Terkini: Wacana Pluralisme Agama
Syukur ke hadrat Allah SWT, sambutan dari pra-pendaftaran Wacana Fahaman Pluralisme Agama dan Implikasinya Terhadap Masyarakat Islam amat memberangsangkan.
Sehingga jam 12 tgh, 29 April 2010, pra-pendaftaran yang diterima melalui emel dan SMS telah pun mencecah 100 orang.
Buat masa ini kami menerima permohonan untuk pra-daftar dengan berhati-hati memandangkan dewan untuk majlis tersebut hanya berkapasiti 120 orang.
Oleh yang demikian, kami amat berharap agar kepada mereka yang berminat untuk hadir supaya membuat pra-pendaftaran segera agar tidak nanti dihampakan kerana tidak mendapat tempat duduk jika terus “walk-in” pada hari tersebut.
Dengan mendapat bilangan peserta yang tepat juga boleh membantu kami untuk menyediakan makanan yang mencukupi dengan tidak membazir pula.
Wassalam.
Sekretariat wacana
assalamu’alaikum…maaf, saya nak bertanya ada x usrah yg dibuat pada hujung minggu? Kalau ada mungkin lbh senang, saya student, kalau nak keluar mlm xda kenderaan…tapi saya berminat, sgt2. InsyaAllah, kalau dpt buat waktu siang masa cuti, mungkin lebih mudah.