  2. The fountain of justice.
  3. The fountain of mercy.
  4. The Head of religion of Islam.
  5. The Protector of Malay custom.
  6. The Ultimate Owner of the soil.

-Sovereignty:-

  1. The sovereign can do no wrong.
  2. The sovereign never dies.

-Sanctity:-

Sanctity shall attach to the person of His Royal Highness and such of His Residence as shall be prescribed by Him from time to time.

2)      Martabat.

  1. Ketua agama Islam.
  2. Ketua Utama Negeri.
  3. Ketua Adat Melayu dan Istana.

3)     Kuasa dan bidangkuasa.

  1. Melantik Menteri Besar dan EXCO.
  2. Melantik pembesar Istana,kerabat dan lain-lain.
  3. Memelihara kedudukan istimewa Melayu.
  4. Memanggil atau membubar Dewan Negeri.
  5. Menganugerah Darjah Kebesaran.
  6. Memberi ampun.
  7. Kuasa pemerintah Negeri.
  8. Melantik Mufti,Hakim Syarie,Pembesar Negeri.
  9. Mengarah pegawai Kerajaan dan rakyatnya melakukan sesuatu,sebagaimana diarah.

4)     Jaminan dan Perlindungan.

  1. Kuasa sebagai Ketua Agama Islam terpelihara dan tidak terjejas.
  2. Adat Melayu kekal.
  3. Hak naik takhta sebagai Raja/Sultan terpelihara tiada campur tangan Kerajaan atau Mahkamah.
  4. Kedaulatan,martabat dan kuasa Raja terpelihara,kebal dan tidak boleh dibawa ke Mahkamah.
  5. Menganjurkan penghapusan Raja adalah kesalahan menghasut dan wakil rakyat pun tidak kebal.
  6. Tidak sah apajua undang-undang yang menjejas kedaulatan,martabat dan kemuliaan Raja.
  7. Menyoal hak,mertabat dan kedaulatan Raja adalah menghasut.

MAJLIS RAJA-RAJA

 

YANG DIPERTUAN AGONG

 

Eksekutif

Eksekutif

Legislatif

Kehakiman

 

  • Mahkamah Persekutuan
  • Mahkamah Rayuan
  • Mahkamah Tinggi
  • Mahkmah Sesyen
  • Mahkamah Majistret
  • Agong
  • Dewan Negara
  • Dewan Rakyat

Kabinet

Mageran

(darurat)

Agong

  • Budibicara
  • Atas nasihat
  • Melantik PM
  • Melantik ahli Dewan Negara
  • Melantik para Hakim
  • Melantik jawatan statutory
  • Kuasa mengampun

5)     Setiap Perlembagaan Negeri berRaja terbahagi kepada 2 Bahagian,Bahagian 1 menerangkan susun- jalur Raja,bakal Raja,Kerabat,Pembesar Istana dan seterusnya,asal keturunan Raja,ketiadaaNya,umur belum dewasa,pertabalannya,turun takhta,elaun sara hidup.Bahagian 2 menerangkan tubuh- badan Pemerintahan, Raja Ketua Agama Islam,kuasa eksekutif,kuasa legislatif,Dana dan Kewangan Negeri

ATAU

 

RAJA MELAYU

  1. Kedaulatan.

1)            Sovereignty.

2)            Prerogative.

3)            Sanclity.

  1. Kedudukan.

1)            Ketua agama Islam.

2)           Ketua utama Negara

3)           Panglima Angkatan Tentera

  1. Kuasa.

1)            melantik Menteri Besar dan Exco.

2)            melindungi kedudukan istimewa Melayu.

3)            bertitah di Dewan Undangan Negeri.

4)            memanggil dan membubarkan Dewan.

5)            anugerah darjah kebesaran.

6)            memberi ampunan.

7)            melantik 4 Pembesar Istana dan lain-lain.

8)            hak mentadbir Istana dan Adat.

9)            Mengarah kakitangan kerajaan di Negerinya.

10)            berunding dangan Pembesar Istana dan Kerabat diRaja

  1. Jaminan.

1)            Adat Melayu turun menurun kekal.

2)            keistimewaan Raja terjamin.

3)            mempersoal keistimewaan Raja adalah kesalahan menghasut.

4)            menghapuskan Raja adalah salah termasuk bercakap di Parlimen/Dewan.

5)            hak mewarisi tahta terjamin.

6)            kebal kecuali di Mahkamah Syariah.

  1. Raja berPerlembagaan.

1)      Kuasa tertinggi

  1. Majlis Raja-Raja

melantik Agong

membincang dasar Negara

1)      Kuasa eksekutif terletak hak kepada Agong

  1. Fungsi Agong.
  2. Fungsi Kabinet.

2)      Kuasa legislatif.

  1. Agong.
  2. Dewan Negara.
  3. Dewan Rakyat.

3)     Kuasa Kehakiman.

  1. Agong melantik para Hakim.
  2. Hakim bebas dan berkecuali
  3. Agong mengampun kesalahan.
  4. Hakim menapis undang-undang supaya mematuhi Perlembagaan dan hak asasi sejagat.

ORANG MELAYU

 

  1. Takrif Melayu.
  2. Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan.

1)            Nama Negara MALAYSIA ertinya Tanah orang Melayu nusantara.

2)            Islam Agama Negara.

3)            Raja Melayu.

4)            Tanah Rezab Melayu.

5)            Rejimen Askar Melayu.

6)            Bahasa Melayu.

7)            Kedudukan istimewa Melayu.

  1. 1-MALAYSIA dan hak saksama.

1)            Hak asasi sejagat.

2)            Hak samarata.

3)            Kepentingan sah terpelihara.

  1. Perpecahan dan kejatuhan Kerajaan Melayu melalui pemerintahan demokrasi atau kebangkitan dan ajenda Melayu.

1)  memperkasakan TANAH SIMPANAN MELAYU

a. TSM diwujudkan di Bandar dan Bandaraya

b.TSM dimajukan sebagai tanah pertanian, penternakan, perumahan, perindustrian, lombong dan kilang batubata, kuari dan tempat peranginan dan pelancongan.

2) mempelbagaikan tugas dan peranan REJIMEN ASKAR MELAYU supaya ada Air Wing sendiri, ada Rapid Deployment Force dll

3) mensasarkan 60% pemilikan kekayaan dan equity negara kepada masyarakat pribumi.

4) muluaskan takrif Melayu supaya Chinese Muslim , Indian Muslim dan Muslim selainnya termasuk Muslim di Sabah dan Sarawak adalah orang Melayu iaitu Melayu nusantara

Perjuangan Melayu masakini wajib berpaksi kepada melaksanakan visi dan misi ketara dan terselindung PERLEMBAGAAN secara bersepadu dan bersatupadu tanpa memohon maaf dan secara terang2an.

 

ATAU

 

 

 

KETUANAN MELAYU

 

     1   . Nama negara ialah MALAYSIA yang bermaksud Tanah Melayu Nusantara.

2         Islam diisytihar dan dimartabat sebagai agama Negeri dan agama Persekutuan dan Raja adalah Ketua Agama Islam.

3        Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan yang wajib di gunakan,diajar dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat.

4        Tanah Simpanan Melayu dikekalkan dan terus dikuatkuasakan demi memelihara hakmilik saksama orang-orang Melayu dan zuriat keturunannya termasuk hakmilik tanah perumahan di bandar, tanah pertanian,perusahaan dan perindustrian serta lombong dan galian.

5        Rejimen Askar Melayu dikekalkan dan di perkasa bagi menjamin keselamatan negara dan ancaman dari luar dan dalam negara termasuk mempelbagaikan angkatannya.

6        Pemerintahan demokrasi Raja berPerlembagaan di pelihara dan dikekalkan dan tidak boleh terjejas oleh apajua undang-undang Negera.

Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak dipertanggungjawabkan kepada Yang diPertuan Agong serta Raja-raja Melayu untuk menetapkan kuota yang berpatutan dalam bidang perkhidmatan awam,pelajaran dan ekonomi.Dasar ini tidak boleh dibubar dan diubah melainkan setelah dibincang oleh Majlis Raja-Raja.

Tun Fairuz: Memartabatkan Islam Sebagai Agama Negara

Tun Fairuz-ucaputamaTeks ucap utama YABhg Tun Dato Seri Ahmad Fairuz Bin Dato Sheikh Abdul Halim bekas Ketua Hakim Negara di Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) Peringkat Nasional yang telah berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 5hb Januari 2013 anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

*************

Rakaman video boleh dicapai di sini:

*************

logo-seminar SEMAIAN+JAKIM

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Segala puji bagi Allah yang berfirman, (maksudnya), “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka ia tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi….”, salawat dan salam atas Rasulullah yang bersabda (maksudnya), “Setiap daripada kamu merupakan pemimpin dan setiap kamu akan disoal tentang pimpinannya,” dan atas ahli keluarga serta para sahabat Baginda seluruhnya.”

Para hadirin yang di hormati,

Izinkan saya terlebih dahulu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada penganjur Seminar ini atas kesudian menjemput saya memberi ucap utama ini.

Kita sedia maklum bahawa PERKARA 3 Perlembagaan Persekutuan (PP) dengan jelasnya menyatakan yang “Ugama Islam” adalah “ugama bagi Persekutuan;” walau pun “ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.” Tidak dapat dinafikan bahawa prinsip “aman dan damai” adalah ajaran dan amalan Islam.

Sejajar dengan martabatnya sebagai Agama Persekutuan, Perkara 3 (2)-(5) PP mengisytiharkan Yang DiPertuan Agung, Ketua Utama Malaysia, sebagai Ketua Agama Islam bagi Wilayah-wilayah Persekutuan; manakala Raja-Raja Melayu yang adalah Ketua Utama Negeri-negeri sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri masing-masing. Begitulah Islam dimartabatkan sebagai Agama Persekutuan oleh PP sendiri.

Lebih ketara lagi, Perkara 11 (4) PP pula membolehkan “Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan …… mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”

Perkara 12.(2) PP turut pula menyatakan “………adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.”

DSC08420Memartabatkan lagi Islam sebagai Agama Persekutuan ialah Perkara 37 PP yang mewajibkan “Yang di-Pertuan Agong … sebelum menjalankan fungsinya mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Keempat di hadapan Majlis Raja-Raja dan dengan kehadiran Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan … dan sumpah itu hendaklah diakusaksikan oleh dua orang yang dilantik bagi maksud itu oleh Majlis Raja-Raja.”

Jadual Keempat itu memerlukan Yang di-Pertuan Agong bersumpah, antara lainnya, seperti berikut:

“Wallahi   Wabillahi   Watallahi:

maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.”

Begitulah Ketua Utama Negara diwajibkan “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam.”

Sdr. Nuarrual Hilal Md. Dahlan dalam rencana bertajuk “Agama Islam Dalam Perlembagaan Malaysia” antara lainnya menyatakan: “Tepat sekali kenyataan Ahmad Fairuz bahawa sebelum Pindaan 1988, memang banyak kes yang terang-terang di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah telah “dirampas”oleh Mahkamah Sivil. Ini dapat dilihat dalam beberapa kes popular di antaranya Myriam lwn Mohamed Ariff [1971] 1 MLJ 275, Commissioner for Religious Affairs, Terengganu & Ors. lwn Tengku Mariam [1969] 1 MLJ 110, Ainan Mahmud lwn Syed Abu Bakar [1939] MLJ 209 dan Nafsiah lwn Abd. Majid [1969] 2 MLJ 174 yang kesemua kes ini menafikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah.………Tokoh-tokoh seperti Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim telah berusaha lama untuk memastikan urusan Mahkamah Syariah bebas dan tidak diganggu oleh Mahkamah Sivil, dan hanya pada tahun 1988, peruntukan (1A) dimasukkan. Mahkamah Syariah mula ada kebebasan setelah 31 tahun Malaysia merdeka.”

Perkara 121 (1A) PP jelas menunjukkan bahawa Mahkamah-mahkamah Sivil TIDAK “mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.”

Perkara 150 (yang adalah mengenai Proklamasi darurat) membolehkan, melalui Perkara 150(5) PP, Parlimen, “semasaProklamasi Darurat berkuat kuasa …….. membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara, jika didapati oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu ……… walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini………..” Sungguh pun demikian Perkara 150 (6A) pula menyatakan yang Perkara 150(5) tidak boleh memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara hukum Syarak……………”

Jelas sekali bagaimana PP menjaminkan pengecualian undang-undang Islam daripada tertakluk kepada undang-undang darurat sesuai sekali dengan martabat Islam sebagai Agama Persekutuan.

Pada 5hb April 2010 Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang menulis atas tajuk “Perundangan Islam dilindungi Perlembagaan” menyatakan “…….. Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, berkata hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. ……….. Kelima, hak yang dilindungi walaupun dalam darurat.

Tun-ucaputamaPerkara 150 (6A) menegaskan ada enam hak tidak boleh digugat walaupun negara dalam keadaan darurat. Hak itu berkaitan undang-undang Islam, adat Melayu, kebebasan beragama…….. Secara tersirat, sudah tentu PP mengiktiraf kedudukan tinggi undang-undang itu berbanding undang-undang lain. Undang-undang itu menikmati kedudukan lebih tinggi dan tidak boleh diganggu-gugat melalui cara yang tidak diperuntukkan Perlembagaan. Undang-Undang itu termasuklah Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak, Undang-Undang Jenayah Syariah, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Tatacara dan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah. Oleh itu tiada sesiapa boleh mempertikai undang-undang disebutkan di atas. Tidak keterlaluan dikatakan kedudukan undang-undang Islam adalah lebih tinggi dan mendahului undang-undang lain dari sudut keutamaannya. Natijah daripada kedudukan tinggi ini, sewajarnya jika ada pertelingkahan antara undang-undang Islam dan undang-undang lain, maka tafsiran yang memihak undang-undang Islam (yang dari segi kedudukannya lebih tinggi dari undang-undang lain) hendaklah dipakai.”

Para hadirin yang saya hormati

Sekianlah sedikit gambaran mengenai beberapa peruntukan dalam PP yang sering diperkatakan dalam polemik-polemik dan perdebatan-perdebatan mengenai Islam sebagai Agama Persekutuan. Bagi saya peruntukan-peruntukan itu telah memartabatkan Islam sebagai Agama Persekutuan. Seperti yang dikatakan oleh NOOR AZAM SHAIRI dalam rencana bertajuk “Perlembagaan Persekutuan Melindungi Kedudukan Islam Di Malaysia” “…….. Keutamaan kepada agama Islam itu pun bukanlah semata-mata kerana kedudukannya yang diberikan melalui Artikel 3 tetapi ia dikukuhkan oleh peruntukan- peruntukan lain yang digubal dalam Perlembagaan itu sendiri.”

Kini izinkan saya beredar kepada rencana bertajuk “SEKATAN-SEKATAN DALAM PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA” karya Allahyarham Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim. Dalam rencana itu Allahyarham telah mengulas mengenai seksyen seksyen 3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Civil Law Act 1956) seperti berikut:

“Akibatnya, undang-undang yang kita terpaksa ikuti di Malaysia, kecuali jika ada undang-undang bertulis yang lain, ialah undang-undang Inggeris dan undang-undang Inggerislah yang menjadi undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Undang-undang Islam pada masa sekarang hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja dan dalam perkara-perkara yang terhad sahaja iaitu perkara-perkara berhubung dengan keluarga dan agama Islam dengan pengertian yang sempit……….”

Seksyen 3 (1) Akta tersebut antara lainnya menegaskan bahawa “the Court shall –

(a)  in Peninsular Malaysia or any part thereof, apply the common law of England and the rules of equity as administered in England on the 7 April 1956;

(b)  in Sabah, apply the common law of England and the rules of equity, together with statutes of general application, as administered or in force in England on 1 December 1951;

(c)   in Sarawak, apply the common law of England and the rules of equity, together with statutes of general application, as administered or in force in England on 12 December 1949, subject however to subparagraph (3)(ii):

Provided always that the said common law, rules of equity and statutes of general application shall be applied so far only as the circumstances of the States of Malaysia and their respective inhabitants permit and subject to such qualifications as local circumstances render necessary.”

Saya tekankan perkataan-perkataan “as administered in England on the 7 April 1956″, “as administered or in force in England on 1 December 1951″, dan “as administered or in force in England on 12 December 1949,”. Perkataan-perkataan itu jelas sekali menampilkan betapa beberapa undang-undang kita hidup dalam sejarah. Dan sejarah itu pula bukan sejarah kita tapi sejarah Negara asing – sejarah bekas penjajah kita. Hasilnya, undang-undang kita itu terus wujud ditokok lama, tertinggal kolot, dan menjadi barang antik manakala undang-undang negara bekas penjajah itu sendiri berkembang maju ke hadapan mengikut rentak masa, keperluan dan keadaan.

Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim dalam rencananya itu telah menganjurkan agar “Seksyen 3 dan 5 dalam Akta Undang-undang Sivil hendaklah dimansuhkan. Dengan ini kita tidak akan merujuk kepada undang-undang Inggeris yang lapuk itu, tetapi bebas mencari undang.-undang lain yang tidak bertentangan dengan undang-undang Islam. Suatu fasal hendaklah diadakan dalam Pemlembagaan yang bertujuan bahawa jika terdapat mana-mana undang-undang di Malaysia yang bertentangan dengan undang-undang Islam, maka hendaklah undang-undang itu terbatal setakat mana ia bertentangan.”

Nyata sekali anjuran Allahyarham itu adalah keinginannya bagi memartabatkan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Utusan Malaysia, pada 21hb Ogos 2007, menyiarkan berita yang antara lainnya menyatakan: “………Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim hari ini mencadangkan rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara ini kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah ……….. Sudah 50 tahun kita merdeka, sudah 50 tahun kita terlepas daripada cengkaman penjajah, tetapi Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita ………… ´Apakah ini petanda bahawa Common Law Inggeris itu adalah undang-undang yang paling baik di dunia? …….. Apakah ini petanda bahawa pakar undang-undang kita masih di bawah tempurung penjajah?´ soalnya …….. Beliau menambah, mungkin juga sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara tetapi juga perundangan antarabangsa.

…………..”

Apakah tidak lebih sesuai dan wajar Common Law Inggeris digantikan dengan “mana-mana sistem perundangan yang Mahkamah fikir sesuai demi melaksanakan keadilan”?

Beredar kini kepada penghujjahan Mr. Ramdas Tikamdas dalam kes Che Omar bin Che Soh v Public Prosecutor [1988] 2 MLJ 55. Mengikut penghakiman Mahkamah Mr. Ramdas Tikamdas menghujahkan bahawa “because Islam is the religion of the Federation, the law passed by Parliament must be imbued with Islamic and religious principles” manakala Mr. Mura Raju, dalam kes itu juga, menghujahkan bahawa “because Syariah law is the existing law at the time of Merdeka, any law of general application in this country must conform to Syariah law.”

Berkaitan dengan penghujahan itu, Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim pernah menulis dalam tahun 1987 seperti berikut:

“There seems to be a need therefore to give a proper place to the Islamic law and the Shariah Courts and thus to implement the provision that Islam is of the religion of the Federation. As Islam is the religion of the Federation the Shariah as based on the Quran and Sunnah must be enforced in the Federation and it should be provided that any law which is inconsistent with the Holy Quran and the Sunnah shall be void to the extent of such inconsistency.

The Privy Council has ruled that in the case of Singapore a law to be valid must conform to the fundamental rules laid down by the English Common Law. This view seems to be acceptable to some in Malaysia too but as Islam is the religion of the Federation surely the fundamental principles of the laws should be based in Malaysia, not on the English Common Law but on the Shariah.”

(Petikan daripada ISLAM IN MALAYSIA, CONSTITUTIONAL AND HUMAN RIGHTS PERSPECTIVES)

Mantan Hakim Besar Malaya pernah berkata:

“Article 3 of the Federal Constitution is very clear and it cannot be misinterpreted anymore that the religion of the Federation is Islam. Thus, any interpretation which arise conflict between document created by men and orders from Allah, that interpretation cannot be used”. (Hashim Yeop Sani, Islam dalam perlembagaan, Institut Dakwah dan Latihan Islam, Kuala Lumpur, tiada tarikh, m/s. 17.)

Dalam hal ini wajar juga dirujuk kepada Perkara 4(1) PP yang berbunyi:

“(1) Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.”

Apa yang ketara ialah Perkara 3 adalah peruntukkan dalam PP. Justeru itu tidakkah berlogika dan berakal budi jika Perkara 3 itu menjerumuskan konklusi bahawa undang-undang yang bertentangan dengan Islam “hendaklah terbatal setakat yang berlawanan?”

Kes Minister of Home Affairs v Fisher (1979) 3 All ER 21) antara lainnya menyatakan:

“In interpreting a constitution two points must be borne in mind. First, judicial precedent plays a lesser part than is normal in matters of ordinary statutory interpretation. Secondly, a constitution, being a living piece of legislation, its provision must be construed broadly and not in a pedantic way – with less rigidity and more generosity than other Acts”

Jelaslah terdapatnya mutu dalam penghujahan-penghujahan Mr. Ramdas Tikamdas dan Mr. Mura Raju.

Nyata juga betapa tingginya martabat Islam sebagai Agama Persekutuan.

Dalam hal undang-undang yang bertentangan dengan Islam ini Allahyarham Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim dalam kertas kerjanya bertajuk “KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA” telah menyarankan:

“ … Sayangnya masih terdapat banyak undang-undang di Malaysia, yang bercanggah dengan undang-undang Islam, yang diluluskan dari zaman penjajah, akan tetapi usaha boleh diambil untuk meminda undang-undang itu supaya dia selaras atau tidak bertentangan dengan undang-undang Islam. Mungkin ini telah dimudahkan kerana kita dapati undang-undang di England pun telah banyak diperbaharui supaya lebih dekat kepada undang-undang Islam …. Jika orang lslam ingin Perlembagaan itu dijadikan lebih dekat dengan Islam, mereka harus mengikhtiar supaya mereka mempunyai kuasa memindanya, iaitu dengan mendaftar diri sebagai pemilih dan memilih wakil-wakil rakyat yang boleh ada majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya pindaan itu dapat diterima. Inilah perlunya kita sepakat supaya kita boleh mencapaikan hasrat bangsa, agama dan negara kita.”

Bagi mengakhiri ucap utama ini, izinkan saya melaungkan kata-kata Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim dalam rencana “SEKATAN-SEKATAN DALAM PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA” yang berbunyi:-

“ … Selepas itu hendaklah kita menghormati dan menerima undang-undang Islam dalam semua bidang.

Langkah ini tidaklah boleh diambil tergesa-gesa tetapi hendaklah orang Islam sendiri mempelajari dan meyakinkan ketinggian taraf dan keindahan undang-undang Islam itu. Kita harus meyakinkan diri kita sendiri dan orang-orang lain di Malaysia bahawa undang-undang Islam itu adil dan saksama. Sayangnya kita telah mengabaikan dan mencuaikan khazanah yang berharga yang telah diwarisi kepada kita oleh para ulama Islam. Kita harus mempelajari undang-undang Islam itu dan berikhtiar dan berijtihad jika perlu untuk menjadikan undang-undang Islam itu undang-undang kebangsaan di Malaysia. Beberapa langkah telah pun diambil di Jabatan Syariah, Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan di Fakulti Undang-undang di Universiti Malaya, dan dengan kerjasama kedua-dua fakulti itu telah membawa kesan yang sangat baik. Kulliyyah Undang-undang Universiti Islam Antanabangsa telah ditubuhkan dengan tujuan menyiapkan pelajar-pelajarnya untuk menerima dan mengemukakan undang-undang Islam diterima sebagai undang-undang asas bagi orang-orang Islam di Malaysia. Tetapi ini adalah langkah permulaan sahaja dan banyak lagi langkah harus diambil untuk menghilangkan sangka buruk terhadap undang-undang Islam dan mengiktiraf dan menghormati undang-undang Islam di Malaysia. Undang-undang di negeri-negeri Barat, dengan secara langsung atau tidak, dan dengan diketahui atau tidak, telah banyak mengambil dan meniru undang-undang Islam. Di England banyak pembaharuan telah dibuat, yang telah membawa undang-undang itu lebih dekat kepada undang-undang Islam. Tetapi sayangnya kita di Malaysia hingga hari ini kerap kali menurut sahaja pembaharuan-pembaharuan yang telah dibuat di England, sungguhpun peruntukan yang setanding dengan itu atau yang lebih baik boleh didapati daripada undang-undang Islam. Kita orang-orang Islam di Malaysia haruslah menyesuaikan diri dan menguatkan iman kita supaya layak menenima kurnia undang-undang Islam kepada kita dan selepas itu bolehlah kita cuba memujuk jiran-jiran kita di Malaysia menikmati undang-undang itu.”

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin (Panel Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan) dalam rencana “Agama Islam, Perlembagaaan Persekutuan dan Negara Malaysia: Suatu Analisis Dalam Mempertahankan Kedudukan Agama Islam dan Umat Islam di Malaysia” telah merujuk kepada kenyataan Dr. Aziz Bari berikut :

“Pada hakikatnya kita boleh mengatakan bahawa negara ini telah disyahadahkan dengan kalimah Islam sebagaimana tertulis dalam Perkara 3 (1) iaitu Islam adalah agama Persekutuan Malaysia sekaligus telah membatalkan ciri-ciri sekularnya. Dan kemudian terpulang kepada kita untuk mengisi kerangka itu dengan apa yang dituntut oleh Islam. ……”

Islam Online pada 7hb Disember 2012 telah menyiarkan, antara lainnya, kenyataan yang berbunyi:

“……… The UMNO President said that the position of Islam would always be defended as enshrined in the party constitution and in line with its position as the religion of the federation.

He said, “I wish to emphasize here, that UMNO is undoubtedly committed to continue elevating Islam based on the objectives of the shariah, to protect the religion, life, property, mind, dignity and race.”

“At this assembly, we wish to state clearly that we strongly oppose those propagating pluralism or liberalism,” he said while delivering the presidential speech carrying the theme, “Transformative Leadership Towards Achieving National Vision” in conjunction with the opening of the UMNO General Assembly 2012 later this week.

… Malaysia has been placed in the fifth spot in complying with the Malaysian Shariah Index managed by a group of international ulamas, Najib concluded.”

Akhir kata saya mendoakan agar perbincangan yang diadakan sepanjang seminar ini berlangsung dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan dijadikan asas bagi tindakan selanjutnya.

Ancaman Fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

Wacana Isu Semasa Anjuran Persatuan Anak-anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia – MUAFAKAT di Bilik Seminar Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur pada 23hb April 2011


بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

 Nota Perbincangan Berhubung:

Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

Oleh:

Al-faqir ila’Llah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Bahagian I:

Beberapa Fahaman dan Aliran Yang Menyeleweng Dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Bahagian II:

Cabaran-cabaran Terhadap Ahli Sunnah Wal-Jamaah Yang Timbul Daripada Aliran-Aliran Yang Menyeleweng Daripadanya dan Jalan Ke Hadapan

*********************

Bahagian I:

Beberapa Fahaman dan Aliran Yang Menyeleweng Dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

A.     Tujuan perbincangan ini ialah

  1. Untuk memberi huraian ringkas berkenaan dengan ajaran Islam Ahli Sunnah wal-Jamaah yang merupakan ajaran arusperdana Islam semenjak mula-mulanya hingga sekarang.
  2. Memahami beberapa aliran dan aspek fahaman yang menyeleweng dari aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  3. Mengenali cabaran-cabaran yang timbul daripada aliran-aliran ini.
  4. Tindakan kita untuk terus jalan ke hadapan.

B.     Apakah itu Ahli Sunnah wal-Jamaah

  1. Ianya adalah ajaran dari zaman Islam Rasulullah dan para sahabat serta mereka yang diakui sebagai contoh hidup keagamaan zaman tiga abad pertama sejarah Islam
  2. Mereka mengikut Quran, Sunnah Nabi, ijma’ atau persepakatan para ulama yang mampu membuat keputusan tentang hukum agama terus daripada Quran dan hadith Nabi dengan cara yang betul (dalam istilah ilmu Islam mereka disebut mujtahidin, ramai, kalau seorang mujtahid).
  3. Dalam perkara iman dan keyakinan; mereka mengikut mazhab Imam al-Asy’ari dan Maturidi.
  4. Dalam perkara-perkara hukum; mereka mengikut imam-imam mujtahid tersebut seperti di Dunia Melayu mereka mengikut Imam Syafie, di Pakistan dan India mereka mengikut Imam Hanafi, di Afrika Utara dan Andalusia zaman dulu mereka mengikut mazhab Maliki, mereka yang di Semenanjung Arab mengikut Imam Hambali.
  5. Dalam perkara-perkara berkenaan dengan membentuk hati dan akhlak yang baik mereka mengikut Imam Ghazali, termasuk Imam Junaid Baghdadi dan Imam Qusyairi.

C.      Ajaran dan amalan Ahli Sunnah

  1. Ianya berupa majoriti terbesar Muslimin di dunia hingga ke hari ini
  2. Yang mengikut aliran-aliran perpinggiran seperti Syiah dan Muktazilah dan lainnya, sedikit sekali.
  3. Kita boleh katakan Islam di Madinah, Damasyiq, Baghdad, Andalusia, Afrika Utara, Benua-kecil Indo-Pakistan, Dunia Melayu, semuanya Ahli Sunnah wal-Jamaah.
  4. Dunia telah mengenal Islam dalam Ahli Sunnah ini, bukan yang lain; yang lain adalah golongan minoriti yang kecil.
  5. Inilah ajaran dan amalan yang dijamin oleh Allah dan Rasul dan para imam mujtahidin dan ulama Ahli Sunnah. Berbahagialah mereka yang terus hidup dalam Ahli Sunnah, amin.

 D.     Aliran-aliran fahaman yang bercanggah:

Di akhir-akhir ini Islam menurut ajaran dan amalan Ahli Sunnah tercabar dengan berkembangnya aliran-aliran fahaman yang bercanggah dengannya. Antara fahaman-fahaman dan aliran berfikir itu ialah seperti berikut:

  1. Aliran Syiah
  2. Aliran tidak ikut mazhab; pakai faham agama cara bersendiri atau mengikut pengarang seperti Al-Bani
  3. Aliran mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab (yang mengikutnya Albani)
  4. Aliran Islam liberal
  5. Aliran pluralisme (bahawa semua agama sama, sama-sama membawa kepada syurga [Islam, Kristian, Hindu, Buddha, dan lain-lain, aliran Shinto, semuanya sama, membawa ke syurga]).
  6. Aliran sekularisme

a.      Aliran Syiah:

Antara ajaran-ajarannya:

  1. tentang imam-imam yang maksum tidak berdosa langsung,
  2. para sahabat Nabi s.a.w. menjadi murtad habis selepas wafat baginda, melainkan yang tinggal hanya 3 orang atau 7 orang sahaja, yang lain habis kafir murtad. Dijauhkan Allah.
  3. Mereka ada Qur’an Mushaf Fatimah katanya, mereka beramal dengan taqiyyah atau kepura-puraan (dissimulation), mereka mengamalkan kahwin mut’ah, sehingga dengan isteri orang pun boleh berkahwin mut’ah kata Khomeini dalam kitabnya Tahrir al-Wasilah jilid 2.
  4. Mereka percaya kepada raj’ah, yakni sebelum kiamat berlaku, manusia akan hidup semula dan imam Mahdi Syiah bernama Muhammad bin Hasan al-Askari akan menghukum mereka yang tidak mengambil Ali sebagai imam. Bila semua telah dihukum baharulah semuanya mati semula dan lepas itu baru berdiri kiamat.

b.      Aliran tidak pakai mazhab:

  1. Mengajarkan mengikut mazhab bidaah, nabi tidak buat, semua mesti mengikut Quran dan hadith, lagi pula sekarang sudah senang kerana Quran dan hadith ada terjemahan; kita boleh buat keputusan sendiri tak perlu ikut siapa-siapa;
  2. Kita hanya wajib ikut Rasulullah; dia maksum orang lain tidak maksum.
  3. Kalau ikut mazhab boleh membawa kepada syirik dan kufur sebab ibaratnya seperti ‘beribadat’ kepada mereka (ibadadatul-ahbar wa ‘r-rahban) (عبادة الاحبار والرهبان).yakni seperti menyembah orang alim, menyembah orang soleh.

c.       Aliran Wahhabiah:

  1. Mengajarkan jangan mengikut mazhab, ikut sahaja pengarang seperti Nasir al-Bani, Abu Aminah Bilal Philips, Abdul Aziz bin Baz, Uthaimin dan yang seperti mereka.
  2. Qunut adalah bidaah, demikian pula bidaah membaca Ya Sin malam Jumaat, membuat tahlil arwah, mengadakan majlis maulid, membaca talkin bila orang mati, membuat tahlil arwah, membaca wirid ramai-ramai selepas sembahyang, kemudian mengaminkan doa imam beramai-ramai, mengaji tasawwuf bidaah dan sesat, demikiian seterusnya. Dan bila orang membuat bidaah-bidaah seperti ini mereka masuk neraka. Dijauhkan Allah.
  3. Dulu dipanggil kaum muda sekarang dipanggil salafi.
  4. Mana-mana tempat ada fahaman ini ada berlaku perkelahian bahkan tumbuk menumbuk. Bahkan bila teruk berlaku bunuh membunuh.

Lihat kenyataan Syeikh Al-Azhar:

(الاثنين 04 ابريل 2011
مصرحًا بأن عقيدته أشعرية صوفية.. شيخ الأزهر يصف السلفيين بالخوارج
مفكرة الاسلام: أقر الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر أن عقيدة الأزهر الشريف هى عقيدة الأشعرى والماتريدى وفقه الأئمة الأربعة وتصوف الإمام الجنيد.

[Dr Ahmad al-Tayyib menegaskan bahawa akidah al-Azhar yang mulia adalah akidah Imam Asyari dan al-Maturidi, fiqhnya ialah fiqh imam empat mazhab, dan tasawwufnya adalah tasawwuf imam al-Junaid]

وفي هجوم جديد على الإسلاميين ادعى الدكتور الطيب أن من أسماهم “السلفيين الجدد” هم خوارج العصر، محذرًا من وجود مخطط لاختطاف الفكر والمنهج الأزهرى الوسطى المعتدل الذى حافظ الأزهر عليه لأكثر من ألف عام.

[Dalam satu serangan baru ke atas setengah golongan Islam (yang bercanggah dengan al-Azhar) Dr Al-Tayyib mendakwa bahawa mereka yang menamakan diri mereka itu ‘Golongan Salafi yang “Strict”/Ketat) mereka itu adalah Khawarij zaman ini, serta dengan beliau memberi peringatan tentang adanya langkah-langkah untuk merosakkan/memusnahkan pemikiran mengikut kaedah al-Azhar yang menengah dan seimbang yang al-Azhar menjaganya selama lebih daripada seribu tahun]

 

وبدون أن يقدّم دليلاً اتهم الدكتور أحمد الطيب السلفيين في الهجوم على الأضرحة وما يسمى “مقامات الأولياء”، وقال وفق صحيفةالأهرام”: “هذا العمل يخالف صحيح الإسلام

وأن الازهر سيبقى أشعرى المذهب ومحافظًا على الفكر الصوفى الصحيح الذى انتمى إليه عشرات من شيوخ الأزهر على مدى تاريخه“.

…Dan al-Azhar akan kekal dengan mazhab al-Asy’ari dan menjaga pemikiran sufi yang sohih yang yang dinisbahkan kepadanya berpuluh-puluh daripada syaikh-syaikh Azhar dalam perjalanan sejarahnya

 

أنصار الطائفة الخلوتية يدعمون شيخ الأزهر

الجدير بالذكر أن أنصار الطائفة الخلوتية التي يترأسها شيخ الأزهر الدكتور أحمد الطيب كانت قد نظمت تظاهرة كبيرة تم الحشد لها من جميع المحافظات، رددت فيها الشعارات المشهور تداولها في النظام السابق: بالروح بالدم نفديك يا إمام !! وهو ما أعاد إلى الواجهة واقعة الجمل الشهيرة إبان الثورة التي حاول النظام السابق فيها إظهار وجود أنصار له ترفض تنحيته أو رحيله!!
جاء هذا التحرك بعد أن قام بضعة آلاف من أساتذة جامعة الأزهر ومشايخ وأئمة المساجد بمشيخة الأزهر على مدار الأيام السابقة بمظاهرة حاشدة مطالبين الإمام الأكبر ومفتي الديار المصرية بالقيام بدور فعلي في إصلاح الأزهر الشريف بعد أن تعرضت هذه المؤسسة للخذلان والتخريب في ظل النظام السابق وفي ظل الدور المتخاذل والضعيف الذي كانت تقوم به المشيخة في ذلك العهد.
وتضمنت هذه المطالب أن يتم تشكيل هيئة كبار العلماء وفق ضوابط محددة بعيدًا عن الانتقائية والطائفية وأن يكون اختيار كل من شيخ الأزهر ومفتي الديار بالانتخاب، إضافة إلى رئيس الجامعة وعمداء الكليات.
وندد آلاف المتظاهرين بما أسموه الموقف الشائن والمخذل للثورة الذي قام به كل من فضيلة شيخ الأزهر وفضيلة مفتي الديار المصرية ؛ حيث صدرت فتاوى رسمية تدعو إلى جواز ترك صلاة الجمعة والصلاة في البيوت فيما اعتبره الثوار محاولة لإفشال الدعوة إلى التظاهرات المليونية، واعتبروه نوعا من التمالؤ والتواطوء مع النظام الفاسد ضد الثورة.

ثوار التحرير يطالبون بإقالة شيخ الأزهر

وكان أعضاء المجلس الأعلى للأزهر قد شاركوا في المظاهرة الحاشدة التي شهدها ميدان التحرير بوسط القاهرة الجمعة، للمطالبة بإقصاء رموز النظام السابق، ومحاكمة المتهمين بالفساد.
وذكرت مصادر مطلعة أن المتظاهرين طالبوا بإقالة الدكتور أحمد الطيب شيخ الأزهر بعد أن اتهموه بالتعسف ضد العاملين والموظفين بالمشيخة، واتهموا أتباعه بأنهم قاموا بالتعدي عليهم الأربعاء الماضي وقاموا بتحرير محضر ضده بقسم الجمالية مطالبين بتطهير الأزهر من فلول النظام السابق.

http://www.islammemo.cc/hadath-el-sa…04/120663.html

d.      Islam Liberal:

  1. Fahaman ini mengajarkan tidak ada hukum Allah, tetapi yang ada ialah budaya
  2. Kita tidak wajib mengikut fiqh klasik sebab itu adalah pemikiran manusia zaman dulu
  3. Semua agama membawa kebenaran
  4. Wahyu tidak putus, wahyu masih ada, orang yang menulis dalam surat khabarpun mendapat wahyu, wahyu dalam erti fikiran; yang tidak ada hanya wahyu verbal, yang ada pada orang menulis pada surat khabar adalah wahyu ‘non-verbal’.
  5. Orang Islam berkahwin boleh dengan orang yang beragama lain; itu disebut perkahwinan lintas agama.
  6. Lihat laman web ‘JIL;-jaringan Liberal Islam’ akan didapati banyak maklumat-maklumat pelik yang membawa kepada kekufuran. Dijauhkan Allah.

e.      Aliran sekuklarisme:

Cara berfikir dan bertindak yang mengecualikan secara total agama dari semua ruang awam tanpa kecuali (lihat takrif sekluarisme oleh George Holyoake).

f.       Aliran pluralisme agama:

  1. Aliran ini mengatakan bahawa semua agama sama, sama benar, semuanya membawa kepada syurga;
  2. Orang Islam tidak boleh mengaku ia mempunyai kebenaran, sebab semuanya benar. Maha suci Allah.
  3. Kalau demikian apa gunanya Nabi s.a.w. datang dan membuat pembetulan atas agama Kristian dan Yahudi di zamannya?
  4. Apa ertinya tokoh-tokoh seperti al-Ghazali membela kebenaran Islam berdepan dengan ajaran-ajaran yang tidak benar?
  5. Apa ertinya Solah a-Din al-Ayyubi berjihad masa Perang Salib kalau semuanya benar membawa ke syurga? Maha suci Allah.

Kesimpulannya kita mesti kekal dalam agama Islam mengikut Ahlissunnah wal-Jamaah sebab itu yang menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat; itulah yang menjadi pegangan ulil-amri negeri ini bermula daripada Agung sampai kepada rakyat jelata. Amin.

E.      Beberapa Persoalan:

i. Tentang Berimamkan Orang Dalam Sembahyang

  1. Kalau kita mengetahui orang itu jatuh ke dalam kekufuran kerana percakapannya, atau perbuatannya, atau iktikadnya yang dia beritahu kepada kita, kita tidak boleh berimamkannya.
  2. Kalau tidak jatuh ke dalam kekufuran tetapi ke dalam maksiat, masih kita sah berimamkan dia dalam sembahyang, walaupun yang afdhalnya kita berimamkan orang yang soleh.

ii. Tentang fahaman yang mengatakan amalan Islam tinggal di rumah di tempat kerja kita tidak bawa Islam. Islam hanya di rumah.

Kita mesti beramal dengan agama kita di mana kita berada; sebab Allah melihat di mana kita berada. Lagi pula Islam adalah cara hidup yang lengkap, bukan berbicara tentang sembahyang dan puasa dan terhenti setakat itu sahaja.

iii. Tentang soalan apakah yang perlu dilakukan selepas mendengar ceramah dan penerangan seperti ini.

  1. Selepas mendengar ceramah dan faham hendaklah beramal dengan apa yang didengar, bermula dengan perkara-perkara yang wajib dahulu, dan mengelak daripada perkara yang dilarang, seperti mulai dengan sembahyang, puasa Ramadhan, membayar zakat, dan seterusnya.
  2. Mesti mengawal diri sabar meninggalkan perbuatan yang ditegah; mesti meninggalkan ajaran yang salah dan bertaubat seperti ia berkata “ya Allah aku bertaubat daripada berpegang kepada i’tikad yang mengatakan sabahat-sahabat kafir dan aku mengucap ‘ashhadu alla ilaha illah…

iv. Soalan tentang bagaimana caranya fahaman-fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah itu menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam

Fahaman itu boleh masuk melalui mendengar ceramah ilmu sesat itu daripada orangnya, atau kerana terpengaruh dengan bacaan tentang ilmu itu, atau melalui pengaruh kawan-kawan; ataupun mungkin kerana diumpankan dengan wang, maka orang yang terumpan terhutang budi; atau ditawarkan peluang berkerja, atau ditawarkan peluang melanjutkan pengajian diberi biasiswa ditanggung (seperti yang dibuat oleh Syiah dan Wahhabi, bahkan Amerika).

v. Soalan tentang Interfaith Council atau Suruhanjaya Antara Agama-agama

  1. Interfaith Council (IFC) atau Suruhanjaya Antara Agama-agama kalau dibiarkan ada dan berjalan, ia membawa kepada meletakkan agama Islam setara dengan sistem-sistem kepercayaan lain, dan dengan itu ia berlawanan dengan Quran, Sunnah dan ijma’.
  2. Dalam Negara ini tidak mungkin sebab hanya Islam agama persekutuan, yang lain-lain diberi kebebasan diamalkan dalam aman dan sejahtera (in peace and security) jangan dengan cara yang tidak damai dan tidak sejahtera.

vi. Soalan berkenaan bagaimana fahaman-fahaman yang menyeleweng itu membahayakan keselamatan Negara.

  1. Tentang fahaman yang menyeleweng dan bahaya kepada keselamatan Negara: kalau fahaman itu seperti Wahhabiah, maka dalam Wahhabiah ada fahaman yang menganggap negeri orang Islam sebagai negeri syirik, kerana mengamalkan demokrasi;
  2. Kerana demokrasi, kata mereka, mengambil alih kuasa Tuhan membuat peraturan, maka syirik itu; dengan itu mereka anggap boleh berontak menentang kerajaan;
  3. Lihat bagaimana mereka memberontak menentang kerajaan Uthmaniah Turki; atau mereka boleh kata: negera sekular, bukan Islamik, kita berontak, walhal dalam Ahli Sunnah haram menentang ulil-amri kecuali ulil-amri itu kafir dengan nyata seperti ia menyembah berhala, atau membatalkan hukum Islam, seperti membatalkan puasa kerana katanya merugikan tenaga kerja, mengurangkan produksi negara; atau membatalkan haji kerana rugi tukaran asing (foreign exchange); kalau tidak, haram menentangnya;
  4. Kalau hendak diberi pendapat yang berguna, ianya, secara al-din al-nasihah yakni agama adalah nasihat yang ikhlas dan berguna, atau agama adalah keceriaan murni yang gigih (active attitude of sincere concern) itu dengan mengikut saluran yang betul. Demikian seterusnya.
  5. Kalau Wahhabi yang demikian tentu berbahaya atas keselamatan Negara; demikian juga Syiah, sebab dalam ajaran mereka negara yang sah hanya negara di bawah Imam Maksum, yang lain tidak; dan fahaman itu boleh membawa kepada pemberontakan; bila pemerintah mengeluarkan arahan tidak didengarnya.

vii. Soalan bagaimana cara tindakan yang perlu diambil kalau kaum kerabat sendiri terlibat dalam ajaran menyeleweng daripada Ahli Sunnah

Kalau kita camkan benar-benar sahih ia beramal dengan ilmu yang salah;

  1. Kita perlu cari orang yang ada ilmu untuk membawanya ke jalan yang lurus dengan cara yang lemah lembut dan nasihat yang memikat hati,
  2. Atau kita berikan kepadanya buku yang memberi penerangan yang betul tentang perkara-perkara yang membawanya kepada kesesatan;
  3. Atau kita cuba selesaikan perkara itu dalam kalangan keluarga dahulu; kalau tidak ada jalan barulah kita meminta pertolongan orang yang bukan keluarga;
  4. Kalau ia degil kita akhirnya terpaksa laporkan kepada pihak jabatan agama. Itu kalau tidak ada jalan lain lagi.

viii. Soalan tentang bagaimana cara mengecam yang orang-orang itu beramal dengan ajaran yang menyeleweng, cara mengenalnya.

Kalau Syiah kita boleh cam:

  1. ia sembahyang sujud atas tanah atau batu yang dibawanya; atau bila ia memberi salam dalam sembahyang dia menepuk-nepuk pahanya;
  2. atau dia suka mencela sahabat nabi, seperti Abu Bakar, Umar dan Aisyah – Allah meredhai mereka semua.
  3. Atau ia tambah dalam azan ‘wa ashhahu anna Ali waliyullah’ , ertinya aku menyaksikan bahawa Ali waliyullah, atau ia kata hayya ala khairil-amal, marilah kepada amalan yang sehabis baik, sebagai ganti hayya alal-solah, dan lain-lain di bawah akidah; atau ia bercakap tentang kahwin mutaah dan fadhilat-fadhilatnya mengikut ajaran Syiah walhal ia haram mengikut ijma’;
  4. atau ia jamak Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ walaupun bukan kerana musafir atau sakit atau kerana sebab-sebab lain.

ix. Soalan berkenaan dengan bergaul dengan mereka yang mengamalkan ajaran-ajaran seumpama itu, adakah kita menjauhi mereka?

  1. Kalau kita bergaul dengan mereka kita boleh mempengaruhi mereka ke jalan yang baik, kerana kita ada pengetahuan dan amalan yang teguh, kita boleh bergaul;
  2. Kalau merasa diri agak lemah, dan orang yang berkenaan kuat, berpengaruh, pandai mempengaruhi orang dan kita tidak mampu menepis pengaruhnya, kita elak daripada bergaul dengannya;
  3. Kita bergaul dengan orang yang kuat membawa kita kepada kebaikan.

Bahagian II:

Cabaran-cabaran Terhadap Ahli Sunnah Wal-Jamaah Yang Timbul Daripada Aliran-Aliran Yang Menyeleweng Daripadanya dan Jalan Ke Hadapan

Cabaran-cabaran yang timbul daripada aliran-aliran yang bukan daripada Ahli Sunnah itu adalah seperti berikut:

A.     Cabaran dari Syiah

  1. Cabaran akidah
    • Cabaran akidah kerana ia mengajar tentang Imam maksum yang lebih daripada Nabi dan rasul (melainkan nabi Muhammad salla’Llahu alía wa sallam)
    • Kerana ia mengajar tentang ada Quran Siti Fatimah (Mushaf Fatimah)
    • Kerana akidah sahabat menjadi kafir selepas wafat Rasulullah
    • Kerana akidah raj’ah
    • Kerana menganggap orang Ahli Sunnah kafir
  2. Cabaran syariat daripadanya – kerana ajaran tentang kahwin mutaah
  3. Cabaran hidup akhlak – kerana sikap menghina orang Ahlisunnah, kata mereka orang Ahlisunnah nawasib (نواصب) ertinya yang paling hina dalam dunia harus dibunuh
  4. Cabaran terhadap keselamatan negara dan masyarakat-kerana anggapan mereka kerajaan tidak sah de jure, yang sah kerajaan Syiah di bawah imam maksum (Syariah superstate under the infallible imam)

B.     Cabaran daripada aliran tidak mengikut mazhab

  1. Cabaran akidah
    • Sebab kecelaruan akidah yang tidak dipandu oleh akidah Ahli Sunnah, dibimbangi mereka memahami ayat-ayat Quran dan hadith yang mutasyabihat mengikut zahir lafaznya
    • Menuduh orang lain kafir kerana menolak sifat Tuhan cara mereka fahami secara literal – menolak sifat dua puluh yang diterima ijma’ ulama dalam Ahlisunnah.
  2. Cabaran Syariat – berlaku kecelaruan mengikut syariat dan memahaminya sebab mereka memahami sendiri ayat-ayatnya walhal pengetahuan sebagaimana yang diajar dalam Ahli Sunnah kekurangan, tetapi mereka sangat berani memberi pendapat (ada kisah berkenaan orang yang menuduh ulama dulu tidak ‘educated’ ‘they just wrote down what they heard’ kemudian bila dia ditanya tentang erti hadith, satunya yang menyatakan Nabi s.a.w. sembahyang sunat lepas Asar, satunya yang melarang sembahyang sunat selepas sembahyang Asar, akhirnya ia berkata ‘saudara ini complicated, I don’t know)
  3. Cabaran kemasyarakat – berlaku kekeliruan dalam hidup masyarakat sebab kurang panduan yang mengikut tertib dan disiplin, masing-masing membawa penafsiran sendiri, membuat hukum sendiri; sebelum mufti bersidang dia sudah berfatwa konon seperti hendak ‘jump the gun’.

C.      Cabaran cabaran hidup ilmiah

Kekacauan dalam hidup ilmiah tentang Islam sebab metodologi ilmu Ahli Sunnah tidak diikut.

D.     Cabaran dari aliran Wahhabiah

  1. Cabaran akidah
    • Akidah rosak menjadi mujjassimah – Tuhan berjisim
    • Menjadi musyabbihah-menyamakan Tuhan dengan makhluk
    • Boleh membawa kepada kekufuran kerana itu (dijauhkan Allah)
    • Menuduh orang bertawassul sebagai kafir, kata mereka menyeru kepada orang yang sudah mati.
  2. Cabaran Syariat
    • Berlaku kekeliruan yang tidak menentu dalam memahami syariat sebab tidak ada panduan metodologi yang tersusun rapi
    • Membawa kepada perpecahan dan perkelahian sebagaimana yang boleh disaksikan
    • Tidak taat kepada ulil-amri
  3. Cabaran akhlak-akhlak: mereka yang mengikut aliran ini biasanya kasar-bahasa yang digunakan iala bahasa kafir-Islam, bahasa sunnah-bidaah, bahasa negara kafir-negara Islam, bahasa salafi-bukan salafi, perang mengkafirkan dan membidaahkan orang, dan perang menggunakan kekerasan (seperti bertumbuk).
  4. Cabaran hidup kerohanian
    • Bahaya kepada hidup rohaniah
    • Mereka menolak tasawwuf bahkan mengkafirkan orang tasawwuf
    • Mengkafirkan ibn Arabi
    • Menuduh orang tasawuf berakidah kufur kerana hulul (menganggap Tuhan berada dalam diri manusia)
    • Menuduh orang tasawwuf berakidah wahdatul-wujud yang mereka faham bererti makhluk adalah Tuhan
    • Menuduh orang tasawwuf tidak taat kepada syariat dan sunnah sebab semua Tuhan
    • Sebab itu golongan ini kasar akhlak dan adabnya, bahasanya juga biasanya kasar seperti bahasa yang digunakan oleh Nasir al-Din al-Albani dan Syeikh Uthaimin dan yang seperti mereka.
    • Cabaran keselamatan negara dan masyarakat
  5. Cabaran dalam perkembangan budaya-cabaran budaya yang membawa kepada mentaliti hitam-putih, menolak pemikiran yang bersifat falsafah kerana ini disangka bidaah dhalalah/sesat semua sekali, bukan dari ajaran nabi

E.      Cabaran daripada Islam Liberal:

  1. Cabaran akidah – konsep wahyu Qur’an ditambah dengan wahyu yang non-verbal katanya.
  2. Cabaran Syariat-tidak ada hukum Tuhan kata mereka, yang ada budaya, kita mesti fikir sendiri undang-undang, tidak tertaaluk lepada fikah dan usul al-din.
  3. Cabaran hidup rohaniah: cabaran tidak patuh kepada peraturan Syarak-membawa kepada ibadat tidak sah, perkahwinan tidak sah, dan pembahagian harta pesaka tidak sah.
  4. Cabaran akhlak: akhlak golongan liberal longgar sebab ajaran akhlak yang murni sebagaimana yang ada dalam Quran dan Sunnah hilang kesannya atas orang ramai-dibimbangi kemerosotan akhlak yang parah, membawa kepada kerosakan peribadi, rumahtangga dan masyarakat.
  5. Cabaran kerukunan masyarakat dan negara: ekoran daripada perkara di atas keselamatan negara dalam bahaya kalau orang ramai berpegang kepada aliran ini. Hidup keluarga dan masyarakat tidak tersusun dan damai serta teratur; berlaku kekeliruan nilai dan tindakan yang tidak seragam. Bagi Islam dalam Malaysia ia paling berbahaya, sebab negara yang berbilang kaum, bila Muslim yang majoriti terpecah kerana aliran liberal ia membawa implikasi yang paling membimbangkan masa depannya.
  6. Cabaran keselamatan negara.
  7. Cabaran hidup bertamadun dan budaya-hidup budaya bercelaru tanpa panduan yang tetap. Timbul kekacauan dalam memahami hukum dan moral.

F.      Cabaran aliran sekularisme:

  1. Cabaran akidah: cabaran kekufuran kerana menolak agama dan ajaran agama dalam ruang awam – tetapi yang berlaku di Malaysia bukan sekularisme Barat totok sebab agama ada dalam ruang awam.
  2. Hanya agama banyak yang perlu diusahakan dalam ruang awam supaya berjaya, walaupun banyak yang sudah berjaya diusahakan seperti dalam kewangan dan undang-undang serta pendidikan.

G.     Cabaran aliran Pluralisme agama:

  1. Cabaran akidah sebab ia bercanggah dengan Quran tentang kedatangan Islam memansukhkan syariat-syariat lain.
  2. Cabaran menolak kebenaran Islam yang mutlak.
  3. Cabaran Syariat: Penghayatan Syariat Islam tidak menjadi kewajipan yang ditanggung dengan serius sebab ada lagi yang yang benar bukan ia sahaja –maka kesetiaan kepada syara’ terjejas.
  4. Cabaran akhlak: -Akhlak Islam menjadi longgar – ini boleh diperhatikan daripada perkembangan moral yang longgar di kalangan golongan pluralis (apa lagi bila ia bergabung dengan golongan feminis Barat yang mengikut falsafah pascamodernisme).
  5. Cabaran keselamatan negara: bila orang terpengaruh dengan pluralisme agama, maka kesetiaan kepada agama Islam yang menjadi negara persekutuan sudah menjadi tugas yang ditanggung, menjadi ringan, kesetiaan kepada ulil-amri yang diajar dalam Islam terjejas, dengan itu terjejas keselamatan negara.

Jalan Ke Hadapan

  1. Perlu diberi pendedahan yang memadai dan berkesan tentang Ahli Sunnah kepada semua peringkat ahli masyarakat.
  2. Pendedahan tentang kemestian mengikut Ahli Sunnah dan hujah-hujahnya serta kebaikan-kebaikannya.
  3. Juga bahaya kalau tidak mengikutnya.
  4. Bahaya-bahaya yang terkandung dalam aliran-aliran pemikiran lain dalam negara.
  5. Jawapan-jawapan terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh aliran-aliran yang menyeleweng perlu didedahkan kepada semua peringkat masyarakat.
  6. Golongan agama mesti bersatu padu dalam memberi penerangan kepada orang ramai dan jangan menangguk di air yang keruh kerana sebab-sebab peribadi atau kelompok
  7. Keperluan institusi keluarga, masjid dan sekolah dimanfaatkan bagi menyampaikan kesedaran kepada semua pihak, dengan kerjasama semua pihak: kerajaan, NGO, media, para pendidik dan seterusnya.

Wallahu a’lam.

Etnisiti dan Proses Politik Pasca Pilihanraya Ke 12: Di mana dan Ke mana Islam?

Bahan perbincangan Usrah Bulanan MUAFAKAT – November 2009
yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Mohamad Abu Bakar

Terangkum dalam ‘etnisiti’ ialah ras dan agama; paling tidak kedua-duanya merupakan dimensi terpenting dalam gubahan tersebut. Selama ini semenjak Merdeka, etnisiti ternyata menjadi faktor definatif dalam proses politik Malaysia.

Dengan Pilihanraya ke 12 yang lalu, lanskap politik nasional dipercayai mengalami transformasi besar. Sejauh manakah ini benar? Jika ia benar, apakan ia suatu perubahan sebenar, atau suatu perubahan sementara? Dalam konteks ini, persoalan yang turut berbangkit ialah Islam – apakah kedudukannya bertambah baik dan semakin kukuh, atau sebaliknya?

Pada zahirnya suatu perubahan fundamental telah berlaku apabila parti-parti yang bertunjangkan ras mengalami kemerosotan, sebagaimana yang dialami UMNO, MCA dan MIC di Semanjung Malaysia. Sementara parti-parti yang dinobatkan sebagai pergerakan tidak berteraskan perkauman seperti PAS dan PKR pula meraih kejayaan agak besar. Perkembangan ini bukan sahaja menjadi asas kepada kepercayaan bahawa Malaysia kini berada di suatu persimpangan, apabila faktor ras dan agama tidak lagi berperanan besar, tetapi juga menjadi alasan untuk mempercayai bahawa Islam sedang menempa zaman baru. Malah kesedaran Islam yang bertambah di kalangan orang Melayu dan keyakinan baru terhadap Islam di kalangan bukan Melayu menjadi hujah di sebalik kejayaan PAS.

Optimisme ini diperkukuh oleh perasaan bahawa rakyat hari ini sudah terbebas daripada belenggu “dependency” akibat kemiskinan atau ketiadaan kerakyatan, dan lebih terdedah kepada globalisasi dengan nilai-nilai universalnya, seperti demokrasi dan hak asasi manusia; apatah lagi di kalangan generasi muda, yang sebahagian pentingnya terdiri daripada anak-anak kelas menengah. Dalam konteks UMNO, parti itu telah menjadi mangsa kejayaan sendiri apabila perjuangannya membawa kepada keadaan yang menyebabkan Orang Melayu berdikari. Bagi bukan Melayu, masa sudah tiba untuk meraihkan dividen daripada kemerdekaan dan menempatkan diri sebagai rakyat yang berkedudukan sama dengan bumiputera.

Namun reaksi awal daripada beberapa parti berkaitan juga mengandungi implikasi dan kecenderungan berkonflik. Jika PAS dan PKR terangsang oleh keputusan pilihanraya dan mengharap tren ini berpanjangan, MCA dan MIC semakin memupuk perkauman dengan fahaman pembelaan ras boleh mengangkatkan kembali kedudukan masing-masing. Krisis yang melanda kedua-dua parti tersebut semacam menuntut supaya ia kembali ke landasan asal yang bersifat perkauman itu. Luahan dalam akhbar-akhbar Cina memperlihatkan komitmen kecinaan yang semakin ketara dan ini menjadi risipi kepada penularan semua sentimen perkauman dalam MCA. Perjuangan memartabatkan sekolah jenis kebangsaan turut tersalur  menerusi perancangan 1 Malaysia. Golongan konservatif Cina melihat ruang kini terbuka luas untuk mengembangkan agendanya. Begitu juga peranan Hindraf, serta kemunculan Makka Sakhti, yang telah membawa kepada pemupukan perkauman dalam MIC. Kepimpinan MIC ditentang kerana ketidakupayaannya membela nasib orang India sehingga berlakunya politik protes berpanjangan. Benar BN sebagai penaung MCA dan MIC begitu rancak mewatakkan ‘1 Malaysia’ dengan potensi non-communalismnya, ruang yang terbuka sebenarnya memudahkan kedua-dua parti tersebut membangkitkan perkauman di kalangan ahli dan pengikutnya. UMNO yang lemah dihindarkan daripada campur tangan dalam kemelut yang melanda parti-parti ini, sekaligus memudahkannya memainkan sentimen perkauman.

Di Malayisa Timor pula, kekekuatan baru yang dimiliki parti-parti perkauman di sana menjadi leverage dalam politik tarik–tali nya dengan kerajaan pusat. Setelah diiktiraf sebagai fixed deposit oleh BN, pihak tersebut semakin terangsang untuk menentu corak perhubungannya. Kepentingan Sabah dan Sarawak telah diberi perhatian bertambah, manakala parti-parti komponen BN di sana bertambah komited memperjuang nasib kaum-kaum yang menjadi pendukungnya. Komitmen kepada 20 Points, yang terangkum dalam Perjanjian Malaysia bukan sahaja menerima pemberatan baru, sentimen keKadazanan dan keKristianan di Sabah dan keDayakan dan keDusunan di Sarawak semakin mendapat tempat di hati rakyat di sana. Keduduakan BN yang lemah, dan UMNO yang kehilangan kuasa pendefinasinya memudahkan centrifugal forces ini merebak

Serentak dengan perkembangan ini, Islam pada umumnya juga mengalami perubahan. Daripada satu segi, kedudukan baru ini terjelma dalam pencapaian dan perolehan PAS. Daripada segi lain, ruang untuk Islam berkembang juga meluas apabila negeri-negeri yang diperintah PKR menyediakan peluang untuknya mengorak maju. Persekitaran yang positif ini boleh menjayakan program keagamaan sekiranya ia diusahakan dengan bijak. Paling tidak tindakan ini boleh di perlakukan menerusi dialog peradaban.

Perubahan lanskap politik juga boleh membebankan perkembangan Islam ini. Pertama, globalisasi dan persejagatan nilai-nilai Barat menyemarakkan kecenderungan demokrasi dan sekular yang mengekang perkembangan Islam. Malah di kalangan penganut Islam sendiri terdapat pihak dan golongan yang tertawan oleh suasana ini dan menuntut pergamalan Islam yang lebih liberal. Kedua, persekitaran ini juga merancakkan pelbagai kaum untuk menuntut kedudukan yang lebih baik dan terjamin, sama ada melalui parti masing-masing, atau menerusi badan-badan sukarela. Proses politik daripada sudut ini menjadi semakin bersifat perkauman. Cuma UMNO sekaji dalam lingkungan BN yang tidak begitu ketara dalam tuntutan keMelayuannya disebabkan ia terikat oleh idea keMalaysianan yang terungkap dalam 1 Malaysia. Adapun orang Melayu yang menyokong PAS daripada kalangan orang UMNO, mereka berkemungkinan berbuat demikian sebagai suatu protes dan mahu peningkatan komitmen terhadap keMelayuan. Mereka ini begitu ghairah mahu melihat pertautan UMNO-PAS bermaksud melonjakkan semula ketuanan Melayu; suatu status quo ante diidamkan oleh mereka.

Di kalangan bukan Melayu yang menyokong PAS kerana keuniversalan mesej keagamaannya, mungkin sudah wujud kepercayaan terhadap potensi Islam sebagai agama untuk semua bangsa dan kepercayaan. Perkiraan mereka ialah perkiraan yang bersifat pragmatis. Kejutan dalam Pilihanraya ke 12 lebih berupa manifestasi penentangan terhadap penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh parti yang memeirntah serta aspirasi untuk melihat perubahan yang menjanjikan kehidupan yang lebih selesa. Daripada respons yang ditunjukkan oleh orang Cina dalam medianya, PAS tetap ditentang kerana perjuangannya menegak Syariah dan idea negara Islamnya.

Sebenarnya Islam bagi mereka ini kekal sebagai sempadan etnik yang kini diperkukuhkan lagi oleh kejayaan material dan kebebasan yang dibekalkan oleh globalisasi. Sebahagian besar daripada masyarakat Cina yang lain masih hidup dengan kepercayaan lama bahawa Islam adalah kepunyaan orang Melayu, bahawa orang Melayu yang beragama Islam terkebelakang daripada segi ketamadunan mereka, dan Islam anutan orang Melayu merupakan kekangan kepada kemajuan. Lantarannya, isu poligami umpamanya kekal mendapat tempat dalam liputan berita akhbar-akhbar Cina. Pada keseluruhannya, sebagai suatu kaum, mereka juga terus hidup dalam dunia mereka sendiri dengan momentum kehidupan ditentukan oleh faktor-faktor perkauman yang sama.

Kesimpulannya, apapun ciri-ciri multi-racialism yang telah bercambah, dan semangat egalitarianisme yang berkembang rancak akhir-akhir ini, telah juga wujud semacam “fortress China” bagi orang Cina dan “fortress India” bagi masyarakat India. Malah sebahagian daripada orang Melayu juga semakin aktif menghidupkan Malayness bagi membangkitkan kemelayuan yang semakin pudar itu. Idea pendidikan “Satu Aliran” yang dikompangkan sebagai penyelesaian kepada perkauman jauh sekali daripada diterima oleh ras-ras yang berkepentingan ini.

Ternyata perkauman membawa kepada perkauman yang bertambah dalam persekitaran politik yang bersifat kecairan (fluid) ini.

Di mana dan ke mana Islam? Islam seperti yang dibahaskan di atas berada dalam situasi “the best of times, the worst of times”, bergantung pada perspektif dan pendirian kita.

MOHAMAD ABU BAKAR

Manhaj Malazie – Suatu Pendekatan Dakwah

Kertas kerja yang dibentangkan semasa Konvensyen Pendakwah Negara 2009M/1430H– 10–11 Jun 2009M /16-17 Jamadilakhir 1430H bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

**************************************************************************

“ MANHAJ MALAZIE” SUATU PENDEKATAN DAKWAH

Prof.Dr. Sidek Baba

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

MUKADDIMAH

Masakini berbagai orientasi dakwah terdapat dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pengahayatan Islami.  Ada yang memilih orientasi haraki (gerakan), terdapat juga yang memilih orientasi siasi (politik), berkembang juga orientasi “tablighi” dan tidak kurang juga cenderung ke arah orientasi sufi bagi mencapai keberkesanan dalam kefahaman dan amal Islami.

Sesetengah orientasi ini menyandarkan kepada jamaah atau gerakan yang terdapat di luar negara yang mempunyai orientasi, maslahah dan cabaran yang tidak sama dengan apa yang terdapat di Malaysia. Manhaj atau kaedah  Mesir umpamanya kalau ditinjau dari segi sejarah, budaya, situasi sosio-ekonomi ianya tidak sama dengan apa yang terdapat di Malaysia. Manhaj atau kaedah Indo-Pakistan juga tidak serupa dengan situasi sosio-politik-budaya di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang agak unik dan memerlukan suatu kaedah yang sesuai dengan latarbelakang sejarah, sosio-ekonomi dan pentadbirannya.

“MANHAJ MALIZIE”

Ini tidak bermakna tidak ada latar kesamaan antara Mesir dan Indo-Pakistan dengan apa yang terdapat di Malaysia. Dakwah Rasulullah SAW adalah sumber terbaik samada dari segi manhaj mahupun kekesanan dakwahnya. “Manhaj Malizie” atau dakwah mengambil pendekatan keMalaysiaan amat perlu kerana orientasi masyarakat berbilang, kebebasan yang ada, pengaruh Islam dalam sistem, terdapat banyaknya lembaga dan institusi Islam di seluruh negara memungkinkan “Manhaj Malizie” mampu berperanan. Pendekatan ke Malaysiaan ini mengambil kira peruntukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia khususnya yang terdapat dalam bidang kuasa negeri. Sejarah perkembangan dakwah Islam sejak zaman Melaka sehingga kini dan pendekatan dinamik yang perlu ada bagi badan-badan dakwah melihat potensi yang terdapat samada di kalangan umat Melayu mahupun di kalangan yang Bukan Melayu atau Bukan Islam.

DUSTUR DAKWAH

Rasulullah SAW menganjurkan suatu dustur dakwah yang terbaik seperti yang terungkap dalam Hadithnya “ Serulah ke jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dengan pekerti teladan yang baik dan hujah-hujah yang terbaik dan meyakinkan”. Dustur atau kaedah dakwah ini amat releven dalam realiti Malaysia. Sebagai dai’ dan murabbi, dihadapannya terdapat potensi mad’u atau orang yang hendak di dakwah dalam segala peringkat dan latarbelakang.

Pertama, kena ada sifat kasih sayang dan belas kasihan yang tinggi terhadap orang yang hendak di dakwah. Berdakwah dengan memberikan label dan sindiran boleh menyebabkan yang didakwah akan lari dan tidak tertarik dengan cara yang diambil. Kita harus menginsafi bahawa tidak semua orang yang didakwah memiliki latar pendidikan dan binaan keluarga yang baik. Sesetengah yang ingin kita dakwah adalah orang-orang yang cicir dalam keluarga, mengalami kelompangan hati dan kekeliruan minda. Orang-orang seperti ini mudah terdedah kepada kefasadan dan kemungkaran kerana tidak memiliki kesedaran rohaniah.

Kedua, apabila kita melihat kemungkaran atau ketidakbaikan yang dilakukan oleh seseorang, perbuatan itu tidak kita sertai. Tetapi jauh dalam lubuk hati kita terpancar rasa belas kasihan terhadap apa yang berlaku. Lalu datang gerak dalam hati untuk mendekatinya sebijaksana mungkin. Sekiranya pendekatan ini dilakukan bagi mengajaknya kembali ke jalan yang benar ada kemungkinan ia akan kembali kepada fitrah hidup semula. Sekiranya kejayaan ini ada ,bermakna ia tidak lagi terus menerus melakukan kemungkaran, sebaliknya sudah bersama dengan kita hidup dalam kemakrufan. Berdakwah tidak saja dengan silat lidah tetapi yang amat berkesan ialah silat hati. Hubungan hati dengan hati atas asas dakwah kerana Allah sering mengembalikan insan ke jalan yang benar. Mengambil pendekatan kasar, suka melabel dan gopoh selalu menyebabkan orang yang didakwah lari malah amalannya akan menjadi lebuh teruk lagi.

Ketiga, melakukan dakwah perlu ada persiapan. Faham akan sasaran, tingkat pemikiran, rasa kesabaran dan kebijaksanaan, contoh teladan diri yang baik dan tidak mudah berputus asa. Harus ada sikap bahawa setiap yang ingin di dakwah ada potensi untuk berubah. Hal ini penting kerana cabaran dakwah tidaklah mudah tetapi harus diingat melakukan dakwah adalah tugas dai’ sebijaksana mungkin tetapi yang memberikan hidayah adalah Allah.

Keempat, kuasai ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang khususnya ilmu-ilmu yang Islami, kerana jenis cabaran yang menghadapi masyarakat kini tidak saja rohaniah sifatnya tetapi perkembangan ilmu yang menjangkau ke daerah sains dan teknologi. Ilmu ini harus diolah dengan bijaksana bermula dengan mengukuhkan aqidah dan iman, ibadah dan syariah supaya terhasil akhlak yang baik.

MEMAHAMI KEUNIKAN MALAYSIA

”Manhaj Malizie” mengajak para dai’ dan murabbi, pendakwah-pendidik memahami tentang keunikan Malaysia supaya para pendakwah faham akan suasana yang membolehkan dakwah berkembang, kaedah yang tidak saja memantapkan aqidah dan iman tetapi mampu akhirnya menyuburkan ilmu yang dapat menjadi benteng mendepani cabaran perubahan dan kemajuan yang memerlukan acuan yang betul dan Islami. ”Manhaj Malaysia” bukan sekadar menimbulkan keinsafan tentang pentingnya akhlak karimah disuburkan tetapi dengan kekuatan ilmu dan ketrampilan, ia memungkinkan saluran alternatif diberi tidak saja dalam pembangunan ilmu tetapi juga dalam memberikan arah yang betul pemahaman tentang seni dan budaya supaya kemajuan yang berlaku sentiasa dalam acuan yang makruf. ”Manhaj Malizie” mengambil pendekatan wasatiah atau sederhana sesuai dengan risalah Islam itu iaitu sejahtera.

Pendakwah dan pendidik harus sentiasa memiliki sikap berlapang dada untuk menerima kritik dan teguran dan jangan mengambil pendekatan radikal yang tidak serasi dengan resam budaya masyarakat dan boleh menyebabkan gerakkerja dakwah menjadi fitnah. Gerakerja dakwah harus sentiasa dimurnikan dengan usaha-usaha dai’ dan murabbi yang istiqamah terhadap perjuangan, yakin akan keberkesanan dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon kekuatan.

DAKWAH RASULULLAH BERASASKAN FATANAH.

Salah satu sifat Rasulullah SAW ialah fatanah atau bijaksana. Dalam dakwah pendekatan bijaksana amatlah dituntut. Bijaksana mempunyai makna yang amat luas. Ia menghubungkan antara maksud idealisme dengan realiti (waqie). Ia mengaitkan faktor realiti dengan isu strategi. Bijaksana juga mengaitkan tahap kefahaman dan pemikiran orang yang di dakwah dengan pemikiran dan tahap pengetahuan  para pendakwah.

Dakwah Rasulullah tidak sekadar kata-kata yang bersifat ajakan, nasihat, seruan dan peringatan terhadap sesuatu tetapi terlihat kepada kesabaran, kelembutan kata-kata, kesesuaian mad’u atau orang yang di dakwah, ketegasan menyatakan prinsip dan pedoman, kejelasan menyatakan yang maaruf dan mungkar.

Berdepan dengan Abu Jahal dan Abu Lahab, Rasulullah adalah amat tegas dengan persoalan aqidah. Bertemu dengan bapa saudaranya Abu Talib, Rasulullah amat lembut menyatakan kebenaran dan hak. Menghadapi karenah seorang perempuan Yahudi yang membencinya, Rasulullah amat sabar dan bijaksana sehingga perempuan itu kembali kepada fitrah.

SEJARAH DAKWAH DI DUNIA MELAYU

Tetapi sifat zaman berubah dan faktor ruang sifatnya dinamik. Dakwah di dunia Melayu adalah amat unik. Keupayaan pendakwah mendekati Raja dan Penguasa berupaya mengembalikan mereka kepada fitrah. Perubahan yang berlaku kepada Raja dan Penguasa diikuti oleh rakyat jelata. Ianya adalah suatu kebijaksanaan. Pendakwah zaman silam amat memahami realiti kepercayaan masyarakat pada zaman itu. Fahaman Hindu dan Buddha, keyakinan rakyat jelata kepada faham sharman atau kuasa-kuasa ghaib terlihat dalam adat dan budaya, gaya hidup dan juga pemikiran.

Kehebatan pendakwah pada masa itu mampu mendekati ahli ilmu dengan makna iman dan takwa, mendekati karyawan tentang makna seni dan sastera, mendekati ahli bahasa mengenai bahasa al Quran, menerima aspek-aspek budaya setempat yang tidak bercanggah dan menghasilkan kitab-kitab yang senafas dengan citarasa setempat.

Darinya lahir majlis-majlis ilmu mengenai aqidah dan ibadah, jenis puisi seperti pantun yang aslinya dari budaya Melayu, syair, gurindam, seloka, nazam, qitah dan prosa yang bersifat hikayat sebagai khazanah seni dan ilmu yang memperkaya pemikiran umat Melayu suatu ketika dulu.

Kebijaksanaan inilah juga menjadikan Islam semakin berkembang di dunia Melayu menghasilkan karyawan terbilang seperti penghasilan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, tokoh-tokoh tasawwuf seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al Nariri, Shamsuddin al Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel dengan kitab-kitab besar masing-masing serta menghasilkan Sheikh Daud al Fatani dengan kitab-kitab feqahnya yang amat terkenal dan menjadi rujukan ulama’-ulama’ terkemudian.

Tradisi ini akhirnya telah mampu menyerapkan ribuan istilah al Quran ke dalam bahasa Melayu sehingga sesetengah ilmuan mengatakan proses dakwah dan Islamisasi telah berjalan dengan baik di Alam Melayu sehingga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Islam.

Kekentalan tradisi dakwah dan Islam ini jugalah yang terbukti menjadi benteng yang amat ampuh menghadapi proses Salibiyyah penjajah yang silih berganti berada di Alam Melayu untuk lebih empat ratus tahun. Makna Melayu amat sinonim atau disamakan dengan Islam dan orang-orang Islam di Alam Melayu adalah dari rumpun Melayu. Islam dan Melayu adalah sesuatu yang sebati dalam konteks agama, sejarah dan kebudayaan.

MENGISI MAKNA KEMERDEKAAN

Selepas kita mencapai kemerdekaan, keperluan untuk mengisi makna kemerdekaan menjadi suatu cabaran. Malang sekali anakanak bangsa yang terpilih menjadikan Barat sumber membangunkan kekuatan baru ke arah kemajuan dan perubahan. Proses pembaratan dalam bentuknya yang berbeza menjadi subur dan akhirnya menimbulkan konflik antara tradisi Islam yang sedia ada dengan pengaruh Barat yang semakin mengakar.

Ianya memberikan tindakbalas di kalangan yang sedar tentang pentingnya dakwah diperkasakan dan Islam dijadikan asas dan landasan hidup dan bernegara. Di waktu itu faham nasionlisme Melayu amat kuat tetapi elemen Islam tetap dianggap penting. Ahli-ahli politik, bahasa, kebudayaan dan ilmuan masih dalam kesedaran dan keinsafan bahawa faktor Islam adalah penting bagi survival Melayu. Berlakulah penyegaran Islam hingga menyebabkan dakwah berkembang dan minat generasi muda terhadap Islam di tahun-tahun 70an, 80an dan 90an berlaku dengan hebat sekali.

Tetapi suasana masyarakat di awal abad 21 sedang mengalami perubahan yang amat pesat dalam semua lapangan. Proses pembaratan yang berlaku diperkukuhkan lagi dengan strategi Globalisasi yang menyebabkan corak komunikasi dan telekomunikasi berubah, sistem maklumat dan keilmuan menjadi sejagat dan rangkaian internet, website dan weblog telah menjadi semakin dekat dengan masyarakat Malaysia khususnya di kalangan generasi muda.

Keadaan sebegini menyebabkan lahirnya kecenderungan baru dikalangan warga Malaysia untuk maju dan membangun. Di kalangan pendakwah berdepan dengan cabaran baru yang lebih sengit. Sesetengah orang Melayu tidak lagi terpikat dengan cara ceramah, khutbah, dakwah seperti yang berlaku pada tahun-tahun 70an, 80an dan 90an. Setengahnya mula terpaut dengan faham liberal akibat pengaruh Barat, materialisme dan konsumerisme yang semakin kuat khususnya di kalangan kelompok menengah Melayu. Di kalangan generasi mudanya sebahagian besarnya sudah mula terpikat dengan pengaruh budaya dan gaya hidup Barat menerusi pengaruh media letronik dan cetak yang memancarkan gaya hidup Barat yang lepas bebas.

Suatu aspek lain yang muncul ialah di sebalik usaha pengukuhan Islam dalam konteks pentadbiran Islam di Malaysia, mula muncul suara-suara di kalangan yang Bukan Islam tentang makna pluralisme yang baru dan pengungkitan kembali aspek-aspek teras dalam Perlembagaan negara dan ianya boleh menjejas hubungan antara kaum.

Oleh itu amat penting para pendakwah di abad ini mencari kebijaksanaan dalam mengambil pendekatan  memilih kaedah yang terbaik dalam realiti yang pantas berubah. Pendekatan ”bottom-up” harus diperkasa dengan memberikan strategi alternatif terhadap isu Islam. Ilmuan Islam samada yang lahir dalam orientasi Al Azhar, Jordan , Madinah, UIAM atau yang pernah belajar di Barat dan di Timur dan pernah terimbau dengan gerakan dakwah dan jamaah seharusnya mencari jalan terbaik bagaimana cabaran keilmuan menjadi faktor utama yang bakal menentukan arah aliran perubahan dan pembangunan masa depan.

Jenis modal insan yang perlu dibangunkan harus memiliki upaya dan keseimbangan dalam memahami ilmu Islam, Barat dan Timur kemudian mengambil faedah berbanding dari Barat dan Timur untuk diperkasakan dalam Acuan Kita Sendiri. Inilah cabaran dakwah bijaksana di abad ini.

MENCARI KEBIJAKSANAAN

”Manhaj Malizie” memberi fokus tentang memperkasakan Umat Melayu sebagai umat teras atau contoh. Dalam konteks Malaysia orang-orang Melayu dilihat sebagai mewakili umat Islam dan juga Islam itu sendiri. Al Quran dalam Surah

memberikan kita pedoman tentang maksud umat terbaik.

Konsep Melayu seiring dengan maksud Surah al Hujurat ayat 13 yang memberikan asas diciptakan bangsa-bangsa atas maksud litaarrafu sifat kekenalan yang mencetuskan perubahan, kesalingan dan tamadun. Pada hari ini para pendakwah tidak saja berdepan dengan masalah mengekalkan umat Melayu terus berada dalam fitrah tetapi pengaruh globalisasi yang berkembang di pelbagai dimensi menyebabkan proses liberalisasi dan sekularisasi berkembang dengan cepat. Tanpa suatu pendekatan dakwah yang dinamik kekuatan Umat Melayu sebagai umat teras akan beransur-ansur hilang.

Dakwah secara lisan dan dakwah bil hal perlu disuburkan dalam keluarga, di lembaga pendidikan dan juga di Pusat Pengajian Tinggi supaya generasi penerus merasakan bahawa mewujudkan iklim dakwah yang subur di Malaysia adalah suatu tuntutan. Tanpa strategi ini kegiatan dakwah akan menjadi kegiatan terpencil dan cabaran merosakkan generasi muda akan terus berkembang.

Tarbiyyah Qur`aniyah Pemantap Kerohanian dan Pengukuh Gerakan Islam Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini

Untuk cetak, sila klik versi pdf ini: Tarbiyyah Qur`aniyah Pemantap Kerohanian

****************************************

Tarbiyyah Qur`aniyah Pemantap Kerohanian dan Pengukuh Gerakan Islam Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini

1. Pendahuluan

Tarbiyyah Qura`aniyah ialah manhaj tarbiyyah yang paling berkesan dalam membangun insan dan insaniyyahnya. Insan yang dibangunkan oleh Qur`an dengan dokongan sunnah dan bimbingan Rasulullah S.A.W. dapat melahirkan insan yang sebenar yang terbina hatinya, akalnya, emosinya, nalurinya dan jasmaninya secara seimbang. Ia dapat melahirkan kesedaran dan tanggungjawab manusia terhadap Allah, dirinya, manusia lain, alam sekitar dan segala ciptaan Allah yang lain. Insan yang dibina oleh tarbiyyah Qur`aniyyah ini mampu membangun peradaban yang tinggi dalam sejarah tamadun manusia dalam masa yang amat singkat samada peradaban kebendaan, keilmuan dan kerohanian serta membangun sistem hidup yang lengkap yang berpaksikan tauhid, berbudayakan ilmu dan berhiaskan akhlak yang tinggi.

  1. 2. Pengertian Tarbiyyah Qur`aniyyah dan sasarannya

Pengertian Tarbiyyah Qur`aniyyah

Qur`an ada menggunakan istilah tarbiyyah[1], ta`lim[2] dan Rasulullah menggunakan ta`dib[3] untuk maksud pendidikan.

Tarbiyyah ialah proses membangun potensi manusia yang meliputi akal, rohani, emosi dan jasmaninya. Ta`lim ialah proses penyampaian ilmu kepada manusia melalui pengajaran mengikut keperluan potensi nya yang ada. Manakala ta`dib ialah proses pembangunan kualiti kemanusiaannya sebagaimana yang semestinya mengikut lunas-lunas syarak. Maka Tabiyyah Qur`aniyyah maksudnya di sini ialah proses mendidik seluruh potensi manusia yang sepatutnya dibangunkan melalui penyampaian ilmu khusus dan umum yang diperlukan serta penghayatannya agar ia melahirkan insan yang sempurna melalui pembinaan akal, rohani, emosi dan jasmaninya secara sepadu berdasarkan Qur`an, Sunnah dan pengalaman ilmuan yang muktabar.

Insan sebagai sasaran Tarbiyyah

Qur`an menggunakan istilah insan[4] (manusia) atau al-Nas[5] (manusia) atau basyar[6] (manusia) untuk maksud manusia. Ia mengandungi aspek rohani, jasmani, akal emosi dan nalurinya. Aspek jasmaninya disebut anggota-anggota yang zahir seperti alat pendengaran, penglihatan, alat berfikir[7], kaki[8], tangan[9], kepala[10], kulit[11], badan[12] dan angota-anggota yang lain. Manakala aspek rohaninya meliputi ruh[13], nafs[14], qalbu- fu`ad[15] dan aspek emosinya pula ialah khauf[16] (takut), hazan[17] (dukacita), `ajal (gopoh), khalu`a[18] (tidak tenteram), sakinah[19] (tenteram), karahah[20] (marah), was-was[21] dan shak[22] manakala nalurinya ialah hubb[23] (cinta), kepergantungan kepada yang lain (dhaif)[24] dan hawa nafsu (hawa)[25], lapar dan dahaga[26].

Tarbiyyah Qur`aniyyah mensasarkan kepada manusia untuk membangunkan kelima-lima potensi manusia itu agar proses pembangunannya berlaku secara seimbang dan secara tabi`i melalui bimbingan Quran dan panduan Rasul agar semuanya terarah kepada memenuhi tuntutan Allah dan menggunakan potensinya itu bagi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah dan hambaNya yang mampu memakmurkan alam ini sebagaimana yang diingini oleh Allah.

Selain dari itu proses kejadian manusia juga dijelaskan oleh Qur`an di mana asal manusia itu dari unsur tanah, kemudian dimulai dengan benih (nutfah), diikuti percantuman benih dengan telur (alaqah) menjadikannya janin, kemudian diikuti dengan kelahiran sebagai bayi dan membesar sehingga dewasa dan seterusnya menjadi tua dan ada setengahnya mati sebelumnya. Allah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan apabila Dia kehendakinya maka diperintahkannya jadilah maka jadilah ia[27].

Manusia yang Allah sebutkan di dalam Qur`an itu sejenis makhluk yang amat berbeza sekali dengan makhluk-makhluk Allah yang lain dari sudut keindahan rupa parasnya yang zahir dan segala elemen yang terkandung di dalam dirinya sama ada yang zahir dan yang batinnya, demikian juga proses kejadiannya.

  1. Skop Tarbiyyah Qur`aniyyah

Lima perkara yang menajdi sasaran kepada pendidikan Islam iaitu akal, rohani, naluri, emosi dan jasmani. Rasulullah s.a.w. ada memberi garis panduan umum dalam proses pendidikan itu merangkumi tiga aspek asas yang perlu digarap iaitu tarbiyyah aqidiyyah, tarbiyyah syar`iyyah dan tarbiyyah nafsiyyah. Tiga aspek ini terkandung dalam maksud hadith Rasulullah s.a.w. ketika baginda ditanya oleh Jibril tentang iman, Islam dan ihsan. Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa iman ialah kamu percaya kepada Allah, Malaikat, rasul dan Hari akhirat serta Qada` dan Qadar Allah baik dan buruk. Islam ialah kamu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Rammadhan dan menunaikan haji Ka`baitullah bagi yang berkuasa dan Ihsan pula ialah hendaklah kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak dapat melihatNya, maka Allah sedang melihat kamu.[28]

Hadith di atas menyebut tiga perkara asas yang perlu diserapkan ke dalam diri individu Muslim iaitu Imam, Islam dan Ihsan. Iman bererti membenarkan perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah, mengakui kebenarannya dengan lidah dan beramal secara zahir, segala apa yang diyakininya manakala Islam pula ialah meyerah diri dan mematuhi segala tuntutan akidah dan syariah melalui amalan zahirnya seperti melafaz syahadah solat dan lain-lain. Dan Ihsan pula ialah menentukan keadaan posisi hati dalam hubungannya dengan Allah dalam keimanan dan amalan-amalan yang dilakukan didorong oleh tulus ikhlas kepada Allah semata-mata demi untuk membersihkan hati dari unsur-unsur negatif dan kekotoran yang mencemari hati manusia bagi mencapai keredhaan Allah.

Maka unsur niat kerana Allah dan amalan kerana Allah merupakan asas utama dalam amalan muslim untuk mendapat pahala dan keberkesanannya kepada hati sanubari manusia yang dapat mempengaruhi tingkahlaku dalam kehidupannya kerana setiap perintah Allah itu mempunyai kesannya tersendiri ke atas individu Muslim. Kalau dilihat kepada aspek akidah, syariah dan akhlak sebenarnya matlamat akhir dari ketiga-tiga ini ialah bertujuan untuk meluruskan hati manusia dan bertautannya kepada Allah dalam semua tindakan dan dalam semua keadaan dalam kehidupannya samada ia ibadat khusus atau ibadat umum.

  1. Pembangunan hati sebagai sasaran Utama Pendidikan Qur`an.

Qur`an menyebut tentang hati dengan berbagai istilah seperti Qalb[29], Fu`ad[30], Nafs[31], ruh[32] dan aql[33]. Mengikut kenyataan Imam Al-Ghazali bahawa istilah – istilah yang disebut oleh Qur`an itu ada dua pengertiannya; pengertian fizikalnya Qalb itu merujuk kepada jantung manusia yang memberi daya kehidupan kepadanya, manakala pengertian rohaninya merujuk kepada pengertian al-Latifah al-Rabbaniyyah[34] iaitu keupayaan rohaniyyah yang Allah sediakan dalam diri manusia untuk membolehkannya memahami dan menyelami alam ketuhanan dan segala rahsianya, yang boleh mendatangkan ikatan hubungan yang mendalam seseorang hamba dengan Allah s.w.t. yang boleh mendatangkan kesan kepadanya tentang kesedaran tanggungjawab untuk memenuhi tuntutan syariat Allah dengan penuh keredhaan kepadaNya dengan melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan khalifahNya yang dipertanggungjawabkan ke atasnya untuk memakmurkan alam ini.

Dengan terbinanya hati hakiki ini yang boleh menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap Allah dengan penuh keredhaan itu akan menjadikan seseorang manusia terbina hatinya dengan baik dan peribadinya sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud “apabila baiklah ia maka baiklah segala anggota badan manusia itu iaitu baik hati (Qalb)”.[35]

Maka kesan daripada pembinaan hati yang menjadi baik ini dapat difahami dari kenyataan hadith Qudsi yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ….hambaku berterusan menghampirikan diri kepadaku dengan amalan-amalan sunat (al-Nawafil) sehingga aku cinta kepadanya, apabila aku cinta kepadanya maka pendengarannya adalah dengan pendengaranku, penglihatannya adalah dengan penglihatanku, perjalanan kakinya adalah dengan perjalananku, jika ia memohon pertolongan dari ku aku memberi kepadanya dan jika ia memohon perlindunganku aku melindunginya.[36]

Tarbiyyah ruhiyyah yang dilakukan melalui riyadhah nafsiyyah dengan amalan-amalan rohaniyyah adalah bertujuan untuk menghapuskan sifat-sifat hati yang keji seperti hasad dengki, takabbur, riyak, tamak, bakhil, kebencian, kemarahan, perseteruan dan sebagainya serta menimbulkan sifat-sifat terpuji seperti pemurah, bersyukur, benar, simpati, sangkabaik, ikhlas, rendah diri, sabar, kesedaran, jihad dan sebagainya. Riyadhah Nafsiyyah ini bermula dengan amalan wajib seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya kemudian diikuti dengan amalan-amalan sunat muakkadah seperti solat sunat iring waktu, tahajjud dan sunat-sunat yang lain, bersedekah selepas berzakat , berpuasa sunat selepas wajib, berterusan membaca al-Quran, berzikir, beriktikaf dan bertafakur. Apa yang jelas dari nas di atas menunjukkan bahawa kesuburan hati dan kemanisan iman itu dapat bertambah melalaui amalan-amalan sunat dan bertafakur, serta bersedekah dan berpuasa sunat.

Bagi menyempurnakan keperibadian muslim ilmu tambahan diperlukan bagi menampung keperluan masyarakat dan mengislahkan kehidupan mereka, ia meliputi ilmu perubatan, ilmu perekonomian, ilmu perusahaan, ilmu pertukangan dan ilmu hukum yang diperlukan.

Ilmu-ilmu ini merupakan asas kepada kewujudan, kehidupan dan kesinambungan sesebuah masyarakat yang boleh menjamin penerusan hidupnya dan pengekalan tamadunnya. Oleh itu tarbiyyah dalam bidang ilmu kemasyarakatan ini juga amat diperlukan. Kalau ilmu kerohanian merupakan asas pengukuhan pembinaan individu dan jati diri maka ilmu-ilmu kemasyarakatan ini pula dapat mengukuhkan ikatan masyarakat dan mengekalkan tamadun sesuatu bangsa. Maka kedua-duanya mesti digarap bersama dan dihayatinya berterusan demi untuk mencapai kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi.

  1. Keperluan Gerakan dalam Pembangunan Rohani dan Kemasyarakatan

Said Hawa ada menyatakan bahawa dalam pengalaman gerakan Islam semasa timbul suatu keadaan yang tidak jelas arahnya maka dengan itu ia tidak akan membuahkan hasil. Sebahagian dari pendokong-pendokong gerakan Islam semasa didapati mengambil tarbiyyah sufiyyah dari sudut pemikiran dan pembawaannya secara umum (mujmal) dan tidak mendalam justeru, ia melahirkan kesan di mana kebanyakkan dari pendokong-pendokong gerakan Islam yang diasaskan oleh Hasan al-Banna merasakan dirinya kosong dari sudut kerohaniannya, lalu sebahagian dari mereka (untuk memenuhi kekosongan itu) telah pergi berguru kepada Sheikh atau Sheikh-Sheikh yang tidak memahami hakikat gerakan dakwah semasa dan keperluan-keperluan asasnya, maka mereka itu telah dipesongkan dari melakukan kewajipan-kewajipan yang amat penting yang Allah wajibkan untuk dilaksanakan pada masa ini.

Selain dari itu hendaklah kita semua sedari bahawa zaman ini adalah zaman penumpuan manusia kepada kepuasan nafsu syahwat dan megejar kebendaan. Oleh itu untuk mengatasi gejala negatif ini hendaklah dilakukan yang sepadan dengannya untuk melawannya.

Maka di sini dengan tegas saya menyatakan bahawa tarbiyyah sufiyyah adalah satu-satunya yang berupaya mengatasinya. Gejala nafsu syahwat tidak dapat diselesai dengan hanya kata-kata dan ucapan nasihat malah ia lebih kepada tuntutan tindakan hati, demikian juga gejala kebendaan tidak dapat diselesaikan dengan kata-kata dan ucapan nasihat sahaja, malah ia perlu dibina perasaan, kecenderungan dan kehendak berasaskan keimanan yang mendalam. Tabiat liar tidak dapat diubati hanya dengan kata-kata, ia perlu diubati dengan perasaan kecintaan kepada Allah, ketakwaan, wara’ dan beradab. Inilah jalan tasawuf yang amali.[37]

Dalam amalan kerohanian untuk pembinaan hati dan pembersihannya dari sifat-sifat mazmumah dan cintakan dunia hendaklah memenuhi beberapa syarat iaiitu ilmu; melakukan amalan itu berasaskan ilmu, dan adanya amal, iaitu tindakan zahir terhadap amalan tersebut, dan akhirnya ialah hal iaitu kedudukan posisi hati dalam melaksanakan amalan itu kerana Allah semata-mata demi untuk mendapat keredhaanNya. Selain dari itu dalam beramal kita perlukan mujahadah (kesungguhan), muraqabah (penelitian supaya menepati syarak) dan akhirnya muhasabah (penilaian) dan diikuti dengan Khauf (Kebimbangan) dan Raja` (harapan).

Dilihat kepada tabiat kejadian manusia itu ia memerlukan penjagaan , dari sudut fizikalnya perlu kepada zat-zat makanan dan minuman yang bersesuaian iaitu halal dan berkhasiat (halalan Tayyiba`) dan riyadhah demi hidupnya. Manakala hati pula ia juga perlu kepada bahan untuk kekuatan dan ketahanannya, maka amalan-amalan kerohanian itulah yang menjadi makanannya, sama ada yang wajib dan yang sunatnya. Ia diistilahkan sebagai Riyadhah al-Nafs atau Tazkiyah al-Nafs.

Pembangunan peribadi yang terbina dengan disiplin tarbiyyah ruhiyyah yang haraki ia tidak merasa senang dengan hanya kepuasan beribadat dan berzikir. Tetapi jiwanya yang terbina dengan nilai-nilai kerohanian yang berorientasi harakah itu tidak boleh berdiam diri tanpa melibatkan diri dengan kegiatan pembangunan masyarakat terutamanya melakukan usaha untuk memenuhi tuntutan syariat yang meletakkan tanggungjawab khalifah ke atas dirinya untuk memakmurkan alam ini mengikut acuan syara`, sama ada ia untuk kepentingan kehidupan sesama manusia atau makhluk-makhluk Allah yang lain seperti tumbuhan, binatang, sumber bumi, air dan lain-lain.

Orang yang menyedari tanggungjawab gerakan ia mesti memenuhi dua tuntutan ini iaitu membangun diri (tuntutan fardhu`ain) dan membangun masyarakat (tuntutan farhdu kifayah). Maka dengan usaha dua pembangunan ini dan perlaksanaannya terhasillah individu dan masyarakat Islam yang sempurna.

Kesimpulan

Bagi menentukan arah tuju pergerakan itu kita perlu memahami dua asas utama; pertama memahami manusia itu dan posisinya dalam hubungannya sebagai hamba Allah, keduanya posisinya dalam hubungannya dengan manusia-manusia lain, dan makhluk-makhluk lain dari ciptaan Allah s.w.t. kemudian diikuti dengan kesedaran tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang bertanggungjawab membangunkan alam ini berteraskan kehendak dan hukum Allah.

Maka dengan menyedari dua perkara ini dari segi persediannya maka asas-asas tarbiyyah mestilah terarah kepada pembangunan jati diri peribadi dan kesedaran tanggungjawab untuk membangun masyarakat. Kedua-dua pembangunan ini berlaku seiring dan pendokong-pendokong gerakan mesti bekerja ke arah itu bagi memenuhi tuntutan firman Allah:

وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون وستردون الى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعملون

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) bekerjalah kamu sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu, demikian juga dan rasulnya serta orang-orang mukmin dan kamu akan dibawa ke alam ghaib dan nyata kamu akan dimaklumkan tentang apa yang kamu telah lakukan (didunia) .

Marilah sama-sama kita berusaha dengan penuh mujahadah untuk mencari keredhaan Allah dan mengislah masyarakat mengikut acuan syariat Allah S.W.T. sebagaimana yang diperintahkan.

Disediakan oleh:

Prof. Madya Dr. Abdul Halim El-Muhammady


Nota Penghujung

[1] Qur`an, al-Isra`, 24

[2] Qur`an, al-Baqarah, 31

[3] Suyuti (t.t), al-Jami`ah al-Saghir, syarikah Maktabah wa matba`ah al-babi al-halabi wa awladuhu, Misr, jil . 1, hlm, 14

[4] Qur`an, al-Rahman, 55

[5] Qur`an, al-Nas, 2

[6] Qur`an, al-Kahf, 110

[7] Qur`an, al-Ahqab, 26

[8] Qur`an, al-Maidah, 5

[9] ibid

[10] ibid

[11] Quran, al-Nisa`, 56

[12] Qur`an, al-Baqarah, 247

[13] Quran, al-Isra`, 85

[14] Qur`an, al-Fajr, 28

[15] Qur`an, as-Syuara`, 89, al-Sajdah, 23

[16] Qur`an, al-Baqarah, 216

[17] ibid

[18] Qur`an, al-Anbiya`, 27: al-Ma’arij, 19

[19] Qur`an, al-Fath, 4

[20] Qur`an, al-Baqarah, 216

[21] Qur`an, al-Nas, 5

[22] Qur`an, Yunus, 94

[23] Qur`an, al-Baqarah, 216

[24] Qur`an, al-Ahad, 2; al-Nisa`, 28

[25] Qur`an, al-Jathiah, 23

[26] Qur`an, al-Ghasyiah, 7

[27] Nawawi (t.t.), sahih Muslim, Qahirah, jld 1, hlmn 15

[28] Lihat nota 15

[29] Lihat nota 15

[30] Lihat nota 13

[31] Lihat nota 13

[32] Lihat nota 14

[33] Lihat nota 14

[34] Lihat Ghazali (t.t), Ihya` Ulum al-Din, Isa al-babi al-halabi, Misr, Jild 3, hlm 3-4

[35] hadith

[36] Nawawi, Riyadh al-Salihin, Maktabah Muhammad, al-nahdi wa awladuhu, Misr, hlm 65, ulasan Muhd Imawah

[37] Said Hawwa, 2006, Tarbiyatuna al-Ruhiyyah, Dar al-Salam, Misr, hlm 13

Konsep Pembangunan Insan Dalam Islam

Nota perbincangan usrah bulanan MUAFAKAT pada 1hb Mei 2007 yang dibentang oleh Presiden MUAFAKAT, Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar.

*******************************

Mukadimah

1. Untuk menghuraikan tajuk ini, kita perlu menjelaskan makna tiga perkataan: insan, Islam dan pembangunan

2. Sebelum menjelaskan konsep pembangunan insan dalam Islam kita perlu menjelaskan terlebih dahulu ajaran agama Islam tentang insan

3. Seperti yang dapat dilihat nanti, konsep insan dalam Islam tidak sama dengan konsep insan dalam sistem kepercayaan dan pemikiran Barat moden yang sekarang ini mempengaruhi seluruh dunia walau pun terdapat banyak kesamaan

Konsep Insan

1. Sumber utama ajaran Islam tentang insan ialah Kitab suci al-Quran. Sumber utama pandangan tamadun Barat moden tentang manusia ialah ilmu sains yang sudah dipengaruhi oleh beberapa kepercayaan dan ideologi falsafah

2. Tegasnya, konsep manusia dalam tamadun Islam adalah bersumberkan agama; dalam tamadun Barat moden, ia bersumberkan falsafah dan sains yang dihasilkan oleh akal fikiran semata-mata

3. Dalam tamadun Islam, peranan falsafah dan sains ialah untuk memperhalusi lagi ajaran-ajaran yang terdapat di dalam al-Quran

4. AlQuran memberitahu kita bahawa manusia adalah makhluk Tuhan yang dicipta khusus oleh-Nya:

4.1 manusia bukan hasil proses evolusi seperti yang didakwa oleh teori evolusi biologi moden

4.2 manusia adalah spesis makhluk paling sempurna: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan insan dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (surah al-tin, ayat 4)

4.3 lagi keistimewaan kejadian manusia menurut al-Quran: “Tuhan yang telah menciptamu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan kamu seimbang. Dan dalam apa sahaja bentuk dan rupa yang dikehendaki-Nya, Dia menyusun kejadianmu.” [surah al-infitar, ayat-ayat 7-8]

4.4 manusia dijadikan daripada berbagai-bagai unsur daripada pelbagai jenis alam: unsur-unsur jasmani/fizikal (tanah) yang membentuk tubuh badan manusia; unsur-unsur ruhani (ruh; akal; hati-kalbu) yang membentuk diri ruhani dan diri akliah manusia; unsur-unsur kejiwaan (nafs) daripada alam kemalaikatan (ruhani), alam jinn (psiki/halus) dan alam haiwaniah

4.5 tentang unsur-unsur jasmani, al-Quran menegaskan: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering yang berasal daripada lumpur hitam yang berubah bentuknya” (surah al-hijr, ayat 26)

4.6 tentang unsur-unsur ruhani, al-Quran menegaskan: “Kemudian, apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan ruh padanya maka hendaklah kamu sujud kepadanya” (surah al-hijr, ayat 29)

4.7 tentang unsur-unsur akliah, al-Quran menegaskan: “Mengapa kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu melupai akan diri kamu sendiri; pada hal kamu semua membaca Kitab Allah (Taurat)? Tidakkah kamu berakal?” (surah al-baqarah, ayat 44)

4.8 tentang unsur-unsur ruhani berkaitan dengan hati-kalbu, al-Quran menegaskan: “Dialah yang menurunkan sakinah (ketenangan) ke dalam hati-kalbu orang yang beriman supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan yang sedia ada” (surah al-fath, ayat 4)

4.9 al-Quran juga merujuk kepada hati-kalbu sebagai sarang penyakit ruhaniah: “Dalam hati-kalbu mereka terdapat penyakit, lalu Allah menambahkan lagi penyakit mereka dan mereka pula akan beroleh azab yang pedih disebabkan mereka berdusta.” (sural al-baqarah, ayat 10)

4.10 tentang dada (sudur) sebagai lokasi niat, perasaan, rahsia individu dsb, al-Quran menegaskan: “Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi serta Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan. Allah Maha Mengetahui segala yang terkandung di dalam dada.” (surah al-taghabun, ayat 4)

4.11 tentang unsur-unsur kejiwaan dari alam ruhani atau kemalaikatan, al-Quran menegaskan: “Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya.” [surah al-fajr, ayat-ayat 27-28]

4.12 tentang unsur-unsur kejiwaan yang boleh dibangunkan sama ada untuk kebaikan atau kejahatan, al-Quran menegaskan: “Demi jiwa dan penyempurnaannya. Maka Allah mengilhamkan jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada ketaqwaan.” [surah al-shams, ayat-ayat 7-8]

4.13 tentang unsur-unsur kejiwaan yang dikaitkan dengan sifat-sifat dan nafsu kebinatangan, al-Quran menjelaskan: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami turunkannya ke tempat yang serendah-rendahnya.” (surah al-tin, ayat-ayat 4-5)

5. Manusia adalah makhluk paling istimewa oleh kerana pencapaian ilmunya. Manusia boleh berada pada kedudukan yang lebih tinggi di sisi Allah s.w.t. berbanding dengan para malaikat sekiranya dia mempunyai ilmu-ilmu tertentu:

Al-Quran menegaskan: “Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam segala nama benda-benda, kemudian dikemukakan-Nya (benda-benda itu) kepada malaikat, lalu Dia berfirman: “Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.” Para malaikat menjawab, “Maha suci Engkau! Kami tidak mempunyai pengetahuan kecuali sekadar apa yang Engkau telah ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.” Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.”

6. Kelebihan Nabi Adam diiktiraf oleh malaikat: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kepada Adam.” Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, serta ia menjadi sebahagian daripada golongan yang kafir.” (surah al-baqarah, ayat-ayat 31-34)

7. Kesimpulannya, manusia dijadikan daripada unsur-unsur daripada semua alam: alam fizikal, alam halus/psiki dan alam ruhani termasuk ruh yang Allah tiupkan dari sisi-Nya. Oleh kerana unsur-unsur daripada semua alam terdapat pada diri manusia maka manusia disebut dalam tradisi Islam sebagai alam kecil atau mikrokosmos (al-‘alam al-saghir). Inilah konsep insan bersepadu yang telah diajarkan oleh agama. Konsep ini berbeza dengan konsep-konsep insan serpihan yang sekarang ini berleluasa di dunia termasuk di kalangan umat Islam

8. Mengapakah manusia dijadikan sebagai manusia yang sedemikian rupa? Jawapannya: agar manusia dapat berperanan sebagai hamba (‘abd) Allah dan khalifah Allah di muka bumi, iaitu satu tempat istimewa dalam alam semesta yang Dia telah pilih sebagai tempat kediaman sementara manusia:

8.1 Menurut al-Quran: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (surah al-dhariyat, ayat 56)

8.2 “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (surah al-baqarah, ayat 30)

9. Kepentingan ilmu: manusia dapat memainkan peranannya sebagai hamba dan khalifah Allah dengan baik hanya sekiranya dia memiliki ilmu. Tanpa ilmu yang sesuai dia tidak akan dapat memainkan kedua-dua peranan tersebut

Memahami Ajaran Pokok Agama Islam

1. Ilmu untuk manusia beribadat kepada Allah dan ilmu untuknya berperanan dan berfungsi sebagai khalifah Allah: Bolehkah manusia mencari sendiri ilmu-ilmu ini? Jawapannya: Tidak boleh! Manusia perlukan bimbingan Ilahi: maka Allah telah mewahyukan al-Quran sebagai kitab panduan

2. Bagi memainkan peranan masing-masing sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah Allah, kaum Muslimin perlu memahami dan menguasai ilmu agama Islam yang terkandung di dalam al-Quran. Allah telah mempermudahkan manusia untuk memahami agama Islam. Menurut sebuah hadis, Allah telah mengutus malaikat Jibra’il kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sekumpulan para sahabat untuk mengajar mereka agama (al-din). Intisari agama terdiri daripada tiga aspek/juzuk: islam, iman dan ihsan. Nama agama Islam diambil daripada aspek atau juzuk pertama, iaitu islam

3. Aspek Islam merujuk kepada rukun Islam yang lima; aspek iman merujuk kepada rukun iman yang enam; aspek ihsan merujuk kepada kualiti penghayatan rukun islam dan kualiti penghayatan rukun iman pada tahap kesempurnaan dan kecemerlangan

4. Rukun iman adalah asas kepercayaan dan pemikiran Islam; rukun Islam adalah asas pembentukan masyarakat dan umat Islam; ihsan adalah asas sistem keruhanian Islam. Ilmu tentang ketiga-tiga juzuk intisari agama ini wajib dimiliki oleh setiap orang: ilmu-ilmu ini adalah bertaraf fardu ‘ain

5. Manusia adalah individu dan juga anggota masyarakat. Dia perlu memainkan peranannya sebagai hamba dan sebagai khalifah Allah secara individu dan juga secara kolektif. Untuk memudahkan penganut Islam memainkan peranan khalifah Allah secara kolektif, Allah telah menyediakan syariat sebagai sumber peraturan hidup bermasyarakat dan bernegara. Ilmu yang wajib dimiliki oleh masyarakat pada tahap yang memadai, iaitu yang boleh menjamin kesejahteraan masyarakat, tetapi tidak semestinya dimiliki oleh setiap warganegara disebut sebagai ilmu fardu kifayah

Konsep Pembangunan Insan

1. Konsep pembangunan insan dalam Islam semestinya berdasarkan kepada konsep insan dan ajaran pokok agama Islam yang telah dihuraikan tadi

2. Prinsip-prinsip pembangunan insan dalam Islam adalah seperti berikut:

a. teras pembangunan masyarakat dan negara adalah pembangunan insan; teras pembangunan insan adalah pembangunan keruhanian kerana kemajuan keruhanian merupakan tujuan sebenar manusia dicipta oleh Allah s.w.t.

b. pembangunan kebendaan adalah alat kepada pembangunan insan: teknologi dicipta untuk menjadi hamba kepada manusia, bukannya manusia menjadi hamba kepada teknologi

3. Ciri-ciri pembangunan insan menurut Islam meliputi:

a. kemajuan keimanan,

b. kemajuan keilmuan,

c. kemajuan akhlak,

d. penyuburan amal salih/kerja-kerja kebajikan, dan pada umumnya amr bi’l-ma’ruf (komitmen kepada kerja-kerja kebaikan),

e. kesungguhan dalam menggerakkan nahy ‘ani’l-munkar (memerangi kemungkaran, jenayah, rasuah, keganasan dan seumpamanya), dan penghayatan keadilan

4. Seluruh sistem kemasyarakatan – sistem pendidikan, sistem perundangan, sistem ekonomi, sistem politik, sistem kebudayaan, dan sebagainya – malahan seluruh tamadun, disusun dan digerakkan bagi tujuan mencapai matlamat pembangunan insan seperti yang telah dijelaskan

5. Syariat Islam adalah syariat yang Allah telah anugerahkan kepada manusia dengan tujuan untuk membolehkan umat Islam mencapai matlamat pembangunan insan dengan harga yang termurah!

Kesimpulan

1. Pembangunan insan dalam Islam adalah pembangunan yang menghayati maqasid al-shari’ah (tujuan-tujuan syariat Ilahi), khususnya lima tujuan pokok Syariat Islam, iaitu

i. memelihara agama;

ii. memelihara akal;

iii. memelihara nyawa;

iv. memelihara keturunan; dan

v. memelihara harta.

2. Dengan terjaminnya kelima-lima perkara ini maka barulah terjamin kesejahteraan dan keadilan masyarakat dan dengan itu juga terjaminnya pembangunan insan yang sebenar.

Wabillah al-tawfik wal-hidayah, wa bihi nasta’in.

Penguasaan Ilmu Dalam Era Globalisasi

Catatan nota yang dibentangkan pada Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Umat 7 Feb 2009 di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya


Penguasaan Ilmu Dalam Era Globalisasi

Osman Bakar, PhD

Profesor Emeritus Falsafah Sains, UM
Timbalan Ketua Eksekutif, IAIS
Presiden MUAFAKAT

1.Isu-Isu Utama Untuk Dibincangkan

1.1.Era Globalisasi

1.1.1.Mengenalpasti cabaran-cabaran globalisasi terhadap umat Islam

1.2.Penguasaan Ilmu

1.2.1.Ilmu apa yang diperlukan oleh umat Islam zaman ini?

1.3.Peranan Para Ilmuwan di IPTA/IPTS

1.3.1.Bagaimana para ilmuwan Muslim dapat memajukan ilmu pengetahuan umat dan menyegarkan budaya ilmunya

2.Era Globalisasi & Cabaran-Cabarannya

2.1.Makna globalisasi

2.1.1.Globalisasi ialah suatu himpunan proses pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia.

2.1.2.Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal atau bukan fizikal. Boleh jadi ia dalam bentuk maklumat, ide, nilai, institusi, atau sistem.

2.1.3.Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat kian kait mengait, saling bergantung dan kompleks sifatnya.

2.2.Dimensi-dimensi globalisasi

2.2.1.globalisasi ekonomi

2.2.2.globalisasi politik

2.2.3.globalisasi kebudayaan dan keagamaan

2.2.4.globalisasi keilmuan

2.2.5.globalisasi demografi

2.3.Tiga (3) era (gelombang) globalisasi

2.3.1.gelombang pertama: era Islam (kurun ke-9M hingga kurun ke-16)

2.3.2.gelombang kedua: era kuasa-kuasa penjajah Eropah (kurun ke-16 hingga Perang Dunia Kedua)

2.3.3.gelombang ketiga: era dominasi Amerika (pasca Perang Dunia Kedua/pasca kolonial)

2.4.Cabaran globalisasi gelombang ke-3

2.4.1.Dampak kebaikan

2.4.1.1.peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan

2.4.1.2.peningkatan mobiliti sosial

2.4.1.3.peluang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan

2.4.1.4.komunikasi yang lebih mudah dan murah

2.4.1.5.peluang yang lebih luas untuk manusia daripada berbagai kumpulan etnik dan agama berinteraksi

2.4.1.6.penonjolan ide-ide dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang, dan hak-hak asasi manusia

2.4.1.7.hak-hak asasi kaum wanita

2.4.2.Dampak keburukan

2.4.2.1.kualiti alam sekitar yang semakin merosot

2.4.2.2.pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar

2.4.2.3.pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin

2.4.2.4.modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan

2.4.2.5.pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatan yang semakin melebar

2.4.2.6.penyebaran budaya kepenggunaan (consumerism) yang bertentangan dengan nilai-nilai kerohanian dan moral yang murni

2.4.2.7.pembentukan budaya global yang seragam (homogen) menerusiperanan perbadanan transnasional dan media komunikasi global

2.4.2.8.penyebaran budaya pop Amerika

2.4.2.9.kecenderungan IPT untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknikal dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan

2.4.2.10.pembanjiran maklumat yang tidak berguna

2.4.2.11.dunia Barat memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia

2.4.2.12.pengantarabangsaan penyakit

2.4.2.13.pengantarabangsaan jenayah

3.Penguasaan Ilmu

3.1.Islam sebagai agama ilmu pengetahuan

3.2.Cabaran keilmuan adalah cabaran terbesar terhadap Islam

3.3.Cabaran keilmuan adalah cabaran setiap zaman

3.4.Perlu dikenalpasti ilmu yang diperlukan oleh umat Islam bagi menghadapi cabaran-cabaran yang tersenarai di atas

4.Peranan Para Ilmuwan IPT

4.1.Memahami perspektif Islam tentang ilmu

4.2.Mendalami pengetahuan tentang sejarah pemikiran Islam

4.3.Memahami tamadun moden dan buruk baiknya

4.4.Menguasai bidang pengkhususan masing-masing

4.5.Memahami dan mendalami epistemologi Islam

4.6.Mengaitkan bidang pengkhususan masing-masing dengan epistemologi Islam

4.7.Memahami dampak baik dan dampak buruk globalisasi

4.8.Berikhtiar untuk menangani cabaran-cabaran globalisasi seperti yang tersenarai

4.9.Membantu mewujudkan jaringan ilmuwan Muslim di tanah air dan di peringkat antarabangsa