Tahniah YDP YADIM Baru

5hb April, 2010 / 20hb Rabi’ul Akhir, 1431.

Y Bhg Dato’ Hj Abd Aziz Jamaluddin Bin Hj Tahir

Yang Dipertua,

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM),

Kompleks Pusat Islam,

Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur.

Assalamu ‘alaykum wm wb

Y Bhg Dato’,

UCAPAN TAHNIAH

Semoga Y Bhg Dato’ sekeluarga sejahtera dalam limpahan rahmat dan inayah Illahi.

Bagi pihak Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah serta diiringi doa di atas  perlantikan Y Bhg Dato’ sebagai YDP YADIM yang baru.

Sesungguhnya anugerah ini merupakan mandat, amanah dan kepercayaan terhadap ketokohan Y Bhg Dato’  dalam perkembangan usaha-usaha dakwah di Malaysia ini. MUAFAKAT telah lama bekerjasama dengan YADIM dalam memperkembangkan kerja-kerja dakwah, dan berharap kerjasama tersebut akan diteruskan di bawah kepimpinan Y Bhg Dato.

Akhir qalam, sekali lagi kami mengucapkan sekalung penghargaan dan segunung harapan agar Y Bhg Dato’ dapat memainkan peranan yang strategik dalam memacu YADIM sebagai wadah Islam ke medan dakwah yang mencabar ini.

Sekian, wassalam.

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia

(MUAFAKAT)

Prof Emeritus Dato’ Dr Osman Bakar

Presiden

Advertisements

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: