‘Manhaj Malizie’ kaedah dakwah paling sesuai

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Utusan Malaysia –  ‘Manhaj Malizie’ atau dakwah yang mengambil pendekatan kemalaysiaan merupakan kaedah dakwah paling sesuai digunakan di negara ini.

Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata, asas manhaj tersebut adalah akhlak yang mulia, kekuatan ilmu, keterampilan serta bersifat wasatiyyah sesuai dengan risalah Islam iaitu sejahtera.

Selain itu, katanya, manhaj tersebut turut mengambil kira faktor kepelbagaian kaum dan etnik serta kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Manhaj Malizie juga mengajak para daie dan murabbi memahami keunikan Malaysia supaya mereka faham akan suasana yang membolehkan dakwah berkembang di negara ini.

“Malah melalui kaedah ini akidah serta iman umat Islam di negara ini bukan sahaja mampu dimantapkan malah mampu menyuburkan ilmu sekali gus boleh menjadi benteng dalam mendepani cabaran perubahan dan kemajuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerjanya bertajuk ‘Dakwah Islamiah Dalam Mendepani Hegemoni Barat’ pada Seminar Dakwah Nasional ) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sidek berkata, berdasarkan al-Quran pula Allah SWT telah mengungkapkan kaedah dakwah terbaik di dalam surah An Nahl ayat 125 yang bermaksud ‘Serulah ke jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dengan pekerti teladan yang baik dan hujah-hujah yang terbaik dan meyakinkan’

“Dalam menjalankan kerja-kerja dakwah kita perlu mempunyai sifat kasih sayang dan belas kasihan yang tinggi terhadap orang yang hendak didakwah. Berdakwah dengan memberikan label dan sindiran boleh menyebabkan orang yang didakwah akan lari dan tidak tertarik dengan cara yang diambil.

“Kita perlu menginsafi bahawa tidak semua orang yang didakwah memiliki latar belakang pendidikan yang sama dan datang daripada binaan keluarga yang baik,” katanya lagi.

 

Advertisements

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: