Archive for February 1st, 2012|Daily archive page

Buku: Pluralisme Agama – AKAN TERBIT!

Alhamdulillah, setelah hampir enam bulan bertungkus lumus, panel penyunting MUAFAKAT telah siap menyunting buku yang bakal diterbitkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

Insha Allah, buku bertajuk “PLURALISME AGAMA: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah” setebal 320 muka lebih ini mengandungi 12 bab dan 7 lampiran kesemuanya, akan terbit pada bulan Mac 2012 nanti.

Kandungan buku ini adalah kumpulan dari kertas-kerja yang telah dibentangkan dalam tiga wacana yang telah dianjurkan oleh MUAFAKAT dengan kerjasama pelbagai agensi dan NGO.

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.