Wacana: Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyyun

Alhamdulillah, Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah I yang bertemakan Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyyun telah selesai diadakan hari ini Ahad 24 Januari 2010 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lupur.

Wacana tersebut telah dihadiri oleh hampir 600 peserta yang berdaftar dan ada juga yang hadir dengan tidak mendaftar. Para perserta datang dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Program diisi dengan tiga pembentangan kertas-kerja seperti berikut:

  • Menilai Secara ’Ilmiyah Mengenai Peranan ‘Abdul Wahhab Sebagai Mujaddid-Muslih.
  • Wacana Religio-Intelektual Najdiyyun: Pro Dan Kontra Terhadap Peranannya Pada Tamaddun Ummah.
  • Pemikiran Aliran Najdiyyun Dalam Menghadapi Pemikiran Pasca-Modernisme: Satu Pengamatan

Ketiga-tiga kertas tersebut  dibentang oleh dua tokoh yang banyak menulis dalam dada akhbar iaitu Ustaz  (Dr) Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, ISTAC, KL dan Profesor Madya Dr. Asmadi Muhammad Na‘im, dari Kolej Perniagaan, UUM, Sintok.

Suasana wacana berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan atau apa-apa peristiwa yang tidak diingini berlaku dengan para peserta tekun dan bersungguh mendengar hujah-hujah yang bernas dihidangkan kepada mereka. Suasana ini jauh sekali dari sangkaan dangkal yang dibuat oleh beberapa pihak yang tidak menyenangi penganjuran program seperti ini dengan mereka membuat laporan polis seminggu sebelum ini.

Program yang bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 8:00 pagi diakhiri dengan sesi soal jawab yang ditamatkan sebelum jam 5:00 dengan para peserta diberi peluang sebebasnya untuk menyuarakan pandangan dan soal mereka.

Urusetia Wacana turut mengambil kesempatan dengan mengumumkan kutipan dana bantuan untuk Pondok Lubuk Tapah di Pasir Mas Kelantan yang terbakar pada awal pagi Jumaat lalu. Kutipan sebanyak lebih RM3,500 berjaya dikumpul untuk disalurkan kepada pengurusan pondok dengan kadar yang segera.

MUAFAKAT ingin mengucapkan berbanyak terima kasih ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah sama-sama menganjurkan program ini serta kerjasama yang diberikan oleh agensi-agensi lain serta pihak pengurusan Masjid Wilayah yang membenarkan penggunaan premis mereka walaupun perubahan tempat telah terpaksa diadakan dalam masa yang amat suntuk. Kami juga ingin mengucapkan jawatankuasa wacana yang diketuai oleh Pengarah Program Ustaz Haji Ismail Mina bin Ahmad dan seluruh sukarelawan yang bertungkus-lumus mengadakan pelbagai persiapan untuk menjayakan wacana ini.

Advertisements

6 comments so far

  1. […] bertajuk “Ketiadakmampuan Wacana Najdiyyun Mendepani Pemikiran Pascamodernisme‘ pada Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah 1. di Masjid Wilayah, Jalan Duta di sini hari […]

  2. […] berkata demikian ketika merasmikan Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah 1 bertemakan ‘Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyyun&#821…, Jalan Duta di sini hari […]

  3. […] WACANA: Gerakan Tajdid Dan Pemikiran Najdiyyun 25 01 2010 Wacana: Gerakan Tajdid Dan Pemikiran Najdiyyun […]

  4. […] and Dr. Asmadi Mohamed Naim from UUM (Universiti Utara Malaysia). About 600 people came to the talk. Click here for more details about the talk. We also prepared a donation box for the Pondok Lubuk Tapah and a lot of people donated for the […]

  5. […] kerja bertajuk “Ketiadakmampuan Wacana Najdiyyun Mendepani Pemikiran Pascamodernisme‘ pada Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah 1. di Masjid Wilayah, Jalan Duta di sini hari […]

  6. […] oleh Profesor Madya Dr. Asmadi Muhammad Na‘im, Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, semasa Wacana Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyyun pada 24 Januari 2010 (Ahad) di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur anjuran Pertubuhan MUAFAKAT […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: