Isu Diolog Sunnah-Syiah

uima-syiah-utusan29jun2013-png

Sukacita saya merujuk kepada rencana bertajuk Ulama Sunni Syok Sendiri? Utusan Malaysia, Selasa 20 Ogos 2013, yang berdasarkan pandangan Datuk Ahmad Faris Abdul Halim.

Setelah membaca rencana tersebut saya membuat kesimpulan bahawa Ahmad tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai sejarah dan ajaran agama Syiah serta psikologi penganutnya, lantas dia mencadangkan supaya diadakan dialog antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penganut Syiah.

Dialog antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan perkara baru. Dia menuduh ustaz-ustaz Sunni tak berani berdepan dengan puak Syiah.

Dialog seperti cadangan Ahmad itu pernah dibuat di zaman klasik Islam lagi, kemudian di zaman moden ini, diusahakan oleh Muhibuddin al-Khatib di Mesir sekitar tahun 1950-an, kemudian di India dan beberapa tahun lepas, dialog antara Syaikh Yusuf al-Qardhawi dengan Rafsanjani bekas Presiden Iran, di TV Al Jazeera.

Semua dialog itu gagal! Sebab apa? Sebabnya premis mereka berbeza daripada premis Sunni dan lagi, perangai mereka seperti Yahudi iaitu berbohong, putar belit dan khianat kepada persetujuan!

Saya ingin bertanya Ahmad. Dalam dialog itu, kita nak mula daripada premis apa? Sudah tentu sebagai seorang Muslim kita wajib bertolak dari premis ‘Aqaid dalam semua struktur, dimensi dan perspektif.

Mungkin Ahmad atau orang lain akan berkata, dalam sesuatu dialog, kita tidak boleh kenakan sebarang syarat. Perlu diingat, ini bukan dialog politik tetapi dialog agama, maka mesti dikenakan syarat, sebab puak Syiah mendakwa ia sebahagian dari Islam.

Sama seperti kita berdialog dengan penganut ajaran sesat yang lain seperti Arqam, Ayah Pin, Qadyani dan lain-lain. Kita mesti dikenakan syarat. Antara syaratnya ialah mereka mesti menerima para Sahabat dan para isteri Nabi SAW sebagai sumber dan faktor dominan Islam kerana merekalah sebenarnya yang membina epistemologi al-Islam yang berteraskan kepada al-Hadith al-Nabawiyyah yang menjadi dasar al-Islam bersama al-Quran.

Satu perkara yang Ahmad lupa mengenai perangai ulama Syiah ialah mereka ini pembohong dan pemutar belit. Cuba anda lihat kepada kes dialog menerusi surat menyurat antara Syaikh Salim al-Bisyir, bekas Rektor al-Azhar dengan Musavi Syiah Lebanon tidak dahulu. Selepas kematian Salim al-Bisyir, Musavi menerbitkan buku bernama al-Muraja’at berdasarkan surat menyurat tersebut.

Kenapa selepas kematian Bisyir? Sebabnya, Musavi yang kalah dalam berhujah itu membuat manipulasi dan mengubah isi kandungan surat-menyurat tersebut sehingga menampakkan kepada ramai bahawa al-Bisyir kalah dalam berhujah dan dia menang.

Adalah tidak masuk akal yang sihat, Rektor al-Azhar boleh kalah hujah. Yang sebenarnya Musavi mahu tutup malu oleh sebab kekalahannya dengan membuat penipuan dan manipulasi. Itu adalah perangai ulama Syiah – menipu. Menipu menjadi doktrin agama mereka yang bernama taqiyyah dan kitman.

Ahmad menuduh ustaz-ustaz Sunni syok sendiri dan tidak dapat berhujah dengan mantap dan tidak menggunakan sumber-sumber Syiah sendiri. Adakah Ahmad sudah meneliti semua hujah yang diberi oleh ustaz-ustaz Sunni?

Jika diteliti kenyataan-kenyataan bertulis dalam media khususnya Utusan Malaysia misalnya, ustaz-ustaz kita itu berhujah cukup mantap kecuali bagi orang Syiah. Seperti kaum Musyrikin Mekah, mereka menolak hujah Nabi SAW walaupun hujah tersebut seperti terangnya matahari di tengah kepala!

Memanglah puak Syiah hilang daya intelektual dan ilmiah mereka kerana berpegang kepada dalil khurafat daripada buku-buku Kulayni atau Khomeini yang penuh dengan tahayul dan khayalan.

Dalam berhujah, ustaz-ustaz Sunni memang memetik daripada kitab-kitab muktabar Syiah seperti Usul al-Kafi dan juga karya Khomeini sendiri. Kitab mana lagi dari literatur penting Syiah yang Ahmad hendak ustaz-ustaz kita itu rujuk? Tolong senaraikan.

Mualana Nu’mani misalnya, merujuk sekitar 200 buah kitab Syiah sekadar mahu menghasilkan sebuah buku yang tebalnya kira-kira 100 helai sahaja! Tulisan Maulana Nu’mani ada diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan golongan Sunni terbitkan dalam tahun 1980-an.

Dalam suatu seminar pada tahun 1980-an dahulu, Ahli Sunnah membongkar kesesatan ajaran Syiah berdasarkan karya autentik mereka sendiri. Ustaz-ustaz kita tidak dengar cakap orang semata-mata seperti dakwaan Ahmad.

Saya percaya Ahmad tidak mengikuti perkembangan wacana mengenai kesesatan Syiah yang dibuat sejak tahun-tahun 1980-an lagi di serata ceruk Malaysia atau Ahmad termakan umpan Syiah?

Ahmad amat keliru mengenai al-Quran versi Syiah. Dia menuduh ustaz-ustaz Sunni membuat spekulasi kerana mengambil daripada sumber dengar cakap. Jika Ahmad ulang tengok dalam akhbar Utusan Malaysia, mengenai kesesatan ajaran Syiah, jelas penulis rencana tersebut menyebut sumber rujukan yang diambil dalam membuat kenyataan yang Quran Syiah berbeza daripada al-Quran pegangan kaum Muslimin. Sila Ahmad rujuk Utusan Malaysia beberapa minggu lepas.

Yang pasti Ahmad tidak membaca literatur-literatur Syiah berkaitan dengan al-Quran ini. Saya cadangkan Ahmad baca wasiat Khomeini dan di sana, anda akan dapati Khomeini sedang menunggu Mushaf Fatimah yang akan dibawa keluar oleh imam mereka yang kedua belas itu. Sila baca juga kitab besar Syiah seperti Usul al-Kafi karya Kulayni dan Fasl al-Khitab karya Husin al-Tabarsi kalau nak tahu lebih lanjut, apa yang mereka kata kepada Mushaf ‘Uthman pegangan orang Islam.

Ahmad berkata perlu kita kenal pasti aliran Syiah mana yang berkembang di Malaysia, yang melampau dan yang akan mengganggu-gugat keamanan, keharmonian dan kestabilan negara. Perlu disedari bahawa, semua Syiah adalah bersifat melampau dan mengancam keselamatan dan keharmonian masyarakat Islam terutamanya dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Ulama Islam tidak membezakan jenis-jenis Syiah kecuali Syiah Mufaddaliyyah atau firqah Zaidiyyah yang tidak mengkafirkan Sahabat. (Bukan semua Zaidiyah diterima kerana ada firqah Zaidiyah yang ditolak).

Elok Ahmad meneliti kitab klasik Sunni seperti Maqolat Islamiyyin, al-Farq baynal Firaq, Tabsir fi’d-din dan lain-lain. Bahkan sila Ahmad tengok sendiri buku Khomeini al-Hukumah al-Islamiyyah yang meletakkan ketinggian imam mereka melebihi para Nabi. Bukankah ini melampau? Ini sebenarnya suatu penghinaan kepada para Nabi.

Ahmad benar-benar tidak faham mengenai ajaran-ajaran Syiah apabila dia menyentuh perbuatan sujud di atas tanah yang dikatakannya pelbagai hujah telah diberi oleh Syiah. Bukan sahaja sujud atas tanah Karbala, bahkan banyak lagi perbuatan dan iktikad Syiah yang mereka kata berdasarkan hujah.

Memang benar mereka kemukakan dalil dan hujah tetapi perlu difahami bahawa ajaran sesat di Malaysia pun memberi dalil dan hujah tetapi dalil dan hujah mereka itu adalah berdasarkan tahyul dan khurafat semata-mata.

Saya suka tegaskan sekali lagi bahawa dialog dengan Syiah adalah tidak berfaedah. Justeru tidak perlu diadakan, memandangkan mereka mempunyai sistem akidah dan Syariah tersendiri seperti Kristian, Baha’i, Ahmadiyah dan lain-lain. Dan juga kerana sifat kedegilan mereka untuk menerima hujah dan kebenaran.

Kita guna pakai peraturan sedia ada dalam menangani isu penyebaran ajaran Syiah ini dan dalam masa yang sama, kita perkasakan wacana keilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130828/re_05/Isu-dialog-Sunnah-Syiah#ixzz2dFHqppJg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Advertisements

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: