Wujud Aktivis “Pak Turut” Golongan Liberal, Anti-Islam

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Kebelakangan ini wujud kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiah yang mesra, bersahabat serta saling melengkapi golongan pengamal liberalisme termasuklah anti-Islam.

Ketua Eksekutif Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI), Dr. Amran Muhammad berkata, aktivis serta gerakan dakwah Islamiah yang dulunya diangkat sebagai jurubicara umat mempertahankan agama, kini hanya menjadi “pak turut’ kepada pelopor era pasca-modenisme iaitu kelompok liberalisme dan anti-Islam.

Katanya, akibat daripada tindakan tersebut, integriti dan kredibiliti aktivis serta gerakan dakwah Islamiah semakin merudum dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Lebih parah apabila golongan ini menjadi ejen mengelirukan kefahaman serta pegangan umat Islam, bahkan mereka secara terbuka mempertahankan idea-idea songsang mengenai Islam yang digembar-gemburkan oleh pelopor-pelopor pasca-modenisme beragama di negara ini.

“Lihat sahaja mutakhir ini bagaimana sebahagian golongan berkenaan begitu mesra, bersahabat dan saling melengkapi dengan kelompok pengamal liberalisme serta anti-Islam bukan sahaja daripada aspek pemikiran, bahkan tindak-tanduk yang ‘merestui’ atau ‘meredai’ amalan-amalan baru melampaui tradisi kehidupan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Dakwah Islamiah Dalam Membendung Serangan Pasca-Modernisme‘ [klik untuk baca kertas-kerja] di Seminar Dakwah Nasional di PWTC [klik untuk baca mengenai SDN2012] di sini hari ini.

Sementara itu, Amran memberitahu, serangan yang dihadapi oleh umat Islam pada era pasca-modenisme ini terdiri daripada dua bentuk iaitu pemikiran dan praktikal meliputi pelbagai gerakan sosial yang mengangkat tinggi fenomena seperti transgender, transeksual dan sebagainya.

“Serangan ini biasanya dihalakan kepada golongan remaja yang mudah terpengaruh, para aktivis, profesional serta artisan yang mudah terpesona dengan kehidupan liberal,” ujarnya.

Advertisements

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: