Kenyataan Media – MUAFAKAT MENYOKONG PENUH KENYATAAN MUFTI PAHANG “PAHANG LARANG SEBAR SALAFI, WAHABI”

img048 (1)

 

MUAFAKAT MENYOKONG PENUH KENYATAAN MUFTI PAHANG 

“PAHANG LARANG SEBAR SALAFI, WAHABI”

 

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang, Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji Osman di akhbar Sinar Harian bertarikh 5hb Julai 2014 yang melarang penyebaran fahaman aqidah songsang ‘pseudo’ Salafi, Wahhabi dan pemilikan bahan bacaan yang berkaitan di negeri Pahang Darul Makmur.

 

Kita sudah sedia maklum yang Malaysia ini berpegang teguh dengan fahaman serta manhaj Ahli Sunnah Wal Jama‘ah dari sudut aqidah iaitu aliran al-Asya‘irah dan al-Maturidiyyah; amalan Fiqh berdasarkan mazhab Imam Syafi‘i dan ajaran Tasawwuf-Akhlak berdasarkan kepada panduan Imam Ghazali yang selama ini menjadi pegangan umat Islam negara ini.

 

MUAFAKAT berpendirian bahawa kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri-negeri di Malaysia wajib dan perlu dinyatakan secara jelas berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jama‘ah tersebut yang menjadi peneraju dalam sejarah tradisi ilmu Islam.

 

Usaha tegas kerajaan negeri Pahang membanteras fahaman sesat ini  adalah tepat sebelum berkembang serta menyusup masuk dengan lebih parah ke dalam masyarakat Islam dalam semua dimensi dengan tujuan memisahkan Umat daripada pegangan Ahli As-Sunnah Wa al-Jama‘ah sebagai Firqatun Najiyyah “Golongan Yang Terselamat Dunia Akhirat”. Tindakan tegas seperti yang dinyatakan oleh Dato’ Sahibus Samahah seperti penguatkuasaan undang-undang (enakmen) jenayah syariah dengan mendenda dan penjara adalah amat wajar dalam membendung seta menghapus aliran sesat seperti ini.

 

Ismail Mina Ahmad

Presiden, MUAFAKAT

7hb Julai 2014

 

Advertisements

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: