Archive for the ‘Program’ Category

SEMINAR PENGUKUHAN ‘AQIDAH DAN KEPENTINGAN ‘ILMU DALAM IBADAH

SEMINAR PENGUKUHAN ‘AQIDAH DAN KEPENTINGAN ‘ILMU DALAM IBADAH

Tema:

PENCERAHAN TASAWWUR AHLI SUNNAH WAL JAMA‘AH

 Anjuran:

Pihak Pengurusan Felda Lurah Bilut dan

Imam dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Falahi

 Kerjasama:

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

TARIKH:

4hb April 2015 (Sabtu)

 Bersamaan

14 Jamadil Akhir 1436H

MASA:

9:00 pagi – 5:00 petang

TEMPAT:

Masjid Al-Falahi Felda Lurah Bilut

Bentong, Pahang

Wacana PEMBELA dan NGO Islam ” Isu-isu Islam dan Umat Islam Menjelang PRU 13″

 
Wacana PEMBELA dan NGO Islam
 
“Isu -isu Islam Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
 
Tempat  :  Restoran Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
 
Tarikh   :  Ahad 28hb April 2013
 
 

Tentatif

8.30-9.30 pagi
Pendaftaran dan Ketibaan hadirin
 
9.30 Pagi
Kata Aluan Pengerusi Majlis/Doa
 
9.35 Pagi
Aluan Moderator: Dr Yusri Mohamad, Pemgerusi PEMBELA
 
9.45 Pagi
Panelis1
Dato’ Nadzim Johan, PPIM
 
10.10 Pagi
Panelis2
Datuk Zaini Hassan, Utusan Malaysia
 
10.35 Pagi
Panelis3
Ust Kazim Elias, Hafiz/Penda’wah
 
11.00 Pagi
Panelis4
Prof. Dato’ Sidek Baba, UIAM
 
11.25 Pagi
Sessi Perbincangan
 
12.15
Penutup/Sidang Media (Panelis)
Makan tengahhari
Bersurai

Tempat adalah Terhad dan hadirin diminta mendaftar (first come first serve basis)

Kelas Pengajian Secara Talaqi Bakhurah Al-Amani (Kitab Ilmu Tawhid)

Kitab       :     Bakhurah Al-Amani (Kitab Ilmu Tawhid)

Karya       :     Shaykh Wan Ismail bin Wan Abd Al-Qadir Al-Fatani (Pak Da ‘E)

Pengajar :     Ustaz Ridhauddin bin Tuan guru Haji Abdul Wahab

(Murid Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pondok Guar Kepayang, dan Tuan Guru haji Salleh Pondok
Sik, Kedah)

Tempat  :    BS2, Tingkat 1, Blok A, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Masa       :    5:30 petang – 11:00 Malam (7:30 – (:00 Solat, Rehat)

Tarikh    :     Jumaat pertama setiap bulan (05 April, 03 Mei, 07 Jun, 05 Julai,06 September, 04 Oktober,
01 November, 06 Disember)

Anjuran:    Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam dan Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Semua Dijemput Hadir

Dr Wan Adli bin Wan Ramli
Naib Presiden
MUAFAKAT

SEMINAR MEMARTABATKAN ISLAM AGAMA NEGARA (SEMAIAN) PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2013

Semaian

Seminar Mendaulatkan Islam – Agama Negara (SEMAIAN)

Anjuran

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat)

Dengan Kerjasama

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Tarikh: 6hb April 2013

Masa: 8:00 Pagi – 2:00 Petang

Tempat: Institut Tadbir Islam, Ipoh Perak (INTIM)

 
Cadangan Aturcara
 
08.00 Pagi
Pendaftaran Peserta/Sarapan
 
09.00 Pagi
Pembentang 1
Islam Agama Negara: Ancaman Terhadap Kedaulatannya
Oleh:
Tuan Haji Naseer Disa
Biro Undang-Undang MAIWP
 
 
10.00 Pagi
Pembentang 2
Faham Liberalisme – Pluralisme Agama Mengancam Kedaulatan Perlembagaan Persekutuan
Oleh:
En. Karim Omar
Setiausaha Agung MUAFAKAT
 
11.00 Pagi
Pembentangan 3
Gerakan menentang Islam Sebagai Agama Negara
Azril Mohd Amin Naib, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
 
 
12.30 Tengah hari
Majlis Perasmian
 
Bacaan Doa
 
Ucapan Aluan
Oleh:
Ismail Mina Haji Ahmad
Presiden MUAFAKAT
 
 
Ucapan Perasmian & Amanat
Oleh:
Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji
Husin
Pengarah
Jabatan Agama Islam Perak Darul Ridzuan
 
2.00 Petang
Makan Tengah Hari/ Bersurai
 

Peringatan: Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT Ke 8

Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT Ke 8

Tarikh:

30 Mac 2013 (Sabtu)

Pendaftaran bermula 9:00

10:00 pagi – 12:00 tgh

Tempat:

Pejabat MUAFAKAT

No. 25, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Agenda Mesyuarat:

  1. Muqaddimah dan lantikan pencatat minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 8
  2. Membincang dan Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-7 2012
  3. Membincang dan Meluluskan Laporan Tahunan 2012
  4. Membincang dan Meluluskan Penyata Kewangan 2012
  5. Perkara-perkara berbangkit
  6. Hal-hal lain
  7. Ucapan Penangguhan Presiden

Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Untuk Allahyarham Prof Dr Usman El-Muhammady

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil untuk Allahyarham Prof Dr Usman El-Muhammady:

Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur.

Waktu : Selepas Solat Isyak Berjemaah.

Tarikh : 26hb Mac 2013

SEMINAR MENDAULATKAN ISLAM AGAMA NEGARA (SEMAIAN) PERINGKAT NEGERI KEDAH

Semaian Kedah

Seminar Mendaulatkan Islam – Agama Negara (SEMAIAN)

Anjuran

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat)

Dengan Kerjasama

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dan Jabatan Hal Ehwal Islam Kedah (JHEIK)

Tarikh: 16hb Mac 2013 (Sabtu)

Masa: 8:00 pagi – 1:30 tengah hari

Tempat: Dewan Wawasan Jitra, Kedah Darul Aman

Cadangan Aturcara

08.00 Pagi
Pendaftaran Peserta/Sarapan
 
08.45 Pagi
Ucapan Aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa
 
 
09.00 Pagi
Ucap Utama:
Memartabatkan Islam Sebagai Agama Negara
Yang Amat Berbahagia Tun Haji Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim
Mantan Ketua Hakim Negara
 
09.45 Pagi
Pembentangan Kertas Kerja :
Tuntutan HAM Sejagat dan Kedaulatan Islam Dalam Perlembagaan’.
Azril Mohd Amin Naib, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
 
 
10.30 Pagi
Forum: Isu-isu Semasa Islam: Respon Kita.
 
Ahli Panel
 
Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi
Pensyarah Kulliyyah Syariah Kolej Universiti INSANIAH
 
Prof. Madya Dr. Ismail bin Hj Ishak
Pengarah Pusat Islam
Universiti Utara Malaysia
 
 Ismail Mina Ahmad
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
 
Moderator:
Ustaz Mohd Isa bin Abd Rahman
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK)

 

12.30 tgh
Perasmian/penutup
Oleh: YB. Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
 
Makan Tengah hari
 
Solat Zuhur

Hebahan: Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT Ke 8

Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT Ke 8

Tarikh:

30 Mac 2013 (Sabtu)

Pendaftaran bermula 9:00

10:00 pagi – 12:00 tgh

Tempat:

Pejabat MUAFAKAT

No. 25, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Agenda Mesyuarat:

  1. Muqaddimah dan lantikan pencatat minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 8
  2. Membincang dan Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-7 2012
  3. Membincang dan Meluluskan Laporan Tahunan 2012
  4. Membincang dan Meluluskan Penyata Kewangan 2012
  5. Perkara-perkara berbangkit
  6. Hal-hal lain
  7. Ucapan Penangguhan Presiden

Pertahankan Islam agama Persekutuan

SEPERTI tahun lalu, sekali lagi Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (Semaian).

Seminar percuma yang diadakan di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang pada 5 Januari (Sabtu) ini akan membincangkan pandangan popular bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sekular dengan Islam sekadar agama rasmi.

Pandangan tersebut adalah salah kerana ketiga-tiga perkataan – demokrasi, sekular dan rasmi – tidak wujud sama sekali dalam Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya yang ada hanyalah Perkara 3(1) iaitu “Islam is the religion of Federation (Islam agama bagi Persekutuan).”

Ia bermaksud Islam bukan sekadar agama rasmi yang terhad kepada amalan berbentuk keagamaan dan ritual semata-mata tetapi turut terpakai dalam perkara-perkara melibatkan dasar dan undang-undang negara.

Bukti Islam bukan sekadar agama rasmi amat jelas apabila terdapat peruntukan dalam Perlembagaan yang mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama lain di kalangan penganut Islam.

Perkara itu disahkan lagi menerusi penegasan kerajaan pada 22 Oktober 2012 di Dewan Rakyat bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.

Walaupun penegasan itu diterima dengan rasa lega oleh umat Islam, masih terdapat ahli politik yang mempersoalkan penegasan tersebut dengan penuh prejudis dan mengeksploitasi isu itu semata-mata bagi melebar pengaruh politik mereka.

UIMA-Utusan2Jan2013-SEMAIANMenurut Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad (gambar), perkara tersebut akan dihurai dengan mendalam oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Tokoh yang cukup arif berhubung soal perundangan negara itu akan menyampaikan ucap utama bertajuk ‘Memartabatkan Islam Sebagai Agama Negara’ pada seminar berkenaan.

Jelas Ismail Mina, isu sama akan dibincangkan oleh Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mahamad Naser Disa yang akan membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Ancaman Terhadap Kedudukan Islam Agama Negara’.

Beliau berkata, isu ancaman itu amat penting dibincangkan kerana kedaulatan Islam terus dicabar golongan demokrasi liberal yang berpandangan agama tidak memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara.

Katanya, bagi mereka kedudukan Islam hanyalah sekadar agama rasmi sama dengan agama-agama lain dan mereka juga menuntut supaya agama lain diberikan hak dan kedudukan sama rata dengan Islam.

“Tuntutan ini diperkuatkan lagi menerusi cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang termasuk ke atas agama Islam.

“IFC bertindak dan berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-kes berkaitan hak individu dalam mengamalkan kebebasan beragama dan ini secara tidak langsung meletakkan kedudukan agama-agama lain sama dengan agama Islam,” ujarnya.

Katanya, ancaman lain yang akan disentuh oleh Mahamad Naser ialah mengenai fahaman pluralisme agama yang akan melenyapkan kedaulatan Islam dalam pelbagai aspek kehidupan dan pentadbiran negara.

“Fahaman menyamakan taraf semua agama akan menyebabkan kerajaan juga perlu memperuntukkan belanjawan untuk agama- agama lain dan semua agama berhak untuk menyebarkan ajaran masing-masing termasuk kepada orang Islam,” katanya.

Beliau berkata, satu lagi isu yang akan turut disentuh adalah mengenai pemikiran demokrasi liberal yang berpaksikan kepada Hak Asasi Manusia (HAM) secara ekstrem yang semakin menular dalam politik negara.

Jelas beliau, isu itu akan dibincangkan oleh Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Azril Mohd. Amin yang akan membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Islam Agama Negara: Antara Tuntutan HAM Sejagat dan Kedaulatan Islam Dalam Perlembagaan’.

Katanya, golongan berkenaan beranggapan prinsip kebebasan hak asasi manusia perlu diutamakan, dan prinsip Islam yang berasaskan wahyu Allah SWT sudah kolot dan tidak perlu diberikan perhatian dalam penggubalan dasar dan undang-undang negara.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, topik peranan raja-raja Melayu dalam mendaulatkan agama Islam akan dibincangkan oleh Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz.

Beliau akan membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara: Peranan Raja-Raja Melayu Berpaksi Perlembagaan Persekutuan’.

Menurut Ismail Mina, kuasa raja-raja Melayu bagi memelihara Islam sebagai agama Persekutuan adalah jelas apabila terdapat peruntukan dalam Perlembagaan yang memberikan mereka kuasa mutlak berkaitan hal- ehwal Islam.

Katanya, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di setiap negeri pula adalah sebuah badan yang menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh raja-raja selaku ketua agama Islam bagi setiap negeri.

Satu lagi kertas kertas kerja bertajuk ‘Islam, Raja dan Melayu Sebagai Paksi Keutuhan Negara Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan’ akan dibentangkan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah.

Maklumat lanjut mengenai seminar berkenaan boleh diperoleh melalui laman web http://muafakatmalaysia.com atau menelefon 03-41071025.

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

Cara Mudah Mendaftar Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN)

logo-seminar SEMAIAN+JAKIM

Cara mudah dan cepat untuk pra-daftar Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) – Peringkat Nasional:

[untuk maklumat tajuk-tajuk pembentangan dan para pembentang – sila klik di sini]

***

daftar percuma

***

1. Daftar melalui SMS:

Taipkan [Nama] [No. KP] [No. Telefon] – hantar ke 013-281-1169

Jika ada lebih dari satu nama – senaraikan semua maklumat tersebut dan selangi dengan tanda palang “/”

2. Daftar melalui panggilan telefon:

Hubungi:

  • Urus Setia SEMAIAN 2012: 03 4107-1025, atau
  • Sdr. Nik: 013-281-1169

Berikan maklumat:

  • Nama
  • No. KP
  • No. telefon
3. Daftar melalui emel:
Taipkan “Pra-Daftar SEMAIAN” pada “perkara/subject” emel
Berikan maklumat:
  • Nama
  • No. KP
  • No. telefon
Hantar emel ke: muafakat_malaysia@yahoo.com
Senaraikan maklumat-maklumat di atas jika ramai yang ingin mendaftar sekali gus.
4. Faks Borang Pengesahan Kehadiran
Borang boleh dimuatturun dari:

Borang Maklumbalas Penyertaan SEMAIAN (dalam format MS-Word)

Borang Maklumbala Penyertaan SEMAIAN (dalam format pdf)

Hantar melalui Faks: 03 4106-1026

****

PADA HARI WACANA:
1. Lapor di kaunter PENDAFTARAN (kaunter mula dibuka pada jam 8:00 pagi)
2. Periksa nama anda – tandakan kehadiran
3. Dapatkan beg dan kertas kerja seminar.
  • Majlis bermula jam 8:00 pagi – dengan pendaftaran dan Sarapan.
  • Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak urus setia:
    • Urus Setia SEMAIAN: 03 4107-1025, atau
      • Sdr. Nik: 013-281-1169