Archive for April 23rd, 2012|Daily archive page

Nasharuddin : Pejuang LGBT Ikut Jejak Syaitan

sumber: – Utusan Malaysia

Nasharudin Mat Isa menyampaikan kertas kerja pada Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia Kampus Antarabangsa di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 22 April – Gerakan yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta setiap pengamal seks songsang merupakan pengikut-pengikut jejak syaitan.

Justeru itu, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari, Nasharudin Mat Isa, telah tiba masanya untuk semua umat Islam di negara ini bangkit dan menentang secara habis-habisan terhadap pejuang serta pengamal LGBT kerana sekiranya perbuatan menjijikkan itu jika dibiarkan, ia boleh mengundang bala daripada Allah SWT.

Beliau berkata, di dalam al-Quran, Allah telah menceritakan bagaimana umat Nabi Lut a.s ditimpa bala bencana yang amat dahsyat hanya disebabkan menularnya budaya gay sedangkan apa yang berlaku sekarang lebih teruk lagi apabila wujudnya tiga lagi jenis seks songsang iaitu lesbian, biseksual dan transgender.

“Disebabkan gay, bandar Sodom telah dihempaskan ke bumi hingga mengakibatkan bandar itu hancur dan kesannya boleh dilihat di Laut Mati di Jordan. Kita juga tahu kisah kaum Nabi Lut ini melalui firman Allah di dalam ayat ke 80 hingga 84 surah al-A’raf .

“Cuba lihat, pada zaman Nabi Lut hanya ada G (gay) sahaja, itu pun Allah telah menjatuhkan hukum yang begitu berat. Bayangkan sekarang, ditambahkan dengan perbuatan LBT (lesbian, biseksual dan transgender). Mahukah kita undang bala Allah dengan hanya kita berdiam diri?” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk Seks Songsang: Perspektif Syari’ah pada Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Antarabangsa di sini, hari ini.

Wacana yang bertemakan LGBT Mengundang Bala Allah telah dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat). Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad telah bertindak sebagai moderator wacana.

Nasharudin berkata, amalan LGBT di negara ini semakin menular dan apa yang lebih malang, ia ditaja dan merebak secara terhormat.

“Hasil maklumat kita, pihak yang mencanang dan memperjuangkan LGBT ini adalah dalam kalangan orang ternama dan terhormat.

“Saya ingin ingatkan sekali lagi kepada semua pihak terutama mereka yang menyokong gerakan ini, jangan undang bala daripada Allah SWT,” katanya lagi.

Nasharudin di dalam kertas kerjanya turut menyentuh mengenai fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT.

Beliau berkata, ulama tersebut dengan tegas telah menyatakan amalan tersebut adalah haram dan wajib ditentang termasuk dengan menggunakan kekuatan.

Malah beliau berkata, Yusuf Al-Qardhawi melarang mana-mana pihak makan atau minum bersama pejuang serta pengamal LGBT atas dasar pegangan mereka yang amat bertentangan dengan perintah Allah SWT.

“Yusuf Al-Qardhawi berkata, adakah wajar kita masih mahu berdiam diri apabila kemungkaran itu berlaku hampir dengan kita?

“Tambah ulama ini lagi sememangnya tidak boleh sama sekali kita berdiam diri atas kemungkaran ini. Sekiranya tersebar, wajib hukumnya untuk kita melakukan perubahan walaupun dengan kekuatan sekalipun,” ujar bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Call to resist politisation of LGBT issue

 

KUALA LUMPUR: The politicisation of the lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) issue should be resisted as it could affect faith of the future generation, said Fiqh Contemporary Studies Centre chairman Nasharudin Mat Isa.

He said the issue was beyond politics as the LGBT was against the norms of the society.
“We must not pursue development to the extend of indulging in a negative Western culture,” he told reporters after presenting a paper at a discourse on the LGBT organised by Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia here today.
Nasharudin, who is former PAS deputy president, said the sexual perversion could spread and invite the wrath of God if not contained.
“The sexual disorder can become cancerous that will spread and threaten and destroy the fabric of the society,” he said.
He said all quarters should work together to ensure that the younger generation, who would be future leaders, would not develop LGBT tendencies to ensure that the country would be led by people of good and commendable character.
Federal Territories Islamic Religious Council’s Legal Bureau committee member Mahamad Naser Disa said all parties should uphold the teachings of Islam and defend the religion against blasphemy and sacrilege by the LGBT group.
He deplored attempts by certain quarters to come to the defence of the LGBT group by clamouring in support of their rights.
“This is like popularising the perverted group by coming to their defence despite the sexual orientation is forbidden by all religions and against the law,” he said. — BERNAMA