Islam agama rasmi, termaktub dalam Perkara 3 (1)

Tun Ahmad Fairuz-SemaianstageKUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim hari ini menegaskan hanya Islam akan kekal sebagai agama rasmi negara ini.

Malah, katanya tiada siapa yang boleh mengganggu-gugat Kedudukan Islam apatah lagi mempersoalkan keseramataan agama.
Tegas Ahmad Fairuz lagi, Islam telah termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan sebagai agama persekutuan  sekaligus telah membatalkan ciri-ciri sekularnya.
Justeru, Ahmad Fairuz berkata Perkara 3 (1) adalah kekuatan bagi umat Islam Malaysia kerana Islam termaktub sebagai agama persekutuan dan dalam masa sama agama lain boleh diamalkan selagi selari dengan prinsip keamanan dan kedamaian.
“Saya ingin menjelaskan di sini atas prinsip-prinsip keamanan dan kedamaian bahawa hanya satu agama sahaja adalah agama Persekutuan iaitu agama Islam walaupun ada pihak lain yang cuba menuntut hak keseramataan.
“Kerana kita sedia maklum bahawa dengan jelasnya Perkara 3 menyatakan yang ‘Ugama Islam’ adalah ‘Ugama bagi Persekutuan’ walau pun ‘ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
“Tidak dapat dinafikan bahawa prinsip ‘aman dan damai’ adalah ajaran dan amalan Islam,” katanya dalam ucaptamanya di Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dihadiri kira-kira 1,200 peserta di sini, hari ini.
Sehubung itu katanya, sejajar dengan martabatnya sebagai Agama Persekutuan terdapat beberapa perkara perlu dipatuhi antaranya melalui Perkara 3 (2)-(5) PP yang mengisytiharkan Yang DiPertuan Agung, Ketua Utama Malaysia, sebagai Ketua Agama Islam bagi wilayah Persekutuan.
Manakala Raja-Raja Melayu adalah Ketua Utama Negeri-Negeri sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Begitulah Islam dimartabatkan sebagai Agama Persekutuan oleh PP sendiri.
logo-seminar SEMAIAN+JAKIMBeliau selain itu menekankan Perkara 11 (4) pula membolehkan ‘Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan, mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Katanya lagi, Perkara 12 (2) PP pula menyatakan adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.
Malah katanya bagi memartabatkan Islam sebagai Agama Persekutuan di mana perlu merujuk kepada Perkara 37 PP.
Untuk rekod Perkara 37 PP mewajibkan “Yang di-Pertuan Agong, sebelum menjalankan fungsinya mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual Keempat di hadapan Majlis Raja-Raja dan dengan kehadiran Ketua Hakim Negara Persekutuan dan sumpah itu hendaklah disaksikan oleh dua orang yang dilantik bagi maksud oleh Majlis Raja-Raja”.
sumber: Antarapos
Advertisements

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: