Desak kerajaan lucut kerakyatan

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN – utusanpenang@utusan.com.my
DARI kiri: Muhamad Naser Disa, Abdul Aziz Hanafi dan Ahmad Murad Merican berbincang sesuatu pada Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara di Butterworth, Pulau Pinang, semalam. – UTUSAN\MOHD. SAZALI CHE DIN

BUTTERWORTH 17 Julai – Kerajaan didesak supaya menarik kerakyatan mana-mana individu yang mencabar Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam atau mempersoalkan apa jua undang-undang yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Desakan itu adalah salah satu daripada lima resolusi yang diluluskan sempena Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara anjuran Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) dan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) di sini, hari ini.

Selain itu, seminar itu turut sebulat suara meluluskan resolusi menolak sebarang usaha mempolitikkan kesucian nama Allah dan semua pihak perlu menghormati prinsip kesyumulan dan kesempurnaan Islam.

Presiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd. Nor ketika mengumumkan kelima-lima resolusi berkenaan berkata, semua ketetapan yang diluluskan dalam seminar itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bulan depan.

‘‘Seminar juga menggariskan syor supaya sejarah Kedaulatan Islam dan umat Islam di Pulau Pinang yang ditonjolkan melalui pensejarahan bersifat euro-centric dirombak untuk memberi penerangan lebih jelas kepada generasi masa depan,” katanya.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan seminar tersebut yang menyentuh cabaran dalam menegakkan kedaulatan agama Islam di negara ini.

Kertas kerja pertama dibentang oleh Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican bertajuk Sejarah Awal Melayu Pulau Pinang manakala kertas kerja kedua bertajuk Menegakkan Negara Islam Satu Kewajipan pula dibentangkan Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof Madya Abdul Aziz Hanafi.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami, Mahamad Naser Disa membentangkan kertas kerja ketiga bertajuk Cabaran dan Kekangan Dalam Usaha Memartabatkan Islam Menurut Perlembagaan Persekutuan.

Mohamed Nordin berkata, resolusi keempat pula ialah penguasa politik berkewajipan mendaulatkan Islam sebagai agama negara dan negeri serta menolak campur tangan politik dalam urusan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

‘‘Resolusi kelima pula ialah bagi merealisasikan keempat-empat perkara di atas, maka perpaduan umat Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah hendaklah digerakkan secara serius dan berterusan tidak hanya terhenti setakat laungnya semata-mata,” katanya sambil disambut laungan Allahuakbar sebanyak tiga kali oleh peserta.

Advertisements

2 comments so far

  1. […] Desak kerajaan lucut kerakyatan […]

  2. […] Desak kerajaan lucut kerakyatan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: