Khayra Ummah: Ummah Muhammadiyyah-Islamiyyah Adalah Sebaik-baik Ummah
Khayra Ummah: Ummah Muhammadiyyah-Islamiyyah Adalah Sebaik-baik Ummah[1]
Kamu adalah Ummah yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada yang ma‘ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq. Aali ‘Imraan:110.
Muqaddimah
Sepakat ‘Ulama Surah Ali ‘Imraan yang mulia ini adalah Madaniyyah (Nama lain surah ini ialah al-Zahraa, al- Kanz, al- Amaan dan al- Istighfar. Lihat Qurtubiy).
Melalui Surah Ali ‘Imran ini, Allah SwT menerangkan kepada kita criteria Ummah yang baik dan sekali gus mendedahkan perangai dan sikap Yahudi- Nasrani yang amat memusuhi Allah dan RasulNya Muhammad s‘aw. Di antara yang paling memusuhi Islam dari musuh-musuh Islam ialah Yahudi. Kita juga diajar Allah bagaimana untuk berurusan dengan orang-orang Yahudi.
Sabab Nuzul
Imam al- Suyuti rh dalam Lubab al Nuqul fi Asbab al Nuzul menyatakan bahawa orang Yahudi dan Nasrani mendatangi Nabiy s‘aw berhujah mengenai ‘Isa ‘as, mempelekehkan Nabiy s‘aw, meyombong diri, bertanya Nabi s‘aw tentang agamanya dan sebagainya. Maka Allah menurunkan ayat ini.
Imam ‘Ala’ud Din al-Khazin ( W725 H ) dalam kitab tafsirnya, Lubab al Ta’wil fi Ma‘aniy al Tanzil atau lebih dikenali sebagai Tafsir al-Khazin, menyatakan sabab nuzul ayat kuntum kyara ummah ini adalah, pada suatu ketika, dua orang Yahudi iaitu Malik bin al-Syaif dan Wahb binYahudaa, mereka berdua berkata kepada ‘Abdullah bin Mas‘ud, Ubayy bin Ka‘ab, Mu‘az bin Jabal dan Salim r ‘anhum: kami lebih utama dari kamu dan ugama kami lebih baik dari ugama kamu yang mana menyeru kami kepadaNya. Maka Allah menolak dawaan mereka itu dengan menurunkan ayat yang mulia ini.
Imam al-Qurtubiy rh, membawa sebuah Hadith Hasan riwayat Tirmizi yang menyatakan bahwa ayat yang mulia ini di khitabkan kepada para Sahabat r‘aa : antum kyaruha wa akramuha ‘indallah (dalam versi lain disebut ‘alallah – Ibn Majah, Ahmad, Hakim. Lihat juga Fath al-Bariyy). …..anda (Sahabat) adalah Ummat yang terbaik dan paling mulia di sisi Allah. Justeru, kata Abuw Hurayrah r‘a, oleh kerana kita Ummat terbaik, maka wajib kita ajak mereka (Yahudi dan Nasrani –P) kepada Islam. Al-Tabari dalam Tafsirnya menyatakan bahawa ‘Umar aI-Khattab r‘a dalam menafsir ayat ini berkata: sesiapa sahaja yang berbuat seperti perbuatan mereka (Sahabah), maka dia temasuk seperti dalam golongan mereka. (Lihat juga Ibn Kathir, Qurtubiy dll).
Dalam kertas ini, tumpuan perbincangan akan diberi kepada generasi selepas Sahabat sebagai duplikat khayru ummah, berdasarkan tafsiran ‘Umar r‘a.
SIFAT KHAYRA UMMAH DALAM AYAT INI
Sifat Sahabat-khayra ummah dalam ayat ini ialah takmuruna bi ’l ma‘ruf wa tanhawna ‘anil munkar wa tukminuna billah ia-itu ummah dakwah yang menyeru kepada ma‘ruf dan melarang kepada yang munkar dan menyeru-mengajak manusia beriman kepada Allah.
1. Makna Takmuruna bi ’l ma‘ruf.
(a) Kata al-Khazin rh, al-ma‘ruf ialah al- tawhid dengan menyeru Syahadah. Ini adalah risalah khalidah sepanjang sejarah manusia yang dibawa oleh lelaki (dan Kami tidak mengutus –Rasul-rasul – sebelum anda wahai Muhammad, melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka – Yusuf:109; al- Nahl:43; al- Anbiya’:7), dari sekalian Rasul sejak Adam ‘as. Tawhid ini adalah tawhid Sifatiyah yang khalis yang bebas dari tashbih dan ta‘til samaada dari aliran tafwaidh atau takwil.Tawhid ini adalah tawhid yang diterima berdasarkan kpd dasar Hadith yang mulia: ma ana ‘alayhi wa ashabihi.( huraian lanjut lihat al-Syafi‘i- Fiqh al- Akbar; Abuw al-Hasan al- Ash‘ari-Maqalat; ‘Abdul Qahir al-Baghdadiy-al-Farqu; al-Syahrastani –al-Milal; al-Ghazzaliy-Ihya, Qawaa ‘id al ‘Aqaaid, al-Risaalah al-Qudsiyyah; antara lain). Pendeknya, ma ‘ruf itu ialah tawhid yang ditanam dengan benar dan kukuh dalam setiap individu menggantikan doktrin/‘aqidah syirik yang bersalahan dengan apa yang diajar oleh Rasul-rasul ‘ass itu.
(b) Kata Imam al-Nasafi rh: al-ma‘ruf ialah iman dan ta‘at kepada Rasul s‘aw.
(c) Kata al- Alusi rh: kekal dan kukuh sebagai Mukminin, ittifaq atas al-Haqq dan menyeru kepada khayr.
(d) Kata Imam al-Qusyairiy rh: al-ma‘ruf ialah khidmat untuk al-Haqq dan mengutamakan haq al-Haqq.
Dari huraian keempat-empat mufassirin yang mulia ini, dapat disimpulkan bahawa, ayat yang menyatakan: menyeru kpd yang ma‘ruf itu adalah bermakna: menyeru manusia agar memiliki dan hidup dalam tawhid yang khalis; beriman dan ta‘at kepada segala apa yang dibawa Rasul (wamaa aataa kumu ’l rasuul fa khuzuuh ……..al-Hasyr:7); kekal- kukuh-istiqamah sebagai Muslimin (fastaqim kamaa umirta – Hud:112, lihat juga al-Syura;15; falaa tamuutunna illaa wa antum muslimuun- al-Baqarah:132; Aali ‘Imran:102); hidup bertepatan dengan kehendak al-Haq-Allah dan menyerukan manusia kepada yang khayr dan mencegah dari yang munkar dan melaksanakan segala khidmat untuk al-Haq dan mengutamakan ajaran dari al-Haqq mengatasi segala-galanya.
2. tanhawna ‘anil munkar.
(a) Kata al- Kazin rh: al- munkar ialah syirik.
(b) Kata Nasafi rh: al- munkar ialah kufr dan segala yang haram.
(c) Kata al- Qusyairy rh: munkar ialah bersahabat dengan hawanafsu.
Jadi, kesimpulan mudah dari erti munkar ini ialah sifat khayra ummah ialah mencabut segala syirik dalam apa saja bentuk – maknawi atau hissi – dari dalam diri dan segala bentuk kekufuran baik yang nyata atau tersembunyi dan segala sifat-sifat kufur; dan menghindar dari segala yang haram – dalam ‘aqidah, hukum, akhlaq, mu‘amalah dll dan tidak menjadikan hawanafsu sebagai ilah-sembahan-tuhan.
3. tukminuuna billah.
Ialah beriman dengan Allah yang: Ahadun ahad; yang: lam yalid wa lam yuulad; yang: lahu’l asma al husna dan yang: laysa kamithli syai`i. Elok diperpanjangkan sedikit menegenai lafaz al-jalaalah ini kerana ada keghairahan segelintir orang Islam dewasa ini menghuraikan kalimah Allah dan kalimah sawaa’, tanpa merujuk kepada otoriti-mufassirin dan sabab nuzul.
KALIMAH ALLAH
Orang Yahudi-Nasrani menghujah Nabiy s‘aw dengan mendakwa bahawa mereka beriman dengan Allah. Mereka ber’itiqad Allah memiliki anak. Seperti diterangkan oleh Allah sendiri bahawa Yahudi beriqtiqad bahawa Allah SwT memiliki anak iaitu ‘Uzair –al-Tawbah:30; sementara orang Nasrani beri’tiqad ‘Isa ‘as juga anak Allah – al-Tawbah:30. Ini adalah perbezaan yang amat dasar dengan Allah yang diajar oleh Nabiyy s ‘aw. yang mana Allah adalah: lam yalid wa lam yulad.
KALIMAH SAWAA’
Dalam menjawab dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah beriman kepada Allah, Nabiyy s ‘aw mengajak mereka kepada kalimah sawaa’: ta‘aalaw ila kalimatin sawaaim baynana wa baynakum alla na‘buda illallah wa la nusyrika bihi syaiaa- Ali ‘Imran:64.
Golongan yang giat mempromosi kalimah sawaa’ dengan menyatakan bahawa tuhan yang disembah oleh semua agama adalah tuhan yang sama, pada hakikatnya seperti kata al- Qur`an, tiada ‘ilmu: berkata terhadap Allah tanpa ‘ilmu. Ayat al- Qur`an ditafsir oleh ayat al- Qur`an yang lain. Imam al-Qurtubiyy rh menyatakan kalimah sawaa’ ialah bermakna ‘adil iaitu tawhid seperti yang dihurai lebih lanjut dalam kitab Usuluddin. Kata Imam al-Nasafi rh: kalimat sawaa’ itu ialah kalimat yang sama antara kita (penganut ugama samawiy-p) yang mana kamu tidak kata ‘Uzair anak Allah dan ‘Isa anak Allah, (seperti kami, yang tidak kata begitu – p).
Kalaulah Allah yang disembah oleh orang Yahudi dan Nasrani di zaman Nabiy s ‘aw itu sama dengan Allah yang di ajar oleh Nabiyy s ‘aw , maka Nabiy s‘aw tidak perlu menulis surat kpd pembesar-pembesar sekitar Madinah mengajak mereka memeluk Islam; Nabiy s ‘aw juga tidak perlu berpesan kpd Sayyidina Mu ‘az r‘a supaya ajak Nasrani Najran masuk Islam; Najashi yang Nasrani itu pun tidak perlu peluk Islam; Nabiyy s ‘aw tidak perlu perang/jihad dan dakwah! Oleh sebab faham mereka terhadap Allah itu salah, maka Nabiyy s‘aw melaksanakan usaha dakwah. Tidak ada seorang Mufassirin pun yang mengartikan bahawa sawaa’ ialah nama dan tuhan yang sama bagi penganut Yahudi dan Nasrani setelah Tawrat dan Injil ditahrifkan seperti yang ada pada penganut Yahudi dan Kristian dewasa ini.
Para promoter kalimah sawaa’ dewasa ini, menjual agama Islam: bi thamanin qalil – dengan harga yang tiada harga; Allah SwT menyatakan: dan sesungguhnya, diantara mereka, niscaya ada segolongan yang memutarbalikkan lidahnya membaca kitab agar kamu menyangka (yang mereka baca) itu, adalah sebahagian dari kitab, ( padahal ) itu bukan dari kitab dan mereka berkata itu dari Allah, pada hal itu bukan dari Allah – (Ali ‘Imran:78). Hubaya! spt peringatan Nabiy s‘aw sesiapa yang menafsirkan al Qur`an dengan akal- tanpa ‘ilmu, maka siap-siaplah tempatnya di Neraka. Na‘uzubillah. Mereka lebih mempercayai tafsiran Kuffar-Yahudi-Kristian dari ‘Ulama Mufassirin.
IMPLIKASI TAFSIR YANG SALAH TERHADAP KALIMAH ALLAH DAN SAWAA’
Dewasa ini terdapat kecenderungan dari segelintir orang Islam mempromosi perkataan Allah dan sawaa’ untuk digunakan bersama oleh orang bukan Islam. Sebelum promosi kalimah Allah dan kalimah sawaa’ yang diberi wajah ‘baru’, jauh sebelumnya, mereka telah mempromosi gagasan civil society. Para pengusung gagasan civil society dari kalangan ‘protestant Islam’ ini, sebenarnya sedar bahawa mereka mahu membina dan membentuk pemikiran masyarakat yang nantinya mudah bagi masyarakat untuk menerima satu lagi gagasan yang akan dibawa mereka iaitu gagasan Allah adalah nama bagi tuhan yang sama yang disembah oleh semua penganut agama. Sedikit nota ringkas bahawa, civil society sepatutnya diterjemah dalam Bahasa Melayu sebagai masyarakat sivil atau masyarakat awam bukan masyarakat madani. Para pengusungnya sedar bahawa dengan memberi sedikit aroma ‘Arab-Islam, iaitu diterjemahkan sebagai madani, moga-moga masyarakat Islam menyokong gagasan ini.
Ternyata benar, bahawa dari gagasan civil society para pengusungnya, mengusung lagi ke depan, menyujudkan gagasan civil religion-common faiths, yang akhirnya menjadi faham semua agama sama: Pluralisme.
KENAPA UMMAH MUHAMMADIYAH- ISLAM TERBAIK?
Ummah Muhammadiyah-Islamiyah disebut Nabiyy s‘aw menyamai 70 ummat Rasul terdahulu. Dan ‘Ulama Ummah Muhammadiyah ini spt Nabiy Bani Israil. Secara keseluruhannya, ini adalah kerana mereka memiliki mu‘jizat paling agung iaitu al-Qur`an berbanding Kitab-Kitab suci terdahulu dan menganut ugama paling lengkap dan mereka ‘menanggung’ sungguh-sungguh Kitab tersebut, tidak mengubahnya dan memperjuangkan ajaran didalamnya.
SIFAT KHAYRA UMMAH
1. Memiliki dan menghayati ‘Aqidah-Tawhid yang benar seperti yang di ajar dalam Usuluddin ASWJ, baik dari aliran tafwid atau takwil, bebas dari tasybih dan ta‘til. Menghindari semua jenis syirik baik khafi maupun jali. Pendeknya mereka tidak syirik dalam apa bentuk pun.Para Sahabat r‘aa ‘tidak melihat dunia ini’, mereka semata-mata nampak Akhirat terbentang di depan mata mereka sebab itu mereka berlumba-lumba untuk ke sana dengan sungguh dan penuh kesedaran.
2. Menghayati ‘ibadah dengan sempurna. Tidak ada khurafat dan bid‘ah.
3. Hidup dalam lingkungan hukum Allah yang lima dan hukum keutamaan-wara’-taqwa.
4. Memiliki Ruhaniyyah-akhlaq zahir-batin yang piawai. Memiliki kualiti muhsinin.
5. Kebudayaan- cara hidup yang solih dan mengikat diri dengan ‘Ulama dan Solihin.
6. Senantisa berinteraksi dengan al-Qur`an dan al-Sunnah.
a. Hadith Muslim dari ‘Umar r ‘a: Allah memuliakan/mengangkat darajat manusia dengan Kitab ini (yakni al-Qur`an) dan merendahkan/menghina yang lain dengannya juga.
b. Mereka mulia kerana menghayati al-Qur`an. Kata Hasan bin ‘Ali r‘ah: …mereka menelitinya ( al-Qur`an ) dimalam hari dan menjalankanya ( melaksanakan perintah-ajaran al-Qur`an ) disiang hari. Kata Fudhail bin ‘Iyadh: Penanggung Al-Qur`an sebagai pembawa bendera Islam tidak sewajarnya bermain bersama orang yang bermain ……melakukan perkara yang tidak ada faedah bersama orang yang melakukanya.Ini sebagai membesarkan hak ( kemulian-kehormatan) al-Qur`an.
c. Al-Quran adalah Kitab Hujjah. Sebab itu sejak Makkah lagi orang Islam disuruh berhujjah dengan al-Qur`an terhadap kuffar Makkah yang disebut Allah sebagi jihadan kabira –al-Furqan:51; Katakanlah wahai ( Muhammad ), hujjah/alasan yang kuat, hanya pada Allah- qul falillahi’l hujjatul baalighah al-An’am:149. Demikian, orang-orang mulia, akan berhujjah/berdepan dengan orang bukan Islam dengan menggunakan hujjah-hujjah dari al-Qur`an. Mereka tidak hina diri!
d. Al-Qur`an adalah Kitab Hidayah. Berinteraksi dengan al-Qur`an akan menyebabkan sentiasa dalam peningkatan hidayah. Sesungguhnya al- Qur`an ini memberi hidayah-petunjuk ke jalan yang paling lurus-benar…al-Isra’:9. Al-Qur`an akan mengawal perjalanan hidup manusia supaya kekal mulia dan baik.
7. Mengenali kawan ugama dan musuh ugama terutama seperti yang di huraikan dalam al-Qur`an dan al-Sunnah – seperti kafir, munafiq, Yahudi, Kristian, Iblis, Syaitan dll. Antara musuh orang Islam ialah Yahudi. Allah menyatakan – Ali ‘Imran 119: Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, pada hal, mereka tidak menyukai kamu (dan tidak menyukai) kamu beriman kepada Kitab-Kitab semuanya…kata al-Khazin rh: mereka mahu kamu jadi Kafir! Jangan jadikan Yahudi sebagai bitonah – Ali ‘Imran:112.
8. Bersungguh-sungguh dalam da‘wah – semata-mata kerana Allah.
9. Jihad. Jihad-perang dijalan Allah – jika cukup syarat. Ayat dan hukum ini kekal hingga qiyamat. Para Sahabah dan Salaf berjihad.
PENYELESAIAN – KE ARAH MENGUJUDKAN KHAYRA UMMAH
Umat Islam, terutamanya aktivis dakwah:
1. Wajib berusaha menegakkan yang makruf dalam diri masing-masing dengan memproses diri menjadi orang yang benar-benar memiliki Tawhid yang sebenar seperti yang dihurai oleh Tabi‘in, yang disusun secara mudah dan sistematik oleh antara lain Abuw Hanifah, al-Syafi‘i, al- Ash‘ari, ‘Abdul Qahir al- Baghdadiy sehinggalah kepada Al-Sanusi, Dawud Fathoniy dll. Perlu orientasi semula dalam memperkukuhkan Tawhid ini. Mereka perlu juga meneliti masa kemasa kalau-kalau terdapat kecacatan dalam pegangan ‘Aqidah-Tawhid mereka.
2. Berusaha sekuat tenaga membuang – kalaulah ada – segala mungkarat, segala sifat-sifat nifaq- kufur, dosa-dosa yang masih bersaki baki dalam lubuk hati. Untuk ini elok ditela‘ah buku/kitab yang menghuraikan dosa-dosa besar zahir dan batin.
3. Mengikat diri dengan solihin – wa al hiqni bis ’solihin –Syu‘ara’:83; bersama-sama dengan shoodiqiin:al-Tawbah:119, mendapat nasihat dan panduan mereka.
4. Mencari mata air ‘ilmu dari ‘ilmuan yang muhaqqiq dan ‘abid yang mudaqqiq. Ingat, peringatan para Salaf kita antaranya Muhammad ibn Sirin, Malik bin Anas dll: ‘Ilmu ini ( yakni ‘ilmu yang berkaitan dengan ugama ) adalah sebagai agama, maka lihatlah kamu, daripada siapa yang kamu ambil agama kamu. Berkaitan dengan hal ini, komen Imam al-Nawawi rh: Jangan belajar kecuali daripada guru yang sempurna keahliannya, ternyata keimanannya, diyaqini keilmuannya dan masyhur penjagaan ( ‘ilmu dan ugamanaya).
[1] Bahan perbincangan dalam Usrah Bulanan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) pada 5hb Oktober 2010.
Leave a Reply