Sekolah Satu Aliran Tingkat Perpaduan Nasional

KUM-Sekolah1aliran-19Jul2013UALA LUMPUR 18 Julai – Kerajaan disyor mewujudkan hanya satu aliran persekolahan di negara ini bagi mengukuhkan perpaduan nasional ekoran pelbagai gejala negatif yang berlaku kebelakangan ini yang dilihat boleh menjejaskan keharmonian antara rakyat.

Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, sekolah pelbagai aliran ketika ini bercanggah dan tersasar jauh daripada Dasar Pendidikan Negara seperti yang termaktub dalam Laporan Razak dan Rahman Talib.

“Menerusi sekolah satu aliran ini, bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai medium pembelajaran dan semua sekolah menggunakan kurikulum yang disediakan Kementerian Pendidikan.

“Menerusinya juga, semua pelajar pelbagai kaum dan agama dapat belajar bersama di bawah satu premis serta berinteraksi dengan lebih kerap dan akrab sekali gus membentuk perpaduan nasional seperti yang diharapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail Mina, bidang pendidikan bukan sahaja bertujuan mencapai matlamat ekonomi tetapi menjadi instrumen penting membina tamadun negara berteraskan keharmonian.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya menubuhkan panel peneliti bagi mengkaji dan memberikan cadangan untuk dikemukakan kepada kerajaan dalam masa terdekat bagi memastikan sekolah satu aliran dapat diwujudkan segera.

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130719/dn_16/Sekolah-satu-aliran-tingkat-perpaduan-nasional#ixzz2ZTMPrDsS
© Utusan Melayu (M) Bhd
Advertisements

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: