Lebih 1500 Peserta Hadir Wacana Isu-isu Aqidah Di UMT

Lebih 1,500 peserta hadir Wacana Isu-isu Semasa Aqidah: Pluralisme Agama yang telah diadakan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam, 15hb Januari 2011.

Sebahagian dari peserta yang memenuhi kedua-dua tingkat dewan

Sebahagian besar dari peserta terdiri dari mahasiswa UMT sendiri, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali, lain-lain institusi pengajian tinggi sekitar bandaraya Kuala Terengganu, para pegawai masjid, wakil-wakil NGO serta orang awam.

Majlis bermula jam 8:45 pagi dengan bacaan al Quran oleh Qari jemputan dari Institut Quran Terengganu, Tuan Haji Mohd Hafas bin Haji Ali.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Haji Mohd Radzi, Pengarah Pusat Islam UMT, yang mewakili Timbalan Naib Canselornya.

Sebahagian dari peserta yang mendengar pembentangan oleh Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady

Majlis yang julung kali diadakan bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam itu di rasmikan oleh Pesuruhjayanya, Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail.

Wacana ini telah diisikan dengan pembentangan lima kertas kerja oleh lima orang pengkaji khas dalam bidang pluralisme agama seperti berikut:

  • Mencermati Doktrin Dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama oleh Dr. Anis Malik Thoha, Pensyarah, Jabatan Usuluddin Dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama: Satu Pengamatan Ringkas oleh Ustaz (Dr) Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Pluralisme di Indonesia: Faham dan Amalan oleh Dr. Syamsuddin Arif, Pensyarah, Jabatan Usuluddin Dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Pluralisme Agama: Ancaman Terhadap Kemurnian Al Quran oleh Dr. Ahmad Bazlie bin Dato Shafei, Pengarah Institut Al-Quran Terengganu (IQT)
  • Ancaman Gerakan Pluralisme Agama Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal oleh Ustaz Aizam bin Mas’ud, Penolong Pengarah (Cawangan Aqidah) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Imam Besar Masjid Abidin Kuala Terengganu, Tuan Haji Aizi Saidi bin Abdul Aziz pada jam 5.00 petang.

2 comments so far

  1. […] Salah satu kertas yang dibentangkan di Wacana Isu-isu Semasa Aqidah: Pluralisme Agama yang telah diadakan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam, 15hb Januari 2011 [baca laporannya di sini] […]

  2. […] Pluralisme Agama” oleh Dr. Anis Malik Thoha, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sempena WACANA ISU-ISU SEMASA AQIDAH: PLURALISME AGAMA tema: MEMBENTERAS GERAKAN PLURALISME AGAMA DAN PEMURT… pada 15 Jan. 2011 (10 Safar 1432) – Sabtu, di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: