Wajar contohi Filipina, MILF

Muhyiddin Yassin dan Ismail Mina memegang buku Falsafah Agama John Hick: Pengamatan dari Perspektif Ahli Sunnah Wal Jama’ah karya Shaikh (Dr) Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dan dua buku lain pada Seminar Dakwah Nasional 2012 di PWTC, semalam. Turut kelihatan Mohd. Nakhaie Ahmad.

KUALA LUMPUR 8 Okt. – UMNO dan Pas diseru mencontohi perdamaian antara kerajaan Filipina dengan kumpulan pemisah, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dalam usaha menyatupadukan dua parti Islam terbesar itu.

Sambil menyifatkan situasi politik negara sebagai gawat, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, sudah tiba masanya kedua-dua parti itu melupakan sengketa antara mereka.

Beliau turut menuntut komitmen kedua-dua parti itu bersatu demi perjuangan Islam serta orang Melayu.

“Kalau MILF dan kerajaan Filipina pun sudah boleh mencapai perjanjian perdamaian antara mereka, mengapa tidak UMNO serta Pas berbuat perkara serupa? Kenapa keduanya tidak bersatu?

“Saya seru, baik UMNO mahupun Pas supaya lupakan sengketa, bersatulah demi umat Islam dan orang Melayu,” katanya ketika berucap pada Seminar Dakwah Nasional di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Mina juga menggesa umat Islam supaya menolak fahaman liberalisme, pluralisme serta pemimpin atau golongan yang memperjuangkannya.

“Pilihan raya sudah dekat, saya berdoa dan berharap semoga negara tidak jatuh ke tangan pemimpin serta golongan yang memperjuangkan fahaman tersebut.

“Fahaman ini menafsirkan semua perkara mengguna akal termasuklah hal-hal agama, ia sangat bahaya kepada umat Islam. Tetapi inilah budaya yang mahu dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kita harus menentangnya,” jelas beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Advertisements

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: